Rabu, Julai 23

Sikit kata untuk Dia

Aku kesian kat dia.
Aku sayang dia.
Aku tahu dia buat semuanya untuk aku.

Aku nak dia tahu, aku sayang dia. Itu saja.

Sabtu, Julai 19

Suara seorang rakyat yang berbakat

Aku cuma mahu berkongsi. Kalau kau orang kenal dengan seorang penyanyi lama dari Indonesia, Iwan Fals. Dia tak famous di Malaysia, kerana bukan itu yang dia kejar, cuma aku suka dengan orang tua ni sebab lagu - lagunya mengandungi beribu - ribu mesej untuk rakyat. Kawan aku Fared Ayam yang introduce Iwan Fals dekat aku 4 tahun lepas.

Ini antara lagu - lagu yang aku suka dan ada mesej yang dekat dengan hari ini.
Aku pinjam 10 minit korang, berhiburlah.

Iwan Fals - Manusia Setengah Dewa



Wahai presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini
Suara yang keluar dari dalam goa
Goa yang penuh lumut kebosanan

Walau hidup adalah permainan
Walau hidup adalah hiburan
Tetapi kami tak mau dipermainkan
Dan kami juga bukan hiburan

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Chorus:
Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu urus saja akhlakmu
Peraturan yang sehat yang kami mau

Tegakkan hukum setegak-tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Back to Chorus

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Tegakkan hukum setegak-tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti kuangkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Wahai presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini

xxxxxxxx

Iwan Fals - Galang Rambu Anarki



Galang rambu anarki anakku
Lahir awal januari menjelang pemilu
Galang rambu anarki dengarlah
Terompet tahun baru menyambutmu

Galang rambu anarki ingatlah
Tangisan pertamamu ditandai bbm
Membumbung tinggi (melambung)

Reff
Maafkan kedua orangtuamu
Kalau tak mampu beli susu
Bbm naik tinggi
Susu tak terbeli
Orang pintar tarik subsidi
Mungkin bayi kurang gizi (anak kami)

Galang rambu anarki anakku

Cepatlah besar matahariku
Menangis yang keras, janganlah ragu
Tinjulah congkaknya dunia buah hatiku
Doa kami di nadimu

Ahad, Julai 13

Bilangnya, Oktober. Maka Oktober lah!

Ini benda yang aku tiba - tiba teringat, bila ada beberapa orang yang bertanyakan pada aku pasal KAMI The Movie ni. Hari tu masa aku buat teater AIR CON, aku jumpa Lina Tan otai RED Films yang datang dengan Rafidah 3R (terima kasih kepada korang berdua yang datang support AIR CON! Cayalah! ). Borak punya borak, tiba -tiba Lina pun bagitahu lah dekat aku yang KAMI The Movie ni akan keluar bulan Oktober katanya. Kalau dah boss pun cakap Oktober, maknanya confirm lah kot. Kan? Berapa haribulan, aku tak tahu.

Jadi kepada peminat, penggemar serta penonton biasa atau kepada sesiapa yang takda rancangan untuk tengok filem apa bulan Oktober ni, silalah ambil ini sebagai rancangan anda bagi bulan Oktober. Sebab ini adalah filem tempatan, dari orang tempatan, untuk orang tempatan. Sekian.


Trailer KAMI The Movie


Kartun untuk seronok

Ini ada aku dapat email dari seorang kenalan, pasal isu kenaikan minyak. Dah lama aku dapat, tapi baru semalam korek - korek balik email aku, tejumpa. Aku fikir boleh ler share kat sini.

Terima kasih daun keladi,
Lain tahun minyak naik lagi.

Terima kasih daun keladi,
Lama - lama kita semua jalan kaki.


Rabu, Julai 9

Setelahnya AIR CON

Baru. Itulah perkataan yang tepat atau hampir tepat rasanya bila aku bekerja dengan pengarah AIR CON, Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi. Bukan mereka yang baru, tetapi ilmu yang aku dapat dari mereka adalah ilmu baru. Jo Kukathas atau Jo K dan Zalfian Fuzi merupakan 2 orang pengarah yang bijak. Banyak ilmu yang aku dapat dari mereka, yang tak pernah aku dapat selama belajar ASWARA. Pengarahannya sangat membantu aku. Aku tak tahulah untuk pelakon lain, tapi bagi aku, ada pernah sekali tu sewaktu latihan, Jo K telah mengorek emosi aku dan Amerul kau – kau punya! Aku puas hati!. Haha! Apa yang jadi tak payah tahu lah. Aku tidak pernah rasa dikongkong oleh mereka, tidak seperti sebelum ini, di sekolah. Zalfian Fuzi, walaupun pendiam (ye ke?) tetapi sekali dia bersuara mengeluarkan pendapat, cadangan dan kritikannya memang sangat membantu! Zalfian banyak bercakap secara one on one. Sepanjang latihan, aku tidak pernah mengalami masalah memiliki dua orang pengarah dan yang paling penting, bahasa bukanlah penghalang untuk kami bekerja.

Aku seronok bekerja dengan pelakon – pelakon lain. Semuanya fun. Stress? Jarang sekali. Cuma aku stress dengan watak aku sahaja. Biasalah tu, bila kita nak buat yang terbaik, mesti lah stress sikit. Bekerja dengan kumpulan ini (Amerul, Nick, Ryan, Mak Yong, Hazarul, Namron, Ismadi, Dara dan Kin Wah) memang boleh pecah perut. Memanjang gelak je. Masing – masing dengan kepala gila sendiri. Tetapi time kerja, mereka bekerja.

Bila sampai di KLPAC, makin ramai tenaga kerjanya, krew – krew yang lain pun sempoi. Selalunya, kalau aku buat tech run dekat sekolah dulu, mesti ada masalah, mesti ada yang bertekak, mesti ada yang makan hati, tapi kat sini, walaupun Jo K dan Zalfian Fuzi dah warning awal – awal sebelum kita gerak ke sana, bila waktu tech run, semuanya ok. Alhamdulillah. Aku tersenyum dan berkata dalam hati, “Fuish, rilex je diaorang ni, takda pun menjerit – jerit”. Sebab semua orang keep it professional.

Environment sepanjang bekerja dengan mereka sangat berbeza seperti environment di sekolah. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku memang tidak pernah selesa di sekolah. Mungkin kerana aku nak cepat habis sebab aku bosan dengan environment di sana. Banyak sangat kepala yang menggelabah dekat sekolah tu kot. Dari student hinggalah ke pensyarah serta segilintir kakitangan. Yang mana ok tu, memang ok lar kan. Yang lain – lain tu, memang bermasalah tapi tak pernah nak mengaku. Perasan professional.

MENJELANG SHOW

Terkejut aku bila dapat tahu orang berpusu – pusu nak beli tiket. Aku pernah lepak dekat counter tiket tu, sebab ada budak – budak ASK yang kerja kat situ, tengok orang dok call – call nak reserve tiket lah, beli 4 hari awal sebelum show lah. Situasi tu membuatkan aku sangat gembira? Atau apa yang patut aku rasa? Nervous? Memang nervous gila lah kan. Ntah kenapa aku asyik bandingkan dengan cara kerja di sekolah. Sebab selama ini mati – mati aku ingat diaorang buat kerja dah habis professional dah. Pedulikan, aku dah habis dah pun. Alhamdulillah, setiap show full house. Cuma hari Sabtu petang je yang tak. Itu pun ¾ penuh, puas hati lar jugak. Budak – budak pelakon lain pun kelam kabut belikan tiket untuk kawan – kawan diaorang sebab takut habis. Memang macam goreng pisang panas. Gila lah!

Petang sebelum malam preview night tu, aku jatuh sakit. Bila aku kata jatuh tu, memang aku jatuh ke lantai betul – betul. Sedang kitaorang buat que untuk lighting, tiba – tiba belakang badan aku cramp Aku ingat takda apa – apa, aku pun stretching lah macam biasa balik. Makin aku stretching, makin sakit, sampai lah dia tangkap bahagian depan badan aku. Seluruh muscle badan belah kanan aku cramp, aku tak boleh bergerak dan aku jatuh ke lantai. Aku ingat lagi, aku tak boleh bernafas waktu tu. Tapi aku tak panic, sebab aku pernah kena sebelum ni kat rumah. Aku cakap dengan Amerul yang tengah berdiri tengok aku terbaring dekat lantai, dia ingat aku main – main. Sampai aku siap boleh cakap “Weh, aku tak boleh bergerak, tak boleh bernafas ni bodoh, aku serius ni..” Dia suruh aku mengucap, memang aku terus mengucap dekat situ jugaklah kan sebab aku dah tak boleh bernafas! Bila dia tengok aku dah tak bergerak baru lah muka dia panic sikit. Zalfian dengan Jo K datang angkat aku letak atas sofa.

Lepas diaorang ubatkan aku, barulah aku boleh bergerak sikit. Itu pun dada aku sakit lagi sampai hari ni. Aku pun tak pernah tahu apa sakit aku ni dan kenapa lama sangat sakit dia sebab sebelum ni yang aku kena, takdalah lama sangat kesannya. Nak jumpa doktor takut nanti ntah pahapa doktor tu cakapa sakit aku ni. Buat risau je.

Lepas habis AIR CON ni, aku terima macam – macam pujian. Alhamdulillah ada segelintir mereka yang menyukai kerja aku. Aku pun tak tahu nak cakap terima kasih macam mana dekat diaorang yang support. Banyak mesej yang aku terima dari orang - orang yang suka AIRCON. Ini adalah hasil tangan Shanon Shah juga, aku pun harus memberi kredit kepada Shanon. Terima kasih korang. Seronok bila kita buat teater dan feedbacknya memberangsangkan! Ada yang menulis di dalam blog mereka. Tak tahu lah aku nak cakap macam mana. Macam - macam cara mereka ni melahirkan rasa puas hati setelah menonton. Auntie dan cousin aku pun datang dan memberi pujian serta kata – kata semangat untuk aku teruskan apa yang aku sedang buat sekarang. Insyaallah. Oopps.. formal nya.

Tapi ada juga yang bermasalah dengan pementasan ini, dengan dialog – dialog yang terkandung dalam AIR CON ni, membuatkan mereka terasa dan kemudian mereka menggunakan budaya sebagai alasan untuk tidak menerima dialog – dialog itu semua. Takpa, biarlah, agaknya mereka tidak sedar bahawa budaya kita hari ni adalah budaya yang dipolitikkan. Apa yang terkandung di dalam AIR CON tidak tumpah seperti yang ada di dalam masyarakat. Jika mereka tidak dapat menerima, bermakna mereka sebenarnya malu untuk menerima bahawa masyarakat di keliling mereka pun begitu.

Ada jugak yang pandai - pandai mengatakan bahawa aku selesa dengan lakonan aku. Tak boleh macam tu saudara, saudara tak pernah berada sekali pun, sewaktu latihan, saudara tak boleh terus cakap macam tu. Mana saudara tahu yang aku selesa? Sekolah, sekolah lah.. Di luar lain. Dalam dan luar lain. Aku tidak pernah suka envrionment sekolah tu, sebab tu lah aku buat pun nak tak nak kadang - kadang. Sebab mentaliti orang sana lain sikit. Saudara pun bukannya tahu semua benda, kan?

Takpa, kita sama - sama belajar. Aku tak amik hati pun sebab aku tahu aku baru belajar merangkak, lama - lama nanti pandai lah aku berjalan. Lusa - lusa, aku mesti berlari punya.


Selasa, Julai 1

Dah jadi lagi

Aku terkejut hari ni bila aku balik rumah, tengok surat khabar berita pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat sekali lagi.

Aku pasti ramai manusia - manusia kat luar sana di dalam dan luar malaysia
yang tertanya - tanya,
yang sedang terhegeh - hegeh membuat ramalan,
yang dah membuat kesimpulan sendiri,
yang mengamuk,
yang menahan sabar,
yang beralih arah dan macam - macam lah.

Aku tak tahu apakah berita ni benar atau salah. Kau pun tak tahu dan ramai pun tak tahu. Tapi pada aku kita jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan setiap informasi yang kita dapat.

Apa yang paling penting adalah dari mana sumber maklumat yang kita dapat. Tidak semestinya sumber yang selalu kita pegang, memberitahu maklumat yang betul. Walaupun hari - hari kita membacanya atau menontonnya, tidak semestinya mereka betul. Kebanyakkan medium penyebar maklumat hari ini dipegang atau dikawal oleh mereka yang empunya kuasa. Kenali dulu sumber kau orang, apakah selama ini berita yang disebarkan semuanya betul? Kenali dulu. Jangan kita mengambil dari sebelah pihak sahaja, pasti kita akan dipengaruhi. Itu yang penting. Biarlah kalau kita ketagih dengan jawapan yang betul, carilah pada setiap sumber yang ada.

Satu lagi persoalan dari aku, kenapa homoseksual ini dijadikan sebagai isu di dalam ruang pemimpin? Apabila terlalu besar isu homoseksual ini disebarkan maka selepas ini semakin ramai orang - orang di Malaysia yang akan menjadi takut dengan gay dan lesbian. Mereka akan menjauhkan diri, mengutuk dan menghina homoseksual yang lain. Double standard kan manusia ini untuk apa? Homoseksual yang lain tidak bersalah tapi kenapa mereka harus dikutuk?

Aku faham dari segi agama, memang perkara ini terang - terang melanggar hukum, tetapi apakah agama kita juga mengajar kita untuk mengutuk, serta memisahkan sesama kita? Double standard kan manusia lain? Jika hukumnya haram, maka itu adalah isu mereka dan tuhan. Biar lah tuhan yang menghukum dan bukan kita. Buat apa kita nak ambil alih kerja tuhan dengan menghukum manusia lain? Tugas kita hanya untuk memberi nasihat dan berkongsi perkara yang elok, dengan cara yang elok. Itu sahaja. Jangan melanggar hak manusia lain di bumi tuhan ini.