
Aku ingat, ada lah dalam 3 4 orang kenalan tanya kat aku hari ni.
Kau tak keluar? Kau tak celebrate?
Aku tanya, apa? Merdeka?
Kau tak keluar? Kau tak celebrate?
Aku tanya, apa? Merdeka?
Ya, jawab diaorang.
Jawapan aku semuanya sama. Tak. Aku tak sambut merdeka. Kenapa aku tak sambut pun aku kurang pasti. Yang pasti aku tak tahu apa tujuan aku untuk sambut merdeka dengan bunga api. Kalau nak tengok bunga api, aku boleh tunggu new year. Tapi apa beza bunga api new year dengan merdeka?
Cikgu sekolah aku dan buku teks sejarah hasil corakan UMNO, mengajar aku bahawa perjuangan kemerdekaan kita hanya di atas kertas. Sebab tu aku rasa tak perlu raikan merdeka hanya kerana sebuah tandatangan?
Bila aku dah besar, baru aku dapat cerita sebenar. Rupanya - rupanya ramai yang mati terkorban menuntut kemerdekaan tapi tak tercatat dalam buku teks yang aku beli (sebab tak dapat pinjaman). Wujud gerakan yang dilabelkan haluan kiri betul - betul berjuang dengan darah. (PKMM, API, AWAS) Berapa ramai anak muda angkat senapang dalam hutan dan mati tanpa dicatat nama diaorang untuk dikenali oleh generasi lepas-merdeka.
Jadi pada aku, bunga api dengan merdeka dengan darah pejuang macam tak kena je..
Dan, anak muda, atas jalan, Kuala Lumpur dan bunga api itu sangat cliche.
Syukur sajalah, hari ini aku masih selamat untuk bergerak kemana - mana dalam negara.
Tapi minda kita belum mampu bergerak bebas.
Kalau takat keluar untuk jumpa kawan, aku mungkin akan buat.




