Selasa, Ogos 19

The Nut Graph Dot Com

Oleh kerana takda orang nak amik aku berlakon dalam masa terdekat ni sebab muka aku tak macam Ariel Peterpan, tak macam Gael Garcia, tak tinggi macam Tom Cruise, aku pun buat lah kerja lain. Kerja halal, bukan kerja anak halal (jual burger). Kerja yang aku suka sangat - sangat nak buat (jugak).

Aku sekarang part time columnist/contributor (pilih mana yang senang nak sebut) untuk website yang baru saja di
launchar kan (launch + lancar) iaitu:




http://www.thenutgraph.com
Living Culture > Untuk Kawan - Kawan Yang Kita Suka






Aku tulis dengan kawan aku Fared Ayam. Kadang - kadang kitaorang buat colaborasi, kadang - kadang kita tulis asing. Bergantung kepada kelancaran otak masing - masing minggu tu (kalau tak bergaduh dengan awek atau kalau cukup duit bayar sewa rumah).

Artikel kitaorang keluar 2 minggu sekali. Kalau dalam sebulan?

Betul. Aku tahu korang pandai kira.

Walaupun tulisan kitaorang macam kontra sikit daripada tulisan contributor lain (tapi best), aku dan Fared Ayam dengan berbesar hati menjemput anda tanpa kad jemputan untuk ke website tersebut. Kalau nak berita semasa yang betul (tanpa dipengaruhi mana - mana parti politik), klik lah kat link atas tu. (takdalah atas sangat. tengah - tengah sikit)

Aku tak suruh korang minat politik, sekurang - kurangnya amik tahu apa tengah jadi kat negara kita pun jadilah.
Okayyyy lah tu! (gaya kakak Siti Nurhaliza)

Jadi, ringan - ringankat lah tangan kanan untuk gerakkan mouse tu.
Ajak kawan - kawan yang kita suka sekali!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...rileks la Bro.. Ariel Peterpan tu bukannya tinggi sgt.
Sekecik-kecik ko...kecik lagi aku. Sejarah telah membuktikan
org yg x cukup tggi ni...hebat. Satu contoh, Mahatma Gandhi, yg
lain cari sendiri...haha. Memandangkan aku bukan blogger, so menyelit sebagai anonymous... Juz wanna say, don't give up n keep up da good work. Rezqi mesti ada utk org yg ada bakat mcm ko. I like ur "fikrah" via ur "writing". Kalau lah banyak org macam ko kt Malaysia ni.... mustakim

Zahiril Adzim berkata...

Haha.. takdalah.
Part tu aku gurau je.

No worries.

Anyway, Thank u so much!

Tanpa Nama berkata...

tang part tk bgado ngn awek tuh..fared ayam ke ko? kalo ko..melepas la....hehe