Jumaat, Ogos 22

Pesanan Dari Abang Guna(Otak)

Hai adik - adik! Apa khabar semua? Harap - harap sihat je semuanya. Hari ni Abang Guna(Otak) nak kongsi dua video supaya adik - adik di luar sana dapat belajar.

Video kat bawah ni menunjukkan kisah 2 orang lelaki yang berbeza. Berbeza apa?
Berbeza negara.
Berbeza nama.
Berbeza bangsa.
Berbeza warna kulit.
Berbeza otak.

Macam - macam lagilah kalau Abang Guna(Otak) nak bezakan diaorang ni. Tapi adik - adik, diaorang 2 orang ni, ada SATU PERSAMAAN.

Apa dia? Mereka dua - dua PENCURI.

Ya, abang tahu. Mencuri itu satu kesalahan. Mencuri itu jahat. Tak manis.
Adik - adik jangan ikut tau ! Nanti Abang Guna(Otak) gigit nanti !

Rrrrrrrrrrrrr !!! (Haa, abang dah marah dah ni)

Apa yang Abang Guna(Otak) nak cerita ialah pasal orang - orang yang tangkap pencuri ni.
Lain dik ooii !! Tak sama langsung ...

Video 1
Penangkap pencuri (freelance) kat negara kita ni, berani! Macam perwira perkasa! Gagah! Outspoken pulak tu. Adik - adik kalau nak jadi berani, ikut lah macam diaorang ni tau. Berbudi bahasa serta bersopan santun sungguh!

"Babi kau! Kau jangan ingat kitaorang budak, kitaorang nak diam je!"
(Boleh buat menantu ni. Aiceh! Malu - malu pulak dia)

Video 2
Dekat negara UK pulak, orang yang tangkap pencuri ni lain pulak adik! Diaorang tak berani macam orang - orang kat negara kita! Haaa.. tu lah, mungkin sebab diaorang 'terlebih gentlemen' kot ?? Tak bagus.. tak bagus...

Even polis diaorang pun tak berani. Polis diaorang ni boleh cakap elok - elok pulak. Tangkap pencuri pun tak jantan langsung! Ada ke?? Ishh.. (Abang Guna(Otak) suka lelaki yang macho.)
Lepas tu adik, ada ke seorang mamat dalam video ni boleh cakap dengan pencuri yang dah tertiarap atas lantai,
"Calm down" , "Can you breathe down there?".

Ishh... ada pulak nak tanya macam tu dekat pencuri yang dah buat salah, kan??
Apalah bengong sangat kan?
Kan? Kan? Kan Janet kan?? Kan?? Kan??

Takpa lah, Abang Guna(Otak) tahu, adik - adik pun pandai guna otak untuk tengok sendiri.
Adik - adik kat luar sana pilih lah ya, dah besar nanti nak jadi macam mana, tau!
Bila dah pandai pilih nanti, boleh pergi pilihanraya.

Bye - bye! Jumpa lagi minggu depan, daaaa.....

(Abang Guna(Otak) pun kena pukul lepas keluar dari studio. Lepas tu dah tak jumpa dah Abang Guna(Otak) lagi.)



VIDEO 1 (Malaysia)




VIDEO 2 (UK)


8 ulasan:

Che Kem berkata...

eloklah ada laman sendiri nak bersuara ya! keep it up boy!

Zahiril Adzim berkata...

ya, terima kasih.
tapi suara ini minoriti.

Tanpa Nama berkata...

video 2 itu tak cukup la. entah-entah lagi teruk budak tu kena..macam pompuan pakai tudung kena tarik tudungnya....
lalalalala....

Saichou berkata...

mane sifat melayu yg penuh sopan santun kononnyer..

Tanpa Nama berkata...

bdk2 poli xde otak pew????
sadis+sempal+bedal....

F.A.R.A.H M.R berkata...

kurang ajar gak sepak2 kepala orang..diorang ingat tak sakit ke..cuba sepak kepala sendiri dulu..kekeke

Tanpa Nama berkata...

perbezaan mentaliti..
aku suke post ni.tahniah.

~:: awE ::~ berkata...

dekat UK dioarang ade law dimana polis tidak sewenang2 nya membuat atau memukul orang...nnti silap2 polis tu kena saman...macam penah dengar cter pencuri nak masuk curi melalui bumbung rumah seseorang tp tersangkut sebab bumbung tu xkukuh...y kena nya saman tuan rumah bkn pecuri tue..pelik x??ehhe