Rabu, Disember 29

kalau curi biar bernama, sedap sikit hati empunya, chewah!

Aku ni bukanlah seorang penulis tegar. Bukan juga pakar bahasa. Yang menulis ini sebagai sumber rezeki, juga bukan aku. Malah, kadang - kadang aku tak panggil pun penulisan aku sebagai tulisan. Mungkin aku panggil ia sebagai taipan. (Dari perkataan taip)

WTF? *selak next page*

Tapi aku cukup - cukup berterima kasih pada semua feedback yang aku terima daripada pembaca semua. *angkat topi* Kadang - kadang tu, bila aku bosan, aku berlegar - legar di ruang internet ini. Membaca sana sini, dan oh?

Aku terjumpa taipan aku!

Seronok bila apa yang aku tulis di-guna semula! Sungguh - sungguh berbesar hati aku bila ada pembaca yang menulis entri tentang apa - apa dari taipan aku. Sebab tujuan utama aku setiap kali menulis ialah aku ingin berkongsi.

Tentang apa yang aku rasa,
tentang apa yang aku fikir,
tentang ilmu ini,
tentang ilmu itu.

Berkongsi. Ya memang itu perkataan paling tepat. Apa - apa pandangan dan pendapat aku tentang sesuatu isu yang berkeliaran di sekiling aku, aku kongsi kan. Dan apabila ada pembaca lain yang menyebarkan 'perkongsian' itu, maka hendaklah aku bergembira. Dapat kita sama - sama memikirkan tentang apa yang aku tulis. Ye dak?

Ye!

Jangan cakap aku marah. Tak marah langsung. Kan dah cakap tadi, aku gembira. Apa - apa sahaja. Entri biasa mahupun puisi - puisi aku. Dan selalunya mereka - mereka ini cerita sedikit tentang dari mana mereka ambil taipan itu. Sudah tentu dari sini. Baik kan mereka?

Yeay!

Ada juga yang meminta izin. Ambil lah aku tak kisah pun. Ingat, yang penting berkongsi.

Yeay lagi!

Tapi yang tak sedap tu, bila terjumpa beberapa blog. (sebab kan aku berlegar di ruang internet) Bukan terjumpa buku, bukan terjumpa suratkhabar, tapi terjumpa blog. Blog individu - individu yang mengambil taipan aku, langsung serta merta mengakui itu tulisan mereka. Aku tahu lah taipan aku ni umum, tidak ada logo Copyright.

Habis macam mana?

Aku senyum saja lah. Nak buat apa lagi, dak? Sekurang - kurangnya mereka yang lain - lain tulis di bawah sana "diambil dari blog Zahiril Adzim". Tapi ada individu yang lebih handal dengan berlagak memiliki taipan itu.

Susah nak jaga hati jiran, apatah lagi hati penulis, kan?

WTF lagi.

Tak cukup handal, ada pernah aku termasuk ke satu blog. Tuan empunya blog itu, entah dari daerah mana datang, penah mengutuk - ngutuk aku di Twitter. Punyalah tuan empunya blog itu marah pada aku, Tuhan sahaja yang tahu. Padahal, aku tak kenal pun dia. Mungkin dia pegang pada fahaman 'seorang artis itu milik awam, boleh di maki - maki'. Entahlah. Agaknya kot. Yang penting, aku cuma seorang pelakon, bukan artis.

Sudah puas mengutuk aku di Twitter, aku pun cubalah selidik, kot - kot dia ni aku pernah kenal sebelum ini ke, satu sekolah dulu ke, aku pernah pinjam singgit tak bayar ke, salah panggil nama dia ke, mana lah tahu. Bila aku masuk blog beliau, lagi lebar aku senyum depan komputer seorang diri. Kenapa?

Aku memang tak pernah kenal individu itu seumur hidup aku. Dia seorang stranger yang total. Tidak pernah ada kena mengena dengan hidup aku. Dia memang cukup marah dengan aku, mungkin keturunannya benci pada pelakon. Sekali lagi agaknya kot. Tapi yang wow-nya ialah...

Banyak entri - entrinya adalah entri aku dan lebih hebat, deskripsi tentang pengenalan dirinya, diambil bulat - bulat dari aku. Dan aku sangat kenal dengan setiap perkataan yang aku guna.

*senyum*

Nak menulis untuk berkongsi, takda apa yang menarik untuk dikongsikan. Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.

p/s : Aku tak ingat blog tu sebab aku tak ingin perbesarkan. Ia sekadar taipan yang dicuri. Cuma persoalannya, kalau kamu benci aku, kenapa sedut perkataan - perkataan aku? Hehe..

Nah cili, rasalah. Mesti pedas.

Rasanya ini gambar Azhani Amiruddin yang punya.

83 ulasan:

Yong Sofea berkata...

OMG! plagiarism. *jijikjijik* :O

farahroslan berkata...

terbaik..

makcik fatyn berkata...

hmm isu plagiat,copy paste mmg sgt heboh skrg ni..huh~ sbr ye abg... chill sja :)tp respect kat abg sekurang2 nye cara abg menegur berETIKA tak mcm sorng blogger ney...abg boleh bce lanjut di sini sgt dahsyat cara nya http://missketam.blogspot.com/2010/12/wajib-baca-pro-blogger-ju-maki-hamun.html

tiesya.mokhter berkata...

siapa makan cili tu , padan muke !

nur intan hazirah berkata...

ada gak org macam tue yer?????hope abg bob terus berkarya.....biarkan mereka dengan sikap mereka :D

fezaL Mohd berkata...

wahhh semua baru !

terbaik

iday berkata...

harap2 dia sedar kan,,,sabarjerlah,,

love ur taip-taipan :)

miss.Qiss berkata...

Orang tu bukan benci lah Bob. Dia peminat tegar awak yang sedang confuse.hahaha.
Nah, dua ibu jari saya bagi awak Bob :D

KuaLaM KeinDahaN berkata...

bende ni slalu terjadi. kadang2 bile dh letak "minta izin sebelom copy" pun diorg curik wat harta. ahaha..
pastu bangga2kan diri yg die pandai wat puisi, pantun, bahasa2 puitis. perghh! tangkap leleh kot klw org baca ayat yg dicuri. :D

Amalina dan Benda Kecil berkata...

mungkin diorang tak pernah belajar buat citation kot..atau diorang penah terbaca blog ko pastu terlekat sangat kat otak diorang sampai diorang bangun tido diorang ingat tu inspirasi dari otak sendiri..ha..boleh jadi..

HaniH berkata...

Dia peminat fanatik zahiril tu..haha :D

Benda ni happened to me before, back in 2006. Serius.

Ada someone copy entri2 akak (or zahiril panggil taipan ;)), sajak2, dan sebahagian pengenalan diri and publish di blog friendster dia..(yes, blog friendster, sbb zaman tu facebook blm bermaharajalela lagi). Cuma bezanya dia cuma 'pengopy-paste' je, bukan 'pengutuk tegar' akak la.

hudhud berkata...

itu nama nya orang tak ada life. :)

Aimi Amira berkata...

perangai manusia.

haqikahkhalil berkata...

mentality org yg sebegitu..ape lagi boleh buat..nice post for this

Seri berkata...

aik! patutnya yg dicuri patut marah. pencuri tak tahu malu. siap marah2 lagi

KizZ berkata...

Rileks okay...nanti kena la balasannya...biar dia..

Jom skodeng,
Happy Birthday , Kiz

shahirahkhairudin berkata...

eh sakit pulak hati aku. tak ada etika. tapi kan, kau cakap lah macam mana pun, speasis macam tu tak akan rasa apa-apa derr..

cham's berkata...

bob...i rasa la....u patut buat contest 'sape cilok taipan gue dapat hadiah kereta sorong' ke???

kaaaan? dat mean u mmg for-fu-lar di ati mereka yg kata benci tapi 'gediks' tu!

tupaimerah berkata...

mulut kata benci, hati mesti kata suka. kalau tidak, kenapa segalanya berkaitan?

p/s.
cili ada lagi. mulutnya pasti sedang pijar tak henti-henti :)

qamariah jitam berkata...

wow. ==' pencuri pelik.

Shag berkata...

Blogger skrg memang tak reti nak balas jasa kalau dah amik hak orang. Haiyaa~

Tapi kes benci sambil curi tu lg tak tahan. Nampak sangat dia benci sebab U famous dan dia tak. Sebab nak famous jugak, dia salin ayat ayat dari belog ni. LOL~

♦♦orked♦♦ berkata...

wahhhh.... makne nye ZA nye tulisan tu dipandang tinggi, sbb tu kne plagiat...

mungkin ZA idola si plagiat tu kot..
or dia berharap nak jadi klon ZA..
hahahaha

aznah berkata...

minta perhatian kot..reverse psych.:o)

eicahaha berkata...

gedix gile mamat towh...

nama.aku.lynn berkata...

peng-plagiat mmg tak boleh diterima msyrk..dah sedap maki hamun org,xsdr dir pulak dah copy bagai..haihhh~

ainakhani berkata...

respect la bro. cara lu perli dia. like like. pape pon kalo nak copy paste just give credit pade tuan punya badan la. adoyai bukan susah. hahaha xD

dah makan cili. tak pedas. haha

::cippeanut:: berkata...

manusia itu perlukan motivasi diri hahahaha~!

fallen angel berkata...

murahan.takpe,cabaran penulis. masakan dia gali kotak fikiran kau dan curi geliga? tanpa kau, kosong.
kau jgn bimbang.peminat cari kau sebab haus,dia menyalak cari kau.

+whuttadilly? berkata...

dia patut malu.

Aniey Ghanie berkata...

buat malu belogger saja lah.. *sigh

Cik Nani berkata...

copy and paste
ewwwwwwwwwwwwww

Sya Razali berkata...

Penulis yang tersangat ketandusan idea saja yang akan copy dan paste tulisan orang lain bulat-bulat. Penulisan itu satu seni. Tidak boleh diwarasi. Penulisan setiap orang berbeza. Terlalu general. Insan yang mencuri tulisan Zahiril itu dengki. Mungkin saja beliau kepingin benar menjadi seperti Zahiril.

Nadia Khan. berkata...

org yang curi tu tak tahu maluuuuu!
biarkan org macam tu! hehe :D

syaffiqa berkata...

sgt puitis. suke sgt. ;))

raingers berkata...

rilex bro..yg penting terus berlakon n berblog mcm biasa..itu tandanya masih ada yg nak ambil tahu pasal kehidupan zahiril adzim walaupun manusia itu pengecut..

saljihitam berkata...

HAHA
what a totally shameless.

boss, aku rase die silent reader kau la. dan dia memang tengah bace entri kau yang latest ni.

for him/her, boleh pegi mati la lu dengan kehaprakan anda tu. sekian terima kasih.

~~zaa~~ berkata...

plagiat???jijik sangat!!!

raingers berkata...

tadi jelajah internet,,memang ade spt yg ZA ckp..taipan2 yg indah sedang berlegar disana..

deli berkata...

ei,jahatnye org tu,sabar2 ye , weeeeee

AnisZahra berkata...

Erkk. saye pernah ambil taipan anda,tanpa meminta izin anda, tapi saya telah menaip nama anda agar ia tidak menjadi plagiarism. :O maafkan saya. Hoho

Emy Amalina berkata...

Plagiarism *sigh*

Ann berkata...

pelik betul org tu, dh la mncuri..lps tu siap maki2 lagi..xpe sbr jer..dpt gak saham pahala

mia kaftiya berkata...

hahaha.. memang pedas giler cili ni.

jadik pengajaran utk diri sendiri. nampaknya lepas ni kne letk copyright kat blog aku sendiri, utk mengelekkan hasil 'perahan idea' aku juga dicuri.

hurm..

NajwaNadia^.^ berkata...

memang sudah menjadi adat manusia..biarlah..lame2 nnti dia bosan lah tu..

peminat eko.. berkata...

biar jola manusia.. bukan buleh nak buet apo pun.. jang, knp den tgok dulu eko rajin balas comment kawan-kawan yang ko suko nih, tapi skang x la pulok den nampak hang balas comment meko nih.. hang da maleh ka nak interaksi meko ni?

ana berkata...

sape tu? teruk betul perangai die.. tak melambangkan orang melayu langsung.. sabar k abg zahiril adzim. we all tetap support you!

Noorul Aida berkata...

biasa laa... mcm laa korg x pnah buatt.. haha....

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha!
Go ZA!

Oh ye, terpakselah aku jadik 'Tanpa Nama' sebab aku tade mempunyai blog .
Tapi aku memang enjoy bace blog ko walaupun tade kene mengene ngan aku .

Saye sangat suke .
Macam ni: :DDD

cindir-rela berkata...

ok! terase..hahaha

saya amik satu puisi kamu dulu..

"dalam kelisa putih"

and saya kreditkan bawah tu

"abang bunga2" sebab dulu saya pnggil kamu abang bunga2..

oklah, kamu tak ingat..fine..haha

:)

Pena Marhaen berkata...

plagiat dan ciplak-menciplak ni dah jadi budaya dalam dunia blogging di malaya ni..bagi aku orang yg mcm tu takda kreativiti dan bergantung pada hasil karya orang lain..aku pernah terkena sampai terpaksa tutup blog aku yang lama dulu..

CikPanda berkata...

stranger tu nk jd cam lu tp cetek pengetahuannya dan kurang ilmunya. mungkin dia tak ada bakat langsung tp mahu jadi macam lu...

*ini mcm punya orang pun ada ka?* kasian dia...haha

ezral Sya berkata...

support individualism :)

ezral Sya berkata...

eh awak saya pun pernah tau "kongsi" tak mintak izin awak pun tapi kredit hihihihhihihihi so saya makan sos cili sikit je yg ada rasa tomato sikit2 tu ngeh

ezral Sya berkata...

Oh & aduh can't resist adding .. ni baru betul namanya #Malingsial ngeh.

nuyuEna berkata...

alam bukan realiti.kadang kadang boleh jumpa klon kita.kan.
teruskan berblog.masih ramai yang menghargai tulisan bob~

myiera amin berkata...

copy cat copy cat copy cat
by:*undefined person*...
dia tu bukan benci kat awak tapi jelez sebab x ada idea nak taipan2 mcm awak....
apa2 pon, u're da best lah..
taipan awak sangat2 best!!!!!

Stefani Fabulous berkata...

rilekkk ar bro.

aku nmpak isi yang kaw cuba sampai kan tuh.

~ento~ berkata...

wah.

azieazah berkata...

Sebab dia juga tahu awak adalah orang yang sabar, lalu dia terus curi...

dan awak teruslah bersabar.

melati berkata...

itu biasa.

Encik Tikus berkata...

bila jadi benda macam nie kita pun tak boleh buat ape kan, lagi lagi kalau kita yang terkena. so kena mention jea la dekat entry kita pasal isu plagiat nie

Miranisa =) berkata...

sangat benar.
Kalau bnci tapi kenapa perlu tiru penulisan . huh!

Anyway.teruskan taipan anda.Masih ramai sukakannya :)

ZyyaN_mN berkata...

kdg2 mulut jer kte x suke tp dlm ati??hehe..

Tanpa Nama berkata...

dah jumpa blog yg copy taipan kamu.
bukan 1 tapi 2 blog.

apapun, teruskan taipan mu ya.

rindu kalau tak dapat baca.

ili qistina berkata...

abang terbaik la bang! orang macam ni tak boleh tengok orang senang. dia jela yang betul. dia jela yang baik. dia la segala bagai. niat dia nak jatuhkan abang. abang tak payah turutkan. moga abang dapat terus berkarya terus. saya suka baca entri abang. :)

faizura rahman berkata...

org membenci kte sbb die dengki..dengki kerana kita lebih hebat, dan die xdpt berada ditahap itu..dia mahu tapi TAK mampu..jadi sila bertenang saja ya! kamu memang cool :)

Tanpa Nama berkata...

dah nama pon curi ,
kalau tulis nama bukan pencuri la jawabnya.
dan kalau betul-betul nak kongsi ,
kenapa marah bila diambil ?
kalau benda itu tiruan pasti orang akan tahu kan , made in thailand.

Zahiril Adzim berkata...

@tanpanama - ok. Thanks.

bella berry berkata...

si pencuri itu tade sifat kemaluan.
mungkin.
;)

Nizam Ash Aziz berkata...

sabar bob,tetapi terima kasih. taipan anda buat saya rasa kagum dan bersemangat untuk menulis. ;)

CikSelampit berkata...

Zahiril,
ape kata kau cuba aplikasi disable 'copy' content from your blog. tanya je Mr.Gugel.
Pasni tak payah penin2 dah. Nanti dia nak right click pun xleh..
Mesti terkulat-kulat mata dia sebab dia just boleh baca je.
Padan Muka!

Ai Reen berkata...

trimas atas inspirasi..kini kembali mengguris kata..tenang

atiqa aris berkata...

aiseh..ape sehh g copy org punye..takde identiti sendiri la tu.agaknya kot;)

aLya berkata...

die sebenarnya admire tapi malu nak ngaku..huhu

iwanrizu91 berkata...

memang berbunge2 la ayt ni..

athirayao berkata...

i kinda do a post bout you. and i did copy some of your entry. but i did, put you name on it. so kira tak bersalah lah kan? hehe.

http://apahalwey.blogspot.com/2011/03/zahiril-adzim.html

mrs sultan berkata...

sedap membaca bila ayat digunakan begitu sopan.makna mendalam.syabas!teruskaan taipan kamu.

Mergong Kedah berkata...

Perkara macam ni mmg selalu terjadi, lebih2 lagi dalam masyarakat kita umumnya dan org2 kita khususnya....Mengutuk mmg sampai org yang dikutuk terduduk dengar kutukan tu, tapi bila nak mintak pertolongan idea, mintak dengan yang dikutuk tadi, lepas tu "declare" ckp idea itu, idea dia...mmg selalu terjadi, moga kita dijauhkan dari benda sebegitu, seperti selalu, nak buat apa lagi, senyum aje lah hehe...aku suka perkataan senyum tu, sbb sebelum aku jumpa blog "Zahiril Adzim" aku suka perkataan senyum ajalah, walaupun, org disekililing aku mengatakan aku takut sbb tu kena buli, tapi bagi aku, biar, yang penting senyum, sbb senyum dapat menyembunyikan perasaan sebenar yang terkandung dalam pemikiran aku, menyembunyikan perasaan sendiri dan mengawal supaya tidak diketahui umum, sgt2 best bila dihayati so...sekarang aku dh jumpa ada insan lain juga yang suka akan perkataan "senyum" tapi mungkin Zahiril Adzim memiliki tafsiran sendiri berhubung perkataan "senyum"....

Tanpa Nama berkata...

walau x suka, tetap gna hak org yg xdisukai... :)

Lilynn Sazlin berkata...

bait-bait tulisan abang, tenang-pasrah-redha-syukur- saya suka sangat-sangat. mahu jadi seperti abang. tapi, saya-tetap-saya. kan?

saya penulis blog baru. baru lagi. salam perkenalan :)

Muhammad berkata...

jangan bimban.
maafkan saja mereka.
Kerna Kemaafan~adalah,apa sahaja yang berlaku.Selepas kita menuturkanya.

ekawesome berkata...

ape pon yg mereka ciplak dari abg zahiril..itu xkan pernah sme..medium yg digunakan mereka dan abg berbeza. tapi kepuasan itu akan terserlah pada empunya nama. =)))
keep it up abg zahiril, taipan yg cantek

si dia : AYUNI berkata...

ha. ha. ha.

they really don't know you..
so let them talk..
at least you still ade supporter dibelakang.. i means ur wifey ..hehehehe... and us.. your READERS..!!! keep goin' ber-blogging... !!! watcha.~~