Saturday, August 6

diam di kediaman

Peralihan malam ke siang. Separa malam separa siang.

Aku diam. Terkenang. Bunyi yang paling tepat untuk telinga aku saat ini ialah diam. Diam yang aku hampir boleh mendengar mindaku berfikir. Diam di dalam kediaman.

Aku tinggalkan alatan teknologi yang berjenis - jenis di hadapan aku ini. Sementara. Alatan ini kekadang menyentuh rasa hati. Baik manis, gembira, robek. Baik pahit, perit. Baik rindu, sedih, sayu. Baik sendu.

Baik - baik dan tak baik.

Aku diam lagi, mengadap jendela yang melukiskan langit subuh. Gelap.

Aku diam lagi. Dengan rasa yang leper. Kosong. Dengan persoalan - persoalan tentang kewujudan diri, persoalan - persoalan hubung kait aku dengan manusia lain di dunia ini. Persoalan ini, persoalan itu.

Persoalan - persoalan yang ragu - ragu menghulurkan jawapan. Mungkin segan.

Mengenang sejarah diri, kisah - kisah pahit manis dan hukuman - hukuman aku pernah terima sebelum ini. Ini lah sejarah aku.

Aku diam lagi.

Akan ada masa yang tiba - tiba kita tak pasti apa yang sedang kita lakukan kerana apa yang kita paling harapkan, kita paling takkan dapat.

KetentuanNya.

p/s: Kaulah tempat aku bergantung

46 comments:

farahin nasir said...

muhasabah diri dan mencari kekuatan untuk terus bertapak d bumi...
diam itu ada makna tersendiri.. :)

Wadi AR said...

shhhh

Uji Hussein said...

Diam tak bermakna otak tak aktif kerana kadang kada semasa kita diamlah otak paling pantas berfikir...

Anonymous said...

sorry to say
jarang jumpa artis macam anda :')
keep it up
dan terus berkarya.
saya dan ramai yg lain suka bace .

semoga berjaya, Zahiril Adzim.

Hafizin Jamil said...

ketentuanNya tiada siapa mampu menolaknya..

cik pha said...

Allah sentiasa ade dimana2

asnizaziz said...

hanya pada Allah swt la tempat kuta bergantung dan mengadu :)

aqel said...

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"
[QS 2:216]
=)

adam said...

semoga mauhasabah itu mendatangkan natijah yg terbaik dlm hidup,,,

ramadhan kareem....

salam perantauan dari bumi ardhul kinanah....

keep it up,,,ikhlas,,,rendah diri,,,sentiasa kerana ALLAH...

CT said...

Diam lebih baik....congrats dgn penulisan yg terbaik..

CT said...

baguslah penulisan awk

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

baik berdiam diri.. dapt kita bermuhasabah diri kita kan.. pikir sejarah lama.. apa yang kita buat.. dan pikir mase dpan.. ape yang akn terjadi :)

sea_lavender said...

kebergantungan kpd -Nya itu yg sebaik2 ..berkat bulan Ramadhan yg penuh rahmat ni sama2 la mdktkan diri kpd-Nya...Insya-Allah jiwa akan tenang =)

Ct Arina said...

indah sekali^^

aizamia3 said...

bila kita mengharapkan pada sesuatu yang tak pasti takut nanti merana diri.. walau dah usaha tapi itu bukan ditentukan sebagai milik kita.. maka kita redha lah.. ;)

psstt: sunyi malam indah rasanya.. tenang damai menenangkan jiwa..;)

azwa amani said...

bermuhasabah membawa ketenangan dalam hati dan membuat kita baru selepasnya... amani suka penulisan ZA

eddy syrol said...

hanya Yang Maha Esa tempat bergantung palingggggg afdal...

sudi2 lah di sini ye
SEGMEN PERTAMA EDDY SYROL

Teeha Mohd said...

Allah sentiasa bersama kita no matter what

Anonymous said...

Semoga berjaya Zahiril Adzim

Cik Bunga said...

sangat suka setiap hasil penulisan Zahiril Adzim!
(^_^)

SeRi mAnJa said...

wahh...i like the way u write...nyway, hepi blogging :)

Amir Rayyan said...

diam...menafsir ketentuan tuhan...

[ h a f i z ] said...

spal:D

Marhaenonymous said...

Moga yang baik-baik saja untuk kamu Bob..

teruskan perjalanan hidup dengan langkah yang segagah mungkin.


Moga akhirnya bahagia untuk kamu sahabat.

NMH said...

diam lebih bermakna mungkin dalam mencari sesuatu dalam hidup sambil meminta kepada-NYa..like ur writing!

ixora einstein said...

tiada kata secantik bahasa, yang mengindahkannya ialah manusia.

Wanda Alwani said...

Assalammualaikum ...
mendalam maksudnye ...
terbaik .. :)

tuyanaza said...

seorang figura yang berfikir di luar batasan minda.Semua itu ketentuanNya.Kritikal fikiran meliputi setiap saat. KAGUM. Semoga sukses ZA.

ghost said...

kau diam dengan kata-kata yang banyak.

tuhan lebih faham.

Zurina J. said...

KAU lah tempat kami bergantung...
SubhanAllah indah...

Jaga diri! :)

Anonymous said...

diam..lebih baik diam dari terus berckp..=)

maya_kaisara said...

=) hai....dah berbuka ke blm nie..
selamat berpuasa..

d.e.e.n.a.YAYA said...

Akan ada masa yang tiba - tiba kita tak pasti apa yang sedang kita lakukan kerana apa yang kita paling harapkan, kita paling takkan dapat.
like ayat nie.. :)

zey said...

oh, boy..arituh boleh plak aq mimpi kaw..hoh!

@Fr!^n@ said...

diam tu kadangkala bagus untuk menenangkan diri..

nak diam dalam kediaman jugalah macamni.. muhasabah diri... (:

Selamat Berpuasa (:

aku adalah insan.. said...

diam..lelapkan mata kamu..dan selamilah jiwa..disuatu sudut dihati kamu..akan ada jawapan disebalik kekacauan itu..di dunia ini..tiada apa yang akan kita dapat selagi kita belum berjaya menempuh dugaan-Nya..

kita adalah milik-Nya....

deem said...

kenapa susah sangat untuk mendapatkan buku kamu?sampai kadang2 agak sebal utuk mencari.tapi jangan risau...masih dalam usaha.huh!

cikNiarun said...

hati takkan pernah sunyi~

Unknown said...

lebih baik diam dari berkata2 tp tk mendatangkan faedah

Kina said...

diam tak bermakna tidak bergerak,...nice entry la daim,..hehe,..

sy ada komen pasal blog awk kt blog saya,..klau rajin,..ada masa,..jemput tengok,...=)

Suri said...

zahiril ni pandai btol mengarang...kemas n cantik jer ayatnyer..nice..

bawal crepe putih said...

sesungguhnya, aku hanya mampu diam, apabila ketentuanNya telah tersurat bagi teman ku pd ary ini. al-Fatihah buat sahabat ku, moga kaw aman di sana...

Dba Dealova said...

Sometime...silent is the best answer...hehe n_n

Zedd Hassan said...

perk0ngsian duniawi..salam terima kasih!

MORIBAYU said...

Kita adalah hadiah dari-Nya.Jadi,kenapa kamu tak membuka hati itu~dengan gembira ??.

cahaya mata said...

~Alhamdulillah... diam itu salah satu sifat orang bijak... bercakap bila perlu...diam memikirkan kejadian bumi..kebesaran Allah.. selamat menjalani ibadah puasa.... sekarg nie dah jrg tengok kurafat kerana malam2 di masjid.. but i sokong u.. daaa..