Isnin, Mei 17

entah selesa entah tidak

Biasanya aku menulis untuk berkongsi tentang sesuatu untuk mengajar dan belajar. Sesuatu yang dapat memotivasikan dan dimotivasikan

Ini tidak termasuk entri - entri aku yang ringan bertujuan hiburan semata - mata. Macam filem. Ada filem mendidik, ada filem hiburan.

Tapi entahlah, kebelakangan ni, tak banyak benda yang hendak aku tulis. Apa puncanya, aku sendiri pun tak tahu. Aku cuba untuk tidak salahkan tuntutan kerja, kerana aku anggap ia sebagai rezeki yang tidak harus dirungutkan. Biar tak cukup tidur, biar tak cukup rehat. Rezeki tetap perlu disyukuri.

Nak menulis untuk berkongsi, takda apa yang menarik untuk dikongsikan.
Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.

Entah - entah aku sedang 'selesa' kot?

Ish, pandai je kau ni.

p/s: Nampak tak? Ini entri tidak emo! Haha.


Selasa, Mei 4

Manusia Separuh Dewa

Ahad lepas jumpa Iwan Fals.

Rupanya tak ramai yang tahu Iwan Fals datang Malaysia. Kalau tak bukan kerana Cik Opie Sofia, mungkin aku sendiri pun tak tahu orang tua tu nak datang. Terima juga kepada Cik Liyana Fizi. Anda tahu apa yang telah anda sumbangkan. *senyum menghargai*

Tapi bila Iwan Fals depan mata, entah kenapa aku jadik keras. Tak bangun langsung dari kerusi apatah lagi pergi berjabat tangan.

Keras. Cuma mata tak lekang dari orang tua tu. Macam jumpa awek.

Bila dah duduk setable pun sama. Keras lagi. Dalam kepala macam tak percaya Iwan Fals depan mata aku, apatah lagi nak percaya yang aku sekarang tengah duduk makan tengahari semeja dengan Iwan Fals. Untuk nampak tidak kekok, aku pun ambik makanan dan makan sekali, padahal waktu tu aku rasa, kalau aku tak makan pun takpa.

Bodohnya aku, time - time macam ni pun nak act cool? Pergi bergambar lah giler!

Penangan Manusia Separuh Dewa.

Fared Ayam berani berbual dengan dia. Amerul Affendi sibuk memetik kamera. Takpa, janji bila tiba malam nanti, aku nak sehabis - habisnya menyantap musiknya. Sekarang ini dia di depan mata, sudah cukup untuk aku.

Lagipun kari ayam Hotel tu sedap.

Kemudian, kami pulang ke rumah, menunggu malam. Habis volume pemain CD dalam kereta di-full blast-kan. Teruja betul.

Sampai di Bukit Jalil, malam tu, aku tengok sikit punya ramai penonton. Penonton yang rata - rata bukan warganegara sini. Lebih kepada buruh - buruh luar. Kenapa? Sebab tiap kali MC atau penyanyi di pentas melaungkan selamat hari buruh, mereka menjerit menyokong.

Aku suka dan tersenyum melihat crowd ini. Betul punya into. Mereka menyanyi bersama, menari. Nah, ini baru konsert. Merayakan!

Aku, Fared Ayam, Amerul Affendi dan Opie sikit punya teruja menunggu persembahan yang terakhir, iaitu persembahan Iwan Fals.

Tapi kami dikecewakan apabila MC naik ke pentas, betul - betul sebelum persembahan Iwan Fals. Mereka mengumumkan yang konsert terpaksa diberhentikan.

WTF.

Iwan Fals belum main lagi kot?

Memang aku rasa nak panjat pentas dan pecahkan semua alat muzik atas pentas tu. Tapi aku rasa belum sampai atas pentas, nak meredah crowd sahaja akan buat aku semput.

Memanglah semua orang nak mengamuk. Tunggu sikit punya lama ni! Botol - botol mineral water pun diterbangkan banyak sekali ke atas pentas.

Kecoh. Menunggu riot je aku rasa.

Tiba - tiba nampak sosok Iwan Fals naik ke pentas. Lega. Satu ucapan memberi semangat olehnya dan kemudian dia dibenarkan bermain 2 lagu sahaja.

Lebih kecewa. Kami nak banyak lagu!

Betul - betul selepas 2 lagu, dengan kekecewaan penonton dan juga performer, aku nampak pemain gitar Iwan membaling gitar ke bawah dan terus blah dari pentas. Iwan tetap senyum dan memberi kata - kata terakhir. Memang dia tak mengamuk, tapi kami boleh rasa kemarahan dan kekecewaannya.

Dia sangat teruja, katanya, untuk datang bermain di Malaysia, tapi 2 lagu sahaja yang dia dapat.

"Sewaktu datang ke sini, saya lihat banyak pokok - pokok di tanam. Itu sangat bagus. Tapi saya fikir lagi, pokok - pokok ini pasti di tanam oleh buruh - buruh Indonesia!."

Penonton bersorak.

"INDONESIAAAAA!!!" laungnya beberapa kali. Penonton menyorak sambut, termasuk aku.

Pada aku, dia betul - betul marah. Dia blah dari pentas.

Ada sebab dia laung begitu.

Tapi aku fikir lagi, ada sebab jugak konsert diberhentikan. Mungkin keadaan di luar konsert, yang katanya ada pergaduhan sampai ada yang ditikam, semakin teruk.

Ah, apa - apa lah.

Kecewa.

p/s: Kecewa, dan sebab tu aku rasa penulisan yang ni macam gampang. Dan oh, aku jumpa Gadis Jahat. Dia memang jahat. Dia tipu aku. Jahat awak ya?