Khamis, Mac 8

BUNOHAN

Hujan lebat malam ni semacam memberikan satu mood yang penuh tanda tanya pada aku. Beribu - ribu persoalan, juga punca - punca cuba aku gali dan cari akan perkataan yang tepat untuk aku padankan dengan mood yang singgah pada aku malam ini, tapi aku gagal.

Mungkin Tuhan memang tidak izinkan, mungkin Dia hanya mahu aku 'rasa' tanpa aku kenal pasti. Jadi, tak apalah.

Lalu aku pinjam 'rasa' ini untuk menggerakkan jari - jari aku menggigit papan kekunci ini. Mungkin 'rasa' ini hampir sama dengan rasa yang aku terima selepas menonton filem BUNOHAN.

Seakan kosong dan membisukan serba serbi pada diri. Yang tinggal hanya ruang fikiran untuk diselongkari. Aku fikir, ya, aku mahu kongsikan tentang BUNOHAN di sini.

Hari ini, 8 Mac 2012 sudah bermula tayangan filem BUNOHAN yang dinantikan ramai. Berapa ramai aku kurang pasti, yang penting dinantikan aku sendiri. Tolak tepi tentang soal aku adalah salah seorang pelakon filem ini, kerana aku lebih suka berbicara tentang filem ini dari mata penonton.

Yang penting aku bukan nak buat review tentang filem ini disini. Aku war - warkan sahaja.

Mungkin ramai yang menganggap filem ini filem action packed, sebenarnya tidak. Aku lebih sukakan konflik dan perhubungan dalam filem ini. Aksinya tidak terlalu banyak yang bakal memualkan penonton. Pada aku cukup, tak perlu lebih - lebih.

Selepas habis menonton di malam perdana tayangan filem BUNOHAN tempoh hari, aku sungguh terkesan. Tak payah cakap tentang sinematografi, lakonan dan lain - lain. Pada aku semuanya sudah di tahap yang membanggakan (tidak termasuk aku) Kerana aku tak pernah puas dan bangga dengan hasil kerja aku.

Tapi aku terdiam dan terkesan dengan sifat manusia yang digambarkan dalam filem ini. Keesokkan harinya, aku harus ke Alor Star untuk meneruskan penembakan drama dan sepanjang berada di dalam kapal terbang, aku masih lagi memikirkan tentang BUNOHAN. Dalam hotel, berseorangan tersandar pada dinding katil, aku masih ligat memikirkan tentang BUNOHAN.

Ahhh.. memang terkesan.

Bagaimana seorang manusia dengan pekerjaan yang kejam/ganas akhirnya tumbang kerana rasa kasih sayang pada seorang adik dan bagaimana pula seorang manusia dengan pekerjaan yang mulia, dihasuti syaitan dan menumbangkan rasa kasih sayang.

Beza.

Aku nak cerita lebih, nanti potong stim pulak pada yang belum menonton, tapi aku memang sarankan anda semua tonton filem ini. Kalau sebelum - sebelum ini kita selalu menonton filem komedi hiburan ringan, mungkin ini masanya untuk kita tonton filem sebegini. Lepas ni kalau nak sambung tonton filem hiburan ringan, tak salah. Silalah.

Jangan takut untuk berfikir sewaktu menonton, tak jadi hal. Macam aku pernah tulis di Twitter, kita nak beli seluar dalam pun kita fikir. Saiz, warna, corak. itu semua kita fikirkan. Berfikir bukan satu aktiviti yang kita buat - buat, ia memang sudah sebati dengan manusia. Jadi jangan takut.

Dan aku juga yakin yang pembaca blog aku ini juga bukan calang - calang. Aku sudah berjumpa, berbual di internet dengan pembaca - pembaca yang mengikuti blog aku. Kebanyakkan daripada anda semua adalah jenis yang mencari bahan yang baik samada untuk dibaca, ditonton dan lain - lain. Aku tahu. Aku bukan main petik. Ye dak?

Anda bukan calang - calang orang dan BUNOHAN memang untuk anda.

Jadi sebelum aku tinggalkan papan kekunci ini, aku tinggal beberapa video untuk anda tonton, untuk dapatkan gambaran tentang BUNOHAN, tentang 'rasa' dan bahasa filem ini. Ada trailer, di sebalik tabir dan juga video blog sepanjang pembikinan filem ini. Segala sinopsis, para pelakon anda boleh google sendiri. Jangan malas. Menonton filem ni kena rajin berfikir, kena pandai cari jawapan sendiri. Ini, belum tengok lagi dah malas nak cari jawapan.

Terima kasih buat setiap pembaca blog ini. Kita semua adalah pembaca.

























64 ulasan:

Sam Banjamin berkata...

terbaik dari tuan... Ketika membaca tulisan tuan, saya abaikan yang menulis ini zahiril adzim... tulisan yang baik.. tuan berjiwa seni...

Bunohan? terus terang, saya mula teruja...

harap kunjungan kembali dari tuan bila-bila ada masa. Kalau berkunjung sekarang, barangkali tuan terlepas tulisan-tulisan saya yang semacam tulisan tuan juga. Kalau bermasa, rajin-rajinlah menyelongkar apa yang ada di situ...

barangkali kita kesejukan hujan yang sama malam ini ya tuan....?

Sang Pencinta berkata...

Semat dan terbaek....

tulipituadalahaku berkata...

sudah pasti tidak akan ketinggalan menonton nanti..sudah masanye penonton mnilai di mana mereka mampu menggunakan mata untuk melihat menggunakan akal untuk menilai..sesuatu yang perlu dicedok bagi sesiapa yang sentiasa dahagakan pengajaran..syabas ZA..menjadi pelakon bukan hanya perlu pandai berlakon shaja bukan?anda lebih memahami kerana anda punyai jiwa 'itu'..

APi berkata...

memang dinanti cerita ni.. =)

Norlyana Nasrin berkata...

nampaknya Bunohan memang sebuah filem yang patut ditonton (^-^)

Zuriani Zakaria berkata...

wah akhirnya dah keluar pun, tunggu cite ni dari tahun lepas lagi :)

midonz berkata...

aku yakin filem ini akan hangat...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Salam saudara ZA!

:)

Memang ni antara yang ditunggu untuk ditonton. Sebab saya jujurnya memang selektif bila menonton. Bukan rupa paras yang menarik saya menonton, tapi bakat dan jalan ceritanya.

Tahniah buat anda! :)

serta semua pastinya. Akan menonton usai balik sekolah nanti, insyaALLAH. Paling lewat pun, masa cuti sekolah minggu depan ini.

Cik Hernie berkata...

Will be watching later..
Semoga berjaya awak! :)

Husna berkata...

nape takde promo kat TV? saya bukan kaki wayang..tapi kalau ada promo movie yg byk kali kuar TV and org review ckp best..mmg akan pegi tgk..all d best Zahiril!

faten osman berkata...

seriously can't wait to watch this movie :D

Cik Maz berkata...

wah.. nak tengok!! interesting!!

Liyaa Mf berkata...

Sounds interesting! Mahu rasa juga perasaan terkesan selepas menontonnya. Ahh, terpengaruh! :P

PERANGFILEM berkata...

Saya sudah tonton! Terima kasih kpd semua yg terlibat dalam Bunohan atas karya yang tinggi nilainya!

kamalhashim berkata...

serius xsabar nak tengok movie ne..
so exciteddd

Eyza-Graphy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pena Marhaen berkata...

moga filem ni akan mengubah landskap perfileman negara kita yang masih berlatarkan corak sama.

syabas BUNOHAN!!

Eyza-Graphy berkata...

Hi bro...ap kbr? sy rase Bunohan ni filem yg lain dr yg lain walaupun sy x b'peluang nk p tgk lg. sejak p'tama kali sy t'baca psl filem ni dlm papaer, sy terus cr trailer movie ni...n i was fell in love with the movie! sejak dr hari tu, mmg sy t'tunggu-tunggu nk tgk filem ni. InsyaAllah sabtu ni sy akn p terjah kt pawagam...x sabar! hehe ;)
~Eyza~

anna alaui berkata...

mesti kena tengok..

Eyza-Graphy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eyza-Graphy berkata...

Hi bro...ap kbr? sy rase Bunohan ni filem yg lain dr yg lain walaupun sy x b'peluang nk p tgk lg. sejak p'tama kali sy t'baca psl filem ni dlm papaer, sy terus cr trailer movie ni...n i was fell in love with the movie! sejak dr hari tu, mmg sy t'tunggu-tunggu nk tgk filem ni. InsyaAllah sabtu ni sy akn p terjah kt pawagam...x sabar! hehe ;)
~Eyza~

Puteri Lanun berkata...

=)

Nurila berkata...

Saya dengar temubual tentang filem Bunohan semalam di Radio ERA. Tak sabar nak tonton hujung minggu nie!;)

Dba Dealova berkata...

manusia itu takkan lepas daripada berfikir kerana dengan berfikir baru menunjukkan kita manusia.saya memang suka filem yang bole buat saya berfikir kerana otak ini akan mati kalau di'manjakan' sangat.

maszull berkata...

assalamualaikum zahiril...wah mcm best je filem ni boleh la pi tengok nanti...:)

Nyue berkata...

ant. filem yg sy nanti2kn...
xsabar nk terjah ke pawagan utk menonton filem ni sendiri..
pelbagai komen2 positif ttg filem ini yg sy baca & dengar...menambahkan ag perasan ingin tahu utk melihat hasil yg berkesan dr filem ini..

Tahniah kpd pengarah,krew & pelakon filem Bunohan..

fierul berkata...

filem ini memang wajid ditonton .. :)

Tanpa Nama berkata...

salam saudara zahiril adzim, nak tanya kenapa takda tayangan sebelah pulau pinang maksud sy di bahagian pulau? semoga lebih maju dalam carier anda.

Si Gile Dan KeGILAannye berkata...

yess...
memang terkesan...!
aku dah tgk smlm..

Azmi berkata...

Kalau anda memilih untuk menunggu filem ini keluar di televisyen, anda telah gagal sebelum bermula lagi. Tonton. Rasa & Fikir.

zUzu ♥ berkata...

dAh tGk!!! sEmua wAtak sGt...sgt...dEwasa? tAk tau nAk deScribe...tP sgt teRkesAn. pEngorbAnan iLham sgt mEnyentUh perAsaan...peRsahabAtan dEng sGt teRsentUh...n oFcouRse wAtak buNga lalaNg sGt kEsepian? keSedihAn? arghhh tAK tau nAk komEn...hUHu...sEmua wAtak teRbaik! diLakonkAn dGn baik! wAtak bakAr yg sGt jht...sEmua haRus dibeRikan kDt!! tAk ade peLakon lain yg pLg laYak utk meLakonkAn wAtak dLm BUNOHAN keCuali aNda sEmua!! all tHe beSt!!! =)

REDblack berkata...

just watched with friends. ktrg semua minat jiwa dan kerja seni anda. sgt bersetuju dgn apa yg ditulis. sinematografi terbaik. sgt2 cantik. sy suka filem yg memerlukan sy berfikir. even lps hbs tgk smp otw balik kami bncg n cari kelemahan filem ni kat mana tp still blum jumpa. haha.. good work brother. keep it up! :)

K O R I E berkata...

Omo. rasanya dah addict unt baca hasil tulisan En. z.a ni. :l

I'll watch ur latest movie for sure!

^_^ Zaza Nur Iman berkata...

tak sabar nak tgk.. :)

Tanpa Nama berkata...

sebuah gaya penulisan yang matang dari seorang anak muda..tahniah, Bob!

Nurul Ainaa berkata...

harap dapat tengok dgn segera! hmmm~

zool berkata...

memang nampak menarik.. best2

cik fiza berkata...

salam tuan,
saya baru menonton filem ini di wayang... sgt2 meninggalkan kesan pada saya dan sampai sekarang (selepas 3 jam balik dari wayang) masih lg terfikir-fikir dan terbawa2 mengenang Bunohan.. serius sgt best dan patut tgk..

karya ni sarat dengan mesej2 untuk masyarakat kita.. sepatutnya kita semua menghayatu kisah2 sebegini untuk membuka mata dan minda tentang keadaan masyarakat kini...

tahniah2...

CikPanda berkata...

BUNOHAN telah saya tontoni tadi. 'rasa' itu memang sampai dan terasa. sukar utk saya nyatakan apa yg saya suka tentang BUNOHAN tp cerita ini ada 'rasa' dan memang patut dirasai sendiri oleh yang lainnya.

syabas dan tahniah buat semua yang terlibat dalam BUHOHAN.

reenapple berkata...

wahhh.. first time I read this.. it's like.. WOW...

anda lain dari yang saya tengok di kaca TV.. =)

will be watch that even tak tahu bila.. masa tak cukup sekarang.. (=.=!)

Tanpa Nama berkata...

salam... bunohan menarik lain dari yang lain

huRiCAne J fAlCoN berkata...

jujur saya cakap... cita BUNOHAN ni memang segar dari ladang... saya bru ja tgk td... citer dier mmg menusuk ke hati.. sbb ia mengambarkan kisah sebenar kehidupan manusia kat muka bumi ni... memang excited waktu tgk citer ni... tahniah kepada para pelakon n pengarah citer ni!!!thumbs up!!!

Faizal Ashrafi berkata...

Cerita Bunohan mmg buat aku bnyk brfikir. Sejak dari saat ia dimainkan.

Tapi 1 yang tak pasti.
Mak yah membebaskan kekasih dia dari dalam budak tu melalui "permainan" puteri tu ke?

Hanya 1 persoalan tu yg masih belum mampu ak ungkaikan.

Tanpa Nama berkata...

Dah nak masuk 5 hari selepas menonton Bunohan, tapi aku masih dihantui bayang-bayang Bunohan. Sabtu ini akan ku ulang menonton sekali lagi untuk merungkai beberapa persoalan...

Mooza Mohd berkata...

http://moozamohd.tumblr.com/post/19573368072/feminine-power-animal-alligator-crocodile. Perihal buaya.

phoenix berkata...

semalam saya telah tonton Bunohan.. saya masih lagi tercari-cari perwatakan/cerita sebenar seorang kanak-kanak lelaki itu. Siapa sebenarnya dia?

Tejaputeri berkata...

Setuju dgn tulisan saudara, Bunohan bukan sebuah action packed movie tetapi saya sifatkan sebuah filem yang cukup rencah, tidak berlebihan sehingga memualkan dan tidak juga kurang rasa sehingga menjadi tawar. Saya terkesan dengan kemuliaan Ilham, si pembunuh upahan yang lebih mulia dan bertanggung jawab dan sarat kasih sayang berbanding Bakar. Seorang cikgu kononnya, seharusnya mulia tetapi hati dipengaruhi nafsu. Bagi saya, filem ini boleh ditafsir mengikut perspektif sendiri. Jika anda pencinta seni, mungkin anda boleh mentafsir setiap scene dan dialog dengan mendalam dan bagi saya yang buta seni, saya melihat ia sebuah filem mengenai kasih sayang dan kekeluargaan, persahabatan dan pengorbanan yang sangat hebat dan saya amat berpuas hati. Walaupun ada rakan yang menyindir bahawa Bunohan bukan untuk orang seperti saya; orang yang buta seni...tetapi sesungguhnya selepas menonton filem ini buat kali pertama, saya pasti Bunohan bukan untuk certain class of people but for everyone. Jngan terkejut, ini filem pertama yang saya repeat tiga kali menontonnya di panggung. Saya ulangi, semuanya berdasarkan perspektif..

dari jemapoh ke manchestee berkata...

kualiti yg muncul hanya dlm beberapa filem melayu spt kaki bakar, sepet dll. saya tgk smlm dgn wife, hanya dgn wife shj, tiada org lain lg di panggung. itu pun wife saya tertidur. kualiti spt ini mmg utk org2 yg cinta & faham shj, yg akan membawa org2 ini masuk ke wayang itu. saya mendambakan filem2 spt ini mnjadi budaya di negara ini, tp jgn buka mata, realitinya sungguh berbeza

Tanpa Nama berkata...

salam..sye btl sgt2 terkesan n tnye2 dgn cite bunohan ni! best !cerita yg mmerlukan tnda tnye ..saye masih tertnye2 siape budak lelaki itu? kalau bapa si adil tu dh mati, adekah budak tu adalahh jelmaan roh simati?mcm mn time bapa n budak tu bole bsembang dlm rumah tu n wktu tu ade bakar? ahh sgt konfius..tlg explain jap..n mek yah yg kluar dr laut tu isteri die ke?..sye msih kurang phm sbb bhse yg dgunakn tu bhsa klntan n sy kurang dpt tgkp sebutan plakon..sape2 boleh tlg explain x??pliss

Amermeftah berkata...

Ingatkah lagi orang pada filem 'Jogho'?

Tanpa Nama berkata...

tahniah zahiril , bunohan memang filem art yang bagus , kalau saya nak berlebih2 memuji bunohan adalah LEVEL 2 ORSON WELLES ! hanya satu perkara yang mencacatkan bunohan - dailog kelantan , yg lain kamera , lakonan , direction , artistik n style , satu lagi kureng muzik , sape yg kritik merepek2 bunohan - orang tu tak reti nengok film , DAN AKU BARU TAU RUPANYA PROF ABU HASAN TAK RETI TENGOKM FILEM ART .. TAHNIAH DIAN SAID DAN ZAHIRIL , FAIZAL , PEKIN , NAMRON DLL

Tanpa Nama berkata...

citer ni BODOHAN. pas tuh ape yg kecoh sgt pasal jogho tuh. citer tuh bangsat, bodoh dan bangang.

Nur Lavender berkata...

cerita yg sgt best..:) hrp dpt tonton filem mcm ni lg..:)

Jasmine Melor berkata...

Terbaik! Perlu ada lebih filem Melayu sebigini.

NUNU EERA berkata...

jln cerita yg sgt menarik.. keep it up..!

Sarardienar berkata...

dalam sarat ada ringannya tapi masih tetap ringkas dalam kepadatannya.

walaupun lambat menonton tapi itu bukan ukurannya. thumbs up!

Tanpa Nama berkata...

saya dah tengok filem BUNOHAN ni. ternyata lakonan yang dibawa oleh abang Zahiril, abang Faizal Hussein dan abang Pekin memang menjadi. cuma saya konfius satu je. sape watak budak laki yang ada dalam filem ini? sampai sekarang saya tidak dapat menemui jawapannya.

Siti Hajar berkata...

wow daim dah pndai lwn2 la,,

fafamuse berkata...

Assalamualaikum. Bunohan memang terbaik. Saya tengok berulang dekat astro first.Biar faham betul betul.Cara penyusunan jalan cerita memang meletup la.Yang budak kecik tu saka Pok Eng. Rakyat Malaysia kena tahu yang Orang yang main kulit wayang memang ada saka dia.Pok Wah pun dah cakap time dia ubatkan Bunga Lalang tu ,mak Bunga Lalang yang ajarkan.Means Mek Yah tu dukun la yang kompom ada saka kan (Perempuan cun yang muncul dalam mimpi Ilham dan belai Bunga Lalang). Yang solutenya, Bakar tu boleh suruh Namron fight Bunga Lalang.Duit punya pasal.Padahal member tu.Yang cute nya kan last sekali Pok Eng mati, then ada budak lari dekat dia, pastu terus lari, itu diumpamakan saka tidak bertuan laa.Bakar paling power bunuh semua. Sedangkan dia memang takda hak lansung dekat tanah tu.Solute gila kat Director Dain Said.Faham la kenapa tak box office.Diorang tak fikir sedalam dalam nya.

Tanpa Nama berkata...

dalam sedalam dalam nya...
makin di gali makin dalam..
kalau tak di gali lagi lah dalam..
mesti di gali untuk menemui kedalaman nya.....

Tanpa Nama berkata...

dale...sedale dale nye....koho gali koho dale...kalu x gali koho lah dale....kalu nok tahu setaro mano dale...terpakso lah keno gali.....kawe sapa ko ari ni x pehe cito BUNOHAN ni....tiap2 male duk pikir ko BUNOHAN.....

Tanpa Nama berkata...

dale...sedale dale nye....koho gali koho dale...kalu x gali koho lah dale....kalu nok tahu setaro mano dale...terpakso lah keno gali.....kawe sapa ko ari ni x pehe cito BUNOHAN ni....tiap2 male duk pikir ko BUNOHAN.....

Maira berkata...

Assalamualaikum..saya baru sahaja selesai menonton filem Bunohan selepas enam bulan filem itu ditayangkan..walaupun sangat lambat, saya rasa tak salah untuk saya beri pujian kepada filem Bunohan..saya merupakan pelajar filem dan saya mendapat tugasan untuk mengkaji filem ini..dan hasilnya,daripada sebuah filem yang pada awalnya saya label sebagai membosankan, saya anggap filem ini sangat berjaya dan ianya mempunyai lebih banyak maksud yang tersirat yang harus difikir dengan lebih mendalam untuk ditafsir..sejujurnya, pada awalnya, saya tidak memahami jalan ceritanya ditambah pula dengan narrative penceritaan yang agak slow..setelah saya menonton filem ini lebih lima kali, disertai pula dengan sedikit bantuan daripada tulisan anda di blog ini, saya dapat related kan tema dan narrative filem ini..keseluruhan mise-en-scene yang digunakan sangat berkesan..setiap babak yang habis tidak hanya habis di situ sebaliknya bersangkutan dengan babak seterusnya..sangat jarang untuk kita mendapatkan filem tempatan seperti ini..syabas diucapkan kepada pengarah nya, Dain Said yang berani mempertaruhkan filem sebegini..filem yang hebat di mata orang luar tetapi lemah di mata penonton Malaysia..bukan niat saya untuk merendah kan martabat kualiti filem tempatan..cuma, sebagai pelajar filem yang mengkaji banyak filem-filem tempatan dan antarabangsa, ternyata masih banyak yang kita ketinggalan..walaubagaimanapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada krew-krew filem Bunohan! semoga selepas ini, lebih banyak filem-filem berkualiti seperti ini di pawagam tempatan dan juga antarabangsa..

fredd berkata...

saya belum nonton. tapi macam best jugak citer ni