Friday, March 5

Fared Ayam yang Stabil

Yelah, dah ada buku sendiri, tak stabil lagi ke?

Member aku Fared Ayam ada tulis buku. Eh silap, sebenarnya dia tulis bukan untuk dibukukan. Dia tulis sebab dia MAHU menulis atas tekanan persekitaran, atas dasar 'rasa' mahu menulis, atas niat mahu melepaskan kekusutan dan mungkin juga sebagai terapi untuknya menjentik sesuatu rasa untuk keluar.

Jadi kemudiannya, tulisan - tulisan dia diambil dengan kebenaran oleh member aku yang lagi satu pulak, untuk dibukukan maka lahirlah sebuah buku hasil tulisan member aku ni, Fared Ayam.

Member aku yang membukukan tulisan - tulisan Fared Ayam ni pulak dah lama bagi hint dekat aku untuk mengambil (dengan kebenaran) tulisan - tulisan aku untuk dibukukan.

Ishh.. nanti - nanti lah ya? Mungkin sekarang ini aku perlu simpan masa lebihan kehidupan seharian aku untuk digunakan untuk makan, mandi dan tidur.

Selebihnya, aku cari duit dulu. Bukan apa, nanti nak kahwin. Bila?

NANTI, tak faham ke? Nanti tu boleh jadi lagi empat tahun ke, lapan tahun ke. Yang penting nanti tu bukanlah dalam masa terdekat. Sikit - sikit dekat pun takda.

Buku berjudul "STABIL" oleh Fared Ayam ni akan dilancarkan di Pekan Frinjan Shah Alam, Sabtu ini. Jadi aku pun dengan suka hati nak mengajak serta menghasut korang semua untuk turun beramai - ramai sambil membeli buku yang berharga RM10 ni, disamping berhibur dengan performer - performer yang ada. Antaranya? Sila semak sendiri, thank you. Apalah sangat RM10 dibandingkan dengan handbag LV tu ya? Apalah sangat RM10 berbanding dengan Iced Blended dekat Starbucks tu kan?

Dan oh, aku sendiri, akan melancarkan buku member aku ini. InsyaAllah.

Dah, tu aje.


Fared Ayam

38 comments:

Koyuki said...

fared ayam kelihatan sungguh seksi..

Anonymous said...

tgk muke fared ayam, teringat kat scene die kne lempang ngan gangster cina dalam cite 'gadoh' yg bro namron buat tu.

btw..buku tu takde jual on9 ke..?? kat lua ke..??

reramarama said...

dengan adanya buku sendiri tu, indirectly membantu jugak untuk plan NANTI tu, nanti! :) ....
ok what?

Anonymous said...

yeah!!!
ayam telah membukukan ape dia bukukan selama nie...

nak beli secara online leh?
lama tol x jumpa korang2 nie(bob,ayam n merul).

faezah

Anonymous said...

kamoo ada di sanakah za?

oranglidi said...

ni yang berlakun cite 100 hari jadi tu kan?? fuh.. penulis skang.

-N e Y r A- said...

boleh beli on9 tak? T.T

Melody said...

Wow. Ayam dah ada buku!

Siti Rahmah Binti Bahrom said...

i.allah.. klu jumpe bku tu sy beli.. tp bku stdy yg ade ni pon xbace2 ag =.="

Arina Hasikin said...

Buku fared ayam ni macam best. Too bad can't turun Shah Alam this Saturday.. macam mana nak dapatkan buku ni kat tempat lain eh?

fikri FAUZI said...

aku ku beli buku member mu itu. xD

Anonymous said...

wah!da mula cakap sal kawin nmpk....okaylah,berjuang terus ya...

enyheartsdiamond said...

im coming for frinjan :)

hasbullah said...

kepada arina ahikin,datng ke melaka MITC 27hb March ada pelancaran disana..ahahha promote2 sori aku promote kat sini bro..

hazera said...

oh fared! i lap u! ehehe..sorry dude tk dpt hadir! tapi akan aku beli buku anda dan confirm baca.

ShamimiHaniza said...

NAK!!!!

ashqn said...

Can I buy it online ? :)

pari-pari menyanyi said...

ri tu ada nampak abg fasyali n abg fareed kat puncak perdana. siyes die seksi.. bhaahaha..

Anonymous said...

rasa nk drop comment
coz stunted
inikah fared ayam...huk~ silap owang laa slama ni...hahahahaha

Anonymous said...

bro aku nk beli koken n stabil via post blh tak? ty.

Anonymous said...

erm...hw can i get this book? bli secara pos bleh?

SUXX said...

dada berombak2 brader ni. boleh rembat senaskah.

oxygenmedia said...

untuk membeli secara online, sila email ke sini

zulhabri@gmail.com

akan dihantar hingga ke depan pintu rumah, macam pizza delivery..

Si Aizuddin said...

Sudah angkat satu. Nasib baik aku ada bawa RM10 itu jam.

cHiN said...

ayam member aku time sekolah dlu. masa f4-f5. geng sama-sama dikejar warden kalau berdating lol. dah lama gila tak jumpa dia. last masa dia baru-baru masuk aswara. tu pun nampak dari jauh je. bangga dia dah berjaya sekarang ;)
*doublethumbsup*

oh seriously akan datang melaka? bagus2 ;) nanti boleh datang sana beli teros buku tu.

hans said...

macam mana nak dapatkan buku fared ayam nih?
pos xada ke?

ayam said...

nak beli buku 'stabil' secara online email ke zulhabri@gmail.com.. tq

intan hazirah said...

umah jauh....
leh bli on9 x????

Zahiril Adzim said...

@oranglidi - dia memang penulis, bukan pelakon. Pembetulan. :)

adeQ said...

beli pos bole x

Anonymous said...

he looks really sexy in this picture.. blue is so his colour *in a rather gedik tone*

Anonymous said...

cover buku cantek!

xrantarox said...

fared ayam avant garden punya org;)

adihsecret said...

kenapa farid perlu dikaitkan dengan ayam? kdg2 hidup ini penuh dengan ..

anak encik Jantan said...

cover buku chantek..huhu..

alaminfadhli said...

kalau aku baru nak beli nak contact siapa?

Indah Fallen said...

Hoi ayam!kau setia dengan nama itu..sejak di ASBJB dulu..haha..;)
Aku dah lama tak jumpa kau!last masa kau quit ATMA dan pilih ASWARA..Inilah kau yang sebenar..Cari aku ya!P-Jol

Anonymous said...

mana nak dapatkan lagi buku fared ayam ni?