Saturday, January 16

pertamanya di Tokyo

Setelah berbulan - bulan bekerja dari selatan ke utara tanpa henti, setelah sekian kejadian yang diterima di penghujung tahun, awal tahun hingga ke hari ini..

Akhirnya, alhamdulillah, aku dapat melemparkan seketika segala belenggu, kekusutan, kekacauan susuan aturan kerja dan lain - lain, dengan berangkat ke Tokyo, Jepun bersama - sama kumpulan manusia hidup dan matiku, iaitu keluargaku.

Dah lama papan kekunci di rumah tidak aku keletak - keletukkan, kesan daripada kerja di perjauhan. Berbulan - bulan juga rupanya aku tidak pulang ke rumah.

Dan hari ini juga aku tidak di rumah.

Ini hari pertama aku di Tokyo. Melihat - lihat suasana, budaya, cuaca di sini, telah menerujakan sifat ingin tahu aku.

Sekurang - kurang ia telah menerajang kekecewaan aku buat sementara dengan menjadi jakun di sini.

Apatah lagi menunggu tiba harinya untuk menyaksikan GREEN DAY di sini. Bayangkan, menonton kugiran kegemaran bersama punker - punker Nipon!

49 comments:

Zahratulhayat said...

enjoy puas puas oke.

later, upload pictures yaa

:))

ali said...

wau...green day.....+ suppoter nippon...memng cinfirm happening....bertuah badan...

Anonymous said...

wah..
erm ni kat tokyo blah mana?

Fina Fento said...

entah bila saya baru dapat sampai situ :-<

gdsjht said...

Woah. Nice job man. Kirimsalam Green day please.

J.E.F.R.I said...

best gler jepun ! hv fun !

Cik WiDDy™ said...

cool....

Cik WiDDy™ said...

coollll

azazral said...

Salam bro...
Tokyo la tempat aku idam2 kan nak pergi.. semoga satu hari nanti aku dapat pergi.. tapi tak kisah la kalau tak de show Greenday sekalipun.

Enjoy!!

Anonymous said...

yayyy! sudah tiba di negara matahari terbit!!

selamat bersuka ria dan berehat dari kerja ;)

nazrin zaidi said...

punker nipon?

kirim salam pada mereka.

mirachantek said...

wow, seronok nih.

Kaseh Esmiralda said...

Wah! seronoknya bercuti...

Teringin nak ke jepun juga suatu hari nanti...

nak jumpa dengan Nishikido Ryo dan Yamashita Tomohisa... hehe

♥ p a n y ♥ said...

mane gambar kt tokyo? T__T

adika said...

kirim dvd gaban boleh kaa?

illhamshiraz said...

Wow,enjoy your vacation..Terlalu banyak yang menarik di Tokyo,byk tuk di explore....

Saya kesana November lepas dan masih merindui suasana Tokyo..

mas said...

ni dlu mesti sastera dpt A1 kan....

.ib. said...

hajimemashte. watashi wa ib-desu... yuroshiku onegaishimasu... ko membuat ako jeles bro~ ako manusia paling jeles skrg! hahah~

enjoy k... kawaai desu neh~

pari-pari menyanyi said...

wah.. sonoknyer.. besh2.. upload la pic.. bley tgk2, hihi

beautiful.disgrace said...

wow, greenday!!

zahiril!!
nak fridge magnet!!
-nadia-

bad_blur said...

wahhh.. bestnye g jepun.. nak ikut.. huhu

bad_blur said...

wah.. bestnye dpt g jepun.. nak ikut.. huhu

FNSyareena said...

woah! Dia pergi Jepun lahh! haha! Good Luck! :) ganbatte!

NRL AKML said...

woahh ! holiday! hee :D
hav fun there ! :)

k h a y said...

Ajak Green Day datang Malaysia pulak. hehe.

Nihon de tanoshii desu ne!
(Bergembira di Jepun ye!)

=D

Hafizah Haruno said...

saya teringin nak ke Akihabara.
best!

hairil akif said...

tokyo???Pehh..
teringin lak aku nak pegi sane..huhu
jangan lupe amek gambo mase kat tokyo..

Anonymous said...

wahai si jakun,

nanti jangan lupa tulis puisi di jepun

L.Lawlett said...

bro , tempat idaman aku tu selain dari UK .
anyway ,dah alang-alang ko suka amek gambar apa kata ko share pengalaman ko kat sana pas balik nanti.aku teringin ar nak tengok masyarakat diorang kat sana.

Anonymous said...

x sangka yer awk minat green day emmm..., nway enjoy da show ya-izati

oranglidi said...

peh.. Dasar Pandang ke Timur sungguh.

arra said...

cool...green day + tokyo ...superb...hv fun...

syami said...

ceritalah pasal tokyo nanti yep...
org malaysia yg x pernah pergi tokyo mesti nak tahu sangat macam mana kat sana.........

ザ-sylver-shooter said...

pakai baju tebal2 beb, sejuk taun ni lain macam skit

RH said...

Green day in e house! Come on billy joe... We want 21 guns... Enjoy ur life on japang...

inoue asuka said...

agak2 sempat ke harajuku tak?tangkap gambar,nak tgk..:D

eira said...

have fun...
seronok nyer...
nak bunga sakura leh?

nurhananihanis said...

tanoshinde zahiril adzim..
watashi wa anata wo koishiku omou desyou..
ngee~

hari2 sbagai ocelot said...

wah..
mgatur derap lgkah ke tokyo ya..
mghilangkan belengu tekanan kerja kew..
papew pun all da bez 2 u

Pinko said...

sy jeles (terutamanya part dpt tgk green day live)

hans said...

wow
tokyo tu bro
best2
aku baru tgok lakonan ko dalam cerita 100 harijadi
lucu tul
haha

Rembo said...

tokyo kat mana? gua juga di tokyo. Sejuk tahap beku tangan.

Zahiril Adzim said...

@rembo - haha, tahap beku tangan doh! Tak masuk tahap hidung berair dgn sendiri lagi..

Gua dkt Fuchu. Kalau tak silap nama tmpt ni lah, pasal gua tak pandai baca. Ada hari gua jenjalan dkt Shinjuku. Tapi nanti gua pg layan green day dkt saitama beb! Join?

si nelayan said...

encik,aku muncul lagi.tp,yg berlakon kat tv tu kan artis..kenpa encik bukan artis pule,mksdnye encik artis jugaklah kan..?tp,xpe,aku cuba suke encik.

Anonymous said...

OMG! rindunya kat tokyo. Make sure u hang out around shibuya train station and watch the street performers there. They are awesome!!! Look out for this group called I-no-jac. Amazing talents. Its free and the best part is there's bunch of'em, so u get to choose ur fav genre. Tho' its free, sometimes u just can't resist to buy their home-recorded rare CDs. Good times!

-paintwithlights-

inoue asuka said...

shinjuku...dah dekat dgn harajuku..:D

Anonymous said...

gambar please :)

Rembo said...

Bro. Wa kat Hachioji.jauh sikit dari Tokyo.

Kalau nak shopping baju, gi Harajuku. Cari kedai nama Uniqlo atau Graniph. Sini memang lubuk street fashion.

kalau nak cari barang elektronic. Gi Akihabara. cari Kedai YODOBASHI. sini umpama planet barang elektronik.

esok gua ke Disneyland. KALAU lu ke sana kita jumpa. nnti wa tegur lu.

Sejuk memang tahap-tutup-hidung-guna-mafler-sambil-jalan-dan-pakai-baju-3-4-lapis-dan-tak-mandi-pagi-3 hari-pun takpe.

Hahahahaha.

Anonymous said...

ade buah tgn x..hehe