Sabtu, Januari 31

satu rasa yang pernah berkuasa

Malam ini sudah malam ketiga karya aku dipentaskan bersama karya - karya teman lain. Tapi malam ini rasanya sedikit lain, detik hatinya sedikit sayu, pergerakkan mindaku sedikit layu. Macam - macam feedback yang aku terima baik pujian serta kritikan. Aku tersenyum walau hati masih tidak gembira sepuasnya.

Banyak yang aku lalui untuk menghasilkan karya yang dilintaskan beberapa minit sahaja di mata penonton ini. Tercetusnya karya ini bukan datang dari minda atau pemikiran, tetapi lebih dari hati. Perjalanan sebelum ini.

"Teruk" nama karyaku ini memang berasal usul dari cebisan hati aku dan suara dalaman. Ia lebih personal. Terlalu rapat dengan diriku. Aku tidak memberatkan pada penceritaan langsung kerana aku mahu cuba bermain dengan elemen yang lain. Kerana itu aku tulis sesimple yang mungkin dan lebih straight forward. Karya aku ini lebih menelitikan rasa dan mood. Walau tidak sebiji seperti yang aku rasa, tetapi aku cuba untuk menghampirkannya.

Hari ini, dari siang tadi, sepertinya rasa itu kembali lagi. Mengganggu seperti hantu. Aku cuba untuk tidak mengaku tetapi hatiku tidak menipu. Berjalan aku seorang melangkah anak - anak tangga kedai buku di Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu buku puisi aku jadikan milikku dengan sah. Hanya untuk lari dari diganggu.

Dengan menghasilkan karya bersifat peribadi, semestinya membuatkan aku terngiang lagi. Memang rasa itu tidak ada lagi, tapi dalam tempoh pementasan cerita ni, aku tak dapat lari.

Selesai pementasan malam ini, aku keluar merokok sambil berbual berdiri mendengar suara pandangan penonton. Sutradara filem pertama lakonanku, hadir kedua - duanya. Tahniah dan good job kata mereka. Panjang kami bualkan dan kemudian entah dari mana, salah seorang dari mereka bertanya.

"I can feel you. Sakit ya?"

Aku mengangguk dan berkata, "Awal - awal dulu, sekarang tak lagi".

Seterusnya dari dia, "That bad ar Bob?". Aku diam beberapa saat sebelum tersenyum dan memberi riak muka 'ya'.

Bahuku ditepuk untuk mengalirkan semangat darinya. Kemudian datang junior aku dari ASK, memberi respond yang lain.

Bob, Qila kenal Bob.
Qila tahu cerita Bob sebelum ni.
Bila Qila tengok, Qila diam.
Qila tak tahu nak cakap apa.
Qila rasa.

Sampai situ sahaja fikiran aku termampu untuk berfikir kerana seluruh malam ini aku disarungi lagi rasa sial ini. Teater Kompilasi Volume 1 tinggal 3 pementasan lagi. Malam Sabtu, Ahad petang dan malam.

Aku cuma mahu berkongsi, walau ada mereka yang terkait sekali dengan pengalaman peribadi. Aku tulis bukan untuk jadi bagus, atau berlumba dengan sesiapa tapi aku cuma mahu lepaskan diri dan berkongsi.

Aku mahu berhenti membenci.

Setiap karya dalam teater ini akan dimulakan dengan lagu pendek. Liriknya ditulis oleh pengarahnya sendiri dan ini lirik yang aku tulis untuk lagu yang dicipta untuk cerita "Teruk".

Lakukan apa yang termampu,
Lakukan apa yang terlintas,
Lakukan apa yang terdetik,

Selagi ada di tangan,
Asalkan tidak melanggar garis batasan,

Bukan semua nasi habis dimakan,
Bukan semua perlawanan habis dengan kemenangan,
Bukan semua kehidupan berakhir dengan kebahagian.

Dan puisi yang terdapat dalam karya aku ini juga ditulis oleh aku sendiri sebelum ini. Pada yang pernah membacanya akan mengenalinya. Pada yang tidak, ini puisinya.

Dia kata & Aku Kata.

26 ulasan:

adika berkata...

buku apa lu beli tu beb?

Bukan semua nasi habis dimakan,
Bukan semua perlawanan habis dengan kemenangan,
Bukan semua kehidupan berakhir dengan kebahagian.

betul. tentu ko faham lebih dari kami yang mendengar atau mengikuti liriknya kan? so.. jalan terus!

menulis berkata...

zahiril

send my regard to girl yang jadi nurse please. i like her so much. ur friends so amazing!! 1st time tgk teater, and i hope i can see more from you guys, please updated for me.

good luck for everything, memang sesuatu yang kita buat tak akan pernah rasa puas, dan tak boleh selesa juga dgn apa yang kita terima, so just balancekan.

anyway, u guys put smile on my face and rasa kagum yang teramat.

all the best :)

p/s:cinta dan kematian memang senang untuk dimulakan dan diakhiri. :)

mirachantek berkata...

masih ada ruang lagi utk kau. terus jalan lurus, jgn belok2

Tanpa Nama berkata...

i can feel that too.. sejurus lepas intro.

vidadarisakura berkata...

let me judge u tonite.

hee

hope aku sampai sana dan dapat tengok ko beraksi den komplen..

hee

bai

//dill berkata...

aww, i didn't know it was personal, read the papers today when i found out.
well, hey, awak tulis play ni untuk lepaskan perasaan, ja? hope you feel better after all this :-)

mien said aircon is restaging! she has only said nice things about it, and i really cant wait to watch, jadi book la setiket untuk kawe mung yang come sokmo ni,

sekian.

ezral Sya berkata...

alaaaaaaaaaaaaaaaa

ni yang lagi nak pegi tengok ni. heh.

LeSScAkAp berkata...

wow... i know that it was personal but less that i know that it was THAT personal beb!

anyhows,

Syabas la kepada ko dan juga kesemua sutradara yang telah berjaya mementaskan sebuah naskah yang mencerminkan keluh kesah manusia (dan juga diri sendiri)

but like they say, hidup mesti terus tak perlu toleh kebelakang selalu sangat... sekali sekala je sebagai peringatan...

salam pada rakan2 ko yang ada
:)

Doosshh berkata...

Bob,
yang buat Bob 'sakit' ni harap2 bukan sebab 'L' because she doesn't deserve you at all. Rasanya yang buat Bob sakit ni yang 'M' dulu, kan? Dah lama dah Bob, tak kan tak ada penawar nak gantikan M tu.

Elza Irdalynna berkata...

sakit tu sayang, supaya luka selepas ni takkan berdarah macam dulu lagi. because it has made you stronger.

you deserve much more, anyway. consider yourself lucky, u were saved before it could get even more painful.

orang harap next time karya awak plays more with dimensions.tulisan awak memang menusuk kalbu (eh, cheh cheh.), cuma orang rasa in terms of direction, u've only scratched the surface. orang tahu your potential is huge. keep it up. but do not ever stop acting. awak nampak selesa sangat on stage. you are in your element.

ehem.talentime keluar in march. :p

saya berkata...

entri ini buat saya berhenti jadi silent reader.

puisi itu
saya baca berulang kali tanpa jemu
walau bkn utk saya
hehe..

btw, bila kita mula berani utk bercerita
kita sebenarnya telah bersedia melepaskan

nadiafarah berkata...

"Lakukan apa yang termampu,
Lakukan apa yang terlintas,
Lakukan apa yang terdetik,

Selagi ada di tangan,
Asalkan tidak melanggar garis batasan,

Bukan semua nasi habis dimakan,
Bukan semua perlawanan habis dengan kemenangan,
Bukan semua kehidupan berakhir dengan kebahagian"

another good puisi from u (lyke it~)..(waty ko kne bce ni mst ko suke gak)

p/s: agak kucewa sbb aku n waty myb can't make it 2 ur teater~i got work to do tp nak g tgk..alaa!!!

~d!b@~ berkata...

hi there!

the teater is such a great job!
i'm impress with the story & team collaboration.. superb!

well done :)

keep on producing good+quality art. cheers~

AdHaNi berkata...

slpas bc puisi nie, lg rs teringin nk tgk teater nie tp nk wat camnne.. im still on my hldy. puisi yg sgt pnuh makna. i like it. ehhh 4 ogos? tu tarikh yg amat bermakna buat ak.

Tanpa Nama berkata...

bob...qila nangis kowt!! tp cover lah..hehe!!dpt rase benda tuh..yeah buat sesuatu melalui hati kte lebih memberikan impak..and i feel the same way too to do teater..!! go!! semangat!

vidadarisakura berkata...

aku suda pegi.


KO MEMANG TERUK!



sumpah semua best~
sila buat lagi!
sekian.

zf berkata...

eh, puisi yg tak tau tajuknya apa tu lebih kepada motivasilah, serius kalau budak2 baru nak naik mmg boleh baca kat dia orang, sangat bermotivasi

lebih kurang macam lagu kau boleh, tp lebih relevan.

Melody berkata...

Mulanya ingatkan karya biasa, tapi bila saya dengar je "Dia Kata & Aku Kata" tu, tetiba rasa macam ada sesuatu..Huhu..

Apa-apa pun, tahniah ye ZA. Saya tahu kamu sudah cuba lakukan yang terbaik. Dan terima kasih kepada semua, korang memang sporting sangat malam tadi. All the best in future project!

P/s: ZA, jangan sakit-sakit lagi ye.

SKODENG berkata...

pelakon dpt lontarkan puisi dgn baik. congrats!!

fazleena berkata...

aku suka sebab ada elemen 'filem' di dalam TERUK dr segi teknikalnya. impressive. cuma direction utk acting mungkin kurang sampai. tapi kamu takkan pernah berhenti kan? gud job babe.

*part puisi itu bagus sekali. memecahkan gaya tipikal pembacaan puisi kat malaysia yg tercinta ni. cool bangat!! :)

*kadang2 rasa teruk tu best. so enjoy it!

Zahiril Adzim berkata...

@adika - buku puisi Kemala. Terima kasih. Sedang jalan terus..

@menulis - I will. U're right. Tapi tulah, saya jarang berpuas hati dengan kerja sendiri. Anyway, terima kasih banyak kerana datang menonton.

@mirachantek - Heheh.. sedang jalan terus. Infact, dah lama jalan terus dah.

@Anonymous - Yeah? Oh.. Cuma berkongsi dengan jujur.

@//dill - ye dill, agak personal. Tapi ini cerita tahun lepas punya. Hey, thank you sebab bagi lagu - lagu yg saya pakai dalam show! Haha.. and yeah, we're gonna restage AIRCON!

@ezral sya - tu lah.. nak buat macam mane? Dah habis dah pun..

@lesscakap - Hehe.. tu lah. Tapi ok lah apa, toleh belakang untuk berkarya. :) Apa - apa pun terima kasih banyak!

@Doosshhh - Siapa - siapa pun boleh. Kamu? Siapakah kamu? Hahah.. macam cam je. Kalau kita rapat, memang boleh tahu punya.

@Elza - Takdalah sakit teruk mane pun hari ini. Dah ok lama dah. Terima kasih untuk pandangan tu. Akan diperbaiki lagi di masa hadapan. Hehe.. Tapi kalau tak tak diperbaiki jugak, mungkin itu dah jadi gaya atau identiti. :) March eh? Yeah! Taknak invite utk preview ke?

@saya - Saya sgt setuju. Bila kita mula berani utk bercerita
kita sebenarnya telah bersedia melepaskan. Terima kasih.

@nadiafarah - Hehe.. itu lirik yg saya tulis untuk lagu masa untuk teater. Rugi tak datang, tak dapat dengar lagu tu. Hehe :P

@diba - Thank you for the support! Kalau ada lagi, we'll let you know!

@Adhani - Takda rezeki, nak buat macam mane. Kenapa dengan 4 Ogos?

@Qila - Qila nangis ek? Heheheh.. takpalah..

@vidadarisakura - saya memang teruk? Heheh.. InsyaAllah, ada rezeki kitaorang buat lagi. :) Terima kasih sebab datang.

@zf - Itu lirik, bukan puisi. Budak baru nak naik? Hahah.. Macam mane nak kategorikan budak baru nak naik? Lirik tu untuk semua, sapa - sapa pun boleh terima kalau nak. Tak perlu dah naik atau baru nak naik. :)

@melody - Hehe.. tulah. Sebab awak cam puisi tu. Terima kasih pada korang jugak. Datang ramai - ramai. DAn kamu, datang jauh lagi dari S'wak. Terima kasih sekali lagi. DAh takda sakit - sakit lagi dah..

@Skodeng - Kredit untuk pelakon itu :)

@fazleena - Terima kasih, memang cuba untuk lebih banyak bermain dengan visual. Untuk pandangan itu, saya hargai. Akan diperbaiki atau mungkin memang disengajakan tidak dititik beratkan pada itu. :) Sebenarnya sedang cuba sesuatu yang baru yang lebih straight forward. Apa - apa pun, terima kasih sekali lagi.

zf berkata...

budak baru nak naik tu mcm akulah! haha

owh, ada kesilapan rupanya. maafla :)

sinkronis berkata...

congrats bob.
bikin lagi kami gila gila dahagakan karya kamu dan rakan-rakan.

azazral berkata...

wow.. banyak feedback positif nampaknya.. harap2 ada peluang nonton di lain kali...

ps: air-con restaging?? harap2 masa tu aku dah di KL. tak nak miss lagi..

juli ah berkata...

redha?

artfieda berkata...

argh, ruginye x dpt tgk..dr feedback smua,sound gewd, konpem hebat :) gewd job bob!!

adore u punye penulisan :)