Tuesday, July 24

permulaan Ramadhan

Syukur Alhamdulillah, masuk hari ke-4 Ramadhan. Ramadhan kali ini, sudah tentunya lain dari Ramadhan aku yang sebelumnya. Kali ini bersama isteri tercinta. Momen - momen sahur bersama dan lain - lain adalah priceless

Dan juga, kali ini aku menyambut Ramadhan dengan 2 keluarga. Indah. 

Mulanya aku fikir bulan puasa tahun ini nak berehat kejap. Berehat dari bekerja, tapi apakan daya, sudah ditentukan aku harus bekerja juga dalam Ramadhan tahun ini. Aku ok, syukur. Walaupun terpaksa menembak babak - babak berlari turun naik bangunan yang boleh bikin aku pengsan, ahh.. tapi peduli apa aku. Indahnya Ramadhan jauh lagi best dari seteguk air menghilangkan lelah.

Kita sama - sama doa ya? Agar Allah Ta'ala terima setiap amalan kita. Itu lebih penting. Nikmat. Kalau boleh kita cuba lah buat extra amalan yang baik bulan ni. Walaupun sebenarnya tak perlu tunggu Ramadhan baru nak buat, tapi aku percaya kalau itu boleh jadi motivasi untuk kita buat extra amalan, tak salah kot. 

Contoh kalau bulan ni kita nak start bersedekah, dengan motivasi yang apa pun kita buat bulan ni pahalanya double, kita buat je. Insyaallah bulan - bulan yang lain, kita akan terus tersimpan sifat suka bersedekah tu dalam diri kita. Mulakan dari hari ini. Itu contoh. Insyaallah.

Dan jangan lupa, banyak lagi amalan yang baik kita boleh buat selain dari bersedekah sahaja. Tapi kalau kita buat seikhlas - ikhlas yang boleh, tanpa mengharapkan balasan dunia dan akhirat, oh, itu lagi best! 

Jadi, selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini, kepada semua kawan - kawan yang kita suka, selamat menyambut Ramadhan Al - Mubarak. 

p/s: Kalau kita borak dengan orang yang betul, kita akan dapat inspirasi yang betul. Insyaallah.

46 comments:

MooNelly said...

terima kasih abg aril. semoga maju jaye dalam kerjaya. salam ramadhan juge.

FatihaNur said...

Salam Ramadhan to U...yes everything connecting to family are priceless...
just the way we appreciate it...

Wish a bless ramadhan for u, ur wife n ur family...

(peace)

Jiwa Perempuan Gila said...

amin .
maka kena sentiasa bergaul dengan orang2 yang betul .

nurdani said...

walaupun berpuasa tetap bekerja. ya semoga amalan kita diterima. amin.
salam ramadhan buat Zahiril dan Shera.

azieazah said...

InsyaAllah. Semoga Ramadhan kali
ini lebih baik dari sebelumnya..

Tahniah untuk lakunan cemerlang dlm Parit Jawa. Sesuatu yg cemerlang
akan bermula dgn sesuatu yg baik, kemudian terus menjadi lebih baik.

Salam Ramadhan

lynndAmya said...

insyaAllah, all the best to Zahiril Adzim juga..selamat berpuasa & dimurahkan rezeki keluarga :) amin~

Cik Puan Nurul said...

ya..benar Ramadhan merupakan latih tubi utk jadi lebih baik bukan hanya pd bulan ini tapi utk seterusnya

rahmahtalkstory said...

Salam Ramadan :)

Muhammad Faris 'Azim said...

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa. :)

maszull said...

assalamualaikum zahiril....insyaAllah moga kita akan mendapat keberkatan di bulan yg mulia ini...:)

orochimaruNM orochimaruNM said...

~ insyaAllah..moga amalan kita di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini akan di terima..amin..

Aety Hassan said...

Insya Allah, setiap kebaikan itu ada nikmatnya dari Yang Maha Esa.. Salam Ramadhan buat pengarang blog a.k.a Zahiril & keluarga.. ^_^

didie noxious said...

moga ramadhan kali baik buat kamu,isteri dan keluarga kedua-duanya.
"terus menembak yang baik baik"

Mila Ahmad said...

Selamat menjalani ibadah puasa

DekNie said...

Selamat berpuasa ZA...

Mira Adzlia said...

slmt bpose utk zahiril & shera :)

dalila.dallamyalamalif said...

nice one!

Husna said...

salam Ramadhan dan selamat berpuasa serta menjalankan ibada2 yang lain. salam pada Sheira

Fatin Farhana Binti Ramli said...

bulan puasa ni lah banyak dugaan .. selamat berpuasa .. ;)

echa takashimaya said...

"kalau kita borak dengan orang yang betul, kita akan dapat inspirasi yang betul. Insyaallah."

Iqlima Azmi said...

nice, selamat berpuasa!

NIZAM said...

Salam Ramdhan ZA :D

anna alaui said...

selamat berpuasa zahiril n sheera..

ஜ miss klanika ஜ said...

selamat menyambut ramadhan buat kamu dan isteri .
takpe la keja bulan puasa pon , utk tatapan peminat jugak nanti .

GEMBALA SUARA said...

Salam Ramadhan bro.

nadia said...

Salam Ramdan jugak buat Abg Zahiril dan keluarga.

Hush said...

insyaAllah.
selamat berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan ini, encik Zahiril!

adam said...

bab borak dengan orang yang betul tu saya setuju. tapi kalau borak dengan saya sepndar juga jadinya. haha

zaxx said...

perubahan hari mendatang bermula dengan perubahan hari ini... salam ramdhan..:)

Muar said...

salam Ramadhan Al Mubarak :)

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

Selamat berpuasa. Jaga mata, jaga mulut, jaga amalan, dan jaga - jaga.

Anonymous said...

selamat berpuasa

cEro said...

Bro untung, beri nasihat dalam blog.
Orang yg berpengaruh kalau bagi nasihat, paling tidak mesti ada yang ikut. Dapat pahala percuma..
Cuba orang biasa macam saya yang beri nasihat macam tu, nak dengar pun belum tentu, inikan pula nak ikut..

Apapun, semoga berjaya dalam apa yang diusahakan dalam bulan Ramadhan ini.
Saya tetap sokong bro!

Aku said...

Salam Ramadhan untuk anda juga. Insya Allah, jika niatnya betul, pergaulannya betul, kita akan mendapat manfaat daripdanya

Harbinger of Reckoning said...

Salam Ramadhan Adzim & family.

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Anonymous said...

Selamat berpuasa
Hari ni 29.7.2012 nmpk u n wife bebrbuka kt the curve. Comey betui wife u... ;)

Sha Syalizz said...

Yes. So priceless.

Salam Ramadhan,
ShaSkylinez

miss bunga said...

selamat berpuasa untuk anda dan isteri... saya sangat minat dgn lakonanan anda dan isteri... semoga kekal hingga hujung nyawa.

CAHAYA MATA said...

ya, tahniah kerana cemerlang dalam Parit Jawa..terutama scene yang last (gaduh dgn abg-abg dan kakak-kakak) tu..nice.. :)

selamat menunaikan ibadah puasa.. :)

Ain Runnia said...

Selamat menyambut bulan puasa & selamat hari raya ! =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

Salam Ramadhan to u .
semoga sukses dalam kerjaya lakonan

gelak macam kude said...

Alhamdulillah...inilah sebahagian nikmat & berkat pernikahan yang tidak ternilai...selamat berpuasa & berbuka. Semoga terus berbahagia selalu.

Miss Yaty said...

salam ramadhan :)

Dream said...

Orang yg betul tu macam mana , ZA ?

Anies Anierah said...

May Allah bless u owez..^_^