Wednesday, January 15

dua ribu empat belas

Dua ribu empat belas.

Aku mahu tarik satu perubahan ke dalam lingkaran hidup. Kebaikan, keselesaan, ketaatan, keimanan, kebahagiaan. Bermula daripada sebuah rasa 'teringin', aku cuba tekadkan kebolehan agar dapat menolak ku ke hadapan.

Lebih 4 atau 5 tapak ke hadapan. 

Simpan, kekalkan semangatku. Biar ia terus hangat. Hangat yang terus panas biar ia marak. Wahai jiwa, sambutlah kuasa ingin ini. Jadikan ia, wujudkan ia.

Terima kasih Allah.

Foto dari HotFM

Friday, October 11

untitled #6

5.15 pagi,
aku tak tidur lagi,
fikir masa depan sefamili,
menunjal otak ku ini,
yang berkata - kata lagi,
berat tanggungjawab seorang suami,
dan juga daddy. 

Tapi ia bukan beban padaku. Ia cumalah sebuah tanggungjawab yang besar, yang kadang - kadang buat kau terduduk, terjatuh. Baguslah, sekurang - kurangnya bila terjatuh, menyedarkan kau supaya jangan berlari setiap masa.

Tersandar di kerusi depan komputer aku ni, aku rapatkan mata, menarik nafas sedalam - dalamnya dan terucap,

"Benar ini tanggungjawab untuk aku? Aku redah! Let's do this!"

Monday, September 9

untitled #5

Rakyat internet - media sosial. 
Makin parah. 
Semuanya betul, pandai, alim-ahli syurga, kacak, lawa, kaya,
hebat - hebat belaka. 

Sakit, ini semua sakit. Parah gila yang total. 
Siapa - siapa pun mampu terjebak, aku juga.
Langsung tak benarkan logik dan rasional bicara. 
Cukuplah, tak tahu nak kata apa lagi. 
Setiap masa, akan aku cuba lari. 

Hubungan manusia dengan manusia sudah tidak terjaga. 

Friday, August 16

untitled #4

Tengoklah, konon - konon nak pasang cita - cita nak aktif semula.
Hari Raya pun masih tak tulis apa - apa. 

Belum terlambat, 

SELAMAT HARI RAYA. 

Tuesday, July 23

entahlah

Tiba - tiba aku pasang cita - cita aku aktif ber-blog semula. 

Ini cita - cita dan harapan yang aku sendiri pun tak boleh nak gerenti. Entah cita - cita, entah tinggal harapan.

Entahlahh...

Sunday, June 2

masih percaya?

Kita semua masih percaya pada cermin hari ini, kan?
Setidaknya, saat melihatnya sahaja. 

Tapi mengapa orang lain tidak melihat kita yang sama pada diri kita seperti mana kita melihat kita di dalam cermin. 

Kita semua masih percaya pada cermin hari ini, kan.
Masih?


Friday, April 5

Baru sampai ke Kota hari ini dan telah menghantar confirmation email kepada semua yang telah membuat pembayaran dan pesanan untuk BMT Langsung Dari Tangan #3. 

Ok? SEMUA. 

Jadi sila semak email masing - masing. 

Kepada yang tidak menerima apa - apa email dari saya, bermakna saya tidak menerima pesanan anda. Sekian sahaja notis ini.