Friday, August 29

Hari - hari sukar seorang sakit (Siri Dua)

Kepala berat.
Berjalan terhoyong - hayang.
Tekak macam palat.
Tak terselera sikit pun nak makan.
Perut berbunyi, kosong.
Badan makin kurus, orang kata.

Sumbat jugak nasi.
Takda lauk, cuma kuah.
Aku nak keluar dari bilik ini!
Bilik ini buat aku jadi lagi sakit.
Tapi tak daya.
Batuk makin bahaya.
Sekali lepas bagai nak pecah dada.
Ehuukkkk!!! Krrooohhhh!!!
Bunyinya cukup menakutkan.

Sakit benar.

Bernafas ikut mulut.
Hidung tersumbat semuanya.
Dada pedih. Tekak perit.
Badan panas.
Tapi sejuk di dalam.
Menggigil.
Aku tak daya.
Aku mahu cepat sihat.
Aku mahu kembali bekerja.

Thursday, August 28

Hari - hari sukar orang sakit

Semalam aku demam teruk, menggigil. Hari ni kepala berpusing macam terhantuk tiang.
Kalau betul lah orang kata dosa kecik terhapus bila demam, aku rasa banyak dosa kecik aku gugur semalam sebab aku menggigil macam orang kena siram air dekat genting highland.
Seorang diri.

_________

Bila kita melalui waktu - waktu yang sukar,
Masa tu lah kita nak buat keputusan yang paling cepat, paling terburu - buru.
Jangan berangan orang nak dengar cerita aku.

Friday, August 22

Pesanan Dari Abang Guna(Otak)

Hai adik - adik! Apa khabar semua? Harap - harap sihat je semuanya. Hari ni Abang Guna(Otak) nak kongsi dua video supaya adik - adik di luar sana dapat belajar.

Video kat bawah ni menunjukkan kisah 2 orang lelaki yang berbeza. Berbeza apa?
Berbeza negara.
Berbeza nama.
Berbeza bangsa.
Berbeza warna kulit.
Berbeza otak.

Macam - macam lagilah kalau Abang Guna(Otak) nak bezakan diaorang ni. Tapi adik - adik, diaorang 2 orang ni, ada SATU PERSAMAAN.

Apa dia? Mereka dua - dua PENCURI.

Ya, abang tahu. Mencuri itu satu kesalahan. Mencuri itu jahat. Tak manis.
Adik - adik jangan ikut tau ! Nanti Abang Guna(Otak) gigit nanti !

Rrrrrrrrrrrrr !!! (Haa, abang dah marah dah ni)

Apa yang Abang Guna(Otak) nak cerita ialah pasal orang - orang yang tangkap pencuri ni.
Lain dik ooii !! Tak sama langsung ...

Video 1
Penangkap pencuri (freelance) kat negara kita ni, berani! Macam perwira perkasa! Gagah! Outspoken pulak tu. Adik - adik kalau nak jadi berani, ikut lah macam diaorang ni tau. Berbudi bahasa serta bersopan santun sungguh!

"Babi kau! Kau jangan ingat kitaorang budak, kitaorang nak diam je!"
(Boleh buat menantu ni. Aiceh! Malu - malu pulak dia)

Video 2
Dekat negara UK pulak, orang yang tangkap pencuri ni lain pulak adik! Diaorang tak berani macam orang - orang kat negara kita! Haaa.. tu lah, mungkin sebab diaorang 'terlebih gentlemen' kot ?? Tak bagus.. tak bagus...

Even polis diaorang pun tak berani. Polis diaorang ni boleh cakap elok - elok pulak. Tangkap pencuri pun tak jantan langsung! Ada ke?? Ishh.. (Abang Guna(Otak) suka lelaki yang macho.)
Lepas tu adik, ada ke seorang mamat dalam video ni boleh cakap dengan pencuri yang dah tertiarap atas lantai,
"Calm down" , "Can you breathe down there?".

Ishh... ada pulak nak tanya macam tu dekat pencuri yang dah buat salah, kan??
Apalah bengong sangat kan?
Kan? Kan? Kan Janet kan?? Kan?? Kan??

Takpa lah, Abang Guna(Otak) tahu, adik - adik pun pandai guna otak untuk tengok sendiri.
Adik - adik kat luar sana pilih lah ya, dah besar nanti nak jadi macam mana, tau!
Bila dah pandai pilih nanti, boleh pergi pilihanraya.

Bye - bye! Jumpa lagi minggu depan, daaaa.....

(Abang Guna(Otak) pun kena pukul lepas keluar dari studio. Lepas tu dah tak jumpa dah Abang Guna(Otak) lagi.)



VIDEO 1 (Malaysia)




VIDEO 2 (UK)


Wednesday, August 20

Pervez Musharraf Balik Kampung Tanam Jagung


Mamat kat atas ni (bukan Mamat Khalid), baru saja letak jawatan sebagai presiden Pakistan, 3 hari lepas. Nama dia Pervez Musharraf. Setelah dia didesak (kot?) oleh parti pembangkang yang merancang untuk mengemukakan macam - macam tuduhan (lagi hebat dari tuduhan Saiful) dekat dia. Tuduhan ni memang payah nak lari punya dan tak payah pakai DNA.

Dulu dia Jeneral Tentera Pakistan. Tu pasal lar baju dia ada color - color tu. 12 Oktober 1999, dengan pertolongan padu Amerika Syarikat, dia jadi presiden (takda orang pilih dia pun) dengan cara kotor iaitu dengan menggunakan rampasan kuasa tentera dan menolak tersungkur-landing-dagu-dulu bekas presiden masa tu, Nawaz Sharif. Jahat kan? Aku tahu.

(Kecik - kecik dulu pun aku selalu kena tolak landing dagu dulu. Best).

Sewaktu zaman pemerintahan dia, presiden wanita Islam pertama di dunia, Benazir Bhutto (ini bukan mencarut) telah dibunuh. Benazir Bhutto adalah dari parti pembangkang, tapi dijemput untuk bersekutu dengan mamat Pervez ni.

"Ini mesti US punya kerja!", kata pakcik belakang aku yang tengah beratur beli suratkhabar kat Shell Shah Alam, pada hari Benazir dibom.

Dibom?? Ya, dia dibom berkecai menjadi daging kisar kebab oleh pengebom berani mati pada 27 Disember 2007.

Macam mana pakcik tu boleh spontan cakap macam tu, wallahualam. Mesti pakcik tu banyak makan kismis.

Tapi Benazir Bhutto yang 2 kali jadi presiden Pakistan pun dituduh banyak makan rasuah (sebab makan rasuah lagi sedap dari makan nasi berlauk kot). Dia jatuh 2 kali pun sebab tuduhan rasuah. Apasal suka sangat makan rasuah ni? Mana dia belajar dulu pun aku tak tahu. Tapi yang aku tahu dia ni keluaran Universiti Oxford (sama dengan Khairy Jamaludin) - Wikipedia

Ada lah tu, persamaan dia tu. Chewah, eleh-leh.. kau buat - buat donno pulak.

Ada yang menyalahkan Pervez Musharraf ni, dan ada jugak yang menyalahkan Taliban dan Al-Qaeda yang dapat menghidu bau Benazir (tapi nasib baik takda orang yang salahkan pakcik tadi, sebab dia macam tahu semua benda).

Benazir Bhutto dikatakan tajaan CIA (berapa lama dia hang out kat Britain?) Tapi bila dia balik Pakistan, CIA dah taknak simpan lembu takda susu. Lepas tu, Benazir pun mintak perlindungan kat MOSSAD Israel (untuk menjalinkan hubungan Israel-Pakistan
), samalah dengan si Pervez Musharraf yang baik gila dengan Amerika. Dua - dua dikatakan anak ikan Amerika Syarikat.

Anak ikan tahu? Bukan yang gigit kaki dekat Kenkoi Fish Spa tu, ni lain. Jangan cari kat google atau Kamus Dewan, memang takda.

Bekas abang dalam kelambu (duda ler) Benazir Bhutto, Asif Ali Zardari merangkap Ketua Kerajaan Campuran, dengan bekas presiden yang pernah jatuh-tersungkur-landing-dagu-dulu, Nawaz Sharif pun berpakat lah untuk kemukakan tuduhan - tuduhan "you can run, but you cannot hide" dekat Pervez Musharraf mamat Jantan Jeneral Tentera Kental ni. Tambahan pulak, ramai pengikut kipas-susah-mati dia pun dah berpaling tadah. Diulangi, ramai.


Memang terdesak sungguh rasanya.

Jadi sekarang ni, Amerika Syarikat dan Britain pun termenung bertongkatkan dagu melihat nasib Pervez Musharraf yang packing untuk balik kampung tanam jagung.

Silap hari bulan, jadi daging-kisar-kebab pulak sebab dah jadi lembu yang takda susu. Ini bukan doa.

Wallahualam.

Sumber : Kalau diaorang tipu maknanya aku pun tipu.
Berita Harian
Kosmo
Utusan
Tranungkite Online
Mykmutara
Wikipedia

Tuesday, August 19

The Nut Graph Dot Com

Oleh kerana takda orang nak amik aku berlakon dalam masa terdekat ni sebab muka aku tak macam Ariel Peterpan, tak macam Gael Garcia, tak tinggi macam Tom Cruise, aku pun buat lah kerja lain. Kerja halal, bukan kerja anak halal (jual burger). Kerja yang aku suka sangat - sangat nak buat (jugak).

Aku sekarang part time columnist/contributor (pilih mana yang senang nak sebut) untuk website yang baru saja di
launchar kan (launch + lancar) iaitu:




http://www.thenutgraph.com
Living Culture > Untuk Kawan - Kawan Yang Kita Suka






Aku tulis dengan kawan aku Fared Ayam. Kadang - kadang kitaorang buat colaborasi, kadang - kadang kita tulis asing. Bergantung kepada kelancaran otak masing - masing minggu tu (kalau tak bergaduh dengan awek atau kalau cukup duit bayar sewa rumah).

Artikel kitaorang keluar 2 minggu sekali. Kalau dalam sebulan?

Betul. Aku tahu korang pandai kira.

Walaupun tulisan kitaorang macam kontra sikit daripada tulisan contributor lain (tapi best), aku dan Fared Ayam dengan berbesar hati menjemput anda tanpa kad jemputan untuk ke website tersebut. Kalau nak berita semasa yang betul (tanpa dipengaruhi mana - mana parti politik), klik lah kat link atas tu. (takdalah atas sangat. tengah - tengah sikit)

Aku tak suruh korang minat politik, sekurang - kurangnya amik tahu apa tengah jadi kat negara kita pun jadilah.
Okayyyy lah tu! (gaya kakak Siti Nurhaliza)

Jadi, ringan - ringankat lah tangan kanan untuk gerakkan mouse tu.
Ajak kawan - kawan yang kita suka sekali!

Tuesday, August 12

Cerita ubat batuk yang mak aku belikan

Batuk + ubat = ubat batuk

Ubat batuk. Dah seminggu lebih aku batuk tak baik - baik jugak. Ubat batuk pun dah nak dekat seminggu aku minum. Asal minum je, stone.

Stone?

Itu lah masalah aku sekarang. Aku dah jadi macam bergantung kat ubat batuk yang mak aku belikan ni. Dah seminggu aku tidur malam lepas minum ubat batuk. Bila bangun pagi, pening kepala.

Kalau tak minum ubat batuk ni pulak, aku tak boleh tidur sebab batuk teruk. Sampai aku takut nak tidur, sebab batuk melampau yang sakit gila bagai nak pecah dada yang tebal dengan asap, daging, isi dan kulit ni.

Semalam aku try tidur tanpa minum ubat batuk, tapi takboleh tidur. End up, aku bangun turun bawah minum ubat batuk baru boleh tidur.

Ketagih ke ape ni?
Bahaya.
Cepat lah baik batuk woi.
Tak payah aku telan ubat batuk ni lagi, sebelum aku menjadi penagih tegar.

Friday, August 8

Batuk

Dada ni macam nak pecah tiap kali aku batuk. Teruk. Aduh, dah berapa hari dah aku sakit ni. Selera makan pun takda! Tekak aku pun pedih gila. Hidung tersumbat. Bila bercakap suara sengau. Nak kata demam, tak demam - demam jugak. Mungkin sebab aku lawan, bila aku rasa nak demam je, aku duduk dalam selimut biar berpeluh. Tapi bila dah ok, dia nak start demam balik.

Batuk tak pernah hilang. Berapa banyak ubat batuk dah aku minum, sampai stone. Nak makan takda selera pulak, tekak tak selesa. Asal aku tidur malam je makin teruk batuk aku. Tak lena aku nak tidur, batuk punya pasal. 3, 4 pagi asyik terjaga sebab batuk.

Batuk, batuk, batuk...

Ini dah nak seminggu ni..
Badan makin kurus.

Lalala kosong..

Aku tak suka apa yang lihat semalam.
Aku tak selesa langsung.

Aku sedih, aku rimas, aku takut, aku loser.

Bukan tempat aku.
Bukan environment aku.

Aku sedih.
Aku ingat aku akan happy bila aku datang.
Tapi tak.

Terlalu banyak persoalan yang nak aku campakkan.
Yang aku tahu memang takkan terjawab.

Aku bangun pagi ini, aku sedar yang otak aku kosong.
Tak selaju seperti hari - hari sebelum ni.
Fikiran aku stuck dekat satu benda je.

Satu benda..
Kosong..
Sangkut..
Satu benda..
Kosong lagi..

Aku loser kah, atau loser kah aku?

Ini coretan kasar, omong kosong dari jiwa yang serabai.
Mahu jiwa ini meraung, tapi takkan taulan mahu mendengarnya.


Sunday, August 3

Lebanon

Aku jumpa dekat YouTube. Benda jadi dah lama. 2 tahun lepas.
Maybe benda ni dah biasa kat sana.
Tapi tak biasa kalau jadi kat sini.

Israel bombed the building (where all the civilians, which were mainly women and children, had gone to take refuge) at 1 a.m. then bombed it again minutes later. Then when ambulances headed towards the scene, they shot at the ambulances and made them return. This happened a few times till 9 a.m which is when the ambulances were finally able to get to the scene, eight hours later. What you see here, is an act of terrorism. Sadly, all of these terrorist acts are funded by the United States government, which whom is funded by us citizens.Nothing, absolutely nothing can justify such acts.Many say its because of the two soldiers taken hostage... but too bad this war was planned before that happened. That just gave Isreal the perfect excuse. And one thing that gets dropped out is that the soldiers were taken hostage to trade for Lebanese hostages that had been taken by Isreal (two whom are civilians).