Sabtu, November 3

kembalikan

Setelah mungkin bertahun aku kejar apa yang aku impikan, sebenarnya aku telah tinggalkan apa yang aku pernah ada. Tapi itulah pengorbanan yang tanpa sedar, telah aku lakukan.

Aku membuka terapiku, Bogel Menuju Tuhan edisi penulis yang selalu terselit di antara buku - buku yang aku bawa ke set, setiap hari. 

Helaian demi helaian aku semak dan baca semula 'aku yang dahulu'. Yang dahulu yang ternyatanya dalam tempoh hari - hari tidak berwarna, penuh rabak dan pedih. Tapi percaya atau tidak, aku tak mungkin dapat menyatakan apa yang aku rasa hari ini ke atas kertas seperti yang pernah aku lakukan. 

Aku sedar bahawa dahulu aku hidup dalam ruang imaginasi aku sendiri. Yang sebenarnya dimiliki setiap orang. Sebuah ruang yang aku panggil ruang infiniti tidak bergraviti, yang mana ruang itulah yang mengajar siapa diri kita hari ini. 

Ruang untuk kita kenali diri kita, ruang untuk kita selongkar apa fungsi diri, ruang yang telah banyak mengajar kita tentang hidup. 

Kerana setiap kali kita bertanyakan siapa nama kita pun, kita akan memasuki ruang itu. Apatah lagi bertanya pada diri sendiri tentang apa yang hendak kita lakukan, apa yang telah kita lakukan. Pendek kata, 

setiap kali kita berfikir, kita berada di dalam ruang itu. Itulah dunia kita yang lagi satu .

Hari ini aku tak yakin aku punya lagi ruang yang mewah seperti dulu. Hari ini pada aku sudah lain, usia sudah meningkat yang menolak aku untuk bertanyakan soalan - soalan fasa yang baru. Yang bertanggungjawab. Sama sekali tidak sama. Dengan tuntutan kerjaya yang menghimpit aku setiap hari. Tapi malam ini, aku kembali ke ruang itu lagi dan mengharapkan..

Agar kembalikan ruang itu...


19 ulasan:

justnicegirl berkata...

dan saya terbayangkan 'ruang' itu sekarang..istilah yg bagus utk membayangkan 'keadaan' itu...

kura berkata...

rongga rongga yg tak pernah kita jejak lagi. piuuuuu.

.FH. berkata...

yeah.ruang infiniti tidak bergrafiti
suatu ketika dahulu.

ishiko berkata...

dulu dan sekarang
berbeza

grenadeisArt berkata...

ada terbaca merparti jingga kena geledah.buku kau dan pekin kena rampas.atas sebab apa ya.?

Shamimi Haniza berkata...

Sy rindu abg bob yang dulu. Tp sekurang2nya kalau ad peluang, balik la ke pentas teater. :-)

Mierul Zul berkata...

Alangkah berharganya 'ruang' itu. Nikmat yang dikecapi memadamkan memori ruang gelap yang indah itu. Aku rindu tapi hidup mesti diteruskan. Dan 'ruang' itu mengajar kita erti hidup agar kita bersyukur.

Mierul Zul berkata...

Alangkah berharganya 'ruang' itu. Nikmat yang dikecapi memadamkan memori ruang gelap yang indah itu. Aku rindu tapi hidup mesti diteruskan. Dan 'ruang' itu mengajar kita erti hidup agar kita bersyukur.

MEGAT KHAIRULIZWAN berkata...

sekeliling sudah berubah, kita harus memandang masa hadapan.

Fendy berkata...

ruang imaginasi itu hanya mimpi jika tidak direalisasi...

Tanpa Nama berkata...

Saya puji brother zahiril adzim.anda ada ruang itu.ruang kenali diri.kita umat terakhir.kita umat kekasih Allah.kita umat Nabi Muhammad saw.Anda berjaya wujudkan ruang itu.Sungguh saya pun malu dgn anda yg mampu cuba untuk kenali diri.Kenali diri.Itu Mesti.
Kita datang drpd siapa?
"perut ibu lah brother!"
yee..itu betul tpi..
sebenrnya,lebih tepat kita datang dpd ALLAH!
kenapa bro?
sbb Allah lah yg cipta kita.Allah lah yg Izinkan kita trbentuk dlm perut ibu kita.Hanya Allah yg izinkn itu semua.
Kenapa pulak ye?
sbb Allah Maha Pencipta.No doubt!
Klu Allah xizinkn ibu kita kahwin ngn ayah kita,we are not here.
Klu Allah xizinkan ibu mengandung dan selamt lahirkan kita,we are not here.
Itu.Itu.Itu semua datang dpd Allah.Kenali diri bukan.
Siapa kita right now itu penting!
Siapa kita?
"Kita adalah anak kelahiran ibu dan ayah tercinta yang memegang jawatan sebagai HAMBA ALLAH"
Jawatan itu satu kerja.spertimana kita bkrja di dunia.
Kerja itu satu amanah.Amanah itu wajib dijaga dan dipelihara.
Amanah Allah.
Amanah itu satu tanggungjawab.
Perlu.Mesti.Di jaga.
How?
Being good MUSLIM not just muslim in i/c!
"good?"
"susah bro nak jdi baik.kena jga itu ini"
"alah...baik2 jugak.asyik kena hina je.."
"aku jahat bro.byk dosa.macam mne nak jdi baik?macam dah xde pluang jekk"
Itu pemikiran yg totally salah.
Jdi baik is easy.Back to Islam.Back to Islam.
Mula2,niat perlu ada.niat nak ubah diri.insyaAllah.Allah akn mudhkan.sentiasa ingat,Allah Maha Baik.Maha Terima Tobat.
Klu msih liat nk ikut majlis ilmu,relax perlahan2.
Cari kawan2 yg dekat dengan Allah.Kawan yg ada niat dan potensi nak ubah.Ajak sekali.trbaik!!
yg paling penting dan easy gilekk..pergi masjid atau surau shja.
ikuti kuliah maghrib atau isyak.
Try lah cari free time. isi dgn ingat blik,
"Apa tujuan Hidup kita?"
-popular?
-kaya?

Actually,tujuan kita adalah Mati!Menuju akhirat!
stiap org akn mati.mmg ngeriii gile sebut pasal mati nii.
hemm apa kelasss ingat mati dok?
tak!Mesti ingat!

wallahualam.maaf.bukan niat nak skiti hati anda yg baik lg telus dan ikhlas.niat sya hnya memberi dan berkongsi ilmu dan pengalamn.
saya dlu baik mana.Manusia...
tp insyaAllah tujuan kita sama.Akhirat..
Nanti klu trserempak dalam syurga tegur2 lah ye..ehe.
maaf sekali lagi.
semoga anda diberkati Allah.Ameen~~

Ahmad FK berkata...

Ruang itu untuk aku dan aku. Itu dunia aku yang bukan mudah sesiapa mahu tembus. Ah, bukan engkau faham, sebab kau tak berhak untuk geledah. Adakah ruang/dunia sendiri itu masih wujud... semestinya...

Tanpa Nama berkata...

Hanya insan Kenal manikam- Kata allahyarham loloq.
Setuju Tampa nama 2

wisata bakti alam berkata...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Prince of Noob berkata...

cam best je buku bogel menuju tuhan tu... nak try bacalah

http://buasirotak.blogspot.com/

SyamimiNazifa berkata...

okay seriously macam sasterawan ;)

wisata bakti alam berkata...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

aslvie adam berkata...

Wow!!nice entry!

Sham Kamarul berkata...

ya itu la ruang yang memadukan setiap perirasa. Kita adalah perirasa itu..