Selasa, September 4

pala hotak aku

Aku tanggalkan topi
Malam ini aku duduk di beranda
Bersedia membelah tengkorak
Selepas sebatang rokok ini.
Fuhh.. 

Lega menyedut racun buat aku penuh bersedia.
Lalu aku koyakkan kulit kepala.
Menggergaji tengkorak aku.
Penuh waspada otakku ambil keluar.


Sekrang otakku penuh dalam dua telapak tangan.
Darah menderas leleh.
Bila aku menjulang tinggi otakku.

Aku lepaskan, biar ia terbang
Ke tingkat - tingkat yang paling atas.
Ke lapisan ke tujuh, lapan, sembilan.
Suka hati kau lah otak. 

Jaga.
Bila kau pulang otak,
Pastikan kau otak yang baru
dan aku disini.
 
Menuggu, tidak berotak. 

p/s : Pala hotak kau.


39 ulasan:

mega senja berkata...

tragedi otak?? sadis!

zaxx berkata...

sepi.
menerbangkan otak..
agar otak baru yg lebih bebas dan matang, tp masih mnjejak pada syariat..
datang bertemu kepala...

ema angeloo berkata...

gila best lah pala hotak nie..nice yaww

cindir-rela berkata...

saya suka hasil ini!!

mia kaftiya berkata...

saya faham maksud tersirat tu.. untuk kali pertamanya. ;)

.FH. berkata...

harap otak yang dilepaskan kembali pulang dengan keadaan yang tenang. bebas dari sebarang permasalahan.

in jar bakery berkata...

haha! na buat jugak

in jar bakery berkata...

haha! na buat jugak

pakDin berkata...

pala hotak aku

Camy Alya berkata...

Pastikan otak anda dibasuh bersih pastu

safiah sokher berkata...

Puitis.

♥ Nana BamBam ♥ berkata...

harap otak baru tu otak yang ori dan bukan cetak rompak..kikiki

shazatul shifaa zulaikha zulkifli berkata...

karya yang dihasilkan tak pernah mengecewakan . tapi bawak2 la berhenti merokok ye :)

lynndAmya berkata...

wahhh, i love this ! sounds creepy~~~~~~ tapi menarik ! :D

Ahmad Arba'in Ali berkata...

i always love how u take me a surrealism world with your poem. :)

Iqlima Azmi berkata...

nice again!

Embun Melati berkata...

menarik!

walaupun tak isinya..

*sigh

Tanpa Nama berkata...

sgt ngeri..
tp penuh puitis..

Pett Suhaimi berkata...

Harap2 otak itu itu tidak ke semak samun. Nanti pulang,tiada penyelesaian dan kedamaian.

mia berkata...

saya nak otak saya lari. biar dia bersenam sikit. dah terlampau banyak lemak. gemuk dengan lemak tepu.

Mohd Shafik berkata...

Best poem! Banyak memikirkan masalah ke bro?

Mohd Shafik berkata...

Banyak masalah di otak ke bro? Best poem!

Mohd Shafik berkata...

Best poem!

- - berkata...

hahaha.sangat tulus dan ikhlas puisi ini.

MEGAT KHAIRULIZWAN berkata...

menunggu otak pulang. Otak tu mungkin balik atau tidak pulak. hahaha

Saya rasa Zahiril ada terlupa taip di "Sekrang otakku penuh dalam". "Sekarang". Dan "Menuggu, tidak berotak. ". Sebenarnya "menunggu".

Maaf ya, jika teguran saya seperti menunjuk pandai. Sebab saya selalu baca catatan Zahiril,taipan Zahiril selalunya dieja penuh.

Maaf sekali lagi tuan rumah.

MEGAT KHAIRULIZWAN berkata...

menunggu otak pulang. Otak tu mungkin balik atau tidak pulak. hahaha

Saya rasa Zahiril ada terlupa taip di "Sekrang otakku penuh dalam". "Sekarang". Dan "Menuggu, tidak berotak. ". Sebenarnya "menunggu".

Maaf ya, jika teguran saya seperti menunjuk pandai. Sebab saya selalu baca catatan Zahiril,taipan Zahiril selalunya dieja penuh.

Maaf sekali lagi tuan rumah.

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

smga otak masih ingat jalan pulang & kembali ke pangkal jalan.. :D

miss bunga berkata...

pala otak aku..kalau lah hidup ini semudah itu. niat ada, kekuatan belum tentu lagi.

ஜ miss klanika ஜ berkata...

memori di otak lama suda kau cabut dulu memori nya belum ? boleh pasang balik nanti

Tanpa Nama berkata...

nice..sgt mndalam maknya untuk sy..mgkin melalui perasaan yg sama.cuma organ kita berbeza.awk otak.sy hati.hmm..:)

Yousof berkata...

Kalau boleh, aku pun inginkan otak yang lebih bersih.

Yana Sakura berkata...

otakk??
pala hotak ang..
fuyoooo!! sadis sungguh..
smga otak kmbli ngn selamat..

Natasya Naslin berkata...

kamu dah kenapa brader bob .. =p
chillex .. kim salam kat kak ipar =D

EG berkata...

Mantap.

Mohd Aidil Mohd Salleh berkata...

inspired!

Mohd Aidil Mohd Salleh berkata...

Inspired!

xboodarkx berkata...

terbaekkkkkk

yana,, berkata...

seriously,, interesting,,
ringkas, kasar tapi bermakna,,
nice one!

namianymous berkata...

mintak izin copy ye