Rabu, Disember 29

kalau curi biar bernama, sedap sikit hati empunya, chewah!

Aku ni bukanlah seorang penulis tegar. Bukan juga pakar bahasa. Yang menulis ini sebagai sumber rezeki, juga bukan aku. Malah, kadang - kadang aku tak panggil pun penulisan aku sebagai tulisan. Mungkin aku panggil ia sebagai taipan. (Dari perkataan taip)

WTF? *selak next page*

Tapi aku cukup - cukup berterima kasih pada semua feedback yang aku terima daripada pembaca semua. *angkat topi* Kadang - kadang tu, bila aku bosan, aku berlegar - legar di ruang internet ini. Membaca sana sini, dan oh?

Aku terjumpa taipan aku!

Seronok bila apa yang aku tulis di-guna semula! Sungguh - sungguh berbesar hati aku bila ada pembaca yang menulis entri tentang apa - apa dari taipan aku. Sebab tujuan utama aku setiap kali menulis ialah aku ingin berkongsi.

Tentang apa yang aku rasa,
tentang apa yang aku fikir,
tentang ilmu ini,
tentang ilmu itu.

Berkongsi. Ya memang itu perkataan paling tepat. Apa - apa pandangan dan pendapat aku tentang sesuatu isu yang berkeliaran di sekiling aku, aku kongsi kan. Dan apabila ada pembaca lain yang menyebarkan 'perkongsian' itu, maka hendaklah aku bergembira. Dapat kita sama - sama memikirkan tentang apa yang aku tulis. Ye dak?

Ye!

Jangan cakap aku marah. Tak marah langsung. Kan dah cakap tadi, aku gembira. Apa - apa sahaja. Entri biasa mahupun puisi - puisi aku. Dan selalunya mereka - mereka ini cerita sedikit tentang dari mana mereka ambil taipan itu. Sudah tentu dari sini. Baik kan mereka?

Yeay!

Ada juga yang meminta izin. Ambil lah aku tak kisah pun. Ingat, yang penting berkongsi.

Yeay lagi!

Tapi yang tak sedap tu, bila terjumpa beberapa blog. (sebab kan aku berlegar di ruang internet) Bukan terjumpa buku, bukan terjumpa suratkhabar, tapi terjumpa blog. Blog individu - individu yang mengambil taipan aku, langsung serta merta mengakui itu tulisan mereka. Aku tahu lah taipan aku ni umum, tidak ada logo Copyright.

Habis macam mana?

Aku senyum saja lah. Nak buat apa lagi, dak? Sekurang - kurangnya mereka yang lain - lain tulis di bawah sana "diambil dari blog Zahiril Adzim". Tapi ada individu yang lebih handal dengan berlagak memiliki taipan itu.

Susah nak jaga hati jiran, apatah lagi hati penulis, kan?

WTF lagi.

Tak cukup handal, ada pernah aku termasuk ke satu blog. Tuan empunya blog itu, entah dari daerah mana datang, penah mengutuk - ngutuk aku di Twitter. Punyalah tuan empunya blog itu marah pada aku, Tuhan sahaja yang tahu. Padahal, aku tak kenal pun dia. Mungkin dia pegang pada fahaman 'seorang artis itu milik awam, boleh di maki - maki'. Entahlah. Agaknya kot. Yang penting, aku cuma seorang pelakon, bukan artis.

Sudah puas mengutuk aku di Twitter, aku pun cubalah selidik, kot - kot dia ni aku pernah kenal sebelum ini ke, satu sekolah dulu ke, aku pernah pinjam singgit tak bayar ke, salah panggil nama dia ke, mana lah tahu. Bila aku masuk blog beliau, lagi lebar aku senyum depan komputer seorang diri. Kenapa?

Aku memang tak pernah kenal individu itu seumur hidup aku. Dia seorang stranger yang total. Tidak pernah ada kena mengena dengan hidup aku. Dia memang cukup marah dengan aku, mungkin keturunannya benci pada pelakon. Sekali lagi agaknya kot. Tapi yang wow-nya ialah...

Banyak entri - entrinya adalah entri aku dan lebih hebat, deskripsi tentang pengenalan dirinya, diambil bulat - bulat dari aku. Dan aku sangat kenal dengan setiap perkataan yang aku guna.

*senyum*

Nak menulis untuk berkongsi, takda apa yang menarik untuk dikongsikan. Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.

p/s : Aku tak ingat blog tu sebab aku tak ingin perbesarkan. Ia sekadar taipan yang dicuri. Cuma persoalannya, kalau kamu benci aku, kenapa sedut perkataan - perkataan aku? Hehe..

Nah cili, rasalah. Mesti pedas.

Rasanya ini gambar Azhani Amiruddin yang punya.

Khamis, Disember 23

kononnya stuck

Nah, macam main lego. Macam nak pasang model permainan helikopter/kapalterbang/kereta ke apa saja.

Dulu aku main Tamiya.

Tapi bukan pasal Tamiya yang nak bual ni. Pasal kadang - kadang bila kita tengah pasang model - model tu, kemudian kita tersangkut atau stuck. Puaslah kita pusing model tu atas bawah, kiri kanan, depan belakang. Tapi tak menjadi jugak. Ada bahagian yang tak boleh masuk atau tak boleh muat. Ada bahagian yang tertinggal nak pasang. Ada yang tak kena, ada yang kurang.

Really stuck.

Dan mungkin jalan yang terbaik ialah, tanggalkan semua dan pasang semula satu persatu. Memang penat. Memang letih. Tapi mungkin itu jalan yang dapat membantu. Daripada memilih jalan yang tidak rasional. Ye dak?

Mungkin.

Kononnya, layout baru ni salah satu cara macam tu lah.


Isnin, Disember 20

kehilangan yang telah hilang

Kelip - kelip detik saat jam digital di kaca monitor komputer aku ini, tak sama deras dengan kerlipan mataku.

4.30 pagi.

Ku tongkatkan dagu dengan 2 penumbuk kiri dan kanan. Merenung pada entah apa yang aku renungkan. Semakin jauh renungan, semakin hilang aku dalam ruang itu.

Tersasar. Berselerak.

Kadang - kadang aku menginginkan kehilangan. Aku ingin hilang ke dalam apa yang telah aku hilang. Bukan aku yang hilangkan.

Dan hari ini, aku semakin tidak tahu apa yang aku mahu.


Rabu, Disember 15

kejar berjalan

Ini settled. Itu settled. Lepas.

Alhamdulillah. Pementasan dekat Penang pun settle. Seronok. Biarpun macam - macam perkara jadi. Macam - macam tu maksud aku, memang macam - macam.

Macam - macam untuk aku.

Biar aku sendiri tahu yang macam - macam tu. Tapi sekali lagi, syukur Alhamdulillah. Masih lagi 'on track'. Masih lagi selamat.

Jam 5 pagi, aku bersandar di kerusi depan komputer aku ni. Dengan otak yang kosong, tak mampu nak fikir apa - apa lagi dah. Yang ada hanya kelegaan. Bila banyak kerja yang dah settle, leganya lebih lega dari dapat pergi tandas sebab sakit perut.

Yang di hadapan, aku mula susun perlahan - perlahan. Seperti yang aku pernah sebut sebelum ni. Transformasi atau perubahan yang aku betul - betul perlukan dalam masa sekarang ni. Biar kecil perubahannya. Takpa. Akan datang sikit - sikit perubahan yang agak major dan kemudian yang total.

Aku susun lagi perancangan. Tapi orang kata, hidup ni jangan terlalu dirancang sangat. Nanti perfect. Kalau perfect sangat dah tak best.

Aku setuju.

Dan aku pun tak nak semua benda perfect. Termasuklah kerjaya, perhubungan, kewangan dan semua - semua. Aku tak mahu terlalu perfect. Biar lobang sana - sini. Sekurang - kurangnya, aku ada kerja nak buat. Kerja - kerja pembetulan hidup yang aku boleh buat. Kalau tak, bosan je takde kerja sebab hidup perfect sangat.

Tapi jangan lah tak merancang langsung. Kalau malas nak merancang, janji ada idea. Biar kita ada idea bila nak buat apa - apa. Sampai kita genggam impian kita. Tak mampu kejar impian?

Kalau tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai.

Selasa, Disember 7

panggil balik momentum

Apa - apa hal nak mengeluh dulu.

HAIHHHHH.....

Dah.

Bukan mengeluh merungut, tapi mengeluh lega. Lega dan lebih tenang. Syukur tak terhingga. Sebab dengan izin-Nya, aku masih lagi bernafas dan sihat untuk mampu bekerja sampai hari ini. Mampu lagi mengaku Allah itu Tuhanku sembah dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya, juga Rasul ku.

Rezeki yang diberi-Nya, juga aku syukuri.

Lagi lega.

Baik, selesai sudah menembak filem 'Bunga Lalang' di sekitar Terengganu dan Kelantan. Lama juga tak pulang ke rumah. Sebulan lamanya. Memang bunyinya takda lah lama sangat, tapi entah kenapa, kali ini aku betul - betul terasa lama yang membuatkan aku rindu rumah dan orang - orang keliling aku yang aku sayang.

Berada di perjauhan (yang sebenarnya tak berapa jauh) telah membuatkan otak aku berlegar membuka satu lagi ruang fikiran. Nak tulis, aku tak tahu nak gambarkan pemikiran yang macam mana. Tapi ia lebih kepada kehidupan persendirian aku. Kot? Ye lah gamaknya.

Suasana tenang di sana telah membenarkan fikiran aku berlegar - legar menelosok kembali sejarah, atau kisah - kisah lama yang pernah aku lalui sepanjang proses penambahan umur. Yang membenarkan aku memetik inspirasi baru.

Kemudian setelah aku pulang semua ke Kota Lumpur ini, elok - elok lepas aku melepaskan bagasi ke atas katil dalam bilik, aku terasa macam nak menyusun semula aturan kehidupan.

Kan setiap orang punya aturan kehidupan masing - masing? Mungkin perancangan masa depan atau apa - apa sahaja yang menyinggah di fikiran. Jadi, aku juga.

Perubahan. Itu yang aku nak. Tapi bukanlah perubahan yang besar. Tak layak diletakkan di bawah kategori revolusi pun. Ergh, 'revolusi'. Agak muak aku dengar perkataan tu. Nilainya agak murah hari ini. Boleh main sumbat - sumbat dalam lirik lagu.

Sambung lagi.

Tapi tu lah. Perubahan kecil je kot. Sebab aku ni jenis yang sangat - sangat sukakan environment baru. Kawasan baru, angin baru. Lebih baru, lebih aku rasa tenang. Mungkin berada di perjauhan yang mendetikkan perasaan ini. Macam aku rasa masa dekat Jepang dulu.

Mulalah aku mengemas semula. Menyusun atur bilik tidur aku ni. Semata - mata sebab aku dahagakan 'persekitaran baru'. Kerana ada orang senang terinspirasi dengan persekitaran baru.

Kecuali penulisan aku ini. Yang entri aku kali ini, aku rasa hanya catatan kosong, konon - konon macam diari. Yang takda peng-awal dan hujung. Malah tersasar ke sana sini.

Sebabnya satu je. Aku dah lama tak menulis, jadi mulai entri ini, aku akan menulis apa sahaja yang kosong - kosong.

Untuk mendapatkan momentum menulis. Jadi izinkan aku untuk mencatat apa sahaja sampah selepas ini ya?

Selamat malam.