Thursday, January 21

4 hari sebelum tersepak bibir

4 hari lagi sebelum ke konsert Green Day yang di nanti - nantikan.

5 hari lagi sebelum aku pulang ke tanahair. Kembali bekerja, kembali berkarya, kembali pada ruang yang pernah mengecewakan aku, kembali melihat serta mendengar khabar - khabar pemberi duka. Aku sudah mula merasa bahang - bahang saratnya luka bakal menyerang kembali. Oh, aku tabahkan sahaja.

Yang penting, sebelum apa - apa, aku akan pastikan diri aku dipuaskan apabila melayan Billy Joe nanti.

Di sini minda aku terbuka luas, menikmati serta melayan suasana keliling tanah orang. Dengan jarangnya berkomunikasi dengan orang - orang kerana perbezaan bahasa, aku tidak bermusuhan serta tidak berprasangka dengan sesiapa pun.

Maka, kurangnya masalah perhubungan sosial di sini. Lega sikit minda aku. Aku rasa aku gemar menjadi stranger di sini sebab takda orang kacau aku.

Tambahan pula, tidak ramai yang suka jaga tepi kain orang di sini.

Peliknya promosi tentang Green Day yang melonjak - lonjak dalam nafsu mudaku ini tidaklah sehebat seperti yang aku sangkakan. Baru semalam aku tersempak dengan poster kecik tentang konsertnya. Itu pun poster kecik seperti 'Pinjaman Wang Berlesen' yang biasa ditampal di tiang - tiang lampu di Kuala Lumpur.

Kita abaikan sahaja, yang penting katanya, tiket sudah sold out. Selebihnya, kita serahkan pada waktu.

Memang aku di sini sungguh tenang. Apa yang selalu berada di dalam mindaku ialah bagaimana nak panaskan badan dan oh! kasut dan jacket itu sungguh kacak!

Itu sahaja.

Oh ya, aku juga selalu tercari - cari tempat merokok disini kerana merokok di tepi - tepi jalan adalah satu kesalahan besar, kecuali di tempat yang disediakan. Jangan harap lah nak tengok puntung rokok bertaburan di atas jalan tar.

Bosan kan? Tak mengapalah, adaptasi tu penting.

Sebenarnya siang tadi sewaktu berjalan - jalan, ada benda dalam kepala aku yang hendak aku coretkan, tapi entah kenapa, semuanya hilang berterbangan di tiup angin beku kot. Maklumlah, otak tengah sangat tenang.

Sudah lewat malam sekarang, semua ahli keluarga sudah berdengkur, bersiap sedia untuk shop till u drop esok hari.

Mungkin aku juga perlu rehatkan diri sekarang untuk bangun pagi esok. Inilah aktiviti - aktiviti terakhir sebelum pergi meninggalkan Eizwan Zarith bersama - sama mak bapaknya di sini.

Perasaanku memberitahu yang aku akan bersedih pada hari terakhir nanti.

Takpalah, semoga konsert Green Day akan memberi kepuasan tahap maksimum nanti sebelum pulang ke kehampaan. Dan aku juga tak kisah kalau - kalau boot mat punker Nippon tersepak bibir aku sewaktu di mosh-pit nanti.

p/s: Oh ya, pada cuaca - cuaca begini, gurauan memasukkan ketul ais dalam baju kawan, sangatlah tidak kelakar.







54 comments:

eira said...

tomeynyer baby tur...
nak bunga kat blakang tu..pos boleh?

aida said...

kem salam kat mike dirnt

joegrimjow said...

ku xtau
maknanya mmg xkuat la tu promosi

sya ar said...

wah, beli kain buat lap peluh dekat Jepun! ngaa~

p/s: yg di sblh anda tu mcm Noh pun ada. hehe.

oranglidi said...

er, kalu macam tu, ape kate lu berlakon drama sana plak? try wat drama Waris ke, abis kurang pun wat video klip 'winter sonanah'..

hhehe. tersepak bibir=tercium makwe jepun?



psst: balik malaysia nanti merokok la puas2.

ezral Sya said...

HAHA KELAKAR LA AWAK! Boleh jadi weatherman hahaha, have fun with Greenday!

CHOCOMINT said...

suker:_)

otak ketat said...

haha. dia bajet mcm baling-baling snow ball gitu. hikhik. bestnya g jepun. selamat kembali ke tanah air. dan selamat berkerja keras semula! ;)

Athirah Ibrahim said...

gahah. peminat Greenday rupanya. =)

Anonymous said...

pergh!!

ais..?? dalam baju..?? sejuk2..??

mau kene penampar jepun. instant!

Anonymous said...

slmt mnikmati ketenangan di tokyo.
gembira lihat kamu gembira!!

dina said...

lama akak tak komen kat sini... gambar sangat kacak! bukan bob, tapi eizwan...hehehee

♥ SUTERA KASIH ♥ said...

hati tenang saat bersendirian tanpa dipedulikan sesiapa ~

Hajar said...

Ahh comeyll
video, pic dan eizwan tu :)
Enjoy yr hol ya~

kechix said...

reifhan binti razali here.
peminat kau.
add kau juga di facebook.

aku minat kau dah lama.
itu sahaja.

t.K.a said...

hahaha mmg sgt tdk kelakar klu kene masok ais dlm bju..

pari-pari menyanyi said...

baby tu comey bangat.
yup2 memasukkan ketul ais dlm baju waktu sejuk sangat x kelakar. cam nk hempuk jer org yg wat cam tu.. hihih

upload more pic k..

faisal said...

i love u

.ib. said...

kadang2 terase juge hendak menjadi invisible... walaupun hanye sehari. ingin lari dr semue org. bukanlah lari jauh. cume tak mahu dilihat oleh org. itu je. hmmm.

zahiril-san, ogenki desu ka? ;)

cindir-rela said...

zahiril,
baru berkesempatan menonton rompakan kabinet setelah sekian lama ia digembar-gemburkan..biasalah, seperti kamu sibuk...

sangat kelakar dan sukakan watak kamu dalam cerita itu..agak lain, tapi ala-ala ocean 12 saja...

owh ya, jepun dan ais dalam baju?? sekurang2nya bagi saya ia mampu buat kamu tergelak atau marah sikit bila otak semakin tenang..haha..

jauhnya mahu menonton konsert pujaan??? jangan seronok sangat..nanti mesti tak best!

pesan orang dulu2....

Anonymous said...

adik ke abg awak tuh? machonye! hee
awak jambu/mesneh adik awak macho =p

suehanna said...

so we were having a theater here in UM last week, and my senior, at the time that she wanted to print out our posters, she met your mother. kami semua yg crew teater punyalah berharap gila abg ZA nak datang tengok sebab my senior invited your mother and asked her to invite you to come over too, despite of she not knowing that her son is you! (: but i guess masa tu abg ZA dah nak berangkat ke japan. so yeah, kalau ada masa jemput dtg tengok teater kat sini nanti-nanti, namron jadi judge haritu (:

Anonymous said...

heheh.kinda jelous u kat japan skrng..*woot2* hehe.i dh jadi ur silent reader since last year.best laa ur blog.may all ur doas n dreams cme true dis year..^^ ~rania~

emma songall said...

ahahhahaa, syukur nikmat tgk gadis!

naza said...

cool..
aku traveller gak tp masih blom sampai ke jepun lg.. i will.. next year maybe..

dan tentang greenday itu.. i am so damn jealous.. dahla aritu dorg dtg s'pore tak leh nk p.. tukar tempat jap boleh? hoho..

r said...

video terhebat. comel lah pulak :]

hari2 sbagai ocelot said...

hye..
mcm dh sukew jew nk blik ke tnh air..
atau kmu sdiy untuk brpisah dgan si comei tu..

-N e Y r A- said...

hahahahha mcm laporan karam singh walia live dr nappori

fya zainal said...

budak yg comel..sungguh

Intaneo! said...

kim salam kat billy joe weh! hahaha, anyway janganlah berduka pulang ke malaysia T__T

kami di malaysia ni lagi aa terlukaaaaaaaa. tk dapat tgk green day! anyway, eizwan sangatlah comel :)

KiRoRo said...

bby 2 mmg comei..

Anonymous said...

konsert greenday? di mana? kabarkan tolong.

nadia.BEAN13 said...

kirim salam to billy joe.
and nak lagu 'wake me up when september ends' :D

gdsjht said...

awak.

Zahiril Adzim said...

ye saya?

ayshia nique mazlan said...

konnichiwa !!
knapa negara jepang? tu bahasa indonesia kan..jepun ar~

bestnyee dapat pegi sane!!kirim salam takuya kimura!:)
pegi gunung fuji tak?

Markena said...

Jepun memang awesome gila.. ahaha.. rugi tolak peluang yg datang.. sekrang nak protes pula.. hehe... have a nice day bob.. ! Tokyo punya commuter sehari je dah padat gila yg naik.. tak boleh blah betul..

IkieYcrUnchie_ikreLIcious said...
This comment has been removed by the author.
IkieYcrUnchie_ikreLIcious said...
This comment has been removed by the author.
ceqzue said...

erm..
luahan yg terlalu berat..
jauh mn berlayar..
msh blom mampu untuk tinggalkn yg tersimpan dlm benak..
ade sesuatu yg mst dicari..

mistress of the time lords said...

minta tolong pos buah tangan berupa mamat-mamat nihon yang boleh buat jantung n iman gugur, boleh?

Angel vs Devil said...

gugur iman? haha

AiNuL said...

zahiril!!
kacak sungguh kamu dalam baju tu..
sesuai dok sane jer lah !
habis cter..
eh ..x ble2 nant saya nk tengok cter apa..kamu da x ada.. ;-P
kiter enjoy!!!

Fatin Fauzi said...

oooo

Miss Marquis said...

terkejut bila baca yang iklan di sana cuma sebegitu rupa.
oh heaven! memang dah lama idam tempat macam tu! less smoker :P

gdsjht said...

harini birthday awak? happy birthday. moga panjang umur.


*tak payah approve*

hawa said...

did anyone tell u before that sumhow from a certain angle u do look a bit like nishikido ryo..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rembo said...

lu pernah stop bila turun train time orang ramai bergerak secara laju dan berpusu-pusu?

Gua selalu. sambil tengok langit gua rasa macam bill murray dalam lost in translation.

syok ooo!

nysa said...

baby tuhh yg rambut curl tuhh kan??

urmm bestnye pegi jepun..hopely sy pown dpt g sne gak..huhu

[x]RaiRa87[x] said...

dtg japan tak bgtau. boleh bwk jalan2 hehe ^^

Diloz said...

alang2 kau kat Jepun,tak nak jumpa aku ke?

lol.

Zahiril Adzim said...

@diloz - lu tak ckp awal.. gua dah 10hari kat sini, hari ni dah gerak. Kat Narita Airport sekarang. Wa tunggu je sapa - sapa kat sini nak bwk wa jln2.. haha.

Anonymous said...

kelakar betul kan, promosi kain nampak?