Tuesday, December 7

panggil balik momentum

Apa - apa hal nak mengeluh dulu.

HAIHHHHH.....

Dah.

Bukan mengeluh merungut, tapi mengeluh lega. Lega dan lebih tenang. Syukur tak terhingga. Sebab dengan izin-Nya, aku masih lagi bernafas dan sihat untuk mampu bekerja sampai hari ini. Mampu lagi mengaku Allah itu Tuhanku sembah dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya, juga Rasul ku.

Rezeki yang diberi-Nya, juga aku syukuri.

Lagi lega.

Baik, selesai sudah menembak filem 'Bunga Lalang' di sekitar Terengganu dan Kelantan. Lama juga tak pulang ke rumah. Sebulan lamanya. Memang bunyinya takda lah lama sangat, tapi entah kenapa, kali ini aku betul - betul terasa lama yang membuatkan aku rindu rumah dan orang - orang keliling aku yang aku sayang.

Berada di perjauhan (yang sebenarnya tak berapa jauh) telah membuatkan otak aku berlegar membuka satu lagi ruang fikiran. Nak tulis, aku tak tahu nak gambarkan pemikiran yang macam mana. Tapi ia lebih kepada kehidupan persendirian aku. Kot? Ye lah gamaknya.

Suasana tenang di sana telah membenarkan fikiran aku berlegar - legar menelosok kembali sejarah, atau kisah - kisah lama yang pernah aku lalui sepanjang proses penambahan umur. Yang membenarkan aku memetik inspirasi baru.

Kemudian setelah aku pulang semua ke Kota Lumpur ini, elok - elok lepas aku melepaskan bagasi ke atas katil dalam bilik, aku terasa macam nak menyusun semula aturan kehidupan.

Kan setiap orang punya aturan kehidupan masing - masing? Mungkin perancangan masa depan atau apa - apa sahaja yang menyinggah di fikiran. Jadi, aku juga.

Perubahan. Itu yang aku nak. Tapi bukanlah perubahan yang besar. Tak layak diletakkan di bawah kategori revolusi pun. Ergh, 'revolusi'. Agak muak aku dengar perkataan tu. Nilainya agak murah hari ini. Boleh main sumbat - sumbat dalam lirik lagu.

Sambung lagi.

Tapi tu lah. Perubahan kecil je kot. Sebab aku ni jenis yang sangat - sangat sukakan environment baru. Kawasan baru, angin baru. Lebih baru, lebih aku rasa tenang. Mungkin berada di perjauhan yang mendetikkan perasaan ini. Macam aku rasa masa dekat Jepang dulu.

Mulalah aku mengemas semula. Menyusun atur bilik tidur aku ni. Semata - mata sebab aku dahagakan 'persekitaran baru'. Kerana ada orang senang terinspirasi dengan persekitaran baru.

Kecuali penulisan aku ini. Yang entri aku kali ini, aku rasa hanya catatan kosong, konon - konon macam diari. Yang takda peng-awal dan hujung. Malah tersasar ke sana sini.

Sebabnya satu je. Aku dah lama tak menulis, jadi mulai entri ini, aku akan menulis apa sahaja yang kosong - kosong.

Untuk mendapatkan momentum menulis. Jadi izinkan aku untuk mencatat apa sahaja sampah selepas ini ya?

Selamat malam.

34 comments:

matahari said...

What took you so long to update blog? grrr.

Anonymous said...

syukur, alhamdullillah.
salam maal hijrah
kena mulekan azam yang baru hee :)

saya nadiah izahar yang selalu di facebook kamoo :)
come visit my bloggie :)
http://twink2rawk.blogspot.com/

eqacashperlala said...

selamat kembali :)

skyNNiEy said...

rendu entri anda ! salam maal hijrah. carilah perubahal sempena tahun baru islam ni. :)

@kamato said...

Akhirnya....

N said...

name pun blog. tulis je ape yg ade di fikiran. hehe (:

coklat said...

sampah?

well, i dont know much bout art that u involved in, but i dont think u should say wat u felt as sampah..
coz, i enjoyed it
really.:-)
well, its already 3 am i Malaysia ,rite...
so, i should greet u with; 'Morning!'

hope u will have a really enjoyable day tomorrow..

saljihitam said...

fuuu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Alhamdulillah.

You'll get back on track later bro.

=)

Salam Maal Hijrah.

Cahaya said...

happy to know that you're writing back.. ^^-

cham's said...

ruang tu seni abstrak...takde istilah kosong :) welcome back!

Cik Miza said...

selamat tahun baru~~

p/s= membebel kamu!

cryclown said...

y besar datangnya dri y kecil ;0

mirachantek said...

sampah2 kalau kena gaya update menarik juga

- yuszieka - said...

die kembali! waaaa...sgt rndu entry kamu!
sumber inspirasi sy!
hehehe

Afifatin Mohd Nook said...

welcome back to kota lumpur...jangan men lumpur dh la..

Aesya Zealous said...

salam maal hijrah!!

MOMMY CGG said...

salam maal hijrah...

akhamdulillah..saya kagum dgn kamu..insan seni yang masih berseni jiwa dan budayanya:)
syabas

Anonymous said...

:)

Ann said...

boleh asalkan za update :)

myiera amin said...

perubahan sempena maal hijrah...
salam maal hijrah...

AiNuL said...

Oh thanks God...
akhirnya ..
entry baru..
hehe,
:))
:))
double smile there!
I LIKE!

Anis izyan Abd Rahman said...

tempat baru memberi smngt dan inspirasi baru itu adalah hakikat yg benar!!

tinggalkan enviroment lame dengan inspirasi lama adalah yg terbaik bg anis untuk mncipta anis yg baru~

ya rin said...

melangkah lah dengan cemrlang abg Z. semoga terus berjaya lam hidup di dunia dan akhirat. salam maal hijrah :)

hopefully dpt jumpe abg Z depan mate. hee :)

ain said...

terubat penantian..huhuuu..

salam maal hijrah.

Azira Anhar said...

kosong anda ; bermakna kadang2 ;)

Rara Nasuha said...

Salam Maal Hijrah .
Wahh ZA sudah kembali .
Semoga rezeki ZA bertambah di tahun baru ni .

azieazah said...

Semoga tahun baru terus memberikan semangat dan inspirasi buat BOB.

Selamat malam, dan selamat tidur nyenyak ya di bilik yg sudah di“baru”kan...

Melody M. said...

Haa..ada pun kamu kat sini ZA! Dh lama tak jenguk ruangan komen. Teringat dulu-dulu korang suka wat discussion dalam komen. By the way, momentum jangan bagi hilang ye. Kalau nak persekitaran baru, meh sini dtg cuti kat Srwk. =p

inoue_asuka said...

sampah pon kadang-kadang berguna incik zahiril....


p/s:aku pikir aku pun bakal berhijrah..aku mau kawen..wohoo!

Zurina J. said...

Sy suka...

C.e.n.g.k.i.h said...

akhirnye..terubat! =)

husnaradzi said...

ahaaa .
selamat kembali ZA .
kipas susah mati anda .
wahahaa =.=

K said...

perghhh, hang memang ada style la beb.. kemas rumah, susun itu-ini, cara baru, etc etc.

Sampah? Tak juga kadang-kadang sampah itu ada gunanya.

Selamat bebelog! Peace! Warna-warnikan lg belog hang, nanti aku "curi" idea hang he he