Tuesday, January 26

hijau hari akhirnya

Baiklah, sudah sampai ke tanah air. Nak menulis pasal konsert Green Day, tapi dah nak kena gerak Ipoh dah. Kerja, kerja oh kerja.

Oh ya, lagipun masa konsert-best-nak-mati tu, kamera tak dibenarkan masuk. Potong betul! Ini pun gambar sehelai dua pakai telefon-bimbit yang entah pahapa kualitinya.

Kasut melebihi ketinggian yang ditetapkan pun tak boleh masuk!




Nasib baik boot aku lepas. Jadi fikir sendirilah berapa ramai Mat Nippon yang makan boot aku malam tu.






Selepas konsert yang tak jual air. Dahaga nak mampos.






Engkau sorang je yang pakai macam ni weh!

Baiklah, ini sahaja yang sempat sebab dah nak kena pergi kerja. Sekarang pukul berapa? 4.30 pagi? Habis bila nak rehat?

Saturday, January 23

harijadi yang tak kejut

Birthday gua tahun ni. Dah gua 1st time main salji, mestilah gua jakun siot.

Muka control sejuk dan tak puas hati sebab dah nak kena balik

p/s: Tapi sebenarnya memang tak puas langsunggggg!!! Gua nak lagi wehh!!!

ESOK GREEN DAY!! KEMUNCAK TRIP NI!

Thursday, January 21

4 hari sebelum tersepak bibir

4 hari lagi sebelum ke konsert Green Day yang di nanti - nantikan.

5 hari lagi sebelum aku pulang ke tanahair. Kembali bekerja, kembali berkarya, kembali pada ruang yang pernah mengecewakan aku, kembali melihat serta mendengar khabar - khabar pemberi duka. Aku sudah mula merasa bahang - bahang saratnya luka bakal menyerang kembali. Oh, aku tabahkan sahaja.

Yang penting, sebelum apa - apa, aku akan pastikan diri aku dipuaskan apabila melayan Billy Joe nanti.

Di sini minda aku terbuka luas, menikmati serta melayan suasana keliling tanah orang. Dengan jarangnya berkomunikasi dengan orang - orang kerana perbezaan bahasa, aku tidak bermusuhan serta tidak berprasangka dengan sesiapa pun.

Maka, kurangnya masalah perhubungan sosial di sini. Lega sikit minda aku. Aku rasa aku gemar menjadi stranger di sini sebab takda orang kacau aku.

Tambahan pula, tidak ramai yang suka jaga tepi kain orang di sini.

Peliknya promosi tentang Green Day yang melonjak - lonjak dalam nafsu mudaku ini tidaklah sehebat seperti yang aku sangkakan. Baru semalam aku tersempak dengan poster kecik tentang konsertnya. Itu pun poster kecik seperti 'Pinjaman Wang Berlesen' yang biasa ditampal di tiang - tiang lampu di Kuala Lumpur.

Kita abaikan sahaja, yang penting katanya, tiket sudah sold out. Selebihnya, kita serahkan pada waktu.

Memang aku di sini sungguh tenang. Apa yang selalu berada di dalam mindaku ialah bagaimana nak panaskan badan dan oh! kasut dan jacket itu sungguh kacak!

Itu sahaja.

Oh ya, aku juga selalu tercari - cari tempat merokok disini kerana merokok di tepi - tepi jalan adalah satu kesalahan besar, kecuali di tempat yang disediakan. Jangan harap lah nak tengok puntung rokok bertaburan di atas jalan tar.

Bosan kan? Tak mengapalah, adaptasi tu penting.

Sebenarnya siang tadi sewaktu berjalan - jalan, ada benda dalam kepala aku yang hendak aku coretkan, tapi entah kenapa, semuanya hilang berterbangan di tiup angin beku kot. Maklumlah, otak tengah sangat tenang.

Sudah lewat malam sekarang, semua ahli keluarga sudah berdengkur, bersiap sedia untuk shop till u drop esok hari.

Mungkin aku juga perlu rehatkan diri sekarang untuk bangun pagi esok. Inilah aktiviti - aktiviti terakhir sebelum pergi meninggalkan Eizwan Zarith bersama - sama mak bapaknya di sini.

Perasaanku memberitahu yang aku akan bersedih pada hari terakhir nanti.

Takpalah, semoga konsert Green Day akan memberi kepuasan tahap maksimum nanti sebelum pulang ke kehampaan. Dan aku juga tak kisah kalau - kalau boot mat punker Nippon tersepak bibir aku sewaktu di mosh-pit nanti.

p/s: Oh ya, pada cuaca - cuaca begini, gurauan memasukkan ketul ais dalam baju kawan, sangatlah tidak kelakar.







Saturday, January 16

pertamanya di Tokyo

Setelah berbulan - bulan bekerja dari selatan ke utara tanpa henti, setelah sekian kejadian yang diterima di penghujung tahun, awal tahun hingga ke hari ini..

Akhirnya, alhamdulillah, aku dapat melemparkan seketika segala belenggu, kekusutan, kekacauan susuan aturan kerja dan lain - lain, dengan berangkat ke Tokyo, Jepun bersama - sama kumpulan manusia hidup dan matiku, iaitu keluargaku.

Dah lama papan kekunci di rumah tidak aku keletak - keletukkan, kesan daripada kerja di perjauhan. Berbulan - bulan juga rupanya aku tidak pulang ke rumah.

Dan hari ini juga aku tidak di rumah.

Ini hari pertama aku di Tokyo. Melihat - lihat suasana, budaya, cuaca di sini, telah menerujakan sifat ingin tahu aku.

Sekurang - kurang ia telah menerajang kekecewaan aku buat sementara dengan menjadi jakun di sini.

Apatah lagi menunggu tiba harinya untuk menyaksikan GREEN DAY di sini. Bayangkan, menonton kugiran kegemaran bersama punker - punker Nipon!

Friday, January 1

ini perkhabaran umum

Nah untuk tontonan semua!

"Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata"

Slot Suatu Ketika
Astro Citra 131