Sabtu, April 17

karutnya kokokan panjang ayam jantan

Ada ayam berkokok pagi.
Panjang.
Mengarut.
Ayam jantan.

Malas aku nak layan. Kalau aku layan sampai ke esok keputusan aku untuk tidur, akan terhalang.

Aku tak nak layan kokokan ayam jantan yang panjang dan mengarut ini. Sengaja aku pilih untuk tidak layan. Bukan aku tak nak halau, tapi memang ini pilihan aku untuk tidak layan.

Bukan aku tak nak baling batu, tapi aku fikir dalam hidup ni kalau kita layan benda remeh - temeh ni, nanti kita tak kemana. Sebab banyak lagi perkara besar dalam kehidupan ni yang boleh kita fikirkan.

Banyak lagi masalah besar lain, selain daripada kokokan ayam jantan sekor kat luar rumah ni. Jadi, kewarasan aku memilih untuk abaikan kokokan ayam jantan ni.

Sebab aku tak nak jadi macam dia.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang dia dapat? Tak dapat apa. Macam tu je lah setiap hari nya.

Tapi tengoklah, sedang aku tidur nanti, kalau ayam jantan ni berkokok tak henti - henti dan betul - betul menganggu tidur aku, aku keluar rumah. Aku sembelih dan makan dagingnya.

Sebab bukan orang tak tahu yang aku ni suka makan ayam. Perangai ni dah lama ada dalam aku.

p/s: Ayam jantan ni tak sama langsung dengan member aku Fared Ayam tu ya? Sekurangnya kita tahu, sekali kokokan Fared Ayam, pasti akan ada ilmu yang dikeluar-kongsi. Bukan kokokan panjang mengarut.

Cer-in (Cerita Lain)

Di sebuah tempat letak kereta awam. Bukan hospital, bukan klinik. Dekat - dekat area hospital dan klinik pon tak.

"Dik! tak boleh parking sini! Ini kitaorang simpan untuk parking doktor. Kalau jadi doktor boleh lah park sini!".

Aduh, aku kena herdik hanya sebab bertanya boleh tak aku letak kereta dekat tempat letak kereta yang kosong, tanpa apa - apa tulisan "Private Parking" atau apa?

Pangkat doktor tu dah habis tinggi kat tempat tu kot. Atau Pak Guard tu memang sembah doktor tu hari - hari. Yelah, aku ni kecik sahaja yang boleh diherdik hanya kerana sekotak parkir.


Doktor yang dimaksudkan tu, bukan doktor ubat orang sakit, tapi doktor berpangkat boss di pejabat itu.

Dan mungkin ramai pekerjanya yang sakit sebab doktor tu. Sakit hati.

p/s: Pak Guard, saya tak perlu jadi doktor hanya untuk letak kereta kat situ. Nanti saya buat teater, saya jadi watak doktor ya? Watak lain - lain pon boleh. Kerja saya ni, boleh jadi macam - macam.

61 ulasan:

Cinta Madu berkata...

aku dah cuba baca entry kau empat lima kali. tapi tetap susah nak mengerti. OMG, aku memang sangat buta hati. -__-'

Qarl berkata...

psl ayam jantan tu

mst "sapa yg makan cili die terasa pedasnya" kan?

huhu

cm leh agak....

Ann berkata...

ayam tu berkokok sebab malaikat lalu tu...

Si Aizuddin berkata...

Ayam masak merah mak aku masak sedap gila.

_cookie jar_ berkata...

=)

Rye berkata...

Marah dgn pak guard, tp ayam jd mangsa.
Kesian ayam. :)

Dunia hanya pandang status...
Kn?

Tanpa Nama berkata...

sorry, agree with that pak guard.
be rational...not emotional
bukan sebab dia sembah doktor kot..
ini lebih pd priority
kalau doktor asik nak carik parking je bila plak nak masuk keje
mcm mn plak ngan emergency cases..??
boleh hilang nyawa ooo

BaiM berkata...

salam . hep hep , x baek hiraukan kokokan si ayam jantan tu , tu tande dea nmpk malaikat sekaligus dea tolong kejutkan umat2 manusia semua , bukan utk pegi solat je , tp utk memulakan hari mencari rezeki . x baek tau nak sembelih ayam tu ... haha

Intan berkata...

yelaa kalau ada kes emergency doctor tu pulak dtg lewat, dan kemudiannya tk dak parking. kesian kan org sakit tu. smuanya sbb parking full. full sbb pe? ade org yg bukan doctor ambik tempat doctor dgn alasan "TINGGI SANGAT KE PANGKAT DOCTOR"

Wtfish.

Ad Rifza berkata...

Tabiat ayam jantan itu tabii hidup..tapi knapa ruang masa pun tidak diketahuinya?..ish3x..ganggu org kan..kalo ayam jantan muda best gak buat sup kalo tua kena letak panadol dlm sup tu supaya dagingnya empuk...:p

Zahiril Adzim berkata...

@cinta madu - cuba lagi.

@qarl - haha. pandai. :)

@ann - maaf, ini bukan sebab malaikat lalu.

@si aizuddin - aku suka masak lemak

@cookie jar - :)

@rye - Tak, cerita lain - lain :)

@Tanpa nama - Ya, saya dah cuba jadi rasional. Ini bukan doktor ubat orang sakit sebab saya bukan di hospital atau klinik. Ini di pejabat. Jadi doktor itu adalah pangkat ya?

Dan saya rasa pak guard tu tak perlu perli saya suruh jadi doktor. :)

@Baim - ini bukan ayam.

@intan - doktor tu tak ubat orang sakit. Wtfish balik.

@ad rifza - :)

gadis berkata...

Dr.Zahiril Adzim..
Hrmm,,not bad..

syiera kameh berkata...

salam...zahiril....sy mengerti...blog yg bagus...inspirasiku...thanks...ops...ayam msak lmak cili api ek...favourite kan..? hehhehe...

Tanpa Nama berkata...

Hahaa, comel la entri ni... ♥

soda berkata...

aku suka yang last tu...hehe

pelakon ni bleh jadi apa saja doktor,peguam,director syarikat hatta professor sekalipun walaupun mengaji tak seberapa...

bukannya insult ke apa...tapi bertuah la pelakon kan...merasa semua... :)

Cinta Madu berkata...

ouh, okay lepas baca komen2 ni semua baru aku faham.

rupanya cerita ayam cuma analogi utk cerita pak guard.

alah, biasalah kalau pekerja sembah bos. belum pernah dgr lagi cerita bos sembah pekerja.

kalau kau x puas hati, nanti kau buatlah teater pasal pak guard tu. dalam teater tu kau maki2 lah dia dgn senang hati.

hahaa.

Shamimi Haniza berkata...

hal doktor tu. mmg da JELAS DAN NYATA bob kata doktor tu bukanlah 'doktor kesihatan'. Tp kenapa mesti ada yg bangkitkan isu doktor x parking utk emergency cases?

Adakah org baca sekali then buat assumption sendiri dan trus teruja nk komen membuta tuli? Smpai benda yg jelas dan nyata pun x nmpk?

Maaf, sy cuma x mengerti.....

omgpetch berkata...

masih berkokok? ah persetankan

Tanpa Nama berkata...

ye, klu la ayam skelilng aku dpt bc crita ayam jntn ni, bru dia thu mn satu cili mn satu coklat.

Hujan Malam berkata...

loh..ada jugak orang yang tak faham bila baca entry u..sian u..takpe..keep writing..=)

Farah oh Farah berkata...

nasib baik saya tak ada di tempat kejadian. kalau tak, pak guard itu dah xtengok doktor tu pd keesokan hari.. haha ;pp

hurmm. mcm kejam ja. ok, saya tarik balik kata2 tu.

jo berkata...

sekali sekala bendabenda remeh ni la yang nak kena layan. kadangkadang benda remeh yang kita tak layan, dia jadi lain macam.

Tanpa Nama berkata...

cik/puan shamimi..
entri ini sudah di edit oleh penulis..entri yang asal tidak menyatakan status doktor tu dengan jelas..
'jgn jatuhkan hukuman sebelum dibicarakan..'

:)

AMIZONEMA berkata...

padanlan tweet awak kul 5pagi tadi.

hans berkata...

haha
sangat sinis bro
thumbs up

Fathiha Zainal berkata...

Ada apa dgn Pak Guard? Tempat parking awam kot.. Nk reserved bagai wtpe?? Pulak tu, untuk Dr yg bukan ubat org pun.. Dr pd pangkat je. Dush sebijik kt Pak Guard tu! Huhu!

Cerita psl ayam tu, msh x dpt difahami mksd tersiratnye.. Adess..

Ann berkata...

dh agak dh mesti maksud tersirat, tp tu lah bila sebut ayam berkokok, mesti terpikir nampk malaikat lalu...hehe.

sabar jer la eh, slalu jer ada manusia camtu.

yus berkata...

kokokan ayam jantan..amk keputusan xnk layan..bgs..saya paham..xperlu dilayan nnt kita yang sakit hati....ayam bkn jenis paham bahasa..
pasal GUARD.
slah guard kurang budi bahasa..xtaw cara untuk menegur..tapi biasa la guard..xsekolah tinggi..pasal 2 kej guard..klu kita nk marah dia..nnt kita jd seperti dia..hu..hu..

musyuk berkata...

hurm..dengo bunyi kokokan ayam..mahu sambung blik tido..musykil terase tibe2 -..-'' ...x solat subuh ker? hehehe~ ok maafkan sy... entry kali mampu membuat ku gelak guling2 tergolek2 haha~

ironangel berkata...

aku da lame bace tulisan zahiril adzim.waras.
aku suka. aku paham. hati aku belom buta lagi, mata aku celik lagi. teruskan menulis tulisan bogel.
XDD

JoeHaiRiL berkata...

i like...hanya orang yg waras dan rasional sahaja yang akan paham..

Nursahidah berkata...

Kepada ayam2 yang berkenaan--->kamu menjadikan dunia sy lebih indah dan bermakna...apalah hidup tanpa dugaan dan cabaran kan;)tanpa ayam2 ini saya mungkin akan terlalai dan terlupa tentang apa yang pntg dan bermakna dalam hidup ini.
P/S: Ayam organik a.k.a ayam kampung lg best...nyum2..

Rye berkata...

Anda tukar catatan asal.
Pak guard, jgn terlalu menjaga status yer?
Doktor 2 manusia gak.

Afzainizam berkata...

Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

Tanpa Nama berkata...

cam pham cam xpham...apepun...tabah ya melalui dugaan terbaru ni....xpyah nk mention...rase awk mmg tau

Ain berkata...

kokok ayam itu kan fitrah alam. kadang-kadang orang rasa ianya memekak je. buruk atau baik, ia adalah sebahagian dari hidup. macam orang-orang dikeliling kita. ia tetap di situ walau kita suka atau tak suka.

Azni Aziz berkata...

Tumpang menyampuk : Biarkan ayam jantan tu berkokok, itu kelebihan dia,he3 :)

AIMI D berkata...

dokter perlu kn 5thn untuk mejadi dokter , pemeran seni memerlu kn 5minit untuk ditawar kn jd dokter...
---> semua ada destiny nya msing2

* semungkin mana kt nk me tak layan kn hal2 kecil tersebut tp deep inside our heart mesti ada terusik jg dgn hal2 spti ini...kalo x , x jd la entri ni...? =p

hanya komen berkata...

cite ayam bunyi cynical tp lawak la...hahaah

cite parking..bunyi macam kat univ ja?

aku bukan aku berkata...

haha..
aku rasa macam faham..
2 crita ada kaitan..

berkokok jualah dua-dua pun..

well..
dunia ini x sempurna kan?
kalau semua mengikut kehendak hati jadinya..
lemahlah kita..
x gitu?

ujian y meneguhkan..
cantik susunan Dia..

*dia y cepat melatah..kita pn jgn ulang benda sama..

=)

peace!

*salam ziarah juga

snowblack berkata...

bestt.!!>.<

AziahAzie berkata...

huhu..hari ni...1st time bace blog ni, rase xmau berhenti mmbaca..walaupun byk xpaham..walaupun sepatutnye kene bace buku sbb tgh final exam..walaupun dah pagi buta ni...tetap tak mau berhenti..why??
for me 'ada kejujuran' di setiap ayat2 kamu...!!keep it up Zahiril..ngee~(",)~

Ayuni berkata...

Haha terasa pulak the comment you gave specifically to that guard. Easy fer you ta play doctor if given the opportunity. Me, I'm killing myself fer a decent place in med school :(

Not that I nak complain or whatever. Just thought of letting that out. I don't think ada kena mengena ngan the topic at hand pun. I love your works, still! Aha.

naihusna berkata...

pedulikan kokokan ayam tu..yang penting dagingnya boleh dimakan contohnya macam "Chicken Teriyaki" kat Subway tu... :P

inoue asuka berkata...

dah baca,makin banyak dibaca..mcm makin tak paham...karut ker?sama macam yang kuar kat BH aritu?;)

syue berkata...

fuhh, berseni sungguh ayat :D

kelakar la pasal dgn pak guard tuu xDD

shuhada manaf berkata...

pak guard tu adalah pesakit jiwa doktor tu yg sebenarnye...

syami berkata...

dear zahiril,
kau tak rasa segan ke bila kau berkongsi tentang diri kau dengan orang lain? lagi2 bila orang tu kenal kau. orang tu adalah orang yang kau maksudkan dalam penulisan kau? kalau dia baca, dia tak perli2 kau ke? dan kalau kau luahkan sesuatu, orang disekeliling kau baca, diorang tak nganjeng2 kau ke?
Bila orang yang dekat dengan kau baca blog kau, kau tak rasa malu berhadapan dengan diorang? lepas diorang tahu perasaan kau, keadaan kau, tentang kau.
p/s: saja je tanya.

L.Lawlett berkata...

kenapa ayam-ayam zaman sekarang berkokok start pukul 12? dah tak tau bezakan tengah malam dengan pagi dah rasanya

Zahiril Adzim berkata...

@syami - Dear syami, menulis itu bogel.

Rama - Rama Puteh berkata...

penah juga kena maki ngn pak guard sebab parking kat tempat orang besar - besar tuh...

caihhh..('-')

inoue asuka berkata...

kemanakah..dimanakah.....:D?

zulaikha berkata...

menulis itu bogel?

dengan menulis kita tak perlu malu?

adeq berkata...

kenapa post "manusia separuh dewa" x boleh nk view???

gdsjht berkata...

awak.

FarhanaLicious berkata...

kat hospital memang macam tu. semua orang hormat doktor lain macam.

aisya berkata...

setuju dgn kamu..=)

Tanpa Nama berkata...

tak brp phm..
mungkin ssh difahami org berumur 19 kut..

Tanpa Nama berkata...

haha.kelakar.=) but, betul juga, parking tu maybe dh di khaskan untuk doktor tu. take it easy. best!

izzah berkata...

salam. sekadar nak berkongsi ilmu dgn kawan2 di sini. ada hikmah disebalik kokokan ayam jantan. melalui hadis-hadis nabi s.a.w; dikatakan bahawa berdoalah banyak2 ketika mendengar kokokan ayam jantan; kerana ianya adalah salah satu masa mustajabnya berdoa. selamat beramal~ ^__^

Tanpa Nama berkata...

Don't worry, be happy. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.