Rabu, April 29

filem karaoke ke cannes

Hari tu.

Waktu tapak kakiku masih memijak pasir Kampung Paya, Pulau Tioman, aku menerima panggilan telefon yang membawa khabar berita bahawa filem 'Karaoke' telah menembusi Festival Filem Cannes, Perancis. Terperanjat jugak aku sebenarnya.

Festival Filem Cannes? Ya Tuhan, itu besaarr punya festival tu! Ramai pembikin filem yang cuba nak tembus!
Dalam hati ku bersuara. Tapi aku memang percaya filem itu, tersendiri nilainya. Kerana apa?

Kerana tenaga - tenaga dan kreativiti serta kesungguhan mereka yang di belakang tabir. Baik dari sutradara hinggalah ke tenaga pembantu kecil - kecilan. Mereka tidak bekerja untuk wang ringgit tetapi atas nama cinta kepada pembikinan.

Benar.

Kemudian aku pulang ke Kota Lumpur dan aku terima banyak ucapan tahniah daripada kenalan - kenalan mengenai berita itu.

Eh! Sebenarnya setiap ucapan tahniah itu harus disalurkan ke setiap orang di belakang tabir!

Aku cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemeran. Aku cuma menyampaikan apa yang hendak disampaikan oleh sutradara. Yang selebihnya, yang menyempurnakan produk itu adalah mereka ini semua! Yang bekerja keras!

Ya, aku yang menyaksikan mereka bekerja keras!.

Hari ini, aku lihat berita makin tersebar. Merata - rata aku baca perkara ini di blog - blog. Lalu aku ambil keputusan untuk mewujudkan entri yang berkenaan dengan perkara ini.

Filem pertama dari Malaysia yang berjaya menembus Festival Filem Cannes tersebut ialah filem arahan U-Wei "Kaki Bakar" dan menjadikan filem "Karaoke" arahan Chris Chong sebagai filem kedua dari Malaysia.

Uishh.. menakutkan bunyinya.

Filem ini belum lagi ditayangkan di Malaysia. Aku pun tak tahu bila atau samada akan ditayangkan di sini atau tidak. Bergantung kepada taste penonton di sini. Ooopsss..

Di luar kuasa aku, sebenarnya maksud aku. Maaf.

Sewaktu aku bekerja untuk filem ini, aku telah menimba banyak ilmu dari sutradara dan pemeran yang lain. (Mislina Mustaffa, Hariry, Nadia, Amerul dan ramai lagi).

Kalau peminat lakonan slapstik pasti rimas atau boleh meroyan bila menonton lakonan pemeran ini semua yang sungguh natural. Tak faham? Tak mengapa, teruskan menonton drama lakonan slapstik dan gelarkan lakonan itu lakonan natural. Kemudian pura - pura mengerti tentang lakonan natural ya? Terima kasih.

Jadi, marilah aku dan korang berdoa dan menghantar energy kemenangan untuk filem dari Malaysia ini.

Bukan untuk sutradara,
Bukan untuk aku,
Bukan untuk pemeran lain,
Bukan untuk tenaga produksi lain,
tetapi untuk produk dari negara kita.

Informasi lebih lanjut aku curi dari blog salah seorang pemerannya, Hariry (Pojok Riang - riang).


KARAOKE, hasil karya pembikin filem Malaysia Chris Chong Chan Fui akan ditayangkan di “Director’s Fortnight” Festival Filem Cannes ke-62 dari 14 hingga 24 Mei 2009. Ia merupakan filem cereka Malaysia pertama dalam 14 tahun yang akan ditayangkan di Cannes. KARAOKE juga dicalonkan untuk Camera d’Or (Kamera Emas), anugerah yang menghargai filem cereka sulung terbaik yang ditayangkan dalam mana-mana tayangan pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight dan International Critics’ Week).

Apabila dihubungi melalui telefon di Bangkok, di mana beliau sedang menyiapkan kerja pasca-produksi, Chris nyatanya terkejut: “Cannes sungguh tidak dijangka. Menyertai festival filem yang terbesar di dunia dan menikmati tayangan serentak dengan filem Francis Ford Coppola merupakan satu penghargaan yang hebat!”

KARAOKE ialah filem cereka Chris yang pertama. Sebelum ini, pengarah filem dan pengkarya media kelahiran Sabah ini menerima penghargaan antarabangsa untuk filem pendeknya BLOCK B (2008), dan dokumentarinya KOLAM (2007).

Diterbitkan oleh Tanjung Aru Pictures, kelolaan Chris sendiri, filem 75-minit dalam Bahasa Malaysia, KARAOKE dibikin di lokasi penggambaran di Selangor dalam jangkamasa 12 hari pada bulan Disember 2008. Akan tetapi sebelum penggambaran bermula pun, KARAOKE telah dijemput untuk menyertai Klinik Skrip Festival Filem Berlin 2007, dan dipilih untuk menyertai Forum Penajaan Filem Hong Kong-Asia(HAF) pada 2008.

KARAOKE merupakan hasil nukilan penulis teater, penyanyi dan pencipta lagu Shanon Shah, yang juga mencipta lagu dan lirik dalam filem tersebut. Ia mengetengahkan persembahan daripada barisan pelakon yang hebat, diterajui oleh Zahiril Adzim dan dibantu oleh Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa. Paling kini, pendatang baru Zahiril Adzim dan Amerul Affendi telah mengagumi penonton Malaysia dalam pementasan teater Air Con, kebetulannya juga hasil tangan Shanon Shah. Seorang lagi bakat kelahiran Sabah yang tersohor pada peringkat antarabangsa, artis Yee I-Lann, merupakan pereka produksi KARAOKE.

Jalan cerita

Di sebuah perkampungan ladang kelapa sawit di Malaysia … Betik pulang.

Siang hari, Betik membantu dalam penggambaran video karaoke. Malam, dia membantu ibunya yang keberatan di pusat karaoke kendaliannya. Inilah tempatnya dia jatuh hati pada Anisah. Rezeki, jodoh dan keluarga. Kepulangannya terikat oleh takdir.

Akan tetapi kehidupan tidaklah sebegitu lurus. Setiap orang mahukan sesuatu. Pendalangan kecil yang didorong oleh kepentingan diri dan nafsu tetap berlaku, dan lagu-lagu tetap dinyanyikan. Tanpa goyah.

Kampungnya berubah. Pohon kelapa sawit tumbuh dalam simetri yang tidak berakhir. Lanskapnya berkarat dan nostalgia berputar.

“Directors’ Fortnight” di Festival Filem Cannes

Directors’ Fortnight Festival Filem Cannes telah lama menjadi platform di mana pendatang baru boleh menyerlah, sambil menonjolkan bakat baru dalam dunia perfileman antarabangsa. Dimulakan pada tahun 1969 oleh Persatuan Pengarah Perancis, programnya termasuklah tayangan filem dari seluruh dunia ketika Festival Filem Cannes.

Sejak kelahirannya, Directors’ Fortnight telah menyerlahkan dan mengendalikan tayangan pertama di Perancis filem-filem sulung oleh Werner Herzog, Rainer Werner Fassbinder, Nagisa Oshima, George Lucas, Martin Scorsese, Michael Haneke, Jim Jarmusch dan Spike Lee, antara yang lain.

Sebagai salah satu program yang diadakan serentak dengan Cannes, Directors’ Fortnight dibuka untuk tayangan umum. Pada tahun 2008, seramai 40,000 penonton telah menghadiri tayangan-tayangannya.

Pautan yang berkaitan:
http://www.quinzaine-realisateurs.com/?LNG=us
http://www.quinzaine-realisateurs.com/download/Selection_41e_quinzaine(2009).pdf

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tanjungarupictures.com/

Untuk pertanyaan selanjutnya, hubungi Nandita Solomon di +6019 234 7317 atau nansolo@gmail.com.


Aku dan sutradara Chirs Chong

Sutradara Chris Chong, pemeran Hariry dan aku.

Pemeran Nadia, sutradara Chris Chong, aku, pemeran Mislina dan pemeran Amerul Affendi.

Nah, curi lihat sedikit ya?

KARAOKE (Malaysia) Chris Chong Chan Fui - Teaser



p/s: Dari aku sendiri, tahniah untuk sekalian tenaga produksi. Terlibat secara langsung atau tidak, tetap TAHNIAH!

ahhh... indaahhh

Aku fikir aku nak menulis di Tanjung Karang, tapi apakan daya tak menyempat.
Jadual kerjaku agak rapat - rapat seperti orang naik bas mini warna merah jambu masa aku darjah 5 dulu.

Tanjung Karang..
suasana yang indah.
Sebagai penyambung kenikmatan aku dari Tioman.
Dah lama aku tak jumpa Kota Lumpur.
Hampir - hampir 2 minggu.
Pedulikan!

Yang dapat membuatkan Cik Wani Ardy cemburu dengan lokasiku sekarang. Oh, takziah juga padanya.

Disini, setiap petang aku akan mengayuh basikal tua (prop) meluncur celah - celah pohonan kelapa menembus angin petang di kawasan kampung segar ini. Meneroka sebatang jalan tar yang panjang diapit oleh rumahan kampung dan pohonan nyaman.

Kalau aku punya 4 tangan, 2 tangan aku mengawal basikal.
2 tangan lagi aku ku coretkan macam - macam di buku nota sambil menjadi saksi kesegaran kawasan itu.

Tapi bila ku pulang ke lokasi, aku terpaksa terus bekerja yang memerlukan minda dan emosi hingga terlupa perkara yang ku saksikan petang tadi.

Sebuah nikmat yang tidak akan aku dapat di Kota Lumpur. Rumah kampung tempat aku menembak ini telah mengiangkan aku pada kampung ku di Kedah. Satu perkataan yang hampir tepat ialah..

Indah.

Aaahhh.. indaahhh...

Tempoh hari di Tioman, juga indaaahhhh....
Aku cintakan alam. Sungguh.

p/s: Entri ini agak kolokial ya?

Sabtu, April 25

punggah barang masuk barang

Baru pulang.
Bukan dari percutian,
Tetapi dari satu penyaksian.

Punggah barang, masuk barang,
Jam 5 pagi nanti, berangkat ke Tanjung Karang.
Kerja semula! Apa barang?!

Aduhh... Tak sempat nak bersatu dengan katil.

Nak tulis banyak pun tak sempat. Nak reply mesej pun tak menang tangan. Aku terpaksa mengemas untuk kembali bekerja.

Seminggu lamanya disana kelak.

p/s: Antara penyaksian yang terbaik! Kawan - kawan yang kita suka harus pergi!

Selasa, April 21

sebilah kehidupan mahu berangkat

Sebuah backpack,
Sebuah buku nota,
Sebatang pen.
Maka aku berangkat ke Tioman..

Juga sebilah kehidupan.

Kota Lumpur yang semakin hari semakin menampar para penduduknya, semakin hari semakin menekan penghuninya, Aku lenyapkan sementara.

Sementara aku mahu berehat yang tidak sepenuhnya digelar rehat.


p/s: Mengapa sebilah kehidupan? Kerana ia tajam dan bisa menghiris sesiapa sahaja yang tidak cermat menggunakannya.

Khamis, April 16

sebatang rokok menutup malam

Sebatang rokok lagi, akan ku tutup hari ini.
Sebatang rokok lagi, akan ku tutup malam ini.
Sebatang rokok lagi, akan ku buang serabai fikiran ini.

Aku, yang masih bernama.
yang masih mencari kepuasan diri,
yang masih menyelongkar dunia ini.
yang juga menjadi orang yang ku benci.

Ku tamatkan hari ini dengan sebatang rokok lagi..

Selamat malam seluruh hamba.

p/s: Aku ketagih ilmu kehidupan.



Ahad, April 12

terbanglah AIRCON

Penat. Tapi aku tak mampu untuk berehat.

Selesai sudah menembak "Merah Puteh" tempoh hari, kini aku sedang bergelumang dalam latihan untuk pementasan teater "AIRCON" yang akan datang. Agak berat peran yang sedang dibawa. Emosinya sungguh kacau bilau. Mindanya sungguh kusut masai. Lalu menjadikan aku punya emosi senang terganggu.

Mudah pecah. Cuma tiada pelekat fragile sahaja di dahi ku.

Membawa kisah silam yang pernah bertempek di fikiran sebelum ini ke dalam peran, aku dan emosi diganggu lagi.

Dalam masa yang sama, aku sedar yang aku kurang menulis. Entah kenapa sebabnya. Kerana mindaku terlalu banyak perkara yang sedang difikirkan atau aku sebenarnya sudah kehilangan rasa sakit seperti yang pernah ada.

Aku sedang gembira atau sedang selesa?

Entah. Nanti - nanti sahajalah akan ku fikirkan. Bukan aku tidak mahu menulis, tapi berkali - kali aku cuba melekatkan jari - jari ini ke papan kekunci dan malangnya tidak satu ayat pun yang dapat dilahirkan. Sekali lagi, aku sedang gembira atau sedang selesa?

Suatu keinginan yang benar - benar merebak dalam diri aku hari ini ialah,

Aku mahu pulang ke kehidupan ruji. Kehidupan asas.

Tidak apalah. Tinggalkan dulu keinginan aku buat masa ini kerana aku harus menyelesaikan apa yang aku citakan sebelumnya.

Ini cerita teater AIRCON pula yang akan dipentaskan semula atas kehendak dan permintaan ramai sebelum ini.


KARYA
Shanon Shah

PENGARAH
Jo Kukathas & Zalfian Fuzi

MEMPERKENALKAN
Amerul Affendi, Dara Othman, Firdaus Che Yahaya, Hazarul Hasnain, Nick Davis,
Ryan Lee Baskaran & Zahiril Adzim

DENGAN
Nam Ron, Chew Kin Wah & Naa Murad


Chep dan Burn merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, sebuah sekolah elit di Kedah. Burn merupakan pelajar contoh dan ketua pengawas sekolah. Manakala Chep rakan karib Burn, pelajar yang paling ditakuti oleh junior kerana sifatnya yang cepat naik marah dan kehebatannya dalam permainan hoki. Sekolah tersebut terkenal dengan status yang hebat dalam bidang akademik dan sukan. Bagaimanapun, apabila mayat seorang pelacur dijumpai berdekatan dengan sekolah tersebut, maka terungkailah status quo, budaya buli, jenayah seks dan keganasan di dalam sekolah tersebut. William dan kawan baiknya Asif yang pada mulanya naïf dalam semua perkara terpaksa berubah sikap mereka apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembunuhan tersebut. Tetapi siapakah yang sebenarnya bertangungjawab ke atas pembunuhan tersebut? Dan bolehkah mereka dijatuhkan hukuman?


Air Con mencabar dan menyelami sifat-sifat hipokrit yang menjadikan golongan remaja sebagai kambing hitam dalam masa-masa kepanikan moral. Yang paling penting sekali ia merencanakan tentang jalan yang paling elok untuk seorang remaja membesar dan melihat perspektif yang berlainan dalam sesebuah masyarakat tentang bagaimana mereka mengharapkan daripada seorang remaja itu menjadi lelaki.


Dipersembahkan dalam Bahasa Malaysia dialek Kedah dan Bahasa Inggeris.
Dengan sarikata Bahasa Inggeris. Untuk Penonton Matang.


Tarikh Pementasan
15-19 April 2009
830 malam (Khamis hingga Ahad)
300 petang (Sabtu dan Ahad)


TEMPAT
KLPAC, Pentas 2
Sentul Park, Jln. Strachan
Off Jln. Ipoh, Kuala Lumpur.

TIKET
RM47/RM27 (Pelajar & Warga Emas)

**Pratonton: 15 April, 8.30malam Semua tiket hanya RM27 sahaja.**
Box Office Tel: (03) 4047 9000

****Fund Raising Night 19 April 830pm RM 100 (minimum donation)****
Instant Cafe is looking for individuals who would like to support AIR CON and our FIRSTWoRKS program by making our final night a Fund Raising Night. Air Con was played to sold out shows last year but we still need funds to sustain the production and program. If you enjoyed Air Con and want to see more New Malaysian Plays from us please do come on our Fund Raising Night.

Thank you for your support!
(Sila hubungi 017 871 6802 untuk keterangan lanjut)

Sedikit kata yang aku tulis semasa sedang berada di dalam watak. (Burn) yang menuntut satu perkara dalam hidupnya, iaitu "ruang". Dia mahu bebas.. kerana tidak tahan.

TERBANGLAH

Terbanglah terbang..
Setiap manusia punya hak untuk terbang,
Bebas..
Kemana - mana..

Malangnya,
Mereka tidak punya sayap.

Aku jua.

Adakah mempunyai sayap yang patah lebih sakit dari yang tidak pernah punya sayap?


p/s: Apa yang aku boleh cakap, beli tiket awal - awal. Nanti korang tahulah kenapa..

Jumaat, April 3

ghost musim ke 2

Dah memang lama sangat dah aku tak memerahkan otak lalu melahirkan perkataan serta ayat - ayat yang menggambarkan samada secara kasar atau hampir tepat tentang apa yang aku rasa atau juga tentang apa yang terjadi sekeliling aku.

Atau keliling kita.
Atau keliling kawan - kawan yang kita suka.

Bila aku pulang ke rumah dengan emosi, mental dan fizikal yang sungguh penat, aku tak mampu lagi untuk melekat di depan pc.

Kerana itu kamu lihat tidak banyak yang 'terkini'.

Memang pernah terdetik untuk pulang ke kehidupan ruji, tetapi memandangkan untuk bertahan di Kota Lumpur ini, juga untuk bertahan dalam kemodenan hari ini, aku perlu berlawan dengan kemalasan yang tidak sepatutnya wujud. Aku tak mampu untuk memanjakan diri sendiri.

Sepanjang tempoh bekerja dengan bermacam - macam jenis manusia, bermacam - macam jenis cara kerja, bermacam - macam jenis kelompok, aku melihat kepelbagaian mentaliti dan sistem bekerja.

Fuh, penuh kekesalan. Lidah aku menjadi segan untuk menyebut perkataan 'industri'.

Abaikan. Baiklah, ini cerita lain.

3 hari lepas, aku ke PC untuk Ghost musim ke 2.
Jadi, sedikit informasi untuk dikongsi.

Bermula 19 April 2009.
Setiap Ahad 10.30 malam.
8TV.

Khamis, April 2

sedang jadi orang yang aku benci

Pernah kau benci dekat sesiapa?
Waktu itu kau hilang respect dekat dia.

Pernah kau jadi orang yang kau benci?
Dan kemudian, kau hilang respect pada diri sendiri..

AKU PERNAH DAN SEDANG MENJADI ORANG YANG AKU BENCI.
AHH.. HUKUMAN YANG ADIL.


Agaknya.