Aku rasa sebelum aku tulis entri ni, lebih kurang 20 minit aku termenung, tak bergerak depan komputer ni. Bukan tak tahu nak tulis apa, tapi setiap kali nak tukar bahan fikiran untuk menulis, 'benda' ni menganggu aku.
Setiap kali nak tulis, dia ganggu lagi.
Bukan aku taknak update blog, tapi aku terpaksa sibukkan diri, kerja lebih 13 jam setiap hari supaya fizikal dan mental aku penat. Semuanya agar bila aku pulang ke rumah, aku boleh terus terlelap, semata - mata taknak sibukkan minda aku dengan bahan fikiran yang mengecewakan ini.
Tapi betul, dia benar - benar mengganggu sampai aku ditegur oleh beberapa orang kenalan. Kata mereka, aku semakin kurus. Habis aku nak buat macam mana?
Dan setiap kali aku nak menulis entri, dia menganggu fikiran lalu memberi kesan pada penulisan sampaikan orang dah cop blog aku ni,
"Blog Emo".
Pfff.. wtf.
Tak kisahlah. Tapi bagi mereka yang mengikuti Twitter aku mungkin dah banyak kali baca 'kegembiraan' aku dekat sana kan? Jadi, siapa kata aku ni serius? Tak jugak..
Baiklah, sebenarnya aku nak menjerit sekuat - kuat hati, melaungkan yang...
TEATER TANDA KEMBALI LAGI!!!
Seperti yang diketahui oleh mereka yang mengikuti perkembangan blog ini, atau perkembangan teater Tanda, Teater Tanda pernah dipentaskan di ASWARA dan juga telah DIBERHENTIKAN pementasannya oleh pihak ASWARA.
Jadi sukacita dimaklumkan bahawa kami tidak pernah putus asa dan akan meneruskan pementasan teater TANDA esok! Ya! Esok!
Sebab Agusto Boal, seorang tokoh Forum Theatre pernah berkara,
"Hilang cincin, bukan hilang jari"
Agusto Boal yang kata ya, bukan Fared Ayam member aku tu. Sebab ada orang pernah bagi semangat dekat aku, katanya
"Jangan putus asa, bak kata kawan kamu Fared Ayam, hilang cincin bukan hilang jari"
Terkejut jugak aku. Haha.. Itu bukan kata - kata member aku dan aku tahu Fared Ayam bukan seorang pencuri quote orang lain dan mengaku itu quote-nya macam sesetengah orang. Ooppss...
Ok, ok. Sudah.
Jadi aku lekatkan lah butir - butir yang lebih terperinci tentang teater ini ya? Kalau rasa - rasa nak tahu apa isi kandungan teater ini yang sampai kena banned di ASWARA, datanglah!
Dan oh, ini bukan publisiti murahan. Kami (Rumah Anak Teater) tak buat publisiti murahan seperti yang dituduh oleh orang - orang 'mid life crisis' ni.
Hahahaha!! Maaf, izinkan aku ketawa ya? Sebab mereka ini sungguh kelakar.
25 - 27 Febuari (8.30 malam)
27 & 28 Febuari (8.30 malam & 3 petang)
PJ Life Arts Sdn. Bhd,
2A-3, Block K, Jaya One,
Section 13,
No 72A Jalan Universiti,
Petaling Jaya, Selangor.
Tiket atas sumbangan minima: RM30, RM15 (pelajar dan OKU)
*hanya terhad kepada 60 tempat duduk
Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 013-2232002 (Faisal)
Sebarang tempahan tiket, sila hubungi 012-2395209, 012-9193839 atau emel kepada teater.tanda@gmail.com
27 & 28 Febuari (8.30 malam & 3 petang)
PJ Life Arts Sdn. Bhd,
2A-3, Block K, Jaya One,
Section 13,
No 72A Jalan Universiti,
Petaling Jaya, Selangor.
Tiket atas sumbangan minima: RM30, RM15 (pelajar dan OKU)
*hanya terhad kepada 60 tempat duduk
Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 013-2232002 (Faisal)
Sebarang tempahan tiket, sila hubungi 012-2395209, 012-9193839 atau emel kepada teater.tanda@gmail.com
26 comments:
alhamdulillah Tanda main balik..
cool....
wow!! that's really good~ slmt berkarya then. ;)
aku rasa orang yang bagi semangat kat ko tu aku kenal hahhahahaha
gud luck u guyz!!! =)
tanda ini berkisarkan apa ye??tanda-tanda ke arah dunia tidak sudah tidak lama lagi ker?
waHh..
kaMu oLang teaTer ya?
baGus2..
:) seNi yG sGt menaRik..
:X
gudLuck ya..
we'll be there on Sunday along with friends.Tak sabar.Harapnya kali ini betul-betul jadi.
wahhh... tahniah akhirnye tanda akan dipersembahkan. gudluck broo :)
TANDA kembali!
yeay!! datang datang! tp lambat sket lah...hari ahad...jumpe di sana ya bob ;)
yay! dekat je. nak pergilah :)
gud2.. insyaallah kalo x der hal. bley jer dtg.. bdw nk tanya.abg fasyali fadzli terlibat gak ker? sbb sya tgk pic tu mcm die jer dr belakang.
huhu
pihak yang memberhentikan Tanda..tak paham dunia teater....padahal...sendiri mau tau la..
apa sekalipun harap pementasan Tanda kali ni dapat membuka mata semua masyarakat yang melihat..moga hasrat dan tujuan kalian semua tercapai..
selamat maju jaya utk team Tanda..
kasi gempak lagi lepas ni...
haa.. ini TANDA yg baek!! hehe
Tahniah...
semoga terus tabah...
Hari tu Kak Azie sempat tonton luahan hati pengarah (pengarah ker? tak pasti...) tentang kekecewaan penggiat teater TANDA ni..
tapi rasanya sejak kecoh kes ini, perhatian terhadap teater TANDA ini tiba-tiba naik mendadak, kan? (wpun mungkin BOB n frens tak duga dan tak minta pun kontroversi nih...)
kan da kate,kesabaran itu akan membuahkan hasil....tahniah....
Pergi jugak !!
Jumpa anda di sanaaa!!!
kawan aku linda mati2 ingat tue kata ayam..ok tak apa...skrang kami tau itu kata2 sapa..
tahniah n semoga terus berjuang dalam teater.
teater yg pling bestttt aq pna tgok beb!!! simbolikal. n u did ur best,bro.. B)
congrats!! semoga korg boleh terus berkarya lepas ni dan beri hasil lebih baik
tanda sangat tersirat and mendalam. best :)
although my head is churning and dissecting all those subtle( and not so subtle messages),I'm glad i watch it today...
But can someone please tell me what the lalat buzzing scene is all about? Argh....:)
aku juga ingin bersuara...
smlm, aku n da gang g la tgk tanda..
bsemngat nih..
tp bile tgk jer,
yg aku paham cerita pasai anak ikan paus ngn farmville ja..
yg laen2 yillek..
x paham..ahahaha
memang bukan berjiwa seni..
tp yg kelakarnye ade sorg pelakon tuh terjatuh bagai nangka busuk..kesian die..
ehhh...
rajakekura pon mengalami mslh yg same dgn aku rupe2nyer..
aku pon x paham ape la fgsi lalat kat situ..
pening aku pk..sampai ngantuk2..
bukan main lgi azian irdawati ketawa..
tp aku x paham pon..
ape la yg mmbuatkan die ketawa dgn berdekah2 itu??
da tngok,,
yeah,,
rase malu tahap merah muka menonton adengan berahi2,,incik zahiril!tolong jangan buat begitu lagi!!
Post a Comment