Rabu, Disember 29

kalau curi biar bernama, sedap sikit hati empunya, chewah!

Aku ni bukanlah seorang penulis tegar. Bukan juga pakar bahasa. Yang menulis ini sebagai sumber rezeki, juga bukan aku. Malah, kadang - kadang aku tak panggil pun penulisan aku sebagai tulisan. Mungkin aku panggil ia sebagai taipan. (Dari perkataan taip)

WTF? *selak next page*

Tapi aku cukup - cukup berterima kasih pada semua feedback yang aku terima daripada pembaca semua. *angkat topi* Kadang - kadang tu, bila aku bosan, aku berlegar - legar di ruang internet ini. Membaca sana sini, dan oh?

Aku terjumpa taipan aku!

Seronok bila apa yang aku tulis di-guna semula! Sungguh - sungguh berbesar hati aku bila ada pembaca yang menulis entri tentang apa - apa dari taipan aku. Sebab tujuan utama aku setiap kali menulis ialah aku ingin berkongsi.

Tentang apa yang aku rasa,
tentang apa yang aku fikir,
tentang ilmu ini,
tentang ilmu itu.

Berkongsi. Ya memang itu perkataan paling tepat. Apa - apa pandangan dan pendapat aku tentang sesuatu isu yang berkeliaran di sekiling aku, aku kongsi kan. Dan apabila ada pembaca lain yang menyebarkan 'perkongsian' itu, maka hendaklah aku bergembira. Dapat kita sama - sama memikirkan tentang apa yang aku tulis. Ye dak?

Ye!

Jangan cakap aku marah. Tak marah langsung. Kan dah cakap tadi, aku gembira. Apa - apa sahaja. Entri biasa mahupun puisi - puisi aku. Dan selalunya mereka - mereka ini cerita sedikit tentang dari mana mereka ambil taipan itu. Sudah tentu dari sini. Baik kan mereka?

Yeay!

Ada juga yang meminta izin. Ambil lah aku tak kisah pun. Ingat, yang penting berkongsi.

Yeay lagi!

Tapi yang tak sedap tu, bila terjumpa beberapa blog. (sebab kan aku berlegar di ruang internet) Bukan terjumpa buku, bukan terjumpa suratkhabar, tapi terjumpa blog. Blog individu - individu yang mengambil taipan aku, langsung serta merta mengakui itu tulisan mereka. Aku tahu lah taipan aku ni umum, tidak ada logo Copyright.

Habis macam mana?

Aku senyum saja lah. Nak buat apa lagi, dak? Sekurang - kurangnya mereka yang lain - lain tulis di bawah sana "diambil dari blog Zahiril Adzim". Tapi ada individu yang lebih handal dengan berlagak memiliki taipan itu.

Susah nak jaga hati jiran, apatah lagi hati penulis, kan?

WTF lagi.

Tak cukup handal, ada pernah aku termasuk ke satu blog. Tuan empunya blog itu, entah dari daerah mana datang, penah mengutuk - ngutuk aku di Twitter. Punyalah tuan empunya blog itu marah pada aku, Tuhan sahaja yang tahu. Padahal, aku tak kenal pun dia. Mungkin dia pegang pada fahaman 'seorang artis itu milik awam, boleh di maki - maki'. Entahlah. Agaknya kot. Yang penting, aku cuma seorang pelakon, bukan artis.

Sudah puas mengutuk aku di Twitter, aku pun cubalah selidik, kot - kot dia ni aku pernah kenal sebelum ini ke, satu sekolah dulu ke, aku pernah pinjam singgit tak bayar ke, salah panggil nama dia ke, mana lah tahu. Bila aku masuk blog beliau, lagi lebar aku senyum depan komputer seorang diri. Kenapa?

Aku memang tak pernah kenal individu itu seumur hidup aku. Dia seorang stranger yang total. Tidak pernah ada kena mengena dengan hidup aku. Dia memang cukup marah dengan aku, mungkin keturunannya benci pada pelakon. Sekali lagi agaknya kot. Tapi yang wow-nya ialah...

Banyak entri - entrinya adalah entri aku dan lebih hebat, deskripsi tentang pengenalan dirinya, diambil bulat - bulat dari aku. Dan aku sangat kenal dengan setiap perkataan yang aku guna.

*senyum*

Nak menulis untuk berkongsi, takda apa yang menarik untuk dikongsikan. Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.

p/s : Aku tak ingat blog tu sebab aku tak ingin perbesarkan. Ia sekadar taipan yang dicuri. Cuma persoalannya, kalau kamu benci aku, kenapa sedut perkataan - perkataan aku? Hehe..

Nah cili, rasalah. Mesti pedas.

Rasanya ini gambar Azhani Amiruddin yang punya.

Khamis, Disember 23

kononnya stuck

Nah, macam main lego. Macam nak pasang model permainan helikopter/kapalterbang/kereta ke apa saja.

Dulu aku main Tamiya.

Tapi bukan pasal Tamiya yang nak bual ni. Pasal kadang - kadang bila kita tengah pasang model - model tu, kemudian kita tersangkut atau stuck. Puaslah kita pusing model tu atas bawah, kiri kanan, depan belakang. Tapi tak menjadi jugak. Ada bahagian yang tak boleh masuk atau tak boleh muat. Ada bahagian yang tertinggal nak pasang. Ada yang tak kena, ada yang kurang.

Really stuck.

Dan mungkin jalan yang terbaik ialah, tanggalkan semua dan pasang semula satu persatu. Memang penat. Memang letih. Tapi mungkin itu jalan yang dapat membantu. Daripada memilih jalan yang tidak rasional. Ye dak?

Mungkin.

Kononnya, layout baru ni salah satu cara macam tu lah.


Isnin, Disember 20

kehilangan yang telah hilang

Kelip - kelip detik saat jam digital di kaca monitor komputer aku ini, tak sama deras dengan kerlipan mataku.

4.30 pagi.

Ku tongkatkan dagu dengan 2 penumbuk kiri dan kanan. Merenung pada entah apa yang aku renungkan. Semakin jauh renungan, semakin hilang aku dalam ruang itu.

Tersasar. Berselerak.

Kadang - kadang aku menginginkan kehilangan. Aku ingin hilang ke dalam apa yang telah aku hilang. Bukan aku yang hilangkan.

Dan hari ini, aku semakin tidak tahu apa yang aku mahu.


Rabu, Disember 15

kejar berjalan

Ini settled. Itu settled. Lepas.

Alhamdulillah. Pementasan dekat Penang pun settle. Seronok. Biarpun macam - macam perkara jadi. Macam - macam tu maksud aku, memang macam - macam.

Macam - macam untuk aku.

Biar aku sendiri tahu yang macam - macam tu. Tapi sekali lagi, syukur Alhamdulillah. Masih lagi 'on track'. Masih lagi selamat.

Jam 5 pagi, aku bersandar di kerusi depan komputer aku ni. Dengan otak yang kosong, tak mampu nak fikir apa - apa lagi dah. Yang ada hanya kelegaan. Bila banyak kerja yang dah settle, leganya lebih lega dari dapat pergi tandas sebab sakit perut.

Yang di hadapan, aku mula susun perlahan - perlahan. Seperti yang aku pernah sebut sebelum ni. Transformasi atau perubahan yang aku betul - betul perlukan dalam masa sekarang ni. Biar kecil perubahannya. Takpa. Akan datang sikit - sikit perubahan yang agak major dan kemudian yang total.

Aku susun lagi perancangan. Tapi orang kata, hidup ni jangan terlalu dirancang sangat. Nanti perfect. Kalau perfect sangat dah tak best.

Aku setuju.

Dan aku pun tak nak semua benda perfect. Termasuklah kerjaya, perhubungan, kewangan dan semua - semua. Aku tak mahu terlalu perfect. Biar lobang sana - sini. Sekurang - kurangnya, aku ada kerja nak buat. Kerja - kerja pembetulan hidup yang aku boleh buat. Kalau tak, bosan je takde kerja sebab hidup perfect sangat.

Tapi jangan lah tak merancang langsung. Kalau malas nak merancang, janji ada idea. Biar kita ada idea bila nak buat apa - apa. Sampai kita genggam impian kita. Tak mampu kejar impian?

Kalau tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai.

Selasa, Disember 7

panggil balik momentum

Apa - apa hal nak mengeluh dulu.

HAIHHHHH.....

Dah.

Bukan mengeluh merungut, tapi mengeluh lega. Lega dan lebih tenang. Syukur tak terhingga. Sebab dengan izin-Nya, aku masih lagi bernafas dan sihat untuk mampu bekerja sampai hari ini. Mampu lagi mengaku Allah itu Tuhanku sembah dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya, juga Rasul ku.

Rezeki yang diberi-Nya, juga aku syukuri.

Lagi lega.

Baik, selesai sudah menembak filem 'Bunga Lalang' di sekitar Terengganu dan Kelantan. Lama juga tak pulang ke rumah. Sebulan lamanya. Memang bunyinya takda lah lama sangat, tapi entah kenapa, kali ini aku betul - betul terasa lama yang membuatkan aku rindu rumah dan orang - orang keliling aku yang aku sayang.

Berada di perjauhan (yang sebenarnya tak berapa jauh) telah membuatkan otak aku berlegar membuka satu lagi ruang fikiran. Nak tulis, aku tak tahu nak gambarkan pemikiran yang macam mana. Tapi ia lebih kepada kehidupan persendirian aku. Kot? Ye lah gamaknya.

Suasana tenang di sana telah membenarkan fikiran aku berlegar - legar menelosok kembali sejarah, atau kisah - kisah lama yang pernah aku lalui sepanjang proses penambahan umur. Yang membenarkan aku memetik inspirasi baru.

Kemudian setelah aku pulang semua ke Kota Lumpur ini, elok - elok lepas aku melepaskan bagasi ke atas katil dalam bilik, aku terasa macam nak menyusun semula aturan kehidupan.

Kan setiap orang punya aturan kehidupan masing - masing? Mungkin perancangan masa depan atau apa - apa sahaja yang menyinggah di fikiran. Jadi, aku juga.

Perubahan. Itu yang aku nak. Tapi bukanlah perubahan yang besar. Tak layak diletakkan di bawah kategori revolusi pun. Ergh, 'revolusi'. Agak muak aku dengar perkataan tu. Nilainya agak murah hari ini. Boleh main sumbat - sumbat dalam lirik lagu.

Sambung lagi.

Tapi tu lah. Perubahan kecil je kot. Sebab aku ni jenis yang sangat - sangat sukakan environment baru. Kawasan baru, angin baru. Lebih baru, lebih aku rasa tenang. Mungkin berada di perjauhan yang mendetikkan perasaan ini. Macam aku rasa masa dekat Jepang dulu.

Mulalah aku mengemas semula. Menyusun atur bilik tidur aku ni. Semata - mata sebab aku dahagakan 'persekitaran baru'. Kerana ada orang senang terinspirasi dengan persekitaran baru.

Kecuali penulisan aku ini. Yang entri aku kali ini, aku rasa hanya catatan kosong, konon - konon macam diari. Yang takda peng-awal dan hujung. Malah tersasar ke sana sini.

Sebabnya satu je. Aku dah lama tak menulis, jadi mulai entri ini, aku akan menulis apa sahaja yang kosong - kosong.

Untuk mendapatkan momentum menulis. Jadi izinkan aku untuk mencatat apa sahaja sampah selepas ini ya?

Selamat malam.

Selasa, November 2

get away katanya

Mak ai? Last sekali update masa raya?

Okay, okay macam ni.

Sekarang aku tengah menembak filem "Bunga Lalang" di Terengganu dan Kelantan. Dekat sini memang takda cara nak online, selain daripada bertenggek di Cyber Cafe. Itu pun jauh sikit dari tempat penginapan aku. Aku pun bukannya ada lap top yang canggih boleh usung ke sana, ke mari. Jadi, memang jauh panggang dari api lah kalau nak update.

Betul ke pepatah tu? Abaikan. Janji korang faham.

Lagi pun, sini lebih tenang. Jauh dari kesesakan Kota Lumpur tu. Ada pantai, ada angin, ada udara segar. Lebih kurang sebenarnya aku pun taknak ada sangkut paut dengan Kota Lumpur.

(Buat sementara ni lah)

Nampak tak? Seronok 'get away' ni kadang - kadang.

Tapi insyaallah, aku pulang ke KL nanti, aku akan mula menulis balik, dan meng-update segala perkara termasuklah di Facebook atau Twitter.

Okay? Terima kasih kerana percayakan aku. Nah 5 posen.

Jumaat, September 10

entri raya kot

Ringkas dan padat kali ni. Macam akhbar tabloid. Kononnya.

Salam Aidilfitry untuk semua pembaca, pengunjung, penyokong, peminat blog ini termasuklah kawan - kawan yang kita suka!

Kalau ada di antara tulisan saya yang mengguris perasaan, sila maafkan. Bukan sebab Raya sahaja, tapi sebab... er entah. Sebab Nabi pun ampunkan umat kot.

Tapi kadang - kadang memang tulisan aku ni sengaja hendak di-makan-dalam-kan, supaya kita lebih alert dan mesej terus sampai.

Baik?

Semoga bergembira dan sejahtera semuanya!

p/s: Aku eja Aidilfitri jadi Aidilfitry eh? Ai, stail anak - anak Pavillion nampak?

Rabu, Ogos 25

baik ke jahat senang?

Ada pernah, seorang kawan berkata,

"Bob, dalam dunia ni, jadi orang jahat lagi senang dari jadi orang baik. Bukan senang nak jadi orang baik"

Memang selepas 2 saat selepas ayat itu habis dari mulut kawan aku ni, aku terus tak setuju. Memang secara totalnya aku langsung tidak setuju dengan pendapat itu. Biarpun maksud ayat itu sangat subjektif, terlalu luas definisinya, pada aku secara kasar, dari luarnya aku tetap tidak bersetuju.

Kerana aku melihat dari sudut kemanusiaan. Sudut yang lebih tipikalnya otak aku, mestilah berpihak pada 'orang baik'.

Apa maksud aku yang ayat itu sangat luas? Sangat subjektif?

Cuba aku diam sebentar, dan berfikir.

Orang jahat? Jahat yang macam mana? Jahat itu ada macam - macam. Jahat membunuh ke? Jahat mencuri tiub basikal ke? Jahat mengumpat ke?

Takde jawapan yang timbul.

Kemudian, datang lagi beratus persoalan yang baru. Orang baik? Orang baik yang macam mana? Baik sebab tolong makcik angkat sayur ke? Baik sebab tak tinggal sembahyang ke? Baik sebab cakap lembut dan jarang mencarut ke? Baik ada macam - macam.

Hmmm... aku terdiam.

Biarlah persoalan yang datang itu kadang - kadangnya berbunyi sungguh tipikal. Tapi bila otak kita ini mula berfikir laju, mula untuk menggali jawapan dari pelbagai sudut, tipikaliti itu sudah diketepikan dengan sendirinya. Kata pelbagai sudut, tipikal pun dikira satu sudut jugak, kan?

Memang aku tak jumpa jawapan. Lalu aku bertanya, "Maksud kau?"

"Maksud yang lebih tepat akan datang, bila kau dah terkena"

Ah, lantaklah! Aku fikir. Kadang - kadang otak aku ni malas jugak nak korek dalam - dalam setiap persoalan. Makin banyak pulak rambut aku ni gugur nanti. Apa pun, aku tetap kurang bersetuju dan aku percaya manusia yang waras mana - mana sekali pun jugak tidak akan bersetuju.

Tapi hari ini, cuba kau berbuat baik dengan manusia lain, kau akan dibalas baik semula ke?
Setelah pelbagai kejadian yang menimpa, setelah terjumpa babak - babak kecil dalam hidup aku,

Aku semakin hampir untuk bersetuju.

Sial.

Sekarang, aku tak tahu macam mana nak explain.



Khamis, Ogos 5

pementasan teater Shorteyes

Seperti yang dijanjikan, (nampak tak? Ada kala, aku mengotakan janji jugak) aku akan update tentang pementasan Teater Shorteyes.

Walaupun sebenarnya agak lambat untuk aku memberi khabar tentang pementasan ini, tapi aku tetap mahu khabarkan. Kenapa lambat? Kerana sebenarnya pementasan ini telah bermula semalam.

Korang kena maafkan aku kerana tuntutan kerja aku semakin menjadi - jadi. Macam budak umur 2 tahun yang dah pandai berlari, maka setiap bukaan langkahnya mesti nak berlari.

Takda kena mengena. Aku tahu.

Baiklah, sedikit perkongsian tentang pementasan ini. Teater Shorteyes mengisahkan tentang kehidupan banduan - banduan di dalam tahanan. Bukan di Malaysia tapi di Amerika Syarikat. Penulis asal adalah seorang poet dari Puerto Rico, kemudian naskah ini telah diolah dan diarahkan oleh Fared Ayam.

Apa? Tak dapat lagi gambarannya? Nah, sinopsis panjang.

Rumah Anak Teater
mempertunjukkan


SHORT EYES
(dalam Bahasa Malaysia)



Olahan / Arahan: Fared Ayam

Pengarah Artistik: Nam Ron

Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa

Penaung: YB Elizabeth Wong (Exco Pelancongan Selangor)

Pelakon:

Zahiril Adzim
Taiyuddin Bakar
Nam Ron
Amirul Affendi
Tayanithi
KhairuNazWan Rodzy
Khairil Ridzuan K'N
Kirin Muhamad
Hafizee Hatta
Xavier Fong
Amar Asyraf

Pementasan ini atas kerjasama:
Selangor Tourism


Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 4 Ogos 2010, 8.30pm
Show Time: Khamis, 5 Ogos 2010 - Sabtu 7 Ogos 2010, 8.30pm dan Ahad, 8 Ogos 2010, 3pm

Tiket atas sumbangan minima:
Full Dress Rehearsal: RM15 untuk semua tempat duduk
Show Time: RM30 (dewasa), RM15* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)

*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 012-2395209 (Hafiz) atau email kepada rumahanakteater@gmail.com

PERHATIAN: PEMENTASAN INI TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA BAWAH 18 TAHUN.

PERHATIAN: MEMPUNYAI KESAN ASAP ROKOK.

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Begitulah. Jadi walaupun agak last minute, korang jangan lupa datang menonton sebuah karja dengan dialog - dialog jujur yang tidak sesuai untuk kanak - kanak. Haha.

Dan oh, untuk pengumuman juga, Aku hanya berlakon pada hari Sabtu malam dan Ahad petang sahaja.

Sekian.

Khamis, Julai 29

sekadar mengelap habuk

Fuh! Fuh!

(mengelap - ngelap habuk di blog ini)

Baik, sudah bersih sikit. Tapi aku sarankan agar kamu orang ambik selangkah ke belakang sebab habuk - habuk di blog ini masih tidak sempurna bersihnya. Terima kasih.

Jadi, begitulah. Apa?

Begitulah ceritanya setakat ini. Aku terlalu - lalu sibuk yang sampai blog ini dihabukkan oleh masa, twitter pulak ada pasang surutnya, manakala Facebook pula seperti bini pertama yang menunggu suaminya lambat pulang kerana berada di rumah bini kedua.

Selanjutnya.

Aku sudah kembali di atas pentas! Ye, betul tu. Sekarang ni aku sedang menjalani latihan untuk teater terbaru oleh Rumah Anak Teater yang bertajuk "Shorteyes". Jadi, perhatikan ruang ini kerana aku akan update tentang teater ini dalam masa yang terdekat. Insyaallah.

Sabtu, Jun 26

tatap berkali tetap tak terinspirasi

Macam - macam orang boleh terinspirasi dari macam - macam benda atau perkara. Itu magisnya. Inspirasi ni boleh tercetus apabila kesungguhan disebatikan dengan minat yang dibaluti kreativiti itu ditrigger oleh apa - apa yang diterima deria kita, manusia.

Ada orang mampu terinspirasi dengan mendengar.
Ada orang mampu terinspirasi dengan melihat.
Ada orang mampu terinspirasi dengan merasa.
Ada orang mampu terinspirasi dengan membau.

Adakalanya, jangan pernah terkejut apabila seseorang itu mendapat inspirasi dari sesuatu perkara yang kita tatap berulang - ulang. Walau berjuta kali kita hadap, ia tetap tidak pernah memberi apa - apa pada kita.

Tetapi datang orang lain, hanya menatap sekali sahaja terus tercetus sesuatu atau kata lain, terinspirasi.

Contoh - filem.

Mungkin berkali - kali kita tengok sesebuah filem, yang mungkin pada kita, kualitinya bodoh dan sebagainya. Tetapi tiba - tiba, datang orang lain dengan hanya sekali tatapan, terus dapat inspirasi dan mendapat buah fikiran besar untuknya.

Atau muzik. Atau bahan bacaan.

Jadi jangan kita pernah merendah - rendahkan sumber inspirasi sesiapa, kerana deria kita lain - lain.

Isnin, Mei 17

entah selesa entah tidak

Biasanya aku menulis untuk berkongsi tentang sesuatu untuk mengajar dan belajar. Sesuatu yang dapat memotivasikan dan dimotivasikan

Ini tidak termasuk entri - entri aku yang ringan bertujuan hiburan semata - mata. Macam filem. Ada filem mendidik, ada filem hiburan.

Tapi entahlah, kebelakangan ni, tak banyak benda yang hendak aku tulis. Apa puncanya, aku sendiri pun tak tahu. Aku cuba untuk tidak salahkan tuntutan kerja, kerana aku anggap ia sebagai rezeki yang tidak harus dirungutkan. Biar tak cukup tidur, biar tak cukup rehat. Rezeki tetap perlu disyukuri.

Nak menulis untuk berkongsi, takda apa yang menarik untuk dikongsikan.
Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.

Entah - entah aku sedang 'selesa' kot?

Ish, pandai je kau ni.

p/s: Nampak tak? Ini entri tidak emo! Haha.


Selasa, Mei 4

Manusia Separuh Dewa

Ahad lepas jumpa Iwan Fals.

Rupanya tak ramai yang tahu Iwan Fals datang Malaysia. Kalau tak bukan kerana Cik Opie Sofia, mungkin aku sendiri pun tak tahu orang tua tu nak datang. Terima juga kepada Cik Liyana Fizi. Anda tahu apa yang telah anda sumbangkan. *senyum menghargai*

Tapi bila Iwan Fals depan mata, entah kenapa aku jadik keras. Tak bangun langsung dari kerusi apatah lagi pergi berjabat tangan.

Keras. Cuma mata tak lekang dari orang tua tu. Macam jumpa awek.

Bila dah duduk setable pun sama. Keras lagi. Dalam kepala macam tak percaya Iwan Fals depan mata aku, apatah lagi nak percaya yang aku sekarang tengah duduk makan tengahari semeja dengan Iwan Fals. Untuk nampak tidak kekok, aku pun ambik makanan dan makan sekali, padahal waktu tu aku rasa, kalau aku tak makan pun takpa.

Bodohnya aku, time - time macam ni pun nak act cool? Pergi bergambar lah giler!

Penangan Manusia Separuh Dewa.

Fared Ayam berani berbual dengan dia. Amerul Affendi sibuk memetik kamera. Takpa, janji bila tiba malam nanti, aku nak sehabis - habisnya menyantap musiknya. Sekarang ini dia di depan mata, sudah cukup untuk aku.

Lagipun kari ayam Hotel tu sedap.

Kemudian, kami pulang ke rumah, menunggu malam. Habis volume pemain CD dalam kereta di-full blast-kan. Teruja betul.

Sampai di Bukit Jalil, malam tu, aku tengok sikit punya ramai penonton. Penonton yang rata - rata bukan warganegara sini. Lebih kepada buruh - buruh luar. Kenapa? Sebab tiap kali MC atau penyanyi di pentas melaungkan selamat hari buruh, mereka menjerit menyokong.

Aku suka dan tersenyum melihat crowd ini. Betul punya into. Mereka menyanyi bersama, menari. Nah, ini baru konsert. Merayakan!

Aku, Fared Ayam, Amerul Affendi dan Opie sikit punya teruja menunggu persembahan yang terakhir, iaitu persembahan Iwan Fals.

Tapi kami dikecewakan apabila MC naik ke pentas, betul - betul sebelum persembahan Iwan Fals. Mereka mengumumkan yang konsert terpaksa diberhentikan.

WTF.

Iwan Fals belum main lagi kot?

Memang aku rasa nak panjat pentas dan pecahkan semua alat muzik atas pentas tu. Tapi aku rasa belum sampai atas pentas, nak meredah crowd sahaja akan buat aku semput.

Memanglah semua orang nak mengamuk. Tunggu sikit punya lama ni! Botol - botol mineral water pun diterbangkan banyak sekali ke atas pentas.

Kecoh. Menunggu riot je aku rasa.

Tiba - tiba nampak sosok Iwan Fals naik ke pentas. Lega. Satu ucapan memberi semangat olehnya dan kemudian dia dibenarkan bermain 2 lagu sahaja.

Lebih kecewa. Kami nak banyak lagu!

Betul - betul selepas 2 lagu, dengan kekecewaan penonton dan juga performer, aku nampak pemain gitar Iwan membaling gitar ke bawah dan terus blah dari pentas. Iwan tetap senyum dan memberi kata - kata terakhir. Memang dia tak mengamuk, tapi kami boleh rasa kemarahan dan kekecewaannya.

Dia sangat teruja, katanya, untuk datang bermain di Malaysia, tapi 2 lagu sahaja yang dia dapat.

"Sewaktu datang ke sini, saya lihat banyak pokok - pokok di tanam. Itu sangat bagus. Tapi saya fikir lagi, pokok - pokok ini pasti di tanam oleh buruh - buruh Indonesia!."

Penonton bersorak.

"INDONESIAAAAA!!!" laungnya beberapa kali. Penonton menyorak sambut, termasuk aku.

Pada aku, dia betul - betul marah. Dia blah dari pentas.

Ada sebab dia laung begitu.

Tapi aku fikir lagi, ada sebab jugak konsert diberhentikan. Mungkin keadaan di luar konsert, yang katanya ada pergaduhan sampai ada yang ditikam, semakin teruk.

Ah, apa - apa lah.

Kecewa.

p/s: Kecewa, dan sebab tu aku rasa penulisan yang ni macam gampang. Dan oh, aku jumpa Gadis Jahat. Dia memang jahat. Dia tipu aku. Jahat awak ya?








Sabtu, April 17

karutnya kokokan panjang ayam jantan

Ada ayam berkokok pagi.
Panjang.
Mengarut.
Ayam jantan.

Malas aku nak layan. Kalau aku layan sampai ke esok keputusan aku untuk tidur, akan terhalang.

Aku tak nak layan kokokan ayam jantan yang panjang dan mengarut ini. Sengaja aku pilih untuk tidak layan. Bukan aku tak nak halau, tapi memang ini pilihan aku untuk tidak layan.

Bukan aku tak nak baling batu, tapi aku fikir dalam hidup ni kalau kita layan benda remeh - temeh ni, nanti kita tak kemana. Sebab banyak lagi perkara besar dalam kehidupan ni yang boleh kita fikirkan.

Banyak lagi masalah besar lain, selain daripada kokokan ayam jantan sekor kat luar rumah ni. Jadi, kewarasan aku memilih untuk abaikan kokokan ayam jantan ni.

Sebab aku tak nak jadi macam dia.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang dia dapat? Tak dapat apa. Macam tu je lah setiap hari nya.

Tapi tengoklah, sedang aku tidur nanti, kalau ayam jantan ni berkokok tak henti - henti dan betul - betul menganggu tidur aku, aku keluar rumah. Aku sembelih dan makan dagingnya.

Sebab bukan orang tak tahu yang aku ni suka makan ayam. Perangai ni dah lama ada dalam aku.

p/s: Ayam jantan ni tak sama langsung dengan member aku Fared Ayam tu ya? Sekurangnya kita tahu, sekali kokokan Fared Ayam, pasti akan ada ilmu yang dikeluar-kongsi. Bukan kokokan panjang mengarut.

Cer-in (Cerita Lain)

Di sebuah tempat letak kereta awam. Bukan hospital, bukan klinik. Dekat - dekat area hospital dan klinik pon tak.

"Dik! tak boleh parking sini! Ini kitaorang simpan untuk parking doktor. Kalau jadi doktor boleh lah park sini!".

Aduh, aku kena herdik hanya sebab bertanya boleh tak aku letak kereta dekat tempat letak kereta yang kosong, tanpa apa - apa tulisan "Private Parking" atau apa?

Pangkat doktor tu dah habis tinggi kat tempat tu kot. Atau Pak Guard tu memang sembah doktor tu hari - hari. Yelah, aku ni kecik sahaja yang boleh diherdik hanya kerana sekotak parkir.


Doktor yang dimaksudkan tu, bukan doktor ubat orang sakit, tapi doktor berpangkat boss di pejabat itu.

Dan mungkin ramai pekerjanya yang sakit sebab doktor tu. Sakit hati.

p/s: Pak Guard, saya tak perlu jadi doktor hanya untuk letak kereta kat situ. Nanti saya buat teater, saya jadi watak doktor ya? Watak lain - lain pon boleh. Kerja saya ni, boleh jadi macam - macam.

Isnin, April 12

keterujaan dibunuh oleh lagak - lagak gagak

Kadang - kadang, kita baca skrip di rumah, kita teruja dengan jalan cerita, karektor yang akan kita bawa, berhari - hari kita hafal dialog - dialog yang akan kita mainkan dengan pelbagai ragam intonasi, bertukar - tukar cara fikir gaya karektor yang kita fikirkan,

dan kita pun turun ke set.

Berhari - hari kita tunggu babak kegemaran kita. Teruja - teruja - teruja! Ini jiwa kita!

Tapi dengan persekitaran di set, dengan karenah sesetengah orang produksi yang kononnya berpengalaman, dengan karenah mereka - mereka yang berlagak penting, dengan karenah dengan ragam manusia - manusia yang memandang kita kecil (ya, memang aku kecil, memang aku pemeran baru yang kecil yang kau sampah - sampahkan), dengan masalah itu dan ini di set,

Akhirnya babak kegemaran-keterujaan-gilababi, tidak menjadi seperti yang kita gambarkan. Hampa betul.

Terkubur.

Jahanam budaya kerja.

p/s: Jangan borak pasal industri ah!

Jumaat, Mac 19

dah cuba

Dah setengah jam aku duduk depan monitor ini.
Dah setengah jam jari aku cuba untuk mula mengetuk papan kekunci ini.

Dah lama.

Dah macam - macam yang berlari - lari dalam kepala otak aku ni.
Dah macam - macam yang berlaku 'keliling aku' kebelakangan ini.

Nak aku contengkan di sini,
Nak aku lukiskan dengan perkataan di sini.

Tapi apa pun tak keluar.

Kecuali muka kau.

p/s: Taknak dah. Tolonglah bodoh.

Khamis, Mac 11

nak tapi kutuk, tapi nak kutuk

Ini kan perkara biasa dalam kehidupan.

Kita tahu, kita sedar yang kita perlukan sesuatu benda itu, atau mungkin kita perlukan seseorang itu dalam hidup kita. Ermm.. sebentar, untuk mengelakkan kekeliruan aku rasa baik aku ambil contoh 'sesuatu benda'.

Yeap, lebih selesa sekarang. Sambung.

Kadang - kadang kita tahu dan sedar yang kita sangat - sangat memerlukan sesuatu benda atau perkara itu dalam kehidupan kita. Kita perlukan untuk sesuatu situasi, untuk sesuatu keadaan, untuk sesuatu kerja atau mungkin untuk sesuatu pengalaman.

Tapi yang peliknya, dengan super-ego yang wujud dalam setiap diri kita, perkara atau benda yang kita sangat - sangat perlukan itulah yang kita kutuk-kan.

Kita kritik, kita kondem, kita bercakap tidak elok atau mungkin yang paling terakhir, kita makikan ia, dengan alasan untuk kebaikan.

Macam aku perlukan minuman Nescafe Original setiap hari, tapi aku kutuk packaging nya. (Masa awal - awal ia tukar design)

Bodoh kan?

Memang kita tak sedar. Oh maaf, aku tak cakap pasal aku, tapi aku cakap pasal kita. Semua.



p/s: Dan sekarang, cuba tukarkan 'sesuatu perkara' itu kepada 'seseorang'.

Jumaat, Mac 5

Fared Ayam yang Stabil

Yelah, dah ada buku sendiri, tak stabil lagi ke?

Member aku Fared Ayam ada tulis buku. Eh silap, sebenarnya dia tulis bukan untuk dibukukan. Dia tulis sebab dia MAHU menulis atas tekanan persekitaran, atas dasar 'rasa' mahu menulis, atas niat mahu melepaskan kekusutan dan mungkin juga sebagai terapi untuknya menjentik sesuatu rasa untuk keluar.

Jadi kemudiannya, tulisan - tulisan dia diambil dengan kebenaran oleh member aku yang lagi satu pulak, untuk dibukukan maka lahirlah sebuah buku hasil tulisan member aku ni, Fared Ayam.

Member aku yang membukukan tulisan - tulisan Fared Ayam ni pulak dah lama bagi hint dekat aku untuk mengambil (dengan kebenaran) tulisan - tulisan aku untuk dibukukan.

Ishh.. nanti - nanti lah ya? Mungkin sekarang ini aku perlu simpan masa lebihan kehidupan seharian aku untuk digunakan untuk makan, mandi dan tidur.

Selebihnya, aku cari duit dulu. Bukan apa, nanti nak kahwin. Bila?

NANTI, tak faham ke? Nanti tu boleh jadi lagi empat tahun ke, lapan tahun ke. Yang penting nanti tu bukanlah dalam masa terdekat. Sikit - sikit dekat pun takda.

Buku berjudul "STABIL" oleh Fared Ayam ni akan dilancarkan di Pekan Frinjan Shah Alam, Sabtu ini. Jadi aku pun dengan suka hati nak mengajak serta menghasut korang semua untuk turun beramai - ramai sambil membeli buku yang berharga RM10 ni, disamping berhibur dengan performer - performer yang ada. Antaranya? Sila semak sendiri, thank you. Apalah sangat RM10 dibandingkan dengan handbag LV tu ya? Apalah sangat RM10 berbanding dengan Iced Blended dekat Starbucks tu kan?

Dan oh, aku sendiri, akan melancarkan buku member aku ini. InsyaAllah.

Dah, tu aje.


Fared Ayam

Sabtu, Februari 27

aiseh

Hari tu masa gua stress, gua dah tak tahu nak buat apa dah. Banyak sangat benda yang buat gua stress kat sini. Macam - macam benda sejak kebelakangan ni.

Ini, itu. Itu ini.

Lepas tu gua try lah pasang lagu - lagu yang konon - konon boleh menceriakan masa gua tengah drive. Pun tak jalan jugak. Bukan sehari dua. Lama jugak ni...

Tiba - tiba gua teringat, jalan yang terbaik nak hilangkan stress ialah bergurau senda dengan budak kecik.

Lepas tu gua call kakak dengan abang ipar gua kat sana, nak cakap dengan mamat ni. Alahai... hilang terus tekanan. Tapi?


Jadi rindu lah pulak. Weh budak, dengar cerita lu makin petah sekarang? Lu ni buat gua rindu lah..

Ba Ba Black Sheep yer?

Khamis, Februari 25

kembali berTANDA

Aku rasa sebelum aku tulis entri ni, lebih kurang 20 minit aku termenung, tak bergerak depan komputer ni. Bukan tak tahu nak tulis apa, tapi setiap kali nak tukar bahan fikiran untuk menulis, 'benda' ni menganggu aku.

Setiap kali nak tulis, dia ganggu lagi.

Bukan aku taknak update blog, tapi aku terpaksa sibukkan diri, kerja lebih 13 jam setiap hari supaya fizikal dan mental aku penat. Semuanya agar bila aku pulang ke rumah, aku boleh terus terlelap, semata - mata taknak sibukkan minda aku dengan bahan fikiran yang mengecewakan ini.

Tapi betul, dia benar - benar mengganggu sampai aku ditegur oleh beberapa orang kenalan. Kata mereka, aku semakin kurus. Habis aku nak buat macam mana?

Dan setiap kali aku nak menulis entri, dia menganggu fikiran lalu memberi kesan pada penulisan sampaikan orang dah cop blog aku ni,

"Blog Emo".

Pfff.. wtf.

Tak kisahlah. Tapi bagi mereka yang mengikuti Twitter aku mungkin dah banyak kali baca 'kegembiraan' aku dekat sana kan? Jadi, siapa kata aku ni serius? Tak jugak..

Baiklah, sebenarnya aku nak menjerit sekuat - kuat hati, melaungkan yang...

TEATER TANDA KEMBALI LAGI!!!

Seperti yang diketahui oleh mereka yang mengikuti perkembangan blog ini, atau perkembangan teater Tanda, Teater Tanda pernah dipentaskan di ASWARA dan juga telah DIBERHENTIKAN pementasannya oleh pihak ASWARA.

Jadi sukacita dimaklumkan bahawa kami tidak pernah putus asa dan akan meneruskan pementasan teater TANDA esok! Ya! Esok!

Sebab Agusto Boal, seorang tokoh Forum Theatre pernah berkara,

"Hilang cincin, bukan hilang jari"

Agusto Boal yang kata ya, bukan Fared Ayam member aku tu. Sebab ada orang pernah bagi semangat dekat aku, katanya

"Jangan putus asa, bak kata kawan kamu Fared Ayam, hilang cincin bukan hilang jari"

Terkejut jugak aku. Haha.. Itu bukan kata - kata member aku dan aku tahu Fared Ayam bukan seorang pencuri quote orang lain dan mengaku itu quote-nya macam sesetengah orang. Ooppss...

Ok, ok. Sudah.

Jadi aku lekatkan lah butir - butir yang lebih terperinci tentang teater ini ya? Kalau rasa - rasa nak tahu apa isi kandungan teater ini yang sampai kena banned di ASWARA, datanglah!

Dan oh, ini bukan publisiti murahan. Kami (Rumah Anak Teater) tak buat publisiti murahan seperti yang dituduh oleh orang - orang 'mid life crisis' ni.

Hahahaha!! Maaf, izinkan aku ketawa ya? Sebab mereka ini sungguh kelakar.



25 - 27 Febuari (8.30 malam)
27 & 28 Febuari (8.30 malam & 3 petang)

PJ Life Arts Sdn. Bhd,
2A-3, Block K, Jaya One,
Section 13,
No 72A Jalan Universiti,
Petaling Jaya, Selangor.

Tiket atas sumbangan minima: RM30, RM15 (pelajar dan OKU)
*hanya terhad kepada 60 tempat duduk

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 013-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket, sila hubungi 012-2395209, 012-9193839 atau emel kepada teater.tanda@gmail.com

Semua foto di bawah oleh Timothy Cheng









Sabtu, Februari 13

kematian kebebasan berkarya di aswara

"dan hari ini aku akan meninggalkan pangkal rahim yang telah memberanakkan aku!"

kata seorang senior yang aku hormati lakonannya. Kekecewaannya, juga aku, serta kami, kepada sebuah institusi seni yang telah memberanakkan kami kerana kebebasan berkarya kami telah dibunuh.

Kesal, sesal, sedih, pedih.

Hancur lulur perasaan kami, anak - anakmu yang selama ini mengangkat namamu dimana - mana pijaknya nama dan tubuh dililit bakat serta kesetiaan kepada seni.

Berbalahan dengan 'ibu' yang telah memberanakkan kita, peritnya lebih sakit dari ditikam dengan 10 bilah pedang.

Kita berbalah, kerana kita sayang.

Makam Seni dan Indra Zaaba

Tai-Yuddin Bakar.

Fared Ayam

Amerul Affendi



Semua gambar oleh Maya Tan Abdullah, thanks!



Sabtu, Februari 6

tanda, dibatalkan

Ini satu pengumuman.

Pementasan TEATER EKSPERIMEN TANDA terpaksa dibatalkan. Tidak ada lagi show hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana kami, RUMAH ANAK TEATER, telah diarahkan untuk memberhentikan pementasan dan dihalau keluar dari ASWARA.

Sedih, sebak dan macam - macam lagi perasaan kami.

Petang itu, pentas Panggung Eksperimen dibasahi dengan air mata kami, anak - anak muda yang struggle dan ghairah berteater. Kami sangat terkilan dan sedih kerana dihalau di tempat kami beranak, juga sekolah kami sendiri.

Ini adalah satu dengki.

Aku nak tulis lagi tentang ini, tapi bukan hari ini.

Butoh lar. You can shut down the show, but you can never shut us down!

p/s: Just to remind 'you', KoKEN means KOMUNITI KENTAL.

Rabu, Februari 3

teater tanda

Beb, gua nak tulis panjang tapi gua betul - betul tengah tak larat. Tapi gua nak share jugak benda ni sebelum terlambat. Apa - apa korang baca kat sini eh?

Teater Eksperimen TANDA

Gua tak larat, penat, sebab gua tengah buat teater ni sekarang. Teater pasal tanda - tanda kecil kiamat. Menarik kan bunyi dia? Gua tahu. Kalau tak menarik jugak bunyi dia, nanti gua buat bunyi lain. Gua nak tido sekarang.

Sorry ya. Nanti gua naik lori.


Datang lah. Buat ramai, kata orang utara.

Selasa, Januari 26

hijau hari akhirnya

Baiklah, sudah sampai ke tanah air. Nak menulis pasal konsert Green Day, tapi dah nak kena gerak Ipoh dah. Kerja, kerja oh kerja.

Oh ya, lagipun masa konsert-best-nak-mati tu, kamera tak dibenarkan masuk. Potong betul! Ini pun gambar sehelai dua pakai telefon-bimbit yang entah pahapa kualitinya.

Kasut melebihi ketinggian yang ditetapkan pun tak boleh masuk!




Nasib baik boot aku lepas. Jadi fikir sendirilah berapa ramai Mat Nippon yang makan boot aku malam tu.






Selepas konsert yang tak jual air. Dahaga nak mampos.






Engkau sorang je yang pakai macam ni weh!

Baiklah, ini sahaja yang sempat sebab dah nak kena pergi kerja. Sekarang pukul berapa? 4.30 pagi? Habis bila nak rehat?

Sabtu, Januari 23

harijadi yang tak kejut

Birthday gua tahun ni. Dah gua 1st time main salji, mestilah gua jakun siot.

Muka control sejuk dan tak puas hati sebab dah nak kena balik

p/s: Tapi sebenarnya memang tak puas langsunggggg!!! Gua nak lagi wehh!!!

ESOK GREEN DAY!! KEMUNCAK TRIP NI!

Khamis, Januari 21

4 hari sebelum tersepak bibir

4 hari lagi sebelum ke konsert Green Day yang di nanti - nantikan.

5 hari lagi sebelum aku pulang ke tanahair. Kembali bekerja, kembali berkarya, kembali pada ruang yang pernah mengecewakan aku, kembali melihat serta mendengar khabar - khabar pemberi duka. Aku sudah mula merasa bahang - bahang saratnya luka bakal menyerang kembali. Oh, aku tabahkan sahaja.

Yang penting, sebelum apa - apa, aku akan pastikan diri aku dipuaskan apabila melayan Billy Joe nanti.

Di sini minda aku terbuka luas, menikmati serta melayan suasana keliling tanah orang. Dengan jarangnya berkomunikasi dengan orang - orang kerana perbezaan bahasa, aku tidak bermusuhan serta tidak berprasangka dengan sesiapa pun.

Maka, kurangnya masalah perhubungan sosial di sini. Lega sikit minda aku. Aku rasa aku gemar menjadi stranger di sini sebab takda orang kacau aku.

Tambahan pula, tidak ramai yang suka jaga tepi kain orang di sini.

Peliknya promosi tentang Green Day yang melonjak - lonjak dalam nafsu mudaku ini tidaklah sehebat seperti yang aku sangkakan. Baru semalam aku tersempak dengan poster kecik tentang konsertnya. Itu pun poster kecik seperti 'Pinjaman Wang Berlesen' yang biasa ditampal di tiang - tiang lampu di Kuala Lumpur.

Kita abaikan sahaja, yang penting katanya, tiket sudah sold out. Selebihnya, kita serahkan pada waktu.

Memang aku di sini sungguh tenang. Apa yang selalu berada di dalam mindaku ialah bagaimana nak panaskan badan dan oh! kasut dan jacket itu sungguh kacak!

Itu sahaja.

Oh ya, aku juga selalu tercari - cari tempat merokok disini kerana merokok di tepi - tepi jalan adalah satu kesalahan besar, kecuali di tempat yang disediakan. Jangan harap lah nak tengok puntung rokok bertaburan di atas jalan tar.

Bosan kan? Tak mengapalah, adaptasi tu penting.

Sebenarnya siang tadi sewaktu berjalan - jalan, ada benda dalam kepala aku yang hendak aku coretkan, tapi entah kenapa, semuanya hilang berterbangan di tiup angin beku kot. Maklumlah, otak tengah sangat tenang.

Sudah lewat malam sekarang, semua ahli keluarga sudah berdengkur, bersiap sedia untuk shop till u drop esok hari.

Mungkin aku juga perlu rehatkan diri sekarang untuk bangun pagi esok. Inilah aktiviti - aktiviti terakhir sebelum pergi meninggalkan Eizwan Zarith bersama - sama mak bapaknya di sini.

Perasaanku memberitahu yang aku akan bersedih pada hari terakhir nanti.

Takpalah, semoga konsert Green Day akan memberi kepuasan tahap maksimum nanti sebelum pulang ke kehampaan. Dan aku juga tak kisah kalau - kalau boot mat punker Nippon tersepak bibir aku sewaktu di mosh-pit nanti.

p/s: Oh ya, pada cuaca - cuaca begini, gurauan memasukkan ketul ais dalam baju kawan, sangatlah tidak kelakar.







Sabtu, Januari 16

pertamanya di Tokyo

Setelah berbulan - bulan bekerja dari selatan ke utara tanpa henti, setelah sekian kejadian yang diterima di penghujung tahun, awal tahun hingga ke hari ini..

Akhirnya, alhamdulillah, aku dapat melemparkan seketika segala belenggu, kekusutan, kekacauan susuan aturan kerja dan lain - lain, dengan berangkat ke Tokyo, Jepun bersama - sama kumpulan manusia hidup dan matiku, iaitu keluargaku.

Dah lama papan kekunci di rumah tidak aku keletak - keletukkan, kesan daripada kerja di perjauhan. Berbulan - bulan juga rupanya aku tidak pulang ke rumah.

Dan hari ini juga aku tidak di rumah.

Ini hari pertama aku di Tokyo. Melihat - lihat suasana, budaya, cuaca di sini, telah menerujakan sifat ingin tahu aku.

Sekurang - kurang ia telah menerajang kekecewaan aku buat sementara dengan menjadi jakun di sini.

Apatah lagi menunggu tiba harinya untuk menyaksikan GREEN DAY di sini. Bayangkan, menonton kugiran kegemaran bersama punker - punker Nipon!

Jumaat, Januari 1

ini perkhabaran umum

Nah untuk tontonan semua!

"Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata"

Slot Suatu Ketika
Astro Citra 131