Ada pernah, seorang kawan berkata,
"Bob, dalam dunia ni, jadi orang jahat lagi senang dari jadi orang baik. Bukan senang nak jadi orang baik"
Memang selepas 2 saat selepas ayat itu habis dari mulut kawan aku ni, aku terus tak setuju. Memang secara totalnya aku langsung tidak setuju dengan pendapat itu. Biarpun maksud ayat itu sangat subjektif, terlalu luas definisinya, pada aku secara kasar, dari luarnya aku tetap tidak bersetuju.
Kerana aku melihat dari sudut kemanusiaan. Sudut yang lebih tipikalnya otak aku, mestilah berpihak pada 'orang baik'.
Apa maksud aku yang ayat itu sangat luas? Sangat subjektif?
Cuba aku diam sebentar, dan berfikir.
Orang jahat? Jahat yang macam mana? Jahat itu ada macam - macam. Jahat membunuh ke? Jahat mencuri tiub basikal ke? Jahat mengumpat ke?
Takde jawapan yang timbul.
Kemudian, datang lagi beratus persoalan yang baru. Orang baik? Orang baik yang macam mana? Baik sebab tolong makcik angkat sayur ke? Baik sebab tak tinggal sembahyang ke? Baik sebab cakap lembut dan jarang mencarut ke? Baik ada macam - macam.
Hmmm... aku terdiam.
Biarlah persoalan yang datang itu kadang - kadangnya berbunyi sungguh tipikal. Tapi bila otak kita ini mula berfikir laju, mula untuk menggali jawapan dari pelbagai sudut, tipikaliti itu sudah diketepikan dengan sendirinya. Kata pelbagai sudut, tipikal pun dikira satu sudut jugak, kan?
Memang aku tak jumpa jawapan. Lalu aku bertanya, "Maksud kau?"
"Maksud yang lebih tepat akan datang, bila kau dah terkena"
Ah, lantaklah! Aku fikir. Kadang - kadang otak aku ni malas jugak nak korek dalam - dalam setiap persoalan. Makin banyak pulak rambut aku ni gugur nanti. Apa pun, aku tetap kurang bersetuju dan aku percaya manusia yang waras mana - mana sekali pun jugak tidak akan bersetuju.
Tapi hari ini, cuba kau berbuat baik dengan manusia lain, kau akan dibalas baik semula ke?
Setelah pelbagai kejadian yang menimpa, setelah terjumpa babak - babak kecil dalam hidup aku,
Aku semakin hampir untuk bersetuju.
Sial.
Sekarang, aku tak tahu macam mana nak explain.