Isnin, September 29
Ingat & Jangan
INGAT ada manusia yang takda keluarga
INGAT ada manusia yang takda tempat tinggal
INGAT ada manusia yang takda baju raya langsung
INGAT ada manusia yang bumbung rumahnya tidak kalis air
INGAT ada manusia yang takda wang yang cukup untuk berbelanja raya
INGAT ada manusia yang makanan pagi raya mereka sama macam makan petang kita
INGAT ada manusia yang tak dapat sambut raya langsung
INGAT ada manusia yang lebih dahsyat perit hidupnya dari yang kita dapat bayangkan
INGAT ada manusia yang keluarganya tahanan ISA
Jangan berlagak di hari raya.
Jangan eksyen dengan diri dalam baju raya
Jangan langsi dengan make up di pagi raya
Jangan kiasu dengan handbag raya
Jangan kerek dengan kereta gempak di pagi raya
Jangan lebih - lebih lar.. fikir orang lain jugak.
Ada orang yang jauh lebih derita.
Bumi ini kita kongsi
Ahad, September 28
pesta jalanraya
10sen jer ?!?!?! Kalau nak amik hati rakyat pun, amik lah betul - betul!!
Sambung.
Aku keluar kereta nak bayar minyak. Entah kenapa, stesen minyak yang selalu aku pergi ni, ramai orang. Berkeluarga terutamanya. Orang dah mula balik kampung ni, kata aku pada aku sendiri.
Aku lihat,
Kereta yang penuh dengan anak - anak,
Tuala yang disangkutkan ke tingkap macam tinted untuk mengelak panas,
Budak - budak dengan muka yang tak sabar nak balik kampung, jumpa sedara - mara nak main mercun,
Bapak - bapak membeli rokok dan mineral water, standby berbuka dalam kereta. Nak balik jauh agaknya.
Beg baju sederhana kecik, terikat di belakang mat motor single rider,
Kumpulan konvoi yang berjanji tidak akan merempit balik kampung,
Pasangan baru kahwin yang belum dapat zuriat, dari pakaian mereka sangat bersedia untuk balik jauh.
Dan kereta - kereta beratur pendek untuk mengisi minyak. Ini bukan hari biasa.
Tak boleh jadi. Semua orang dah switch on mood Raya. Cuma aku sorang yang memandu sendirian. Aku masuk kereta lepas tutup kepala tangki minyak kelisa aku, aku cari CD lagu raya, aku pasang kuat - kuat!
Nah, sekarang aku juga dalam mood Raya! Biarpun seorang!
Si bapak atau si pemandu bersama anak kecil, jangan biarkan kepala anak tersembam memecahkan cermin hadapan lalu mengoyakkan wajah mereka, JANGAN! TOLONGLAH.
Penunggang serta pembonceng motorsikal, kamu juga mungkin menjadi statistik. Enggan bukan? Risiko kamu paling hebat kerana dikelilingi kenderaan besar yang sial.
Brader bas serta lori. Kamu selalu membaca akhbar bukan? Menggunakan jalanraya sahaja, kamu sudah berkemungkinan mencantas nyawa 40 manusia serta kenderaan berlebihan berhampiran kamu. Kamu bukan malaikat maut, jangan amik nyawa orang senang - senang.
Selamat menggunakan lebuhraya.
Jangan tewas di jalanraya.
Selamat Hari Raya!
Jumaat, September 26
cegah sebelum rawat
Kalau kau pandai pakai internet, aku pasti yang mesti kau tahu apa tu thumbdrive, pendrive, usb MP3 atau apa saja device yang telah dicipta untuk menampung file - file, lagu - lagu, video - video, gambar - gambar dan lain - lain. Yang lain - lain tu, ikut kau lah. Ada setengah orang yang sanggup beli thumbdrive semata - mata untuk simpan por... ooppss. Aku tak cakap.
Tidak lupa juga external harddisk. Mungkin ramai dah pakai external harddisk sebab saiz dia lagi besar, berbanding thumbdrive.
Aku pun.
Jadi aku ada tips yang aku ajar dekat kawan - kawan aku dari dulu, masa tengah belajar lagi. Sebab, dekat INSTITUSI PENGAJIAN memang banyak VIRUS dalam komputer. Komputer - komputer dekat sana digunakan oleh ramai orang (yang cucuk thumbdrive dsb.), dan bila pinjam laptop kawan pulak, dicucuknya thumbdrive tu, tanpa rasa bersalah. Maka virus pun tersebar.
Ini adalah langkah pencegahan saja, bukan mengubat. Kalau komputer kau dah kena virus, ini bukan tips untuk kau.
"Mencegah lebih baik dari merawat"
TIPS ni sangat senang dan simple. Right clik & Open. Untuk thumbdrive, pendrive, mp3 player, mahupun external harddisk. Sesiapa pun boleh cegah virus daripada melompat masuk (macam orang BN, katanya) ke komputer kau. Kecuali kau pakai MAC, memang kau tak payah risau pasal virus. Aku serius.
Tips untuk pengguna windows sahaja.
Thumbdrive, pendrive, mp3 player atau external harddisk = kita panggil device.
Thumbdrive dengan pendrive tu sama je.
1. Bila kita cucuk je apa - apa device, akan pop-up (keluar) window ni. Biasanya kita akan klik OK. Maka dari situ lah virus akan melompat masuk. Mereka melompat lebih cepat dari orang - orang BN yang katanya nak lompat, tapi apa pun tarak sampai hari ni. Jadi, nak elak daripada virus tu masuk, kita cancelkan sahaja. Jangan klik OK! Ingat tu.
2. Bukak window My Computer atau klik My Computer, dan akan keluar window ni. Dalam kes aku ni, aku tak pakai thumbdrive tapi aku pakai external harddisk. Sebab tu device tu dimasukkan dalam kategori harddisk. Tapi takpa, abaikan. Ikut saja.
2A. Kalau korang pakai thumbdrive atau mp3 player, dia akan kategorikan device kau kat tempat lain. Contoh di bawah. (mp3 player)
3. Kemudian, right click atau klik butang kanan tetikus korang dan klik open! Tadaaaaa!!! Senangkan? Jangan teruja. Aku tahu.
Semua orang boleh elak virus daripada masuk ke komputer. Inilah cara paling senang. Ikut cara ni setiap kali kau cucuk apa - apa (bukan salam cucuk). Simple. Aku pun dah siap bagi contoh gambar. Kalau tak dapat jugak, dapatkan nasihat doktor.Janganlah tanya aku soalan macam mana nak hilangkan virus lepas ni. Sebab sekali lagi, ini langkah pencegahan, bukan merawat.
Aku akan post entri macam mana nak memantau virus yang tersorok, tapi lain kali. Apa - apa pun, anti-virus tu penting. Sangat penting. Tapi kadang tu, ada anti-virus pun, virus boleh masuk dengan cara klik OK di atas. Percayalah.
Kenalilah komputer anda!
Sayangilah komputer anda!
Cegah sebelum merawat.
The Making of KAMI The Movie
Bagi sesiapa yang terlepas, sila lah nonton.
Rabu, September 24
merenung keadilan yang sudah mati
20 minit sebelum tu, aku terjumpa seorang kenalan lain. Kenalan itulah yang memberitahu bahawa teman karib aku sebelum ni, telah mengaibkan aku di depan manusia lain.
Renungan aku semakin jauh. Kali ini betul - betul jauh. Keliling aku sepertinya kosong. Bangunan - bangunan di Kuala Lumpur serta pejalan kaki hilang dari pandangan aku. Yang tinggal hanya aku, rokok dan renungan.
Rabak.
Pedih.
Terburai.
Sakit.
Perit.
Seribu satu perasaan bertalu - talu memukul hati, jiwa dan roh aku. Kenapa dia perlu mengaibkan aku sedangkan selama ni kami berteman karib. Tidak ada perkataan yang dapat menghuraikan kekariban kami. Kenapa aku yang selalu mengawal diri untuk tidak pernah meludahkan walau sepatah perkataan buruk tentang dia. Kenapa senang terburainya kata - kata hina tentang aku dari dia?
Kemarahan semakin terkumpul dan padat. Tidak ada nama lain yang hampir dengan aku saat ini, selain nama Tuhan.
Nama Tuhan.
Tuhan yang menjadikan sekian alam serta manusia. Tuhan yang Maha Kuasa. Tuhan yang aku sujud dan sembah. Tuhan yang Maha Menguji. Kau segala Maha.
Akulah hamba Kau yang gagal hari ini. Gagal menjadi hamba Kau yang terbaik. Dan kerana itu Kau menguji aku atau ini pembalasan dari Kau. Aku terima sebagai hamba.
Itu sahaja yang aku mampu sebut, sedang aku menggigil melawan kemarahan yang bergelojak mencari jalan keluar.
Perasaan yang paling sukar dikawal! Namun, nama Tuhan memadamkan kemarahan satu persatu.
Teman karib yang dahulunya aku anggap sebahagian dari kehidupan, hari ini telah memburukkan, mengaibkan, memalukan, mengotorkan nama aku. Kenalan yang aku jumpa tadi, juga tidak percaya bahawa teman karib aku ini sanggup meloloskan kata - kata seburuk yang pernah dia dengar. Aku bertanya lagi, apakah selain dari cerita ini yang pernah keluar dari mulut teman karib aku? Kenalan itu diam. Tak terhembur patah kata seterusnya. Dari air mukanya, aku lihat dia betul - betul tidak sanggup untuk memperdengarkan kisah keaiban aku yang lain yang bakal merabakkan hati aku lagi. Ini yang paling ringan untuk diperdengarkan. Maka, yang lain jauh lebih dahsyat hodohnya.
Menggigil seluruh tubuh. Darah semakin deras, membayangkan kisah lain yang tidak diperdengarkan. Jika si pencerita tidak sanggup bercerita, maka aku lebih jauh tidak sanggup untuk mendengar.
Keadilan sudah mati. Si penjarah hidup senang lenang dengan kekayaan dunia. Apakah perlu kita hidup sebagai penjahat dunia untuk mendapatkan kehidupan yang indah?
Dalam satu minit lain, aku boleh saja memburukkan nama teman karib aku itu. Aku yakin dan cukup bahan bukti untuk memburukkan dia sebagai pembalasan. Aku juga mampu mengaibkan manusia!
Dalam satu minit lain juga, aku boleh saja mempertahankan diri untuk menepis segala kata dari kenalan si penyampai cerita itu, kerana aku bijak memilih kata penangkis. Aku juga mampu menipu!
Hanya garis halus yang memisahkan kedua - dua keputusan ini sekarang.
Tapi aku pilih untuk berdiam diri.
Aku terus mendengar.
Dengar...
Calar, hancur, rabak.
Dengar...
Kemudian aku jawab; takpalah. Biarlah dia bercerita. Apa keuntungan cerita ini pada dia, aku tak tahu.
Aku bukan orang kaya dan seumur hidup aku, tidak pernah cuba untuk berlagak kaya, walaupun orang tua aku cukup mampu untuk memberikan kekayaan pada aku dan anak - anaknya yang lain.
Tapi aku taknak.
Aku percaya adik - beradik aku yang lain juga taknak.
Inilah kehidupan yang aku pilih supaya aku tidak hanyut di dunia. Aku menunggu garisan permulaan kehidupan tanpa harta dari orang tua aku. Aku mahu bergerak sendiri di kota Kuala Lumpur yang setiap hari menekan aku dan manusia lain. Biar aku rasa keperitan yang orang tuaku pernah rasa.
Aku juga mahu rasa apa yang manusia lain sedang rasa tentang betapa susahnya mencari duit sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Terima kasih kerana mengaibkan aku. Tapi percayalah, aku tidak akan mengaibkan kau semula sebagai balas, walaupun kau pernah berlaku kejam pada KEHIDUPAN aku.
Keadilan sudah mati.
Koyak sudah hati.
Selasa, September 23
RPK ke Kamunting
Menurut peguamnya, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar hari ini permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.
Habeas corpus adalah permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut dan menjadikannya tidak sah.
Berita selanjutnya di Malaysia Kini
ISA ZALIM!
mesej dari aku
Terima kasih wartawan Zaidi dan juga wartawan dari akhbar lain yang pernah menulis pasal aku dan pemeran KAMI yang lain sebelum ni.
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
BINGUNG memilih sepatu yang sesuai untuk digayakan pada pagi SyawalTetapi awas, membazir itu amalan syaitan jangan sesekali terleka hingga boleh melalaikan. Tak kisah berbelanja tapi biarlah berpada-pada.
Sempena musim Aidilfitri yang bakal diraikan nanti, istimewa untuk pembaca setia Hip, tidak ketinggalan empat pelakon muda berbakat besar daripada filem Kami The Movie iaitu Juliana Evans, Ezani, Nas-T dan Zahiril Adzim membeli-belah di Tangs Pavilion.
Lihatlah gelagat mereka melayani keinginan masing-masing untuk melaram pada pagi Aidilfitri. Sakan juga mereka memborong barang maklumlah sudah bergelar artis. Terima kasih kepada Tangs yang sudi memberi kerjasama.
Semangat pelakon muda ini semakin membara kerana filem mereka akan menemui peminat mulai hari raya pertama. Jadi jangan lupa juga untuk menyerbu pawagam berdekatan dengan rumah anda untuk sama-sama memberi sokongan menonton filem Kami.
Tak rugi menonton Kami The Movie kerana filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini sangat menarik untuk ditonton seisi keluarga. Terdahulu, filem ini pernah disiarkan di 8TV dalam bentuk drama bersiri.
Jom kita kongsi cerita mereka yang mempunyai misi dan visi untuk terus menjadi pelakon generasi baru yang terbaik. Simboliknya, hati mereka juga sudah dimiliki.
Jatuh cinta dengan teater
BAKAT dan gaya lakonan Zahiril Adzim, 24, atau Bob cukup mengesankan dalam filem Kami ini. Ramai rakan media yang sangat mengagumi kemunculan sulungnya di layar lebar. Itu satu petanda positif dan kehadiran bakat baru sepertinya sangat dialu-alukan.
Pemegang Diploma Teater di Aswara ini cukup aktif berlakon teater antaranya seperti Uda & Dara, Waktu Eksperimental Merdeka dan Air Con. Zahiril tamat pengajiannya pada Jun lalu dan sering mendapat bimbingan pelakon hebat seperti Ahmad Yatim, Namron dan Marlia Musa sewaktu di Aswara.
Kata Zahiril, kini dia ingin menjadi pelakon sepenuh masa. Ungkapnya lagi, kalau boleh dia mahu mengimbangi berlakon di pentas teater dan komersial (TV dan filem).
“Sebelum menyertai Aswara, saya tidak tahu langsung apakah sebenarnya istilah teater. Akhirnya selepas berjaya masuk Aswara, saya banyak belajar mengenai aspek lakonan dan di situlah saya menemui benda yang hebat iaitu teater.
“Matlamat saya nanti mahu mengajak penonton agar lebih menghargai filem atau drama yang lebih berat berbanding genre lebih kepada aspek komersial dan hiburan semata-mata. Penonton selama ini terlalu banyak disogokkan dengan genre sebegitu dan sudah tiba masanya untuk kita sama-sama beralih ke satu fasa yang baru biarpun sukar sebenarnya mahu memecah tembok itu,” katanya yang memegang watak antagonis sebagai Boy dalam filem Kami.
Dapat mesejnya? Terima kasih. Selebihnya baca disini
Khamis, September 18
Hari - Hari Aku Dizalimi
Aku nak kongsi dengan korang pasal buku yang aku baru habis baca ni. "Hari - hari aku dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy". Macam kena je dengan situasi aku sekarang, 'dizalimi'. Hah, dah mula lah tu, aku ni. Ishh!
Maaf, cerita pasal buku ek?
Buku ini adalah catatan Burhanuddin Al-Helmy sewaktu dalam tahanan ISA pada 28 Januari 1965. Penahanan beliau telah disokong oleh Tun Dr. Ismail (masa tu Dato' lagi) atas alasan mereka ini mengkhianat dan menderhaka kepada negara. (Tidak perlu dibicara?) Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam (PAS) yang progresif, berpandangan global. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Beliau ditahan kerana dituduh terlibat menubuhkan kerajaan buangan di Riau, Indonesia (exile government). Masa tu kan kita tak ngam dengan Indonesia masa Sabah & Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.
Burhanuddin Al-Helmy juga merupakan
- Ahli Jama'tul Islamiah
- Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1939
- Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) 1945
- Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) 1945
- Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
- AJK Badan Perhubungan Bangsa - Bangsa Asia, 1947
- Ahli Pengasas Hizbul Muslimim, 1948
Burhanuddin Al-Helmy jatuh sakit semasa dalam tahanan. Dalam buku ni, dia cerita macam mana dia mengharungi penyakit lelahnya dan terpaksa tidur dalam lokap yang sejuk dan tak cukup udara kerana sitem pengaliran udara yang terhad. Tanpa selipar memijak lantai simen yang sejuk dan pakaian tahanan yang buruk dan kotor sehingga beliau mendapat penyakit kudis akibat pakaian tahanan tersebut. Dikelilingi nyamuk setiap malam dan terpaksa tidur di atas tilam lama yang buruk, berhabuk dan hancing.
Pada Mac 1966, beliau dibebaskan dengan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Beliau tidak dibenarkan terlibat dalam politik sehingga 22 September 1969.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.
Buku ini agak ringkas catatannya dan aku tidak begitu teruja dengan gaya penulisannya. Dalam buku ni cuma banyak catatan beliau menolak segala pertuduhan ke atas beliau dan sedikit sebanyak mengenai kehidupannya semasa dalam tahanan. Dalam buku ni juga dilampirkan catatan sebenar hasil tulisan tangan Burhanuddin Al-Helmy. Kalau korang nak baca, carilah buku ni. Buku ni dihasilkan oleh PAS Gombak.
Tajuk : Hari - Hari Aku Dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy
Editor & Penyusun : Saari Sungib (juga bekas tahanan ISA)
Susun Atur Huruf : Kap
Rekabentuk Kulit : Abu 'Umar, Kap
Tahun : Ogos 2006 (Cetakan Pertama)
Mukasurat : 151 helai
Diterbitkan untuk : PAS Gombak & Penerangan PAS Gombak
Diurusterbit oleh : Focus Approach Sdn Bhd
Dicetak oleh : Tengas Communication Sdn Bhd
ISBN : 983-2553-38-5
Syed Azidi @ Kickdefella di ISA-kan
Selepas Raja Petra ditahan, Teresa Kok dan wartawan (Sin Chew) Tan Hoon Cheng pula ditahan hari tu. Walaubagaimana pun, Tan Hoon Cheng telah dibebaskan. Tetapi semalam, jam 5 petang, sorang lagi blogger Sheih Kickdefella atau Syed Azidi Syed Aziz, pengarah filem Pesona Nan Grata, (lakonan Hans Isaac dan Erra Fazira), telah ditahan di rumahnya di Kota Baru, Kelantan. Menurut isterinya, dia ditahan di bawah Akta Hasutan (ISA).
Syed Azidi @ KickdefellaSelamatkan negara kita dan tahanan ISA. Amin.
Rabu, September 17
Weyh, gosip weyh! Sini!
Kau tahu siapa sebenarnya penduduk tanah Malaysia ni? Hah, kau tahu? Siapa??
Hah, Melayu?? Isshh.. bukan lah! Bukan Melayu lah! Bukan Melayu yang jalan - jalan kat Pavilion dengan handbag LV, handbag Gucci tu! Bukan Melayu dalam kereta mewah cermin gelap tu! Bukan Melayu yang cakap omputeh tu! Bukan penyanyi Melayu yang tengah famous tu lah! Bukan pelakon Melayu yang hot tu! Bukan celebriti lah! Fikir celebriti je! Apa kau ingat diaorang tu popular, aku nak cerita pasal diaorang je ker? Diaorang tu lagilah! Kau ni, fikir lah lain sikit! Kalau tak Melayu, celebriti. Kalau tak celebriti, Melayu. Boring aku. Melayu pun pendatang dari Indon lah! Oopss.. tak sayang mulut...
Apa? Bangsa Cina? India? Isshh.. ko ni! Diaorang tu kan pendatang sebenar. Kau tak dengar ke Ahmad Ismail cakap apa hari tu? Kau nak kena tangkap ISA ke? Nak lepak dengan Petra dengan Teresa Kok ke? Kau orang UMNO? Kalau bukan, baik kau diam. Kalau kau orang UMNO, takpa. Sebab orang UMNO kebal ISA. Kau tu sapa je. Apa yang kau tahu ah?
Woi, nak pergi mana tu?! Psst! Psst! Sini lah dol! Woi!
Tu lah kau ni, nak kata bebal tapi kau pandai pakai internet. Ni aku ada video klip diaorang ni! Kau tengok lah. Diaorang ni lah yang sebenarnya penduduk turun temurun yang terawal dekat negara kita ni. Tapi kesian, sebabkan kemodenan dan globalisasi yang rakus si kapitalis, diaorang telah diabai, dipinggirkan. Diaorang mana tahu Louis Vuitton tu apa, diaorang mana tahu Ed Hardy tu apa! Tengoklah, diaorang ni lagi otai dari kita tau!
(Terima kasih Puspa kerana kongsi video ni, hati aku terus senyap bila tengok, sedih)
Lagu Perjuangan Orang Asal
Untuk Kawan - Kawan Yang Kita Suka
Membaca itu bukan budaya rakyat Malaysia, jadi mari jadikan membaca sebagai budaya diri sendiri!
oleh Zahiril Adzim & Fared Ayam
Klik juga
oleh Zahiril Adzim & Fared Ayam
oleh Zahiril Adzim & Fared Ayam
www.thenutgraph.com

Bagai rokok dengan asap
Lerr.. aku dah cakap aku nakal kan.
Asap rokok yang pertama masuk ke paru - paru aku ialah asap rokok jenama Benson & Hedges. Adik beradik pengeran ni yang rembat orang construction punya.
Masuk tahun ni dah 13 tahun aku sedut asap rokok. Dah beribu, ratus ribu atau mungkin cecah juta, Ringgit Malaysia aku habiskan untuk menghitamkan paru - paru aku (agaknya itulah warna paru - paru aku sekarang). Atau ada warna yang lebih gelap dari hitam?Setelah beberapa kali menukar jenama rokok, hari ni aku menghisap asap rokok jenama Pall Mall merah. Kotak yang paling besar, 25 batang. Bukan 20 tapi 25 batang sehari. Biar aku eja ya?
S.E.H.A.R.I
Badan aku memang memerlukan nikotin setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat.
Tapi rokoklah peneman aku, sedang aku berada di roda kehidupan yang paling bawah setelah kejadian baru - baru ni. Oleh itu, rokok lah peneman ketika aku sedang bersedih, berduka, gembira. Waktu aku bekerja memeras otak yang semakin bebal ni, rokoklah yang menjadi teman borak, teman ketawa, teman berhujah, teman tapi mesra. Sebentar. Ptuih! Maaf aku tak suka perkataan tu.
Kalau nak bandingkan rokok dengan 'dia', persamaannya mungkin ini...
"Memberi kegembiraan dan kenikmatan setiap hari, tetapi dalam diam, memberi kesakitan hujung hari"
Selasa, September 16
Break-ing / Ji Po / Ka Si Pe Cah
Tapi janganlah mengharapkan teater popular macam Puteri Gunung Ledang The Musical. Itu salah SATU cabang teater je. Ingat tu.
Teater bukan Istana Budaya dan Istana Budaya bukan teater.
(tapi dalam English, theatre ada 2 maksud).
Jadi aku syorkan teater ini untuk ditonton oleh semua. Dan korang tak payah pakai FORMAL untuk tengok teater ni (macam Istana Budaya). Untuk pengetahuan korang jugak, sebelum ni, Ka Si Pe Cah pernah dipentaskan di Jepun dan Singapura dan hari ini diaorang pentaskan di KL.
Oleh itu, marilah! Mahu tengok kulit ayam?
_________________________________________________
Pentas Theatre Collaboration Project
平台剧场合作交流计划
Projek Kerjasama Pentas Teater

“These three pieces, as a whole, have challenged us not only in our thinking about language, but also in our thinking beyond language.”
– Kakiseni.com
“Beautiful and elliptical… exuberant… …Dramatists across the Causeway explore issues of language, politics and identity with mostly beautiful and hilarious results.”
By Adeline Chia, Singapore
…each director …. succeeds in delivering something resonant, relevant and powerful.,,, a remarkable evening, displaying the vibrant diversity of the KL theatre scene
The Flying Inkpot, Singapore
Pentas Theatre Collaboration Project is a platform of interaction within different cultures and realms which encourages diversity and possibilities in theatre arts and theatre language.
A collaboration based on the theme of LANGUAGE between three Malaysian theatre companies, Pentas Project, The Instant Café Theatre Company and Alternative Stage. Premiered in 2006 in Kuala Lumpur, it went on its international tour to Japan and Singapore in 2008, and is now back to KL.
A triple-bill of plays --
Silence, please
Directed by Jo Kukathas
3 women deal with the death of their mother, two men create a work of art and someone has something to say about what is not being said…
Repot[Mind+Mine]
Directed by Loh Kok Man
This is a formal yet informal report. Repot[Mind+Mine] humorously explores the situations and irony in the Malaysian lingo.
If they could go back in time, if they walk into the world of P. Ramlee, if they tell you and me – Language is only a strange kind of blah, blah, blah, blah, blah…
WIP
Directed by Nam Ron
In an unknown space, a blindfolded man tries desperately to connect with another man in a futile attempt to avoid death. He asks to share a cigarette, tries to find out his his gaoler’s name and then finds himself beginning to share his hopes and dreams…
Casts : Anitha Abdul Hamid, Anne James, Chen Huen Phuei, Gan Hui Yee, Kiea Kuan Nam, Lee Swee Keong, Ayam Fared, Moo Siew Keh, Thiagu, Tin Tan Chai Chen, Where, Sukania Venugopal,
Set Design : Caecar Chong & Teoh Shaw Gie
Music Composer and Sound Design : Ng Chor Guan
Lighting Design : Loh Kok Man
Multimedia : Au Sow Yee
Stage Manager : Jason Lai
PENTAS 2, KUALA LUMPUR PERFORMING ART CENTRE (KLPac)
25th ~ 28th September 2008
8:30pm ( Wednesday to Sunday )
3:00pm ( Sunday )
RM 47 (Adults)
RM 27 (Students, Disable & Senior Citizens)
10% discount for Astro subscribers
PREVIEW 24th September 2008 @ 8:30pm / RM 27 Only
Box Office (KLPac) 4047 9000 (TASB) 2094 0400/1400
More info : info@pentasproject.com / info@instantcafetheatre.com
Supported by HSBC in the Arts / ASTRO / Colorganda!
Break-ing / 击破 (Ji Po) / Ka Si Pe Cah - VIDEO PROMO!
Isnin, September 15
Menjawab luahan Scout (dan lelain)
Pertama sekali, terima kasih banyak - banyak kerana meminati lakonan aku dan usaha meng'google' nama aku semata - mata untuk mengetahui perkembangan aku, juga satu perbuatan yang amat aku hargai. Aku juga minta maaf jika entri sebelum ini telah membuat kau terkesan atau kecil hati kerana percayalah, aku bukan menolak kaum lain di negara kita. Kalau kau ikut blog aku, mesti kau boleh agak yang aku bukanlah jenis macam tu.
Terima kasih jugak atas feedback yang diberikan. Aku hargai. Bila kau tulis yang kau meminati tulisan aku dan lakonan aku dalam AIRCON dan tak sabar menunggu KAMI The Movie, sudah cukup untuk membuktikan yang kau tidak ada masalah menerima bangsa lain di Malaysia.
Aku tidak ada masalah bila kau menulis dalam Bahasa Inggeris sebab aku faham dan kau pun faham Bahasa Melayu. Untuk 2 orang manusia (kau dan aku), aktiviti berkomunikasi telahpun berjaya. Seperti mana aku pernah bekerja dengan pengarah AIRCON (Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi) dengan menggunakan 2 bahasa yang berbeza. Tidak pernah timbul masalah.
Kenapa aku pilih Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Malaysia?
Memang keliru isu ni.
Sebenarnya entri sebelum ni telah beberapa kali aku tapis. Percaya atau tidak, draft yang pertama, aku guna perkataan Bahasa Malaysia, atas alasan supaya skopnya lebih luas. Aku tidak mahu ada yang terasa hati (dalam isu perkauman), macam yang kau rasa. Jadi aku juga keliru samada nak guna Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia untuk entri tersebut. Tetapi setelah difikir - fikirkan, dan beberapa perbualan dengan rakan - rakan, aku memang pilih untuk guna Bahasa Melayu dengan bersebab.
1) Bahasa Melayu telah digunakan oleh 4 negara keliling kita, iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Cuma perbezaannya ialah dialek tempatannya, namun nama akarnya tetap Bahasa Melayu. Pada tahun 1945, Bahasa Melayu telah diselaraskan penggunaannya oleh keempat - empat negara ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik negara tetangga Asia Tenggara, kerana kita masih lagi dijajah pada masa tu (peralihan pemerintahan Jepun - British).
2) Ada orang kata, lepas negara kita merdeka, Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan supaya Bahasa Melayu telah ditukar kepada Bahasa Malaysia, tapi sebenarnya penggunaan nama Bahasa Malaysia secara meluas berlaku selepas kejadian 13 Mei 1969. Itupun hanya dengan persetujuan ramai untuk mengelakkan perkauman tetapi walaubagaimanapun, dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 masih tertulis "bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu". Tidak ditukar langsung.
3) Pada tahun 1986, nama Bahasa Malaysia telah ditukar kepada Bahasa Melayu oleh Anwar Ibrahim yang memegang jawatan Menteri Pendidikan pada masa tu. Anwar kemudian telah dilucutkan jawatannya dan diterajang keluar oleh Barisan Nasional pimpinan Che Det. Pada 4 Jun 2007, kerajaan Barisan Nasional telah menukar semula Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dengan tidak merujuk kepada pakar bahasa (sumber) . Penukaran ini hanyalah tuntutan politik dan juga usaha Barisan Nasional meraih pengundi bukan Melayu. Jadi kekeliruan semakin besar di kalangan rakyat Malaysia termasuklah kau dan aku.
4) Tapi bila kita tengok sejarah balik, tukarlah kepada apa - apa nama sekali pun, akarnya tetap Bahasa Melayu. Biar pun ada perkataan "Melayu" tetapi Bahasa Melayu tetap milik semua rakyat Malaysia. Janganlah rasa terpinggir, Scout. Kita ambil contoh Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa kebangsan banyak negara seperti British, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan lain - lain. Mereka tidak tukar kepada Bahasa Amerika Syarikat atau Bahasa Australia dan 'sense of belonging' itu tidak pernah dipersoalkan.
Oleh kerana itu, aku memilih untuk menggunakan perkataan Bahasa Melayu. Tapi, sekali lagi, Bahasa Melayu adalah milik rakyat Malaysia kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Janganlah rasa terpinggir hanya kerana nama.
Kenapa Scout tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya?
1) Pemerintahan
Seperti yang aku tulis dalam entri sebelum ni, jika kita lihat negara Jepun, rakyatnya menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Di Indonesia pula, terdapat bangsa selain Melayu disana tetapi masih menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa utama. Jerman dan Perancis juga masing - masing menggunakan bahasa negara mereka sendiri. Kenapa hari ini masih terdapat rakyat Malaysia yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama?
Jawapannya ialah pemerintahan. Sudah lebih 51 tahun kita diperintah oleh UMNO tetapi bahasa kebangsaan kita tidak berjaya diterapkan kepada rakyat. Inilah bukti kegagalan pemerintahan UMNO. Tengok sahaja namanya "United Malays National Organisation". Bahasa apa itu? Mereka sendiri telah membenarkan British menguasai nama mereka.
Memang benar ini semua adalah kesan pasca-kolonialisme di Malaysia, tetapi jangan lupa Indonesia juga pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Jepun. British juga pernah memasuki tanah Indonesia walaupun tempohnya tidak lama, tapi hari ini, rakyat Indonesia masih lagi menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa utama. Presiden Soekarno sendiri telah mengangkat Bahasa Melayu dari Riau, yang bukan bahasanya sendiri (Jawa) sebagai Bahasa Indonesia.
Jangan lupa juga, rakyat Indonesia (dan Thailand) diperintahkan untuk menukar nama masing - masing kepada nama yang melambangkan rakyat Indonesia, termasuklah bangsa Cina. (contoh : Soparno, Soharto)
Negara kita tak perlu kan? Ah Cong tetap Ah Cong dan Muttu tetap Muttu. (Untuk sedapkan hati Scout)
Jadi, pemerintahlah pihak yang memainkan peranan penting dalam usaha menyatukan bahasa di Malaysia. Tetapi mereka gagal. Sudahlah gagal, ditukar pulak matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris di sekolah. Sampai adik aku kena beli buku teks baru, sebab buku teks aku dalam Bahasa Melayu (tak boleh diturunkan pada adik aku). Jika dari dulu lagi Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya, dan menolak bahasa lain (Bahasa Inggeris) aku yakin Scout hari ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.
2) Latar Tempat
Kamu percaya tak di Kelantan, orang Cina orang India fasih berbahasa Melayu (dialek Kelantan)? Kerana mereka berada di luar bandar dan tidak terpengaruh oleh arus kemodenan yang melampau. Pergilah ke kampung - kampung, contoh lain di Bandar Bharu, Kedah (kampung aku), tauke kedai runcit berbangsa Cina menggunakan perkataan 'kupang' dan bukannya 'sen'. Aku masih ingat benda ni, sebab aku selalu berbual pasal tauke tu dengan abang aku. Tauke tu guna Bahasa Melayu loghat Kedah dan dia sangat fasih!
Kita di Kuala Lumpur, dipengaruhi oleh barat melalui pelbagai jalan masuk. Kemasukan (pelbagai) dari barat seperti kelab malam Zouk, kedai kopi luar (Starbucks, Coffee Bean), kedai fesyen jenama mewah, (LV, Gucci) billboard yang bersepah, iklan (TV, radio, majalah, suratkhabar), filem, musik, teater dan banyak lagi yang aku tak boleh fikir sekarang. Jadi semua ni, sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya hidup kita dan kita pula tidak kuat. Kenapa aku kata kita tidak kuat?
Sebab benda ni semua pun masuk dekat negara - negara lain yang aku tulis kat atas tu, tetapi rakyatnya masih mampu mempertahankan bahasa diaorang walaupun ada diantara diaorang yang terpengaruh gaya hidupnya.
Woi, aku tak cakap kalau buat semua tu salah eh? Nak buat, buatlah. Nak lepak Starbucks, lepaklah. Aku pun pernah lepak situ. Nak dengar penyanyi barat, dengarlah. Aku pun dengar John Mayer, Nak tengok filem barat, tengoklah. Aku pun tengok Scarface. Tapi pandai - pandailah korang jaga diri sendiri untuk terpengaruh lebih - lebih atau tak.
(Perenggan ni tidak ditujukan pada Scout langsung).
3) Latar zaman
Bila aku teringat balik cerita - cerita tuk nenek aku yang diceritakan balik oleh mak bapak aku, dan mak bapak orang lain, aku perasan yang pada zaman pemerintahan dulu, Bahasa Melayu digunakan dengan meluasnya oleh semua bangsa. Aku percaya nenek moyang Scout yang melalui zaman pemerintahan dulu, mesti fasih berbahasa Melayu. Kerana apa?
Kerana pada zaman tu, rakyat Persekutuan Tanah Melayu lebih bersatu padu untuk menentang penjajah. Isu perkauman tidak timbul lagi sebelum 13 Mei sebab rakyat tengah sibuk menghalau penjajah. Macam mana dengan komunis?
Komunis bukan perkauman, komunis adalah fahaman yang digerakkan oleh gerakan komunis. Komunis bukan Cina dan Cina bukan komunis. Sila faham, terima kasih.
Jadi, bagi melakukan kerja - kerja penentangan penjajah, Bahasa Melayu digunakan untuk berkomunikasi antara setiap kaum. Tak percaya? Tontonlah cerita Paloh, Embun, Bukit Kepong dan lain - lain sebagai contoh. Tapi hari ini, "zaman dah berubah, dunia dah maju". Sebab kita dah merdeka dan tak perlu risau tentang penjajah, maka semangat patriotisme pun dah semakin pudar (kata - kata yang kononnya membuat aku berbunyi lebih matang).
Scout ada kesedaran, bagaimana dengan yang lain?
Scout kata.
"I speak English primarily. It's not because I think I'm more educated or any of those things. It's just my mother tongue, even though I'm Indian. Yes, English is my mother tongue, over Tamil. Is that odd? I don't know. I am at home in that language. I dream and think in it. I've been speaking it since I was born. We speak English and Tamil at home. I speak English with my friends, and BM with my Malay coworkers and friends or anywhere (in the store, etc.) I went to a regular "sekolah kebangsaan" and have no problems understanding or speaking it, although writing BM makes me feel a bit insecure because I'm out of practice."
Aku tak salahkan kau Scout kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kau. Sekurang - kurangnya kau masih ada kesedaran untuk menggunakan Bahasa Melayu dari masa ke semasa dengan orang - orang tertentu. Puncanya mungkin salah satu yang aku tulis diatas. Aku lebih melihat puncanya pada pemerintahan yang gagal. Kau guna Bahasa Inggeris bukan atas tujuan untuk nampak lebih ekslusif di Starbucks. Lagipun kau dah berumur untuk lepak di situ, kata kau. Jadi, kau tak rasa aku lebih tujukan kepada orang muda? Siapa yang selalu berada di sana? (Ada juga yang tua perasan muda)
Benar, entri aku sebelum ni lebih ditujukan kepada orang muda yang sebenarnya boleh berbahasa Melayu, tetapi tak mahu menggunakannya (lebih - lebih lagi bangsa Melayu itu sendiri). Diaorang juga menganggap Bahasa Inggeris lebih moden (moden selalu dilihat kepada barat oleh mereka).
Soalan untuk semua :
Kau ada tak, kawan yang berbahasa Inggeris siang dan malam, gaya hidup yang barat, dan pergi belajar di luar negara tetapi akhirnya mengadu nak balik KL, Malaysia?
Aku ada. Bingit telinga aku.
Jadi untuk Scout dan yang lain - lain, jangan terasa kecil hati hanya kerana aku menggunakan perkataan Bahasa Melayu. Kalau bahasa lain itu bahasa 'lidah ibu' kau, jawapannya ialah kegagalan pemerintahan. Kalau 'lidah ibu' kau boleh berbahasa Melayu, tetapi kau berbahasa Inggeris di Pavilion, jawapannya ialah kegagalan kau memerintah diri sendiri.
Entri ni dah cukup panjang. Harap terjawab dan dapat dikongsi bersama. Bersama siapa? Weh, jangan tanya aku lah!
Ahad, September 14
Bahasa apa kau pakai tu?
Tuan punya kedai yang berbangsa Cina ni bercakap menggunakan Bahasa Melayu sesama sendiri- adik dan abang (akan diperbetulkan).
Bahasa, itulah benda yang aku nak cakap sekarang.
Pelik? Rasanya tidak. Bila aku tanya kenapa diaorang cakap Bahasa Melayu? Diaorang betulkan aku, “Ini bahasa Indonesia, sebab kami dari Indonesia”. (sudah diperbetulkan).
Betul. Jawapan yang mudah dan tepat. Sebab diaorang dari Indonesia, jadi bahasa Indonesia adalah bahasa negara diaorang.
“Bahasa jiwa bangsa”
“Budi bahasa budaya kita”
Apa lagi yang ada perkataan ‘bahasa’ yang selalu kita dengar? Banyak kan? Aku tahu korang tahu. Tapi persoalannya apakah kita betul – betul menggunakan bahasa negara kita? Kalau korang pandai guna internet, bukak blog aku, maknanya korang mesti pandai untuk fikir sendiri jawapannya. Hari ini aku berbahasa Melayu sebab ini bahasa negara aku. Apa bahasa negara kau?
Sekarang ni, kita sibuk menentang perkauman, menentang ini dan itu lah, memperjuangkan hak sama rata di negara ni lah, tapi mari kita tanya adakah sumbangan paling simple kepada negara ni, kita dah buat?
Memang aku mengaku yang aku juga menentang perkauman dan aku mahu lihat rakyat Malaysia diberi hak yang sama rata. Tetapi apakah kaum lain yang sedang menerima hak sama rata ni, fasih menggunakan bahasa negaranya sendiri? Aku bukan nak serang kaum lain. Aku cuma beritahu apa yang aku nampak. Aku tak cakap orang Cina dan India je yang tak pandai cakap bahasa Melayu, (bukan semua) tapi orang Melayu sendiri pun tak guna bahasa Melayu.
Dekat pasar, lagi ramai orang tua – tua Cina dan India yang fasih berbahasa Melayu berbanding dengan yang muda konon urban ni. Mungkin sebab diaorang hidup (hampir) dari zaman penjajahan dulu? Hari ni, yang muda marah dan cakap negara ini milik diaorang jugak, tapi tak pandai berbahasa Melayu langsung.
Ada jugak budak - budak Melayu yang jarang pakai bahasa Melayu bila lepak dengan kawan – kawan yang kononnya high-class dekat Hartamas, Starbucks, Coffee Bean, Pavilion dan tempat - tempat binaan kapitalis ni. Bahasa yang diaorang gunakan ialah Bahasa Inggeris. (bukanlah semua, jangan melatah ya?)
Seronok? Mungkin. Nampak lebih educated kot?
Tak perlu untuk kau belajar Bahasa Melayu bersungguh – sungguh, janji kau cakap hari – hari cukuplah. Diaorang bangga bila bercakap Bahasa Inggeris, nampak group kengkawan tu lebih ekslusif. Nampak lebih advanced, lebih maju dan lebih moden. Lebih ini dan itu. Segala – galanya lebih dari orang yang bercakap pakai Bahasa Melayu. Bercakap dengan keluarga pun pakai Bahasa Inggeris, tulis blog pun Bahasa Inggeris (maaf, bukan semua), SMS pun Bahasa Inggeris, email pun Bahasa Inggeris, Facebook Myspace pun Bahasa Inggeris, lepak hartamas pun Bahasa Inggeris, borak dengan boyfriend/girlfriend pun Bahasa Inggeris. Lepas tu, hujung hari kau kata ini negara kau.
Tak salah. Siapa cakap pakai Bahasa Inggeris salah? Baguslah kau tahu lebih dari satu bahasa.
Bahasa Inggeris tu menampakkan kau lebih moden atau maju ke depan ke?
Biar aku bagi tahu. Negara Jepun, 10 kali lagi maju dari kita. Masa kita sibuk dengan walkman, diaorang dah guna MD. Tapi kenapa diaorang boleh guna Bahasa Jepun dan terus maju? Guna bahasa negara sendiri tak semestinya kita takkan maju.
Masalahnya diri kita sendiri kot. Kita yang tak bangga dengan bahasa Melayu kita. Bila Bahasa Inggeris orang lain berterabur, kita gelakkan diaorang. Kita punya Bahasa Melayu hancur, kita tak malu pulak kan?
Hebat.
Aku banyak jumpa orang Cina dari Indonesia yang tak fasih berbahasa Mandarin atau Kantonis tapi gempak berbahasa Indonesia. Diaorang tak malu pun tak tahu cakap Mandarin. Tak malu pun tak tahu cakap Kantonis.
Orang Indonesia cakap Bahasa Indonesia.
Orang Jepun cakap Bahasa Jepun.
Orang Amerika cakap Bahasa Inggeris (Amerika)
Orang British cakap Bahasa Inggeris (UK)
Orang China cakap Bahasa Mandarin.
Orang Thailand cakap Bahasa Thai.
Orang Malaysia?
Aku bukan cakap benda ni sebab Bahasa Melayu tu bahasa bangsa aku. (Melayu) Tidak. Kalau bahasa negara kita Kantonis, aku akan cakap Kantonis. Kalau bahasa negara kita bahasa Tamil, aku akan cakap Tamil. Tak banyak masalah pun rasanya kan?
Dengan mak bapak aku, aku cakaplah Bahasa Melayu.
Aku takda masalah dengan Bahasa Inggeris, aku pun bercakap Bahasa Inggeris bila perlu. Aku cuma ada masalah dengan orang yang taknak guna Bahasa Melayu sebab takut dipandang kampung, dipandang ketinggalan, dipandang tak educated, tak moden dan macam – macam lah. Sekali lagi, bagus kalau kita tahu banyak bahasa, tapi keutamaannya kat mana?
Dekat sekolah hari ni, matapelajaran Sains dan Matematik diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Apa memang diaorang nak didik anak - anak ini supaya melupakan Bahasa Melayu ke?
Kalau dah orang kat atas sana pun perangai macam ni, macam mana orang kat bawah tak terikut.
Jadi, terserahlah kat masing - masing. Kalau korang rasa negara ni korang punya dan korang sayang negara ni, mulalah dengan bahasanya dahulu.
Kalau tak setuju dengan aku, beritahu.
Jumaat, September 12
RPK di ISA-kan
Malaysiakini 12 September 2008
Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah.
Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.
Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.
Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.(Baca selanjutnya...)
Kongsi Puisi Siri I
After all, ini untuk kawan - kawan yang kita suka!
Jadi aku panggil setiap entri puisi ini dengan nama "Kongsi Puisi Bersiri'.
_____________________________
KONGSI PUISI SIRI I
Lingkungan Kita Si Mulut Besar - Wiji Thukul
Lingkungan kita si mulut besar
Dihuni lintah – lintah
Yang kenyang menghisap darah keringat tetangga
Dan anjing – anjing yang taat beribadah
Menyingkiri para penganggur
Yang mabuk minuman murahan
Lingkungan kita si mulut besar
Raksasa yang membisu
Yang anak – anaknya terus dirampok
Dan dihibur filem – filem kartun amerika
Perempuan disetor
Ke mesin – mesin industri
Yang membayar murah
Lingkungan kita si mulut besar
Sakit perut dan terus berak
Mencret oli dan logam
Busa dan plastic
Dan zat – zat pewarna yang meransang
Menggerogoti tenggorokan bocah – bocah
Yang mengulum es
Limapuluh perak
Kampong kalangan – solo desember 1991
Isnin, September 8
Siapa Peserta Acara Lompat 916 yang sebenar?
Kenapa pulak?
Apa tiba - tiba banyak pulak orang sibuk nak dapatkan ulasan dari orang - orang sana? Sebelum ni takda pulak nak suruh orang - orang dari sana komen. La ni, kalau boleh mintak komen dari semua orang lah dari parti komponen BN kat sana atau juga suspek peserta acara lompatan 916 ni.
Korek jangan tak korek.
Sekarang ni tak tahu siapa peserta acara lompatan 916 ni. Misteri. Lagi misteri dari rancangan Ekspose Mistik. Anwar pun taknak bagi tahu. Jadinya, diaorang pun sibuklah nak tengok ulasan siapa yang ada bau macam suspek peserta acara ni. Sorang - sorang diinterviewnya. Sorang - sorang dikoreknya. Sorang - sorang keluarkan komentar. Sorang - sorang nak selamatkan punggung sendiri. Sorang - sorang taknak nampak macam suspek.
Katakanlah, ada komentar yang kata acara ni hanya gimik politik pembangkang, tum tam, tum tam, meletup - letup cakapnya, alih - alih, dia rupanya peserta acara lompatan 916 tu. Haaa.. tak ke kena nanti? Habislah orang akan kata dia ni cakap tak serupa bikin.
Jadi, baik suruh sorang - sorang keluarkan pendapat atau komentar hari ini, supaya diaorang fikir dua kali bila nak lompat nanti. Takut kena cap 'cakap tak serupa bikin'.
Haaaa.....
Ahad, September 7
Apa.. jahat ke aku ni hari ni?
Waktu aku sekolah dulu, aku memang suka tukar – tukar sekolah. Itu memang aku. Mungkin sebab aku tak suka duduk lama – lama dalam satu kelompok kawan – kawan atau geng atau member atau korum atau apa – apa panggilan zaman tu. Itu memang dah nampak pada aku dari sekolah rendah lagi. Poser, panggilan untuk orang macam aku waktu tu, yang suka tukar – tukar gaya hidup atau fahaman atau pendirian atau apa – apa je lah. Dari budak basikal ke budak skate ke budak grunge ke budak skinhead ke budak hip hop ke budak raver maut ke budak – budakkan. Tak, kebudak – budakkan tu aku mengarut.
Itu agaknya gelaran yang dibagi pada aku masa sekolah dulu. Kena ada perkataan “budak” dulu kat depan kot.
Biarkan dulu cerita budak – budak ni. Cerita sekolah aku.
Darjah 1 sampai darjah 4 aku sekolah di St. Michael Institution, Ipoh. Sekolah laki semuanya. Aku budak lagi waktu tu, yang aku tahu aku suka makan ais-krim, main basikal, main mercun, main LEGO (kreativti aku terlihat kat LEGO) dengan main Nintendo. Aku selalu bertandang ke rumah kawan aku (selang dua rumah) untuk lepaskan gian main Nintendo, kalau tak dapat pun aku bukak TV rumah aku tengok dia main. (entah macam mana, siaran dia boleh sampai rumah aku)Tu pun dah cukup excited. Mencari girlfriend? Jauh sekali. Tak pernah terfikir. Darjah 5 aku pindah ke Petaling Jaya. Sekolah Kebangsaan Sri Damai, Sek 17. Pertama kali sekolah campur laki perempuan. Teruja? Sikitlar. Girlfriend? Takda jugak. Aku lagi sibuk mandi sungai, main gitar dan berbasikal.
Masa aku form 1 aku sekolah kat Bukit Bintang Boys School (BBBS), sampailah form 2. 2 tahun aku kat sana aku buat lah kawan, ramai. BBBS ni tradisi dia kalau nak cari awek, cari kat SM (P) Sri Aman. Sekolah perempuan. Aku? Tak. Aku tak join dengan budak - budak yang suka lepak kat McDonalds Sec 14 dengan budak sekolah Sri Aman. Tutup cerita. Kat sekolah ni lah aku belajar macam – macam dengan rakan sebaya. Semuanya tak berfaedah. Kenangan? Bersepah.
Bila aku form 3 pulak, aku pindah sekolah Bukit Bandaraya, Bangsar. Masa tu Sharifah Amani kecik lagi, dengan baju kurung perpustakaan dan spek dia, kalau aku tak silap. Ya, aku satu sekolah dengan dia dan kakak dia, Leya. Kat sekolah tu aku bergaul dengan budak – budak laki jugak. Entah kenapa aku memang suka bergaul dengan laki sahaja sebab aku nakal. Sangat. Setahun kat situ, aku dah bosan, aku tukar sekolah lain pulak, pujuk mak bapak aku suruh tukarkan aku sekolah.
Aku carik kawan baru, jauh sikit. Sekolah Menengah Teknik Ampangan, Seremban. Dekat sekolah ni aku banyak bergaduh sebab budak Negeri Sembilan kat sekolah tu tak suka budak PJ dan KL. Kata diaorang budak PJ & KL ni anak orang kaya berlagak. Kenapa? Manalah aku tahu, tanyalah diaorang! Racist negeri kot? Ingat semua orang PJ & KL anak orang kaya ke?
Perangai aku yang suka melawan, dari sekolah memang terpancar kat dahi aku yang jendul ni. Senior form 5 suruh aku panggil diaorang abang, aku taknak (masa tu aku form 4). Setahun je beza, buat apa nak panggil abang ? Pernah sekali tu, aku kena tipu. Ada budak aku tak kenal masuk kelas, panggil nama aku kata ada cikgu nak jumpa kat bengkel. Sampai bengkel je aku kena penumbuk sebijik dengan budak konon – konon kental kat situ, nama dia Labu. Aku ingat lagi. Budak dia ramai, aku sorang. Bukan tempat aku. Dalam bengkel. Ada hammer, pahat, paku semua. Aku nak buat apa? Perut aku nyaris – nyaris kena rodok dengan pahat. Pengalaman.
Geram campur dendam, aku lari cari senior aku kat kelas dia (budak PJ gak). Aku cerita semua benda, dia pun pergi talk (gaya ala – ala brader2) dengan budak – budak negeri Sembilan, lepas tu settle.
Settle? Habis aku yang kena penumbuk ni?
“Tak boleh buat apa Bob, ni bukan tempat kita,”. Aku akur je lah dengan kata – kata dia sebab perjalanan aku ke stesen bas untuk ambik bas balik KL tu jauh. Terminal, nama stesen bas tu, memang port gaduh. Macam – macam boleh jadi kat aku. Mak bapak jauh. Tapi ada jugak senior aku (duduk KL & PJ) yang jadi tali barut budak Negeri Sembilan masa tu.
Celaka kan? Aku tahu. Nak hidup senang kat situ kot. Macam Melayu jadi baruah Jepun semata – mata nak cari makan zaman dulu. Ptuih! Pigi dah. Tapi bila turun bas sama – sama kat KL, barulah nak baik dengan aku. Tahu takut? Politik kuat ni.
Setahun aku bertahan kat sana. A’ah, memang aku bertahan dengan caci maki, kutukan, hinaan. Tapi yang best nya semua pandai cakap belakang je. Depan aku pijak daun kering tak bunyi rangup, apatah lagi nak pijak semut sampai mati.
Kenapa diaorang tak suka aku?
Haaa, part ni payah sikit. Kalau lain cara kau baca, lain lah bunyi dia. Aku dibenci (bukanlah semua orang, group konon – konon kental ni je) sebab muka aku jambu. Jambu?? Aku tak tahu lah, diaorang yang kata. Tapi dengan budak – budak badge aku, aku ngam. Kepala sama, bagai Dunhill dibelah dua (masa tu kitaorang suka Dunhill).
Untuk menjaga kesihatan aku agar lebih cemerlang, aku tukar sekolah balik masuk Bukit Bintang Boys School (BB). Pengetua sekolah ni ada masalah kalau ada budak dari sekolah teknik masuk sekolah dia. Akulah tu. Pagi – pagi lagi dia dah bagi muka menyampah kat aku masa nak daftar masuk balik. Bila aku masuk kelas, kawan – kawan kelas aku punyalah seronok tengok muka aku masuk balik sekolah tu. Aku pun senyum lebar rasa puas dapat ‘balik rumah’.
Tapi cikgu kelas merangkap cikgu matapelajaran Bahasa Melayu aku tak suka kat aku. Eleh, tak heran lah. Sedangkan budak Negeri Sembilan ramai – ramai tak suka aku, aku boleh survive, inikan kau sorang. Cikgu aku sound satu kelas masa mula – mula aku sampai.
“Kelas, jaga – jagalah. Zahiril dah masuk kelas kita ni dia akan bawak malapetaka”.
Malapetaka? Sial? Nasib buruk? Macam tu lah bunyinya. Tersentap jugaklah bila kawan aku bagitau apa yang cikgu kelas umumkan kat diaorang. Ada ke cakap macam tu? Aku bukannya Dajjal yang akan bawak sial. Aku baru 17 tahun!
Seronok, selesa dan gembira bila dapat masuk balik belajar dengan kawan – kawan lama aku yang sekepala, dua kepala, tiga kepala, empat kepala (kau kira sendiri sampai habis). Aku amik SPM pun kat sekolah ni. Disebabkan passion aku terhadap seni memang dah bersinar dari sekolah, akulah yang paling excited bila sampai kelas Pendidikan Seni. Ouh ya, aku juga riang bila Pendidikan Jasmani!
Bola? Tidak.
Basketball? Tidak.
Ping Pong? Tidak.
Lumba lari? Tidak.
Hoki? Tidak.
Habis apa yang aku buat time Pendidikan Jasmani?
Isap rokok dalam hutan tepi sekolah. Tak, aku tak jahat. Itu nakal namanya. Mak aku pun cakap itu nakal je namanya. Tapi aku bersukan jugaklah. Satu – satunya sukan yang aku main waktu sekolah dulu ialah Softball. Team sekolah aku wakil daerah Petaling Jaya A. Wakil untuk dikalahkan oleh daerah lain. Betul. Tak pernah menang.
Kelas aku bukanlah kelas pandai. Kelas kedua tercorot kat sekolah tu. Kalau nak ikut hiraki dia macam ni. Aku pun ingat tak ingat je ni.
BIRU – Kelas pandai. Suka lepak dengan budak Sri Aman kat McDonalds. Banyak pengawas.
COKELAT – Kedua terpandai. Banyak pengawas. Diehard gamers. Tergilakan Sri Aman jugak.
EMAS – Selalu berusaha gigih agar tak nampak macam kelas nombor 3.
GANGSA – Tengah – tengah. Tak pandai sangat tak bangang sangat.
HIJAU – Kelas aku. Aliran Sastera. SPM letak tepi yang penting adalah kehidupan itu sendiri.
JINGGA – Member baik kelas HIJAU sebab banyak kepala sama.
Walaupun aku duduk dalam kedua tercorot, tapi aku tengok budak – budak ni lagi pandai berdikari. Kehidupan itu lebih penting untuk dipelajari bagi diaorang daripada fakta dan nombor dalam buku teks. Ilmu kita boleh dapat dalam buku, tapi pengalaman tak. Diaorang berguru dengan pengalaman kehidupan diaorang sendiri. Aku dan diaorang lah yang selalu di tepi jalan meneroka kehidupan remaja yang dimiliki waktu tu. Street smart. Itu yang aku belajar dari diaorang yang rata – rata datang dari keluarga yang susah dan kehidupan yang sangat jalanan. Entah macam mana aku nak sebut pun tak tahu. Yang penting bukan skema.
Sebab cikgu kelas merangkap cikgu BM aku cakap aku bawak malapetaka, aku simpan dendam. Setahun aku kat sekolah tu, dia mati – mati ingat aku ni pelajar yang tak boleh pakai, untuk hari ini dan masa depan. Masa beredar, zaman berubah, gaya rambut bersilih ganti, fesyen seluar longgar dan ketat, SPM pun sampai.
Bahasa Melayu tu bahasa pertama aku. Bahasa Negara aku. Ingat tu.
Keputusan SPM pun keluar dan aku amik sendiri dari tangan cikgu kelas/BM aku. Muka dia terkejut tapi cover untuk menjaga kestabilan ego dia.
“Tahniah, Zahiril. BM awak A1. Saya tak sangka awak minat BM? Ingat awak suka seni je?”.
Cikgu, hari ini saya menulis puisi dan artikel dalam BAHASA MELAYU, dan seni itu bukan lukisan sahaja. Terima kasih. Dendam aku terbalas.
Bila aku habis sekolah, aku belajar lebih banyak tentang kehidupan yang tak pernah aku dapat dalam buku teks corakan UMNO di sekolah. Sejarah Malaysia pun aku belajar kali kedua bila aku dah habis sekolah. Sejarah yang tak pernah diceritakan di sekolah. Dan aku terfikir, kalaulah aku bergaul dengan orang – orang yang ulat buku, belajar tunggang langgang semata – mata untuk menghafal fakta dan nombor saja, mungkin hari ni aku tersangkut dalam pejabat yang aircond nya kuat nak mampus dari jam 9 – 5 petang?
Hari ini aku jadi manusia. Manusia yang tak pernah aku bayangkan waktu dalam kelas ataupun dalam hutan masa tengah isap rokok. Aku membesar dengan merayau – rayau tepi jalan di Kuala Lumpur. Aku jumpa macam – macam orang dan hari ini aku boleh berfikir dengan otak aku yang cikgu aku kata tak boleh pakai dulu. Sebab aku nakal dan sangat jalanan dululah yang membuatkan aku untuk tidak bergaul dengan anak – anak orang kaya yang rosak dan suka menghabiskan duit mak bapak. Sebab aku merayau – rayau di kaki limalah yang bukak mata aku dan sedar ada ramai lagi manusia yang perit hidup mereka. Sebab aku bergaul dengan kononnya ‘kutu’ lah yang mengajar aku untuk tidak hanyut dengan kumpulan – kumpulan remaja yang kononnya western thinking atau dasar pandang ke barat dan sebab aku membesar dengan orang kebanyakkan lah yang buat aku sedar bahawa kalau nak ukur baju tu biar ukur baju kat badan sendiri.
Aku berteater hari ni, cikgu. Seni itu sendiri banyak mengajar aku tentang kehidupan aku dan orang lain. Aku dan kawan – kawan berkarya untuk sampaikan mesej pada masyarakat. Duit soal lain, cikgu. Bukan itu yang aku kejar. Aku belum menjadi hamba duit, cikgu. Dan aku masih pegang Bahasa Melayu sebagai bahasa Negara aku. Aku tak gelar diri aku aktivis, tapi aktiviti yang aku buat banyak yang bentuk begitu.
Bilang pada aku, apa teruk ke aku hari ini, cikgu?
Mahukah kau tumbuk aku lagi hari ni, Labu?
Sabtu, September 6
Awak suka lompat ?
Mana??
16 September adalah hari Malaysia. Pembentukkan Malaysia, iaitu Sabah dan Sarawak (dan temasik, aku taknak sebut) Tarikh ini jugaklah digunakan Anwar dalam kempen di Permatang Pauh tempoh hari.
Entah jadi entah tidak.
Mana nak jadi kot? Dah ramai MB yang dihantar ke Taiwan untuk dijauhkan dari 16 September. Sapa je yang nak main lompat - lompat ni?
Entah gimik entah tidak.
Takpalah, kita tunggu je lah apa jadi. Berapa hari je tinggal untuk sampai ke Hari Malaysia. Kalau ada, adalah. Kalau takda maka angan - angan je lah.
Entah ada entah tidak.
Yang ini pula bagaimana, saudara?
Hari tu punya layout, agak sempit, warnanya pun menyempitkan kepala aku. Dengan tak seberapa hebatnya, aku pun menurunkan kreativiti aku ke laptop aku dan inilah hasilnya buat sementara waktu.
Kau suka tak ?? Tak suka jugak??
Ikut suka lah. Aku pun tak tahu. Tapi yang ni oklah sikit kot daripada gambar adik magis purple yang aku jumpa dekat blogskins tu. Tapi itu aku copy paste je, yang ni memang takkan jumpa kat blogskins, sebab aku buat sendiri.
Sebenarnya aku jumpa satu wallpaper dekat Vladstudio (sini). Ni gambar asal. Sebenarnya aku carik gambar backpacker, tapi takda. Ni je yang ade, sebab dia tarik beg, kire oklah. Idea pun timbul ler dari situ campur dengan idea layout lama aku. Aku fikir layout ni takdalah nampak budak - budak sangat, dan tak nampak maskulin sangat. Sipi - sipi.
Backpacking = Aku gemar.
Cuma code asalnya aku amik dari code yang lama. Aku buat balik. Aku korek. Aku tukar:
1. Gambar atas tu aku buat balik sendiri. Title atas tu.
2. Background keseluruhannya lah.
3. Color - color font dan family - family nya.
A'ah, untuk korang yang dah pandai memang lah nampak benda aku buat ni simple je. Terima kasih.
Deconstruction.
Ok? Tak suka jugak?
Terima kasih.
Jumaat, September 5
Ini Kemajuankah?
Ini kemajuan kah? Perubahan diri aku kah? Penambahbaikkan kah?
Aku pun tak tahu. Rokok pun dah naik harga, semoga aku dan rokok dapat dipisahkan.
Al - Fatihah buat Pak Samad Ismail
Jenazah Pak Samad akan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam, Bukit Kiara selepas solat Jumaat, hari ini.
Tokoh Kewartawanan Negara ini dilahirkan pada 18 April 1924 di Geylang, Singapura dan aktif dalam gerakan politik. Pak Samad pernah menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (GERAM), bersama - sama Abdul Aziz Ishak. Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.
Pak Samad juga pernah menjadi tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 1976. Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).
Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).
Semoga Tuhan menempatkan Pak Samad dalam golongan orang - orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Berita dari MalaysiaKini.





