Jumaat, Januari 15

orang tak faham

Aku sekarang di dalam fasa di mana aku rasa orang tak faham apa yang aku nak dalam kerja aku.  Benda ni sangat - sangat sedang mengganggu aku.

"Korang tak faham", aku fikir.

Jadi bila aku rasa orang tak faham aku dan aku rasa aku tak perlu pun untuk explain pada diaorang, aku jadi cepat serabut.

Faham tak?

Cumakan, kali terakhir aku rasa orang tak faham aku ialah sewaktu aku sekolah. Waktu tengah remaja. Biasa remaja mesti akan selalu rasa orang keliling dia tak faham dia. Kemudian, waktu itu aku sampai satu tempoh dimana aku hentak jiwa sendiri, aku hentak fikiran sendiri untuk berhenti fikir yang orang tak faham aku. Aku rasa aku tak perlu orang faham aku. Aku sekolah kan diri aku balik bahawa jangan pernah ada pemikiran yang orang nak kena faham kau. Tak perlu. 

Kalau perlu pun buat apa? Jadi selepas waktu itu, aku hidup dengan lebih tenang, dalam keadaan aku pedulikan orang faham aku ke tak. Kalau aku sakit sebab orang tak faham aku, bermakna Allah nak aku fikir salah aku. Bukan sebab orang lain yang tak faham aku. 

Seriously, kita sibuk nak orang faham kita untuk apa? Betul - betul nak semua orang faham kita? Nak sampai tahap kita buat apa pun, orang faham? Untuk apa kita beriya - iya sangat nak orang faham ni?

Atau memang hidup, dilukiskan Allah untuk orang tak faham kita. Itulah cabaran dia, ye dak?

Jadi bayangkan kalau semua orang faham kita. Kita jalan kaki tengah - tengah orang ramai, dengan senyuman penuh lebar, sebab SEMUA orang FAHAM kita. Kita korek hidung tengah bandar pun, senyum je sebab orang keliling semua faham yang kita perlu korek hidung time tu.

Itu ke yang kita nak? 

Apakah kehendak untuk 'orang faham' kita itu benar - benar perlu?

Sejak pada itu, aku rasakan yang aku boleh hidup kalau orang tak faham aku. Itu bukan satu keperluan dalam hidup aku lagi. Tak penting. 

Tapi hari ini, tiba - tiba dia datang. Mengganggu aku. 
Mungkin sebab aku dah lama tak sekolahkan diri aku sendiri.