Maka TUAH (Sang Penjilat Punggung Pemerintah) bersama hulubalang - hulubalang dari Istana telah datang ke rumah JEBAT (Sang Pemberontak Jalanan).
TUAH telah memecah masuk rumah JEBAT atas titah Sultan dengan alasan JEBAT telah menderhaka kepada Sultan.
TUAH : Aku kemari atas titah Sultan untuk menghalau kau keluar dari rumah dan negeri ini!
JEBAT : Aku tak gentar! Lawan tetap lawan! Sudah ramai yang menjadi pengikut ku! Kuasa bukan pada aku, tetapi pada mereka! Aku tidak akan mengalah!
TUAH : Jangan menderhaka pada Sultan, Jebat! Kita orang Melayu! Ingat tu!
JEBAT : Melayu kau kata? Lihat bini siapa lebih Melayu? Bini aku atau bini kau?
TUAH : Ini bukan soal bini, Jebat! Kau harus ingat, walau pengikut kau ramai, tapi media di negara ini berpihak pada aku, Jebat! Aku lebih berkuasa! Disebabkan pengikut kau lah, jalanraya sesak! Masjid penuh sampai penduduk negeri sukar untuk sembahyang Jumaat!
JEBAT : Kalau kau mahukan rumah dah negeri ini, khabarkan pada rakyat, biar mereka pilih siapa yang lebih layak untuk tinggal disini. Kau atau aku!
TUAH : Lebih lama kau disini, lebih ramai bangsa lain yang kau beri muka! Aku takkan biarkan bangsa kita dirampas keistimewaannya! Takkan Melayu hilang di dunia! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!
JEBAT : Kau memang pentingkan diri! Pengecut! Kau sebenarnya takut dengan bangsa lain! Kau takut sebab kau dah terlalu selesa hidup dalam kemewahan! Ciss!!! Usahlah kita bertikam lidah lagi, tidak ada gunanya! Kalau kau jantan, mari kita bertempur!
Maka TUAH dan JEBAT pun bertempur di negeri itu. Pelbagai senjata mereka gunakan, seperti perisai, gas pemedih mata, botol air, batu - batuan, trak - trak besar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mereka tidak tercedera. Yang tercedera ialah pengikut - pengikut mereka.
Commercial Break.
(Aku cadangkan iklan Starbucks atau McDonalds.)
28 ulasan:
creative. :)
nak buat macam mana, tuah lagi kaya, ada kuda.
very original yet meaningful
another ugly scene kt tanah kita ni.
si tuah dpt byk support..
kotak yg tunjuk gmbar bgerak2 tu pn slalu tunjuk muka tuah je..
iklan mcd..parapappaaa
=))
tuah n jebat...
tak same tp serupa
lu pkirla sdiri!!!
hei hei heiiii Hang Tuah! Baik kau turun. Kalau kau tak turun, aku naik. Kau bukan tak tau, aku dah lama nak guna toyota camry. proton perdana mahal kos servisnya.
aku pergi terkucil sat, bila balik nanti, aku saman kau.
manusia buta
menggunakan kuasa..akhir nya yang maut bangsa sendiri..
sinis sungguh drama nih. hahaha.
esi
tuAH,itu sial namnya.
ooops
maaf
tolong jgn buat commercial break!!!
aku x sanggup tunggu utk episod seterusnya
~aku pilih Hang Li Po~
haha! :p
jebat mmg dah gagal, aku sedih sebab jebat org baik, dalam legenda kena bunuh, dalam realiti pun kena bunuh gak
tuah? lets wait and see
yg pasti dalam undang2 PR, mmg betul
jebat dan tuah
= sama2 b.o.d.o.h...
gils kuasa dan harta rakyat..
sebenarnya aku nampak satu mesej disini, tp aku kurang setuju dengan mesej itu.
DAP bukan mengambil hak istimewa melayu, tetapi memberi hak istimewa yg lebih dr melayu kepada cina.
persoalannya disini, dimana hak sama rata utk rakyat yg kerajaan PR janjikan? aku tak setuju. tindas seorang, bela lagi seorang. sama jelah cmtu, lebih baik stay dengan UMNO sekurang2nya aku tak kena tindas. w'pun mmg sentiasa ditindas.
pdhal kita nak beli tanah pun kena bergolok gadai, tak adil tak adil..
kamus dewan bahasa patut tambah perkataan ni lah.
melayu - hamba
patik - anak anjing
agree..
sbnrnya, any party yg memerintah akan menggunakan cara yg sama dgn apa yg current kerajaan guna.
cth.. isu ISA yg slalu digembar gemburkan... x mustahil once parti yg baru naik, diorg pun akan guna ISA utk halang pengikut parti2 yg lain.
as rakyat, kita ada hak memilih...dan perlu rasional,sbb at the end, kita hanya FOLLOWER..TUAH & JEBAT jugak yg akan ada kuasa... so pikirlah sebaiknya
p/s zf, patut tambah perkataan nie dlm kamus dbp
politik = taik kucing
kamu kelahiran taiping kan? patutlah emosi ye? hehe...
satu perkataan bila memperkatakan isu ini ialah "muak"..
saya dah muak dengan politik sekarang ni, bukan diorang patut tumpukan pada rakyat dan ekonomi negara ke? disebabkan kuasa, rakyat yang jadi mangsa...erkhhh...
very nice. psikologi yang kamu guna bagus untuk mewajahkan politik pada hari ini.
tak pernah rasa jebat yang bersalah.
tuah tak pernah tahu nilai persahabatan.
yes! tuah penjilat punggung sultan.!
tiba2 rasa nak tergelak..
sbb mlm td baru suarakan pd mak sy, jebat dan tuah moden dah menjelma.. tiba2 baca entry kamu ni mcm sama je apa yg sy dan family bincangkan..
btw, satu je boleh kata.. tuah zaman moden lebih teruk dari yg dulu!!
Oh..rupanya lahir di Perak. Tapi kampung di Kedah. Kan? Kini menetap di Selangor. Tapi mengundi di mana ya? Hehe..
Aku tak minat nak follow 'negeri Perak' sebab mengundi di Selangor. Tuah tiada di Selangor..
@mr hafis - :) hari ini, kaya itu kuasa.
@Atie Kamil - yeap, real ugly.
@Nurul Aimi - I'm lovin' it!
@ieyna - hehe..
@elza - Haha.. pakai kelisa sudah lain kali.
@aku ingin bebas - antara kesannya.
@lovie say - sinis kerana kamu faham subteksnya hehe :)
@mirachantek - oppss.. tak sayang tangan menaip ni :P
@kecik - Hahahah.. aku pun!
@Anonymous - huhu :P
@zf - aku tak pasti siapa yg gagal. Mesej yang kamu dapat ialah mesej yang kamu korek dan jumpa. :) Lain yang kamu korek, maka lainlah mesejnya. Terserah, kerana aku tidak meletakkan kesimpulan. Ouh ya, kalau tak silap aku dalam kamus patik memang bermaksud anak anjing.
@jumapx - sama2 :)
@jamme - kerana itu kita jangan taksub pada sesuatu parti, kekal sahaja kepada 'kuasa rakyat'. :)
@pistachio almonde - ya, saya anak kelahiran taiping. Memang muak, tapi sekurangnya kita peka dengan isu dan pergerakkan mereka kerana setiap perkara dalam negara dikawal mereka juga politik, termasuklah handbag LV yang budak - budak di Pavilion tu pakai. Haha!
@Aleya Ariana - Terima kasih :) Tuah dan Jebat sudah terlalu dekat dengan kita semua. :)
@menulis - oleh itu, janganlah pernah rasa dia bersalah.
@candle in the wind - iya? Haha :) Saya tak terkejut, sebab memang sangat jelas. Sekali lagi, perkara ini dekat dengan kita semua. :D
@MB - Handal kamu tahu semuanya. Saya mengundi di waktu pagi. Hehe :) Tuah tiada di Selangor? Tuah boleh berada di mana - mana sahaja, awas. Hehe..
Ya..harus sentiasa berhati2. Ini masalahnya bila mengaplikasi katak dalam politik.
Kalau tanya BN..mereka setuju kalau PR lompat BN tapi tak terima kalau BN lompat PR. Begitu juga akasnya... PR teruja nak tarik BN lompat PR..Tapi, bila PR sendiri yang lompat BN..terus terkesima kesemuanya.
Pandangan 'peribadi' saya mengenai krisis 2 MB di Perak. Si Jebat mukanya macam orang Cina. Dan dia memang tahu cakap Cina (Mandarin dan Hokkien kot), Tamil...dan Melayu sudah tentu. Walaupun masa dia jadi MB ramai Exco bangsa Cina, sudah tentu dia faham kalau2 ada yang mengata/mengutuk di depan beliau.
Si Tuah pula ada 'sedikit' mirip India (mungkin faktor kulit) dan kredibiliti beliau masih belum teruji selagi belum memerintah. Itu saja...
Menarik... tp kan jebat nak kene tangkap ISA!... xde versi tuh ke?
Oh by the way.. bro.. minta izin link ur blog.. k.. :D
Full of sarcasm I would say.
-out of topic-
Tiba-tiba terklik google and keluar blog page kamu. Sangat menarik, sangat suka puisi2 pelik penuh makna.
Teruskan berkarya.
wah...aku terharu baca kisah itu.... negeri ku ditimpa bencana ..aduhh...i love my King...
nie de maksud yg mendalam ni..hahaha..pndai eh kmu ni berkias..huhu..
sgt kagum karya anda..sinis sekali:)
best..best...klakau....
jgn besok tetiba sultan naik hangin..sumer org die nyahkan dr perak sudahlah labu...
kite tunggu dan lihat jelah biler drama di malaysia nih nak abes..mmg mengalahkan drama samarinda ah...
adious...etoy
Jebat x boleh terima kenyataan kah?
oppss... mungkin ramai x setuju...
politik2...
aku penyokong Tuah!
Melayu perlu dipertahankan semoden mane pn kita... bkn bersikap racist tp memekir masa hadapan...
tp kalau JEBAT boleh berdiri di kakinya sendiri tanpa telunjuk ah seng dan arumugam maybe aku akan sokong JEBAT...
Catat Ulasan