Wednesday, March 27

pemberitahuan

Salam sejahtera ke atas semua.

Alhamdulillah, terima kasih pada yang telah membuat pembayaran untuk BMT Langsung Dari Tangan #3 hari ini. Buat masa ini, 30 buah buku yang ada, telah di-reserved pada mereka yang telah membuat pembayaran. 

Atau mungkin terlebih. 

Tapi takpe, aku akan check balik dan insyaallah minggu depan aku akan hantar confirmation email pada yang telah membuat pembayaran. Macam yang aku cakap dalam entri sebelum ni, minggu ini aku terlalu sibuk. 

Maka dengan itu juga, order sudah ditutup serta merta. Kalau ada yang tak sempat, kita sama - sama lah doa dan berharap agar editor aku ada stok lagi untuk diserahkan pada aku. Kalau takda, aku minta maaf sangat. 

Baik? Jadi tunggu minggu depan aku hantar emel ya? 

Terima kasih sekali lagi.

Monday, March 4

untitled #3

Thank you Allah. Thank you. 

BUNOHAN - Filem Terbaik 2012 Festival Filem Malaysia ke 25


Saturday, February 16

main kasar nampak?

Main kasar, sekali datang bersepah - sepah. Macam kumpulan gangster. Datang rapat betul - betul depan muka. Banyak - banyak. Habis kau fikir macam mana aku nak mengadap satu - satu? Cuba kau jawab. 

Tak boleh, kan? 

Dia kena satu - satu beb. Satu settle, baru hadap yang lain. Aku mana pandai nak handle banyak - banyak sekali.

Idea, kau memang main kasar lah. Rileks woh.


Thursday, January 10

2 0 1 3

AKU : Kalau ada pun tengah malam.

IDEA : Apanya?

AKU : Kau lah.

IDEA : Habis tu? Jalan je lah.

AKU : Confirm lah dah ngantok. Time aku tido. Halahh kau ni pun.


p/s : 2013.

Friday, December 7

ini sewel kita semua

Lidah - lidah tiada budaya terus bersepah di gelanggang biol. Berselindung di balik tembok - tembok kebodohan pendirian. Mengangkat kebaculan sendiri untuk disaluti keberanian yang diangan - angankan. Tingkatnya? Di buku lali sahaja.

Gelanggang biol, bikin kita semua sewel.  


Saturday, November 3

kembalikan

Setelah mungkin bertahun aku kejar apa yang aku impikan, sebenarnya aku telah tinggalkan apa yang aku pernah ada. Tapi itulah pengorbanan yang tanpa sedar, telah aku lakukan.

Aku membuka terapiku, Bogel Menuju Tuhan edisi penulis yang selalu terselit di antara buku - buku yang aku bawa ke set, setiap hari. 

Helaian demi helaian aku semak dan baca semula 'aku yang dahulu'. Yang dahulu yang ternyatanya dalam tempoh hari - hari tidak berwarna, penuh rabak dan pedih. Tapi percaya atau tidak, aku tak mungkin dapat menyatakan apa yang aku rasa hari ini ke atas kertas seperti yang pernah aku lakukan. 

Aku sedar bahawa dahulu aku hidup dalam ruang imaginasi aku sendiri. Yang sebenarnya dimiliki setiap orang. Sebuah ruang yang aku panggil ruang infiniti tidak bergraviti, yang mana ruang itulah yang mengajar siapa diri kita hari ini. 

Ruang untuk kita kenali diri kita, ruang untuk kita selongkar apa fungsi diri, ruang yang telah banyak mengajar kita tentang hidup. 

Kerana setiap kali kita bertanyakan siapa nama kita pun, kita akan memasuki ruang itu. Apatah lagi bertanya pada diri sendiri tentang apa yang hendak kita lakukan, apa yang telah kita lakukan. Pendek kata, 

setiap kali kita berfikir, kita berada di dalam ruang itu. Itulah dunia kita yang lagi satu .

Hari ini aku tak yakin aku punya lagi ruang yang mewah seperti dulu. Hari ini pada aku sudah lain, usia sudah meningkat yang menolak aku untuk bertanyakan soalan - soalan fasa yang baru. Yang bertanggungjawab. Sama sekali tidak sama. Dengan tuntutan kerjaya yang menghimpit aku setiap hari. Tapi malam ini, aku kembali ke ruang itu lagi dan mengharapkan..

Agar kembalikan ruang itu...


Thursday, October 18

untitled #2

Apa ada dalam langit malam ini? Katanya ada bintang baru. Kalau awak mahu, awak tunggu sini, Biar saya terbang, ambil untuk awak. Tolong hulurkan CD lagu tu, takdalah saya bosan nanti. Mungkin 2 3 hari lagi saya pulang.

Tapi 2 3 di atas sana tak sama dengan 2 3 hari di bumi, kan?