Sunday, May 27

tapak

Sebaik aku sampai di daerah itu, aku terus membuka sebuah kerajaan baru. Sebuah empayar baru. Empayar aku. Hasil dari perjalanan aku menerokai hutan dan lautan. Jalan air, dan jalan darat. 

Sekarang, kerajaan aku semakin luas. Aku sudah punya barisan menteri sendiri, aku sudah punya hulubalang, pendekar - pendekar yang berani berjuang demi kerajaan aku. Pembangunan lebih laju dari apa yang aku bayangkan. Ekonomi mencurah - curah keberjayaannya. Ekar - ekar tanah, sudah aku takluk semuanya, sana sini. Aku besarkan lagi dan lagi. 

Bertahun - tahun usahanya. Yang dulu tanah merah, kini menjadi jalan tar. Menghubungkan negeri - negeri dalam kerajaan aku. Digunapakai dari setiap menteri - menteri, sehinggalah rakyat jelata.

Tapi bila satu hari, aku melalui satu kawasan di mana tempat aku mula - mula pijak tanah kerajaan yang aku bina ini, mulanya tapak kakiku merasa tanah selepas laut yang aku redah, 

Kesan - kesan tapak kaki aku masih ada. Melekat. Segar. 

Macam baru tadi aku pijak sini.

22 comments:

tulipituadalahaku said...

ringkas tapi mendalam..yeah..ZA xpernah mhampakan~

tulipituadalahaku said...

tapak..
dgn satu pkataan je bley mcipta berjuta maksud..rsenye tanpa tapak semua mende yang dibuat xkn mjadi..sb tapak tu kn asas utk ssuatu~

aku HaniAsyira said...

apabila pusing ke belakang harap2 tapak tu masih tinggal..

Miss fatihaNur said...

x paham..sian aku

oshinz said...

tempat jatuh lagi kan dikenang.

~~zana@pb~~ said...

Masih ingat bekas tapak ku semasa di kampong dulu, berbekas dihati....

Ain Zaki said...

:)

ira basirah said...

cuma beberapa baris ayat mampu membuat kita berfikir mencari makna tersembunyi......

Roti Strawberriess said...

Kemana tapak kau melangkah. Aku tetap ada belakang kau bro.

Bella Luna said...

terbaik ;)

pinkcolour82 said...

:-)

Anonymous said...

tapak yang masih berbekas di tanah jajahan kerajaannya

cik baca saja said...

tapak yang masih berbekas di tanah jajahan kerajaannya

pu3sakura said...

~ingatan agar kita tidak lupa menjejak di mana kita, saat kita baru mula bertapak...~

kura said...

tanah air?

senyum :) said...

tapak-tapak yang bertapak ditapak hati...dari setapak membesar menjadi sekaki menjadi semeter dan akhirnya menjadi sebuat kerajaan dambaan..

aimaniman said...

salam kenal

akak minat membaca entri yang penuh makna tersirat dan bijak bermain dengan kata2 macam ni, teruskan yer..

Luna Biru said...

Tapak masih segar menunggu tidak seperti jiwa yang selalu lupa mengingat

Pendy's said...

Yeah dan kini Zahril Adzim melangkah setapak lagi menjadi tenaga pengajar on air.. Ajari mereka dengan untuk tahu mengaramg puisi krna dari menulis mereka akan membaca dan dari membaca mereka akan berfikir.. Di sinilah letaknya kualiti umat yg cemerlang... :)

Fasyali Fadzly said...

dah la a dah kau tak tulis yang macam ni.

yang ini aku suka.

Outbound di Malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

LynnDamya said...

sekali lagi....jatuh cinta dengan ayat-ayat anda...