Friday, March 27

ini sebabnya

Kenapa jari - jari aku dah lama tak melahirkan perkataan di sini?
Kenapa buntutku dah lama tak panaskan kerusi depan komputer aku?
Kenapa mataku tak lagi dirosakkan oleh cahaya monitor komputer ini?

Nah, ini sebabnya.



Montaj Merah Puteh



Mula ditayangkan 7 April nanti ya..
TV3 @ 4.30 petang
TV9 @ 8.30 malam
Slot Lagenda 20 episod/

p/s: Sedang menembak lagi..


Monday, March 16

apa moden kita?

Semuanya moden hari ini.
Gaya hidup moden,
Rambut moden,
Rupa moden,
Kulit moden,
Senyum moden,
Bahasa moden,
Cakap moden,
Baju moden,
Kawan moden,
Jantina moden,
Artwork moden.

Yang lama, di panggil ketinggalan.
atau kata lain

TIDAK MODEN.

Hari ini, manusia dimanjakan dengan kemodenan. Tanpa sedar ia akan membinasakan atau membunuh kita semua.

Apa kemodenan yang kau fikir aku bangkitkan?

Saturday, March 14

ia mahu lolos lagi

Rohku menggelupuh menjerit mahu diloloskan lagi..
Ah, benci.
Ia datang lagi.
Mahu berlari.
Aku, diam.
Bergelut dengan sendiri.

Semoga esok ia pergi.
Tenang seperti setiap hari.

Mataku spero
(Photo by Khairil M Bahar)

Saturday, March 7

terlalu berbudaya

Kerana budaya, Melayu menjadi TERLALU Melayu.
Kerana budaya, Cina menjadi TERLALU Cina.
Kerana budaya, India menjadi TERLALU India.

Bagaimana hendak menjadi hanya manusia?