Sabtu, Februari 27

aiseh

Hari tu masa gua stress, gua dah tak tahu nak buat apa dah. Banyak sangat benda yang buat gua stress kat sini. Macam - macam benda sejak kebelakangan ni.

Ini, itu. Itu ini.

Lepas tu gua try lah pasang lagu - lagu yang konon - konon boleh menceriakan masa gua tengah drive. Pun tak jalan jugak. Bukan sehari dua. Lama jugak ni...

Tiba - tiba gua teringat, jalan yang terbaik nak hilangkan stress ialah bergurau senda dengan budak kecik.

Lepas tu gua call kakak dengan abang ipar gua kat sana, nak cakap dengan mamat ni. Alahai... hilang terus tekanan. Tapi?


Jadi rindu lah pulak. Weh budak, dengar cerita lu makin petah sekarang? Lu ni buat gua rindu lah..

Ba Ba Black Sheep yer?

Khamis, Februari 25

kembali berTANDA

Aku rasa sebelum aku tulis entri ni, lebih kurang 20 minit aku termenung, tak bergerak depan komputer ni. Bukan tak tahu nak tulis apa, tapi setiap kali nak tukar bahan fikiran untuk menulis, 'benda' ni menganggu aku.

Setiap kali nak tulis, dia ganggu lagi.

Bukan aku taknak update blog, tapi aku terpaksa sibukkan diri, kerja lebih 13 jam setiap hari supaya fizikal dan mental aku penat. Semuanya agar bila aku pulang ke rumah, aku boleh terus terlelap, semata - mata taknak sibukkan minda aku dengan bahan fikiran yang mengecewakan ini.

Tapi betul, dia benar - benar mengganggu sampai aku ditegur oleh beberapa orang kenalan. Kata mereka, aku semakin kurus. Habis aku nak buat macam mana?

Dan setiap kali aku nak menulis entri, dia menganggu fikiran lalu memberi kesan pada penulisan sampaikan orang dah cop blog aku ni,

"Blog Emo".

Pfff.. wtf.

Tak kisahlah. Tapi bagi mereka yang mengikuti Twitter aku mungkin dah banyak kali baca 'kegembiraan' aku dekat sana kan? Jadi, siapa kata aku ni serius? Tak jugak..

Baiklah, sebenarnya aku nak menjerit sekuat - kuat hati, melaungkan yang...

TEATER TANDA KEMBALI LAGI!!!

Seperti yang diketahui oleh mereka yang mengikuti perkembangan blog ini, atau perkembangan teater Tanda, Teater Tanda pernah dipentaskan di ASWARA dan juga telah DIBERHENTIKAN pementasannya oleh pihak ASWARA.

Jadi sukacita dimaklumkan bahawa kami tidak pernah putus asa dan akan meneruskan pementasan teater TANDA esok! Ya! Esok!

Sebab Agusto Boal, seorang tokoh Forum Theatre pernah berkara,

"Hilang cincin, bukan hilang jari"

Agusto Boal yang kata ya, bukan Fared Ayam member aku tu. Sebab ada orang pernah bagi semangat dekat aku, katanya

"Jangan putus asa, bak kata kawan kamu Fared Ayam, hilang cincin bukan hilang jari"

Terkejut jugak aku. Haha.. Itu bukan kata - kata member aku dan aku tahu Fared Ayam bukan seorang pencuri quote orang lain dan mengaku itu quote-nya macam sesetengah orang. Ooppss...

Ok, ok. Sudah.

Jadi aku lekatkan lah butir - butir yang lebih terperinci tentang teater ini ya? Kalau rasa - rasa nak tahu apa isi kandungan teater ini yang sampai kena banned di ASWARA, datanglah!

Dan oh, ini bukan publisiti murahan. Kami (Rumah Anak Teater) tak buat publisiti murahan seperti yang dituduh oleh orang - orang 'mid life crisis' ni.

Hahahaha!! Maaf, izinkan aku ketawa ya? Sebab mereka ini sungguh kelakar.



25 - 27 Febuari (8.30 malam)
27 & 28 Febuari (8.30 malam & 3 petang)

PJ Life Arts Sdn. Bhd,
2A-3, Block K, Jaya One,
Section 13,
No 72A Jalan Universiti,
Petaling Jaya, Selangor.

Tiket atas sumbangan minima: RM30, RM15 (pelajar dan OKU)
*hanya terhad kepada 60 tempat duduk

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 013-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket, sila hubungi 012-2395209, 012-9193839 atau emel kepada teater.tanda@gmail.com

Semua foto di bawah oleh Timothy Cheng









Sabtu, Februari 13

kematian kebebasan berkarya di aswara

"dan hari ini aku akan meninggalkan pangkal rahim yang telah memberanakkan aku!"

kata seorang senior yang aku hormati lakonannya. Kekecewaannya, juga aku, serta kami, kepada sebuah institusi seni yang telah memberanakkan kami kerana kebebasan berkarya kami telah dibunuh.

Kesal, sesal, sedih, pedih.

Hancur lulur perasaan kami, anak - anakmu yang selama ini mengangkat namamu dimana - mana pijaknya nama dan tubuh dililit bakat serta kesetiaan kepada seni.

Berbalahan dengan 'ibu' yang telah memberanakkan kita, peritnya lebih sakit dari ditikam dengan 10 bilah pedang.

Kita berbalah, kerana kita sayang.

Makam Seni dan Indra Zaaba

Tai-Yuddin Bakar.

Fared Ayam

Amerul Affendi



Semua gambar oleh Maya Tan Abdullah, thanks!



Sabtu, Februari 6

tanda, dibatalkan

Ini satu pengumuman.

Pementasan TEATER EKSPERIMEN TANDA terpaksa dibatalkan. Tidak ada lagi show hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana kami, RUMAH ANAK TEATER, telah diarahkan untuk memberhentikan pementasan dan dihalau keluar dari ASWARA.

Sedih, sebak dan macam - macam lagi perasaan kami.

Petang itu, pentas Panggung Eksperimen dibasahi dengan air mata kami, anak - anak muda yang struggle dan ghairah berteater. Kami sangat terkilan dan sedih kerana dihalau di tempat kami beranak, juga sekolah kami sendiri.

Ini adalah satu dengki.

Aku nak tulis lagi tentang ini, tapi bukan hari ini.

Butoh lar. You can shut down the show, but you can never shut us down!

p/s: Just to remind 'you', KoKEN means KOMUNITI KENTAL.

Rabu, Februari 3

teater tanda

Beb, gua nak tulis panjang tapi gua betul - betul tengah tak larat. Tapi gua nak share jugak benda ni sebelum terlambat. Apa - apa korang baca kat sini eh?

Teater Eksperimen TANDA

Gua tak larat, penat, sebab gua tengah buat teater ni sekarang. Teater pasal tanda - tanda kecil kiamat. Menarik kan bunyi dia? Gua tahu. Kalau tak menarik jugak bunyi dia, nanti gua buat bunyi lain. Gua nak tido sekarang.

Sorry ya. Nanti gua naik lori.


Datang lah. Buat ramai, kata orang utara.