Wednesday, August 17

kurang gemar bercakap

Aku sedar satu perkara yang sedang merebak dalam diri aku sekarang ini. Mulanya aku sedar, tapi aku abaikan. Lama - lama, ia semakin teruk dan tidak boleh lagi dilepas pandangkan.

Aku semakin kurang bercakap. Atau semakin menjadi pendiam.

Aku kurang gemar bercakap hari ni, apsal ah?!
Aku lebih minat membiarkan semuanya di dalam kepala.

Aku tak boleh bercakap dan berfikir dalam satu masa.

Jika aku bercakap, aku susah berfikir. Bila aku berfikir, aku susah bercakap. Aku perhatikan, ramai orang yang mampu bercakap dan berfikir dalam satu masa. Tetapi aku tidak. Aku tak dapat jadi itu.

Berfikir maksud aku, dengan berat. Aku lebih tidak memilih untuk bercakap.

Eh, entahlah. Tapi aku bercakap jugak. Dah kerja aku bercakap.

Liang lahad - Khurafat The Series

87 comments:

Wadi AR said...

banyak mksd ble masok kedalam tersebut

Han$ Xy said...

citer khurafat boleh thn lahsworg

Wan said...

kurang bercakap, insyaAllah dosa pun kurang kan =)

APi said...

tumpuan lebih kepada apa yang difikirkan berbanding apa yang ingin dicakapkan la tu.. =)

Unknown said...

cakap itu emas,
diam itu perak.
:)

W A N I said...

kadang-kadang mendiamkan diri is better than talking2 je...lalalla...=)

Leo said...

pelik-pelik.. kene la banyak bercakap.. law tak,, camne nak berlakon?

faizah razali :) said...

kite dianggap berzikir kalau diam mase buln puase nii :)

faizah :) said...

kte dianggap berzikir kalau diam mse buln puase nii :)

Anonymous said...

xpe,xbanyak cakap lagi bagus daripada bercakap tentang perkara tak berfaedah...err,cek bukan tazah :/
*takut tengok gambo tu :/

NuRuL ZaHiRaH said...

salam abg ZA.

kurang bercakap bukan bermakna kita pemalu @ kita sombong. adakala kita kurang bercakap kerana kita memberi peluang kepada mereka untuk bersuara. Dalam masa sama kita menjaga mulut kita dari mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya. hee~

RS said...

kadang kadang mulut mahu bersuara, biarkan ia bersuara.

Azura Mendezz said...

Lebih baik byk diam & berfikir dpd byk berkata2 tanpa berfikir..
=)

farahNothman said...

*ape yekh perasaan bile kat dlm tu?? 8)

cEro said...

bercakap itu perak.
diam itu emas.
tapi, bercakap ketika perlu adalah intan...

fana said...

Lain org lain personaliti atau lebih tepat utk konsep yg dikatakan abg Zahiril adalah diam dan berfikir atau berckp smbil berfikir.

Allah swt ciptakan manusia berbeza-beza. Sama jugak dgn jari jemari kita. Pendek dan panjang, gemuk dan kurus. Kalau tak, bygkan semua jari sama pendek.. Mcm mana nak pegang sesuatu benda. Ye tak?

Apa-apa pun, lebih baik diam drp berkata-kata sesuatu yg buruk andai minda tak dpt interpretasi dgn baik masa tu. Oh ya salam 17 Ramadan, salam nuzulul Qur'an. Slm teruskan beramal d bulan bonus ni :)

aulia'umair said...

tp kan..bgus jgk dri kurang brckp dari brckap byk + ckp yg xfaedah kn..lgi2 bln pose nie..kurang brckp lg bgus...:)

ninanina said...

hehe , pening larhhnak fhm ap yg abg try to say , btw . jgn ta cakap plak ehh , hehe :)

Unknown said...

sbnrnya kurng bercakap bagus sb nnt kurng dosa :D

Akim Iqbal said...

semakin diam semakin bagus

Anonymous said...

selalunya diam lebih bagus..kerna bicara itu bingit

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

orang kate,
makin banyak cakap, otak jadi lembap...
means, less talk is better..
:)

erz said...

shuuuuuuu (telunjuk di mulot) :)

ainie syeema said...

kadang kala ,berdiam itu lebih baik.

p/s : sebelum ni stalker jer..hehe.So ,this is my 1st comment :)

tiqahakita said...
This comment has been removed by the author.
Ain said...

baguslah tu kurang bercakap...
tak banyak cakap that's mean kurang la risiko dosa kan..
1st time komen ni...
blog abang memang best!!

amira shafini said...

orang yg banyak berfikir lebih bijak dalam bercakap..dan org yg bnyak bercakap selalunya tak bijak berfikir..tapi jangan beratkan fikiran sangat.luahkan sekadar mampu
p/s:entah kenapa,saya suka ZA yg berfikir :)

MimieyIsmail said...

berfikir tu bagus dari bercakap

amirah anis said...

tu namanya fokus... :)

bercakap apa yg perlu, kn dah memadai..

ke bukan?

hehe

dill said...

kurangkan bercakap ttg perkara2 yang tak berfaedah.

dill.

Eiza GreenAppleKu said...

Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata, ada yang akan kena lempang. Lebih baik berfikir sebelum bercakap. Takkan ada yang kena lempang. hehe..

NADIA RAJAMI said...

sy pon jenis yang tak bnyk bercakap.. hehe.. btw, lovess ur acting!!.. hehe

mia Olive said...

sy juga alami benda yang sama. Tahu saya kurang bercakap tapi saja biarkan sebab saya fikir DIAM lebih baik daripada BERKATA-KATA.

shash said...

erm, mungkin transisi ZA kpd yg lebih3 matang, barangkali? Allah pun bg 2 telinga agar kita lebih mendengar.. the first key to a great r/ship is mendengar kan.. drp satu mulut.. Rasulullah pun ckp perkara yg perlu saja.. iA petanda baik tuh.. hehe..tapi kalo jadi pendiam sbb penat xpelaa, tapi kalo byk bende yg dipendam pon xbagus jugak.. kena share jugak apa yg ada dlm otak kita kan. seni luahan rasa lu bukan bagus ke, bro.. sajak, puisi, etc.. curahkan. hehehe.

ayoikema said...

orng selalu pesan " berfikir dulu sblm bercakap lebih baik...dr bercakap tanpa berfikir" tp kite kene bercakap utk memberitahu apa yang kita fikir dan ia baik jika dicakapkan...

CT said...

dIAM ITU LAGI BAIK DARI BERCAKAP KOSONG YG NTAH APA2...

CT said...

diam lagi baik dari mcm tin kosong

Tieah Madian said...

Berdiam itu bukankah lebih baik..
Huhuhu..

Kepala Mancis said...

cakap. taip.

syasyah_biscuits said...

kurang bercakap lebihkan berfikir.. :)) lebihkan menulis juga..

shigellazoster said...

orang yang berfikir sebelum berckap.. adalah orang ynag sangat bijak.. :))
~ berfikir ~ senyum ~ dan bercakap ~

sangat sweet...

JunAina said...

kurang bercakap kurang dosanya kalau banyak bercakap banayk pulak yg terlepas cakapnya...

azwa amani said...

orang yg banyak bercakap lebih banyak dosa yang dilakukan...sebaiknya bercakap bila perlu..amani pun sama, dah semakin kurang bercakap lately ni...

kazisha said...

kadang-kadang diam itu lebih baik :)

Reflisia said...

Semakin banyak bercakap semakin mudah kelemahan diri terbuka, tapi bila semakin banyak berfikir semakin kuat akal kita...

tepijalan said...

tetiba teringat lagu Fynn Jamal "pejam mata biar jiwa bersuara" :)

hanabanana said...

sy pon kurang bercakap. kite geng :p

ika said...

lebih banyak berfikir lagi bagus dari banyak bercakap .

hanaahmad said...

berdiam lebih baik, perlakuan lidah ni tak boleh dikawal, takut membuahkan hasil yang tidak manfaat.

deem said...

kurang bercakap tapi suka berfikir bagus juga tu.tapi jgn terover fikir.nanti minda jadi berat.ringankan minda dengan terus menulis/menaip di blog anda.


p/s: saya sudah dapat buku kamu.terima kasih kepada kedai buku :)

aljambz said...

kuatkan semangat bro.

Ami Manaf said...

kita sama... sekurang-kurangnya sekarang sebab aku pun lebih suka diam sekarang. kenapa dan mengapa? entah... diam itu mendamaikan~

HUD AIKARA said...

Faham. kadang-kadang dalam kepala macam puting beliung. Tapi untuk meluahkannya rasa berat.Cuma bila jadi terlalu pendiam, payah nak di fahami orang.

Sofea said...

berfikir dan menulis saja.. :D

kopisoda said...

wah~ " the real liang lahad" fuh~

nurmisnan said...

Diam adalah lebih..

bila sudah masuk lubang kubur
walaupun sekejap sahaja perasaan
dan roh kita akan rasa kelainan..

tidak byk bercakap dan menjadi pendiam.. pernah rasa?

Zurina J. said...

Uuuh..Samalah kita! keh2

cahaya mata said...

~ pernah tak terfikir....( actualy saya selalu terfikir) bagai mana keadaan liang lahad tu...nanti kalau kita kena timbus ngn tanah mesti gelap...sapa nak teman kita... huhuh..

zt said...

There are times when silence has the loudest voice. ~Leroy Brownlow

belogkiter said...

bercakap selalunya tambah dosa. baik diam dan berfikir ada manfaatnya

♥ Nana BamBam ♥ said...

Kadang kena banyak bercakap lagi elok sbb orang gemar na dengar cerita dari kita yg banyak bercakap ni..hehehe sebab mereka ada yang pendiam gak..huhu

Dba Dealova said...

Bercakap bila perlu je.
"Sometimes silent is a best answer"
Ye ke...haha n_n

maya_kaisara said...

berfikir,berckp dan bertindak... =)

DeQWa said...

errrrrr...menakutkan la...

asnizaziz said...

kadang2 berdiam diri adalah lebih baik..salam nuzul quran :)

baju kurung said...

haha...pusing kepala

Ct Arina said...

bercakap bile perlu =)

Unknown said...

tak smeua org leh buat 2 in 1...ckp dan fikir tu...

just be urself, as long as orang tak chop sombong k ;)

Cik EpaLeha said...

btul2.kadangg2 rase camm malas gile nak becakap.biakann dlm fikirann.
pastu temenung pikirkan sesuatu bende..

Nur. said...

diam itu lagi bagus...
'jaga lidah kunci segala amalan'-Rasulullah SAW
.
good luck okayy :)

Päk Läng said...

"bercakap" tu satu nikmat brader...

eh, adakah aku stu2nya lelaki yg komen kt sini???

Suri said...

berfikir dahulu sebelum berckp, biasenyer mmg sume buat mcmtukn, jgn ckp jer tnpe berfikir

ishiko said...

gemarkan lah menulis ^^

Anonymous said...

BTW..Silent is better..

aliza zeke said...

takot gak tgk khurafat tuu.

AA said...

:) pemalu kot? :D

feyza said...

AK KURANG GEMAR BERFIKIR

Nalisa Syahira said...

diam itu lebih baik daripada berbicara sesuatu yang tidak bermanfaat .

Mikah Lurima said...

sy byk berfikir n bercakap. tp apa yg sy cakap x sama dgn apa yg sy fikir. apa masalahnya ni?

p/s: ni bukan kes cakap x serupa bikin ye.

Izyan Balqis said...

blogger selalunya kurang bercakap...hanya tau menaip je~~ ye ke tak? ntah la~

Syazwan Che Deraman said...

eh.bro..mesti ramai blogger perempuan yang komen.heheh.

sama macam aku.
mungkin disebabkan kita makin dewasa kot.
aku banyak berdiam dari bercakap..if ada apa apa yang aku fikirkan..aku senyap je.bila perlu cakap..aku cakap..bila tak penting..aku akan berdiam diri..

jemput singgah blog aku sat..hehe

Nasuha said...

tak banyak bercakap,tak banyak dosa =)

si para para said...

kurangkan cakap tu baik..
tapi jangan langsung tak bercakap..
:)

marissa said...

diam itu lebih baik

ella kiroroo araree said...

diam...:)

Nur Hani M. said...

kadang2 bgus jg~DIAM

Anonymous said...

situasi yg sama juga sedang berlaku pada saya..saya memang kurang bercakap dan selalu membiarkan kata2 itu berlegar-legar di minda..