Thursday, May 24

aku singgah

Salam sejahtera.

Aku singgah di sini kerana rindu untuk menulis itu tiba - tiba datang kembali. Menghentak - hentak jiwa aku menyuruh untuk menyalurkan segala fikirku ke penulisan.

Tapi bagaimana aku hendak mula, aku lupa. Lupa kerana terlalu lama tidak singgah di ruang ini. 

Dahulu aku singgah bersama rasa yang pelbagai. Berkecamuk. Tiada tenang. Keserabutan itu yang menolak jari - jariku menari - nari di papan kekunci ini.

Takpalah, aku cari lagi. Nanti.

Buat masa ini aku khabarkan ada sesuatu yang akan datang (moga Allah permudahkan) yang sungguh menarik buat diri aku. Tentang perjalanan kerjaya aku. 

Mungkin ia juga dapat menyumbangkan sesuatu pada aktiviti penulisan aku ini.

Mudah - mudahan.


p/s : Salam Ramadhan buat kalian yang masih berada di sini. 

Wednesday, September 20

tak faham

Makin hari, makin tak faham. 
Hari yang aku tak faham makin berhari - hari.
Dan berhari - hari aku makin tak faham.

Makin.

Monday, May 1

boleh tolong?

Nak mintak tolong. Tolong kembalikan keyakinan aku. Membebaskan keraguan telah membunuh banyak perkara sebelum ini. Membunuh suara - suaraku. Boleh kah?

Tanya aku pada jiwaku.

Maka bermulalah perjalanan aku mencari keyakinanku semula, mencari jiwa yang positif.

"Mencari Jiwa Yakin"

Mahu bersamaku?

Friday, January 15

orang tak faham

Aku sekarang di dalam fasa di mana aku rasa orang tak faham apa yang aku nak dalam kerja aku.  Benda ni sangat - sangat sedang mengganggu aku.

"Korang tak faham", aku fikir.

Jadi bila aku rasa orang tak faham aku dan aku rasa aku tak perlu pun untuk explain pada diaorang, aku jadi cepat serabut.

Faham tak?

Cumakan, kali terakhir aku rasa orang tak faham aku ialah sewaktu aku sekolah. Waktu tengah remaja. Biasa remaja mesti akan selalu rasa orang keliling dia tak faham dia. Kemudian, waktu itu aku sampai satu tempoh dimana aku hentak jiwa sendiri, aku hentak fikiran sendiri untuk berhenti fikir yang orang tak faham aku. Aku rasa aku tak perlu orang faham aku. Aku sekolah kan diri aku balik bahawa jangan pernah ada pemikiran yang orang nak kena faham kau. Tak perlu. 

Kalau perlu pun buat apa? Jadi selepas waktu itu, aku hidup dengan lebih tenang, dalam keadaan aku pedulikan orang faham aku ke tak. Kalau aku sakit sebab orang tak faham aku, bermakna Allah nak aku fikir salah aku. Bukan sebab orang lain yang tak faham aku. 

Seriously, kita sibuk nak orang faham kita untuk apa? Betul - betul nak semua orang faham kita? Nak sampai tahap kita buat apa pun, orang faham? Untuk apa kita beriya - iya sangat nak orang faham ni?

Atau memang hidup, dilukiskan Allah untuk orang tak faham kita. Itulah cabaran dia, ye dak?

Jadi bayangkan kalau semua orang faham kita. Kita jalan kaki tengah - tengah orang ramai, dengan senyuman penuh lebar, sebab SEMUA orang FAHAM kita. Kita korek hidung tengah bandar pun, senyum je sebab orang keliling semua faham yang kita perlu korek hidung time tu.

Itu ke yang kita nak? 

Apakah kehendak untuk 'orang faham' kita itu benar - benar perlu?

Sejak pada itu, aku rasakan yang aku boleh hidup kalau orang tak faham aku. Itu bukan satu keperluan dalam hidup aku lagi. Tak penting. 

Tapi hari ini, tiba - tiba dia datang. Mengganggu aku. 
Mungkin sebab aku dah lama tak sekolahkan diri aku sendiri.


Tuesday, September 8

dulu

Dulu.

Selalu dengar dan baca kata - kata
"Ingatlah Allah, itulah sebaik - baik penenang hati"

Aku musykil di manakah kebenarannya? Setakat ingat je?
Dulu.

Sehinggalah, Allah beri aku rasa sendiri. 

Dan rupanya ia bukan sekadar 'ingat' pada Dia sahaja. Melebihi itu.




Dan ia berulang - ulang ulang ulang ulang ulang. Sampai gemuruh, bergoncang dada.

Friday, June 19

Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan semua. Maaf, tiada wish panjang lebar. 

Saturday, June 6

rindu

Beruntung mereka yang didatangi Rasulullah SAW di dalam mimpi. Sungguh. Alangkah bahagianya kalau kita juga dikunjung Baginda dalam mimpi.

Tapi. Allah Maha Mengetahui.

Maha Mengetahui apa yang kita tak pernah tahu dan tak tahu. Mungkin Allah tahu kita tak boleh handle bila dapat nikmat itu.

Aku sendiri. Mungkin akan menangis tak henti - henti jika didatangi Rasulullah SAW dalam mimpi. Sehingga terjejas hari - hari ku. Menangis gembira atau gemuruh. Padahal aku ada tanggungjawab. Mungkin. Aku tak tahu. Itulah, aku manusia yang tidak tahu. 

Cuma kerana rindu pada Baginda, perasaan ingin masih kuat. Waktu aku menulis ini pun seluruh tubuh badan seakan nervous, darah menjadi laju. Berderau. 

Apatah lagi kalau didatangi Baginda. 

Allahu.


p/s : Sollu 'Alan Nabi.