Friday, November 11

dosa manusia dengan manusia

Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.

Ada terfikir?

83 comments:

Anonymous said...

lagi susah dan perit nak dapat kemaafan dari manusia.

dindingkosong said...

andai mati sebelum sempat memohon maaf, ya Tuhan, semoga aku tak jadi begitu.

Anonymous said...

sudah tentu :)
dosa kita sesama manusia lebih berat daripda dosa kita dengan Allah ..
astaghfirullah ..

Fizaaa said...

Kali ni baru betol betol terfikir

Unknown said...

betul..

itulah lumrah manusia

terlalu leka menghina orang lain sedangkan diri sendiri juga tidak sempurna..

namun sebagai manusia , kite juga kena sentiasa memaafkan semua orang atas kesalahan orang itu dengan sedar atau tidak kite sedari

aku HaniAsyira said...

tulah.. riso pulak bila pikir

Wan said...

ada..sedang dan masih berfikir..cuma kadang-kadang lupa...manusia,mana lari dari 'kadang-kadang'..terima kasih kerana mengingatkan

cEro said...

..ianya satu konsep mudah,
tapi ramai yg terlepas pandang sehingga tahap memudaratkan..

marilah kita sesama manusia saling beringat..

terima kasih kerana mengingatkan!

tanTENton :] said...

sebab itu Allah cipta kan setiap manusia berbeza sifat. kalau boleh, takda manusia pun mahu melakukan kesilapan tapi Bob sebab kita manusia lah kita melakukan kesilapan dan pertikai kan kesilapan orang lain.

tipikal.

stalker hebat ! said...

bukan setakat ada tp siap mmg berfikir pon. cenggane tue agak2?




**payah gak kan.

misz sempoi said...

habluminannas,habluminALLAH.

Fiza Nurani said...

meminta maaf serta memaafkanlah sebelum terlambat .

Unknown said...

benar!!! dosa dgn ALLAH kita bole mintak di atas sejadah dan menadah tgn sambil menitis air mata...

Jika dgn manusia kita juga harus minta maaf tp mungkin berbeza caranya...

wallahualam...

hope dpt singgah ke blog http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/

thanks...

maisarah sarah said...

selalu terfikir.tambah2 kalo kita wat salah kat orang tu tapi bila kita sedar kita xjumpa mana org yg kita nak minx maaf tu.hurmm

:: cabai kerink :: said...

terkelu seketika :)

Unknown said...

nice...
kadang lupa kadang buat tak endah
ambil mudah dalam semua hal...

kalau dengan ALLAH pun kita sebagai hamba boleh ambil mudah..
jangan dipersoal tentang kita sesama kita...

tepuk dada tanya iman..:)

Unknown said...

sangat betul!

JULYA said...

makan dalam nih

JaketJingga said...

moral-jgn cepat mengeji!!

-rye- said...

nice. mohon share. sumpah kena kat batang idung sendiri

zisizfashunn said...

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

ini benar!

btw, zahiril adzim kawen bila eh?

amir abdullah said...

betul. caci tu kuasa manusia. apa saja yang tak kena pasti akan terkena cacian itu. semoga mereka kembali ke jalan yang di redhai. nais bro. :)

karenontheshore said...

itulah manusia, yang berdosa kita nampak, tapi diri sendiri berdosa kita buat2 x nampak - peringatan tuk diriku jua. Jom doa2kan yang baik2 aja untuk manusia semua.

syifa BONKERS said...

alhamdulillah dia sudah mendapat hidayah. banyak juga perkara buruk yang berlaku tanpa kita sedari. bila dah kena baru terasa.

Hana Nasir said...

well-said bro!:)
kdg2 kita terlepas pndng bnda2 gini..
rasa diri dh cukup bagus mungkin..

myailyana said...

yup.. itulah realiti kehidupan akhir zaman.. hanya satu yang membezakan antara manusia iaitu IMAN..

Hazwan said...

begitulah manusia, ramai suka mencaci drp mengajak

Unknown said...

betul juga. Tapi dosa pahalaku hanya tuhan yang tahu.

Anonymous said...

nice bro! dosa pada manusia hanya boleh diampunkan oleh manusia tu sendiri.

cik bunga said...

betul tu... :) dosa manusia dengan manusia kena cari balik orang tu dan mintak maaf :) kalau tak, selama tu la die berdosa dengan orang tu....

Kasih nur azie said...

tak pernah aku terfikir...
dan sekarang aku sedang berfikir...

miranadia said...

kadang kadang manusia tak berfikir sebelum berkata kata dan tanpa sedar kesalahan dan dosa tercipta.

jadi, bersangka baik terhadap semua. kerana apa yang luaran yang dilihat tak sama dengan situasi sebenar.

Anonymous said...

good. tapi kalau orang tu mengeji kite. dahla tu, wat fitnah pulak. mcm ne tu? manusia mane yg x marah. rite? kite manusia.

tenggelam punca said...

btol2. sanagt setuju :D

Mila Ahmad said...

dosa dengan Allah kita mampu untuk bertaubat tapi dosa dengan sesama manusia sush nak dpt kemaafan!

Anonymous said...

kita sbgai manusia pun kne la maafkan si fulan tu...lgpon bukankah si fulan tu da berubah,insaf..

kita ni siapa xmahu maafkan org...sedangkan nabi yg diduga sebegitu hebat oleh Allah pon ampunkan umat2 nya...malahan Allah SWT pencipta kita pon mengampunkan hamba2 nya y btaubat apatah lagi kita ni manusia biasa..SIAPA KITA xnak maafkan si fulan itu...

jadi, cubalah utk memaafkan kesalahn2 sesama manusia..sesungguhnya Allah mengasihi org2 y pemaaf...

skadar berkongsi..maaf sekiranya terkasar bahasa.. :)

Anonymous said...

Yang saya pernah dengar, kalau seseorang itu melakukan dosa dan mempamerkannya (walau pun dia tahu dia sedang melakukan dosa),kemudian orang yang melihat mengejinya, maka sebenarnya dia (si pelaku dosa) sedang menerima bala Allah... kejian orang terhadap perbuatan dosanya juga adalah satu bentuk bala yang Allah turunkan... dan terpulang kpd seseorang itu sama ada ingin terus melakukan dosa (yang menunjukkan dia tidak takut dengan bala Allah di dunia (kejian manusia) apatah lagi akhirat)... Apa jaminan orang yang tahu dia berbuat dosa tapi masih melakukannya akan diampunkan Allah??? Yang saya tahu, kita mudah mendapat pengampunan Allah kalau kita melakukan dosa kerana tiada ilmu... contohnya, kita tak tahu pakai skirt pendek itu berdosa.... tapi kalau melakukan dosa dengan sengaja dan terang2 memjajanya di merata2 utk tontonan orang???? Fikirkanlah sendiri.... seorang bakal suami mesti mempunyai kuasa untuk membimbing dan melindungi bakal ibu kepada anak2nya daripada menjaji bahan cerca manusia. Caranya? Amal makruf nahi munkar.... tapi kalau masih rasa diri sendiri betul, maka teruskanlah... teruskanlah... abaikan saja bala Allah di dunia....

-fiz-

ann said...

kalau ada button like, saya dah like.

rosdud said...

:')

Nuruashia said...

org yg xmemaafkan kite tu da hebad sgt ke? sedangkan nabi ampunkan umatnyaa dan Allah pon Maha Pengampun kan..kdg2 terpikir gk..huhuhu

Nursaila Norman said...

manusia memang suka mengeji manusia lain. perasan diri sendiri sahaja yg sempurna.

Zahiril Adzim said...

@tanpa nama - betul. Itu lah yang saya terfikir, kita harus pergi mohon ampun pada orang tu. Bukan isu taknak ampunkan, tapi isu kita ni tadi yang sedap mencaci, nak ke pergi mohon ampun dekat orang tu?

@nuruashia - bukan soal dia bagus sangat taknak ampunkan ke tidak, tetapi soal kita harus mengeji manusia lain kah? Nanti kita juga yang nak kena pergi mintak ampun. Nak ke kita? Bukan ke menasihati lebih baik?

masyi said...

betol sgt..saya sokong...kadang2 kite mengeji n menghina org atas kesalahan mereka, tp last2 kte pula yg membuat kesalahan yg same tanpa kte sedar..

Closet Writer said...

Lumrah..kita selalu tau yang perbuatan mengeji itu tidak baik..seperti biasa manusia tidak mengamalkan apa yang dipelajarinya.. :)

yanna said...

macam mana pulak kalau kita salah dengan orang tu dan kita sudah minta maaf atas kekasaran kita tapi dia taknak maafkan? sedangkan punca masalah dan buat kita hangin adalah sebab dia..

tapi bila disampaikan kepada orang lain dia keji kita secara berjemaah..tapi orang taktau dia yang keji sebab menipu kita..

jadi macam mana sekarang..dosa kita hanya pada dia saja sebab terkasar bahasa akibat marah..tapi dosa dia mengeji dan mengumpat kita secara berjemaah macam mana pulak..sedangkan dia tak pernah minta maaf pada kita sebab mengeji + mengumpat kita..

pendapat saudara zahiril ???
dosa kita hanya pada dia (dah minta maaf pun)..
dosa dia umpat + keji kita secara berjemaah..

nak kata bala ke ujian ke..dua2 pun salah..kalau kena tipu sapa tak marah kan..kita salah sebab kasar bahasa tapi hanya pada dia saja..takda hebohkan pun lagi2 keburukan dia yang banyak menipu tu..dia salah sebab mengumpat & mengeji kita tapi disebarkan kepada umum..macam mana nak kira dosa..

pendapat please...

Dba Dealova said...

biasalah...manusia lebih suka mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa mahu membimbing orang yang melakukan dosa ke jalan yang benar.
kalau orang buat sepuluh kebaikan tetapi jika dia buat satu kesalahn@dosa...itulah yang orang selalu nampak.yang kebaikan yang lain tak nak pula orang katakan...
so...selalulah munasabah diri sendiri (>_<)

Anonymous said...

dan kita terus berdosa. mohon maaf dr manusia lain. sukar tp mesti dilakukan.

Fuadah said...

As salam,

Bila kita tersedar ada sesuatu yang tidak kena (terasa, tersentap dsb) pada perhubungan sesama manusia, ada baiknya kita memohon maaf dengan si polan atau si polan.

Memohon maaf bukanlah bererti kita salah atau si dia benar. Sebaliknya ia menunjukkan kita lebih menghargai silatulrahim daripada ego sendiri.

mahfuedzha said...

thumbs up!

kita ada pilihan. kenapa perlu sampai mengutuk caci si pelaku dosa...

kalau sampai perilaku nya merosak rasa, selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati.

bukan caci. bukan keji. bukan maki.

dalam sibuk kita mencari salah silap orang untuk dibentangkan seluruh alam, entah bagaimana pula timbun catat amal kita.

tertarik dengan pendapat tentang kejian itu sebagai bala dari Allah untuk pelaku dosa. sekurangnya si pelaku dosa diperingatkan, apa pula hal kita yang mahu jadi hakim pada dosa yang dilakukan? kita ada pilihan, untuk menasihati mahupun mengeji maki...

dalam sibuk menilik buruk pekung orang, busuk kudis sendiri sudah jumpakah ubat tawarnya...

wallahualam. (sekadar pendapat setelah sekian lama jadi pengikut senyap secara tegar.)

thanks bro zahiril, selalu dapat benda untuk berfikir di sini. moga teruslah butir tulismu memberi manfaat. :)

LailaAlfisyahr. said...

Artis juga manusia,,
cuba jauhkan berkata buruk tentangnya,
walaupun mereka menyatakan keburukan mereka di mata manusia.

entah esok, taubatnya diterima,
dia lebih elok darjatnya dari kita.


kalau benar kita sayang dan minat pada artis mana-mana,
doa lah doa sebanyaknya,
agar terbuka hatinya mencari cinta hakiki.

Allah tak pernah lokek.

Allah tak pernah berkira atas sesiapa.


Jaga diri kita EnsyaAllah, Allah jaga kita.

Afiq Ah said...

"sedangkan nabi ampunkan umatnya"

ayat bodek.

Unknown said...

i love this entry so much ZA.

hananey said...

Alhamdulillah dengan adanya peringatan seperti ini, sememangnya telah buat saya yang khilaf ini berfikir. Terima kasih atas perkongsian ini. Akan dijadikan iktibar. Kalau tak dapat nak minta maaf dengan semua orang sekalipun, kita maafkan semua orang dan berdoa agar orang2 yang mengenali kita memaafkan kita. InsyaAllah.

Fakhrul.Yaacob said...

dosa dengan tuhan kita boleh taubat.tapi dosa dengan manusia harus diampun dengan manusia itu sendiri.bertuah kalau masih ada lagi insan yang kita telah melakukan salah padanya, dan bertuah jugak kalu si dia memaafkan kita.jika sebaliknya,kita akan membawa beban dosa.sememangnya manusia sering melakukan kesilapan,tapi usahalah untuk elak dari melakukan kesilapan itu.kita juga perlu bersedia membuka hati untuk memaafkan orang lain.sekian

Anonymous said...

:: Buat peringatan diri ini ::

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

~> I’m so confused <~ (=.=)'
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Astaghfirullah al-azim...:(

M. said...

bagi saya, si pencaci dan pengkeji hanya sok suci. orang yang betul betul berusaha menjaga hubungan dengan Allah, takkan pernah sengaja merosakkan hubungannya dengan manusia. kerana orang yang menjaga hubungan denga Allah akan sentiasa cari keredhaanNya :)

Anonymous said...

Ada. Berat bebannya. Baik ko diam. Atau doakan.


anon

imzanae said...

"Wahai org-org yg beriman! Jgnlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yg lain (kerana) boleh jadi mereka (yg diperolok-olok) lebih baik drpd mereka (yg mengolok-olok), dan jgn pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan yg lain (kerana) boleh jadi perempuan yg diperolok-olok lebih baik drpd perempuan yg (mengolok-olok). Jgnlah kamu saling mencela satu sama lain dan jgnlah saling memanggil dgn gelaran yg buruk... Surah Al-Hujurat, ayat 11

*SiRibenMerah said...

dosa manusia dengan manusia..
kalau dia x minta maaf dgn kita pon..
kita maafkan saja dia kerana Allah..
hal dan hukuman lain..hanya Allah yg punya jawapan tetap.. seperti mana Allah sentiasa memaafkan hamba-hambanya yang insaf dan bertaubat..

*moga diberkati Allah selalu :)

Anonymous said...

mohon d share ya....

Anonymous said...

mohon d share...

Sha Syalizz said...

oh no! aku pernah bersifat keji sebijik macam kau karangkan ni. even, sekarang pun. Ya Allah T__T

CintaZulaikha said...

yup, betoi tuh dik..dosa manusia ngn manusia bukn leh dibuat main..kalau dgn tuhan, leh la kita minta keampunan. kalau ngn manusia nih, kalau tak diampunkan..sampai suda lah ada titik itam kat diri kita tu..

Anonymous said...

kalau da mintak maaf tapi orang yang tak nak maaf tu tak respon? same je kan?

Ana Farhana said...

kne mtk maaf klau bdosa dgn mnusia.. huu

miss azie said...

tiada manusia sempurna , ingat lah itu .. =)

Anonymous said...

Hi zahiril,
dah dapat bmt semalam.
It was awesome & unique.baru baca suku, saya dah jatuh hati dgn penulisan awak.
U are really talented.keep on writing.saya x sabar baca buku awak seterusnya.keep up the good work :)
-Afiqah-

fathiyyahISMAIL said...

lagi susah nak dptkan kemaafan dari manusia. ego sama tinggi.

Anonymous said...

terima kasih kerana mengingatkan... tersedar sejenak dgn perilaku sendiri

Unknown said...

pernah..

Azira Anhar said...

lame sangat aku tak singgah sini & lame sangat kau tinggalkan tempat ni : buatlaa kambek :

La Jieja said...

manusia selalu lupa..mencari sengketa sesama mereka..

mereka lupe..mereke dicipta dari tanah yang sama.

zaheeyah said...

salam..first time komen sini, ada taipan2 ZA yg sgt menghiburkan.. sy x tidor malam smata2 nak baca taipan2 ZA ni 1 blog...
sokong2 dan bangkang2 xdalah..
cuma suka.
sy suka seni-seni-seni ZA. (ni baru sokong)

hahaha xda kaitan dengan entri ni.

Dream Writer said...

ini ada kena mengena ni dengan kes amalina che bakri ni. haha,just a wild guess.

aiDa aRmiN said...

Terima kasih kerana mengingatkan! saya mintak izin utk berkongsi isi entry ni dan juga isi komen dari 'kawan-kawan yang kita suka' ^__^.

alialisakreatif.blogspot said...

setuju...

Anonymous said...

mcm mn nk buat kalau kita dah minta maaf bnda y kita buat 2 x disengaja kan..ttpi org 2 tetap anggap kita ni org y suka mengutuk n mengeji org walhal kita xbuat pn semua bnda 2 melainkan kita sgt2 stress ngan perkara y sedang berlaku..setiap org melakukan kesalahan cuma kecil atau bsr shj..everybody not perfect...

budi_iman said...

mintak share bro..

budi_iman said...

mintak share bro..

Lyss Iman said...

Salaam,
saya sendiri baru difitnah,dicaci, dimaki, diherdik,dihina dan segala macam bentuk kecaman di facebook. paling mengejutkan+menyedihkan, bakal adik ipar sendiri mengadu domba, sudahnya bakal ibu bapa mertua termakan kata. Demi Allah saya sengsara, mudah saja buat mereka, puas dicaci dihinanya saya, tampil pula tak mengaku dosa, demi Allah lillahi Taala, kau nantikan saja pembalasanNYA.

Anonymous said...

mohon share ye....

SayabudakBaru Belajar said...

apa yg aku tahu dlm Islam itu menegur dgn berhikmah sbb tu lah umat islam umat terbaik kerana mereka menyurh kepade kebaikan dan mcegah kemungkaran tapi jgnlah sampai mengeji dan jgnlah jugak kite mcaci org yg ccuba mengingatkan kita dengan hikmah cth kata kau ingat kau baik sgt ke.... ingatlah mengingatkan itu perlu harus berhikmah bukan mengeji..hasil memerhatikan manusia mukmin ...

Anonymous said...

Maaf tanya...
Jika kita dh minta maaf pada org tu tapi dia x maafkan kita siapa yg berdosa?