Tuesday, December 15

pembohong situasi

Firasat ku mengatakan bahawa apa yang firasat ku katakan itu betul. Maka, kau seorang pembohong yang telah berbohong dalam beberapa situasi lalu.

Kata - kata pujangga neraka kau harus dihanyutkan bersama sejarah sial kau.

Lahanat.

Selamat malam hati, minda serta tingkah laku kau, seorang pembohong situasi pujangga neraka. Seterusnya, aku serahkan pada Tuhan.


Wednesday, November 25

pengumuman yang umum

Dalam kesibukkan aku menembak di Batu Pahat, berhempas pulas dari senapang kayu ke raket badminton, sukacita aku nak maklumkan..

Sekejap. Ya, aku memang tengah suka - suka nak suka. Sebab hati aku tengah lara, jadi suka betul aku nak suka - suka.

Sambung.

Filem KARAOKE seperti yang aku pernah maklumkan sebelum ni, akan ditayangkan di GSC, Mid Valley Megamall, 26hb sampai 2hb Disember, betul tak?

Betul ke tidak?

Aku dengan senang hati (dah senang pulak, tadi suka?) Teruja akan pergi menonton filem KARAOKE pada 26hb, jam 6ptg bersama tenaga produksi yang lain. Kata sutradara aku, aku akan memperkenalkan tayangan pada petang tu, sambil menyerahkan jiwa, maaf, menyerahkan poster - poster secara percuma kepada kawan - kawan yang kita suka.

Amacam? Kalau ada masa korang yang terluang, bolehlah datang lepak tonton sekali dengan aku. Okeh?

Baiklah, sekarang kita cerita pasal hati. Atau tak perlu?

Pasal hati aku diperkecaikan lagi setelah beberapa kali. Terima kasih. Terima kasih pada doa - doa yang menghancurkan. Tak mengapalah.

Mari kita teroka lagi apa yang ada dalam kehidupan! Terus ke depan!

Nah, satu video aku menjadi diri sendiri!!



Saturday, November 14

mari ber-KARAOKE!

Otak kalau dah taknak bergerak, memang tak mahu gerak punya. Menulis ni bukannya boleh main keletak - keletuk je. Sapa yang nak baca kalau menulis main hentam kromok je. Bosan macam haram. Ye tak ? (Yaaa!!! aku jawab sendiri).

Dah macam - macam lagu aku pasang, punya lah nak amik mood nak karang ayat, nak karang struktur, tak dapat - dapat jugak. Padahal nak cerita pasal filem KARAOKE je.

Jadi kita simplekan je lah entri ini ya? Agar semua orang boleh telan-hadam. Yang penting, apa yang nak disampaikan, tersampai.

Baiklah.. errr...

Tengok, dia dah hilang balik!. Damn it betul!

Mana tak nya, hari - hari aku bekerja keluar pagi balik malam. Penat badan, penat otak. Dah berapa minggu dalam kepala aku ni banyak sangat benda yang aku fikirkan, banyak sangat rancangan yang aku nak laksanakan. Yang aku taknak berkubur macam tu je. Yang kalau boleh aku nak wujudkan hujung tahun ini, setidak pun tahun depan.

Yah, tahun depan! Itu pasti! (Fuh, bismillah...)

Baiklah, itu cerita tahun depan, ini cerita ini tahun punya. Silap, ini bulan punya.

Filem KARAOKE yang ditunggu - tunggu (untuk sapa yang menunggu) akan ditayangkan dalam masa terdekat ni. Yeehaaa!! Andre! Andre!

Tapi! Tapi! rilek..

Filem ini tak ditayangkan macam filem - filem tempatan lain. Filem - filem tempatan lain ditayangkan di seluruh pawagam, 2 minggu setidak lamanya (wajib tayang), tapi KARAOKE tidak. Kenapa? Kerana ia disumbatkan ke Tayangan Internasional.

Kalau korang nak tahu sinopsis KARAOKE, korang boleh google tak pun cari dekat Facebook. Jadi fan. Apa yang aku boleh kongsi ialah kerana filem KARAOKE ni lah yang menjadikan aku rakyat Malaysia jadi jakun dekat Cannes Film Festival.

Yeap, KARAOKE pernah tercalon untuk kategori Camera d'Or (Golden Camera) di Cannes Film Festival. (Baca sini). Juga, KARAOKE telah memenangi Anugerah Maverick di Calgary, Canada. Encik Google, sila jawab.

Jadi, kawan - kawan yang kita suka, bolehlah merancangkan perancangan untuk merayakan filem ini di pawagam di GSC, Mid Valley sahaja ya?

Maaf beb, memang ditayangkan kat situ sahaja. Jangan tanya kenapa, ini karenah orang atasan. Maaf sesangat.

Kita ni orang kecil - kecil sahaja.

Oh! Oh! Juga ada berita baik untuk sesiapa yang rasa dirinya berbakat atau bertuah, atau mahu mencuba nasib untuk dapatkan tiket percuma..

YES! Tiket percuma ni! Macam pertandingan kira kacang dalam botol kan? Cool kan?

Aku tahu.

Baiklah, here we goooo!!!!

(Dipetik dari blog Sultan Muzaffar)


26 November - 2 Disember
Golden Screen Cinema (GSC)
Mid Valley, Kuala Lumpur.

11:15 AM 01:30 PM 04:00 PM 06:30 PM 09:00 PM 11:40 PM

Menangi dua (2) pas bagi menyaksikan filem KARAOKE yang akan ditayangkan mulai 26 November ini di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Pemenang yang menghantar jawapan paling tepat dan slogan paling kreatif berpeluang untuk memenangi dua (2) pas menyaksikan filem tersebut.


Sila hantar jawapan dan slogan anda ke alamat email peraduan.karaoke@gmail.com. Pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan paling tepat, slogan paling kreatif dan tarikh dan masa email dihantar (siapa cepat dia dapat).

Sila sertakan :

1. Nama penuh
2. Alamat
3. Nombor telefon
4. Satu gambar filem KARAOKE yang terdapat dalam Fan Page http://www.facebook.com/pages/Karaoke/109602511338

Selamat mencuba ! Dan terus email ke peraduan.karaoke@gmail.com !

1. Namakan dua pelakon utama filem Karaoke ?
2. Bilakah filem KARAOKE akan mula ditayangkan dan di manakah filem itu akan ditayangkan ?
3. Anda akan menonton filem KARAOKE kerana ………(tidak lebih 20 perkataan)

Syarat penyertaan :

1. Pastikan anda menyertai Fan Page filem KARAOKE di http://www.facebook.com/pages/Karaoke/109602511338

Tarikh tutup peraduan adalah pada 19 November 2009! Hantar penyertaan anda sekarang !



--------------------------------------------------



OK tak? Senang je beb soalan dia (bukan aku yang sediakan). Kalau aku yang sediakan nanti, aku sendiri tak dapat jawab.

Sebab hidup aku banyak persoalan yang aku tak dapat jawab. Haha.

Jadi, korang boleh lah hantar jawapan ke email yang diberikan di atas. Jangan jawab dekat comment box sudah lah ya? Nanti orang rembat.

Selamat tinggal! Jumpa lagi! Byee!!! Jangan lupa SEBARKANN!!

p/s: Weh, apsal entri ni macam santai sangat? Hmmm... begitulah.



"Filem ini ialah ia sebuah filem yang cukup berbeza dengan filem-filem Melayu yang lain."
(M. Ayu, review, www.GUA.com.my, 6 Nov 2009)

"Sebuah masterpiece seni filem.... dengan jalan cerita yang berani menonjolkan aspek kehidupan di Malaysia yang jarang dipaparkan.... Saya tak sabar menontonnya di layar perak."
- Dain Said, pengarah filem 'Dukun'

“One of the most beautiful discoveries of this year's Cannes … A filmmaker is born.”
(Les Inrockuptibles, 26 May 2009, France)

“Chong delivers a serene yet often striking debut feature ...”
(J. Anderson, Eye Weekly, Toronto, 4 Sept 2009)

“Visually stunning and mesmerizing, "Karaoke" is cinematic poetry, a rapture of energy and release.”
(Moving Pictures Magazine, USA, October 2009)

Monday, November 9

sorong seni, tarik sukan.

Pernah aku dan konco - konco (Rumah Anak Teater) bercakap tentang 'seni dapat menyatukan kaum' dan sebagainya. Tidak kira seni apa.

Samada seni muzik, seni teater, seni tari, seni penulisan, seni filem, seni kraftangan, seni visual, seni halus, seni ukir serta seniman jalanan. Seniman jalanan? Apa - apa lah.

Tak kira.

Ini sudah terbukti. Terbukti apabila bangsa - bangsa yang dikelaskan oleh penjajah satu ketika dahulu (ya, bangsa sebenarnya diwujudkan oleh penjajah) berkumpul untuk merayakan sesebuah medium yang digemari, diminati dan segala macam lagi.

Kita ambil contoh yang paling dekat dengan semua orang (harap - harap), iaitu seni filem.

Seperti yang kita semua sudah tahu dan terpalit di dalam kepala, setiap kali kita menonton filem di panggung wayang, secara tidak langsung di dalam panggung itu sudah ada penyatuan. Di mana pelbagai bangsa berkumpul untuk merayakan (menonton) filem tersebut.

Katakan filem itu bagus dan memuaskan hati penonton yang hadir, masing - masing akan keluar berjalan pulang, tersenyum berbual sesama sendiri, berbincang tentang filem yang baru sahaja ditonton. Dalam kesesakan berjalan kaki keluar dari panggung, kebanyakkannya, apa yang ada di dalam kepala masing - masing semuanya tentang filem yang baru ditonton. Walau terlanggar bahu sedikit, walau terpijak kasut sedikit, pasti kemaafan cepat sahaja dibenarkan! Aman bukan? Yeah!

Tapi ini untuk filem yang bagus dan memuaskan hati. Kalau filem tak bagus? Aku tak tahu.

Atau mungkin ada yang fikir dekat mana nak makan lepas tu. Mungkin. Aku pernah.

Sambung.

Ditambah pula, dalam lorong yang sesak yang panjang, menuju ke pintu keluar, lorong yang kalau kita pekik akan bergema seluruhnya, masing - masing berbual, mengkritik dan sebagainya. Tiba - tiba ada seorang penonton yang carried away, atau terlalu into filem tersebut, melaungkan satu dialong yang masih tercalit di dalam kepala dia (atau kepala penonton yang lain)

Lalu bergema dan didengari oleh penonton lain yang sedang berjalan kaki keluar. Maka tergelak kecil yang lain - lain kerana secara tak sedar, dialog itu juga terpalit dalam kepala mereka. (lagi sekali, jika filem itu bagus dan memuaskan hati)

"Aaaawwwww!" (oh, aku ambil contoh This Is It - Michael Jackson) Kerana lebih universal kata awek Hartamas.

Ada yang memandang senyum. Ada juga yang bersuara.

"That's nice bro! You really sound like him" sambut seorang bangsa lain, yang merujuk kepada watak hero dalam filem tersebut. Dan mereka semua tergelak kecil....

Oh, aku terbayangkan keamanan kaum yang melampau. Maaf.

Tapi sepanjang menonton filem tersebut, tidak ada langsung pemikiran bahawa, "Eh kenapa aku tengok filem dengan bangsa lain ni?"

Takda, kan?

Baiklah, mungkin ada segelintir. Itu bukan masalah kaum, tapi individu itu sendiri yang racist tak habis - habis. Abaikan.

Tak pun kalau ada yang menendang kerusi kita dari belakang, buat bising atau beromen, bila kita toleh untuk suruh diam, kita tengok bangsa lain. Tapi sekali lagi, itu bukan salah bangsa, salah individu.

Jadi secara langsung jika sedar, dan secara tidak langsung untuk yang kurang sedar, itu adalah contoh kecil bahawa seni itu telah menyatukan atau membenarkan kaum yang pelbagai, berkumpul (gather).

Untuk merayakan.

Baik, itu cerita seni filem. Kalau kita bercakap tentang seni muzik, lebih kurang sama ceritanya. Cuma naratifnya lain - lain. (harapnya lah)

Tak masuk peminat - peminat sedunia Michael Jackson, Britney Spears, Metallica, Green Day, John Mayer (cheh, aku ler tu), Beyonce dan lain - lain. Bila mereka datang nak buat konsert di negara, berpusu - pusu orang beli tiket!

Yah, sekali lagi, itu contoh penyatuan yang membenarkan sesama bangsa berkumpul untuk merayakan.

Dan kemudian, contoh - contoh lain pun menyusul, yang kalau aku tulis berjela - jela nanti.

Untuk aku yang paling dekat, ialah seni teater. Korang dah tengok filem GADOH? Tengok dan jawab sendiri.

Ini cuma contoh kasar. Contoh kecil. Kasar yang kecil - kecil. Sebenarnya luas lagi penyatuan serta perpaduan dalam seni ini, cuma aku je yang malas nak bagi contoh dalam - dalam. Korang kenalah fikir sendiri sebab benda dah depan mata.

Takkan semua aku nak suapkan.

Kemudian aku terfikir lagi, apakah selain seni yang dapat menyatukan?

Sukan boleh tak?

Lalu aku menjawab pada seorang teman, MoizzisR.Chong namanya. Seorang penulis skrip filem GADOH. Penulis bersama, untuk lebih tepat.

"Sukan boleh Chong!", aku mencelah.

Sukan boleh menyatukan kaum, sukan membenarkan kita berkumpul secara aman! Tengok masa pasukan badminton negara bertanding, tengok masa Lee Chong Wei main, berapa ramai orang - orang kampung (bangsa selain Cina) bersorak dengan kaca TV?

Menyokong bangsa lain atas nama negara!

Sahut seorang rakan lain, "Bapak aku yang racist pon sokong Lee Chong Wei dulu weh! Walaupun dia suka bercakap tentang Melayu!"

Jawab R.Chong, sukan boleh. Tapi jangan lupa, sukan ada sifat bersaing, sifat berlawan. Sukan memiliki sifat - sifat yang bakal menyebabkan pertelingkahan. Bakal menyebabkan perbalahan.

"Hmmmm...." aku berfikir sejenak, dari hari tu sampailah dua hari lepas.

Bila tengok rusuhan penyokong bolasepak di Stadium Bukit Jalil, bila tengok stadium di bakar, bila dapat tahu di luar stadium telah tercetusnya keganasan antara penyokong,

Aku terus kembali berpihak pada 'seni dapat menyatukan'. Setidaknya aku mengharapkan itu, kerana sukan gagal mewujudkan perpaduan. Lebih teruk, sesama bangsa.

Tidak lagi sukan.

(Walaupun sukan ada seninya)

p/s: Contoh Awww! di lorong itu hanya khayalan 'keamanan kaum' aku yang melampau.

Sunday, November 8

buat semangat buat - buat

Apa pernah kau dapat idea nak buat ini, itu, itu, ini, ini, ini, itu, itu, itu. Macam - macam. Semuanya pada kau bagus - bagus.

Berkesan, dalam, menarik.

Seronok nak buat! Tak sabar nak buat! Kau bayangkan ini! Kau bayangkan itu! Kalau begini pasti menarik! Kalau begitu pasti bagus! Kau tengok itu, kau terinspirasi. Kau lihat ini, kau terinspirasi! Tak sabar! Tak sabar!

Semangaaattttttt!!!!!!!!

Tapi akhirnya, sampai hari ini, satu pun tak terbuat. Bila kerja lain menghambat.


Tuesday, November 3

untuk tontonan umum

Bukan aku malas nak update blog, tapi kalau dah tiap - tiap hari aku bangun seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah dari kerja jam 11 malam, macam mana nak update? Lebih baik aku update diri sendiri dulu.

Iaitu, tidur.

Otak aku ini takdalah gempaq sangat sampaikan duduk depan komputer sahaja, boleh terus keletak keletuk papan kekunci aku ni. Sekurang - kurangnya aku perlukan beberapa jam yang lebih 'serius' untuk menggerakkan minda untuk menulis. Tapi setiap hari, lebihan jam yang aku miliki setelah pulang dari kerja, adalah antara waktu - waktu yang aku sudah capek.

Fizikal dan mental.

Sebab itu aku tulis yang ringan - ringan sahaja.
(Jangan bawa maksud lain perkataan 'ringan - ringan' ya?)



Jadi, ini juga adalah antara tulisan ringan - ringan aku..

Bagi sesiapa yang rajin menonton television, yang juga telah tersempak dengan iklan - iklan rancangan TV, maka sudah tentu ada yang sudah tahu.

Bermulalah hari ini, 3 November akan ditayangkan drama bersiri Waris terbitan Pesona Pictures dan juga Lembing & Layang (Senoi Praaq) yang akan di tayangkan esok. Dua drama yang aku menembak sed..a.n...

Ok, ok. Aku dah betul - betul mengantuk sekarang. Aku letak info je lah eh? Pandai - pandai ler kome baca.


LEMBING & LAYANG (SENOI PRAAQ)
8 Episod.
Setiap Rabu dan Khamis.
9 malam di ASTRO CITRA (131)

Nah kau.. Trailer nya.







Dan yang kedua..




(Foto - foto dipetik (sebenarnya copy paste je) dari
http://www.budiey.com/zahiril-adzim-dan-nas-t-berlakon-drama-bersiri-waris/

Credit to budiey!


WARIS
13 Episod.
Setiap Selasa
10 malam di TV2.

SELAMAT MENONTON!!

p/s: Sambung tidur, esok kerja lagi..

Tuesday, October 27

tajuk pun takda

Sekarang jam 2.22 pagi, kalau ikut jam komputer aku ni. Aku nak menulis, update blog kata orang. Tapi esok kerja pagi. 7 pagi aku harus berada di Hulu Langat. Bermakna jam 5 pagi aku harus bangun.

Tapi aku nak menulis. Ada! Fuh, memang ada benda yang aku nak tulis! Banyak dalam kepala ni sekarang!

Ada! Ada!

Nak tulis ini, nak tulis itu. Nak tulis apa yang aku lihat, apa yang aku rasa tentang keliling aku. Macam biasa, semua labelnya adalah keliling aku!

Ada! Ada benda nak tulis!

Tapi kepala tak larat, badan dah penat. TAnGAn NAka meNAiap akbqoerubqt;obpnerzxxxxxxxxxxx...........


ZZZZzzzzzz...........


Thursday, October 22

listening to mendengar

"Acting is reacting!"

Inilah perkara yang selalu disebut, dipekikkan oleh guru pada aku sewaktu masih sedang menuntut. Kata - kata oleh Sorrel Carson tentang lakonan. Selalu dijerit oleh guru aku pada mana - mana pelajar yang tidak memberi tindakbalas pada rakan lakon, sewaktu sedang latihan. Bermakna, berlakon itu bukan setakat menghemburkan dialog sebaliknya perlu react pada persekitaran, termasuklah apa yang dilafazkan oleh rakan lakon yang sedang berada di depan muka. Ini perkara asas dalam lakonan. Sangat - sangat asas.

Reacting.

Untuk react, apa yang diperlukan ialah pancaindera. Mata, mulut, hidung, kulit dan telinga. Ya, telinga. Aku bawak keluar perkataan telinga sekarang.

Telinga, fungsinya semua orang pun tahu. Bukan untuk melihat, tapi mendengar. Jadi aku ambil perkataan mendengar sekarang.

Mendengar. Simpan dalam kepala perkataan MENDENGAR.

Baik, sebenarnya bukan aku hendak menulis tentang teori lakonan, atau apa - apa ilmu tentang lakonan kerana aku belum cukup mahir. Tetapi aku mahu ambil sedikit tentang lakonan dan dibawa keluar untuk dikaitkan dengan perkataan MENDENGAR.

Atau juga mungkin ada kena - mengena dengan perhubungan. Chemistry.

Lakonan diambil daripada realiti kehidupan. Sebenarnya drama itu adalah kehidupan, dan kehidupan adalah drama. Inspirasi kepada drama, ialah kehidupan (kebanyakkannya). Ia saling berkait rapat tanpa dapat dipisahkan, melainkan filem - filem seperti.... entah, aku tidak jumpa jawapannya kerana pada aku, semua bersangkut dengan realiti kehidupan.

Habis. Pindah babak seterusnya.

Bagaimana 2 orang pelakon itu dapat mencipta perhubungan serta chemistry yang bagus dalam lakonan sehingga memberi kesan pada penonton? Dengan memahami sesama sendiri. Atau bahasa pasarnya, sama kepala. Sama ngam, sama kena, sama ini, sama itu. Macam - macam.

Bersefahaman. Senang kata.

Bagaimana? Berbalik pada tadi - "Acting is reacting!".

Apa yang perlu wujud dalam reacting? Aku ambil contoh yang satu tadi - MENDENGAR!.

Listen to each other. Maka wujudlah komunikasi 2 hala yang menciptakan chemistry yang bagus.

Sekarang kita balik kepada kehidupan kerana lakonan itu lahir dari kehidupan. Perhubungan 2 manusia dan juga chemistry 2 manusia. Ini yang aku mahu cerita sekarang. (sebenarnya dari tadi).

Dalam perhubungan 2 manusia untuk mencipta chemistry yang bagus, antara perkara yang harus ada ialah reacting. MENDENGAR. Barulah berlakunya komunikasi 2 hala. Apabila 2 manusia saling mendengar, akan timbullah chemistry permulaan. Dan jika berterusan mendengar sesama sendiri, kekuataan serta kegagahan chemistry itu akan muncul dengan sendirinya.

MENDENGAR itu bukan setakat hanya mendengar dan ulang semula, tetapi MENDENGAR itu harus diiringi dengan fokus dan kesungguhan terhadap apa yang didengar oleh partner. Bagaimana kita dapat memberi reaksi jika kita tidak mendengar? Kalau apa yang diluahkan oleh partner kita itu adalah masalahnya, bagaimana kita mahu membantu menyelesaikannya jika kita tidak mendengar?

Titik kehancuran sesuatu perhubungan atau anak moden kini menyebutnya relationship ialah apabila salah seorang daripada 2 manusia itu TIDAK MENDENGAR.

Sudahlah tidak mendengar, mahu pula terus bercakap dan mengharapkan partner nya terus MENDENGAR.

Habis, kehancuran relationship bakal tiba. Hanya kerana salah seorang TIDAK MENDENGAR atau kata lain, tidak fokus. Chemistry tidak akan tercipta lagi. Yang diusahakan bakal runtuh. Keserasian itu akan pudar. Kepala ngam tidak kelihatan lagi.

Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kehebatan chemistry mereka.

Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kewujudan partner-nya.

Kerana salah seorang daripada mereka tidak lagi tahu apa fungsi perhubungan itu.

Ini tidak kisah, samada perhubungan anak - emak, laki - bini, adik - abang, dan lain - lain termasuklah seorang hamba dan Tuhan. Ya, malah seorang hamba pun mengharapkan doanya didengari Tuhan.

DENGAR.

Jadi dengarlah, jika antara kawan - kawan yang kita suka sedang memiliki apa - apa perhubungan sekarang, gunakan pancaindera untuk react pada pasangan, kerana aku percaya pasangan kamu akan rasa dihargai. Walaupun untuk mencipta chemistry itu bukan hanya setakat MENDENGAR, tetapi ia adalah salah satu tuntutan besar dalam perhubungan.

Tak usah dibayangkan chemistry yang indah, jika tidak mendengar.
Tak usah diucapkan kata cinta, jika tidak mendengar.
Tak usah dirancangkan masa depan, jika tidak mendengar.
Tak usah dirasakan lafaznya penyatuan, jika tidak mendengar.
Tak usah direncanakan kebahagiaan, jika tidak mendengar.

Entahlah, agaknya. Ini hanya teori bodoh aku.

p/s: Aku tahu kamu sedang membaca ini. Aku tulis kerana kamu tidak mendengar, jadi aku mahu matamu membaca ini agar segala apa yang ingin aku katakan, sampai padamu.

Kerana kamu tidak mendengar dan kamu lupa bahawa 'mendengar' itu perkara penting.

Sedang 'didengari' di Cannes Film Festival.

Thursday, October 8

breakfast telinga

Pagi - pagi aku breakfast-kan telinga aku dengan lagu ini. Melengkapkan emosi aku buat waktu ini. Aku terima, aku terima dan aku terima.

Selagi mampu, aku bertahan.

Bertahan.


Monday, October 5

telan nasib, berambus satu hari


untuk naik,
untuk dihormati,
untuk dipandang tinggi,
untuk nampak hebat,
untuk dilihat funny,
untuk dilihat lain dari yang lain,
untuk dilihat berpendirian, konon,
untuk di look up to,

apa yang anda perlu buat ialah
jatuhkan atau pijak rakan/kawan
atau sesiapa yang anda rasa pencabar atau lebih dari anda.

Busuk hati.

Aku dah terkena. Sedang.


Aku menunggu masa untuk berambus.
Akan.

Friday, September 25

mimpi metafora kemalangan dari Tuhan

Aku kurang pasti sebenarnya. Tentang apa? Tentang maksud - maksud dari hint yang aku terima sejak kebelakangan ini.

Kalau orang Melayu kata, petanda.

Sebelum aku terlibat dalam kemalangan kecil baru - baru ini, aku hampir - hampir terlibat dengan kemalangan yang dahsyat. Yang terjadi betul - betul depan mata dan jaraknya hanya beberapa saat. So damn close kata orang putih.

Yang paling aku ingat, pertamanya adalah pada hari terakhir aku dan Rumah Anak Teater membuat pementasan Teater Kompilasi Volume II. Dua buah kereta di depan aku, sekali lagi ya - jaraknya hanya beberapa saat!, terbabas merempuh sesama sendiri lalu berguling - guling dan terseret di atas jalanraya. Kemudian kereta itu terseret meluru ke arah aku dan alhamdulillah, aku berjaya mengelak hanya kerana kelajuan aku ngam - ngam. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.

Menggigil aku waktu itu bila sedar yang aku terselemat.

Beberapa hari selepas itu, situasi yang lain pula. Sebuah lori di depan (satu lorong dengan aku) yang juga hanya beberapa saat jaraknya, terbabas merempuh pembahagi jalan.

Baik, yang ini betul - betul menguji kebolehan menekan brek kaki aku!

Sebiji lori besar yang selalu digunakan pada tapak pembinaan bangunan yang bakal meragut nyawa sesiapa pun. Juga sekali lagi aku menggigil selepas sedar yang aku terselamat.

Itu 2 situasi yang aku terselamat, atau diselamatkan. Oleh siapa? Tuhan mungkin. Sehinggalah baru - baru ini aku dirempuh oleh seorang pemandu mabuk. Tapi Alhamdulillah, terselamat juga.

Jadi kisah mistiknya bermula begini. Seorang kenalan yang rapat, telah diberi mimpi. Mimpi menyelamatkan aku. Yang menjadi tanda tanya, dia bermimpi pada waktu aku sedang dirempuh. Kenalan yang rapat dengan aku itu bermimpi aku sedang berdiri senyap. Kemudian aku hendak pergi memandu kereta. Entah kenapa kenalan aku itu menarik tangan aku atau dalam kata dia, "menyelamatkan aku".

Tiba - tiba aku seperti terbahagi kepada dua. Seolah pada waktu itu, muncul satu lagi aku - seperti roh katanya. Dengan pantas dia menangkap 'roh' aku juga. Maka, dua - dua diselamatkan.

Kemudian dia menelefon aku. Betul - betul dalam 10 minit selepas aku kemalangan.

Dia tanyakan aku di mana pada waktu itu kerana dia risau akan mimpinya. Dia cerita tentang mimpi 'buruknya', lalu aku beritahu aku baru sahaja kemalangan.

Siapa tak terkejut?

Aku terdiam. Kata aku, nanti aku telefon lagi.

Seorang lagi kenalan menghantar sms beberapa jam selepas kejadian malam tu. Tapi aku rasa dia tidak tahu yang aku terlibat dalam kemalangan.

"Zahiril, saya harap kamu tidak apa - apa kerana saya baru mimpi buruk tentang kamu."

Lebih kurang begitu sms-nya.

Sekali lagi aku terdiam. Sedangkan aku tak rasa dia tahu aku kemalangan. Dan baru sahaja semalam, seorang lagi kenalan mimpi tentang aku.

Lagi.

Tapi mungkin ini tidak dekat dengan situasi kemalangan. Agak terpesong mimpinya. Katanya, aku datang kepadanya dan bertanyakan pendapat tentang keputusan yang aku buat dalam hidup.

Entahlah.

Bila aku duduk termenung hari ini sambil menyedut nikotin dari Pall Mall merah, aku bersyukur tetapi terfikir apa metafora yang Tuhan mahu sampaikan?

Tolong jangan beritahu aku "oh itu maknanya tuhan mahu kau bersyukur nikmat dunia, oh insaflah" dan lain - lain nasihat klise yang kamu sendiri pun tidak faham erti sebenarnya nasihat itu. Kenyataan seperti itu terang - terang sudah difikirkan oleh kita, hamba Allah setiap hari.

Aku mahu makna yang lebih dalam. Yang tak mungkin akal aku terfikirkan.

Sunday, September 20

Salam Raya Gugur Jantung

Habis lah wa... Boleh pengsan lah wa macam ni. Aduhhh...

Bila tiba musim perayaan Aidilfitri macam ni, maka sana sini akan muncul gadis - gadis berbaju kurung/kebaya/kebarung.

"Kurung kebaya kebarung itu!"

Gugur jantung weh! Cair.

SELAMAT HARI RAYA SELURUH HAMBA!

Budak ni nak blah pergi Jepun nanti.
Siot, wa dah takda geng ar lepas ni.

Wednesday, September 16

momok bidadari

Dengan mengheret tubuh yang penat, aku melangkah masuk ke bilik aku. Bilik yang selama ini ruang realiti dan fantasi aku, kadang bergraviti dan kadang tidak. Aku berhenti.

Baju - baju yang masih ber-hanger yang aku campak ke atas katil sebelum keluar rumah menembak, aku perhatikan - silent.

Malasnya bukan, penatnya tidak. Memang keinginan untuk menggantung semula baju - baju itu tidak ada. Entah kenapa. Mungkin aku tahu, mungkin aku tidak tahu. Atau mungkin aku betul - betul tidak tahu, keliru. Aku yang tadi masih berdiri tegak, bergerak ke almari menukar pakaian untuk bersiap - terus tidur, hajatnya.

Tapi aku lengahkan, kejap - kejap aku bakar rokok. Kemudian aku belek blog ini, takut kalau - kalau dah berhabuk. Belum. Komputer riba namanya milik abangku, aku pinjam. Mengelap - ngelap blog yang hampir berhabuk ini.

Otak aku dijentik tiba - tiba dengan pertanyaan kenalan, suatu tempoh sebelumnya,

"Bob, kenapa dah lama tak update blog?".

Mana aku tahu nak jawab macam mana. Kerja dan apa lagi? Memang aku sedang kuat bekerja kebelakangan ini. Kerana tidak ada apa lagi yang dapat memenuhi minit - minit kehidupan harian aku.

Atau mungkin aku yang diselubungi rasa insecure. Tapi dia muncul dalam keadaan sangat indah. Bukan status atau nama, tapi memang dia. Maksudku bukan insecure, tapi hadir roh dan jasadnya.

Kau seorang bidadari yang menyerupai ibuku. Bukan momok yang aku takuti, tapi kuasa ibu yang aku hormati.

p/s: Nasihat ketuhanan adalah escapism. Beri yang nyata dahulu. Logik akal.

Thursday, September 3

robot permainan ber-bateri

Kalau aku yang terakhir, maka aku lah yang terakhir..

Aku terima, aku terima dan aku terima.

Seperti robot permainan ber-bateri yang sudah lemah, langkah - langkahnya semakin layu. Menunggu berhenti, hampa.

Aku yang biasa - biasa. Bencana.

Tuesday, August 11

pemeran harapan sedang mengharapkan

Jejak kaki ke Kuala Lumpur, mindaku dihambat kerja semula selepas beberapa hari berada di negeri bawah bayu yang menyemai senyuman dalam keindahan pelbagai detik situasi yang aku lalui.

Pengalaman sudah aku memorikan. Rasa sudah aku rasai. Pemandangan sudah aku pandangi.

Semalam, selepas pulang ke Kota Lumpur, aku terus ke Stor Teater, Dewan Bahasa Pustaka. Untuk mengejar semula keghairan teater yang aku tinggalkan untuk beberapa hari. Sampai pagi buta lamanya berlatih.

Padahal, orang lain balik terus tidur. Tapi aku tidak.

Sudahlah pagi sebelumnya aku terlepas menembak tanpa sengaja, akibat berseorangan di bilik tanpa bantuan untuk dijagakan dari tidur. Kapal terbang berlalu tanpa aku sebagai isinya. Ah, makin pening susunan dan aturan mindaku sekarang ini. Aku sudah disekolahkan disana dan disini.

Inilah antara perkara yang aku hadapi kerana berseorangan.

Gembira kerana terpilih masih terlekat, tetapi aku harus kecilkan untuk meneruskan kerja, untuk meneruskan keghairan berteater. Disana juga, ada perkara yang terjadi, yang aku dengari. Pemilihan aku disoalkan oleh individu lain.

Atau mungkin berkumpulan.

Pada aku, pertikaian dia atau mereka ini hanya menjadi bahan ketawa aku, atau juga bahan bualan bersama teman - teman aku apabila sedang berborak kosong di meja segiempat mamak nanti.

Sekurangnya, aku ada bahan untuk dibualkan. Mentaliti begitu, seharusnya ditong- sampahkan. Cumanya, tidak akan ada homeless yang akan kutip makan.

Abaikan. Mari cerita perkara lain.

Semalam aku tidur, dengan harapan apabila terceliknya mata aku, dia tidak berlari dalam mindaku lagi. Kerana ia dan dia sungguh indah yang tak dapat aku kendongkan dalam rasa. Namun, cacatnya perkara ini ialah, perasaan itu terdalam simpan.

Ish, habis lah aku.

Aku pejamkan mata, wajahnya yang terlukis.
Aku diamkan mulut, hatiku yang menyebut namanya.
Aku senyapkan segalanya, mindaku memikul dia.

Dimana - mana beb!

Esok, angin tiup, aku harap hilang. Kalau tak, aku akan kejar. Kalau aku kejar, dunia putar - putar. Maka aku ciptakan kata - kata ini,

"Apabila mata kita terkunci, pemandangan dari aku lebih hebat. Kerana kamu hanya nampak aku, tetapi.."

"AKU NAMPAK KAMU"

View aku lebih indah, sebab aku nampak kamu, tapi kamu hanya nampak aku.

Habislah, si pemeran harapan, sedang mengharapkan. Cis!

p/s: Sebenarnya, aku mahu tulis tentang perkara lain. Tapi, entahlah. Ini yang terkeluar. Yang lain itu, mungkin aku simpankan sahaja kerana terlalu mengarut dan tidak penting untuk dituliskan.

Oh ya, ini satu video untuk dikongsi tentang Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II yang sedang dikerjakan. Ini video kami yang poyo.





Saturday, July 25

aku kau dan tuhan

Jikalau kata ganti nama "AKU" dan "KAU" itu dianggap kasar, biadap, kurang ajar, tidak menghormati...

apakah bermakna kita berkasar/kurang ajar dengan Tuhan setiap hari dalam doa kita?

Cannes dari pandangan burung besi

Monday, July 20

Teater Kompilasi Volume II


Yang pertama sudah dibikin, maka yang kedua pula menyusul. Inilah antara perkara yang aku kerjakan selama masa dipenuhkan. Memenuhi nafsu membikin teater, kami kembali turun ke ruang latihan, memerah serta memecahkan kepala masing - masing untuk ini.

Teater Kompilasi Volume II akan menghidangkan 2 cerita yang bertemakan "HOME". Masing - masing akan mempersembahkan karya selama masa 1 jam.

Baik. Jadi aku lekatkan sedikit informasi mengenai Teater Kompilasi Volume II, agar korang mendapat gambaran kasar, atau gambaran pandai-pandai-sendiri. Jadi jangan pandai-pandai membuat kesimpulan sendiri sebelum menonton.

Untuk mengelakkan dari terus melekat dengan gambaran pandai-pandai-sendiri, kenalah datang menonton!


Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II
11 - 16 Ogos 2009
8.30 malam (11 - 16 Ogos)
3.00 petang (15 & 16 Ogos)

Stor Teater, Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kuala Lumpur

Masuk atas sumbangan (RM20)

Untuk keterangan lanjut, hubungi
019 - 2232002 Faisal Mustaffa

http://rumahanakteater.blogspot.com

"LEGASI"
Karya & Arahan
MOIZZISR.CONG

Pelakon
TAI-YUDDIN BAKAR
DIRA ABU ZAHAR
KHAIRIL RIDZUAN
NUR AMEERA RAMLI

"NATURALISASI"
Karya
NAM RON

Arahan & Olahan
FARED AYAM

Pelakon
ZAHIRIL ADZIM
AMERUL AFFENDI
NORIS ALI


SINOPSIS LEGASI


Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.


SINOPSIS NATURALISASI

Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

Yeahh!!!

Jadi kawan - kawan yang kita suka boleh lah ambil poster di atas dan promote di blog - blog, atau myspace atau facebook atau apa sahaja medium kesukaan korang. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih daun keladi, dah tua jangan miang - miang keladi. Lepas promote tu, ambil pen dan tulis dalam diari ataupun dalam telefon canggih untuk block tarikh tu dan datang menonton.

Kalau ada first date, apa kata bawak date anda pergi menonton teater! Barulah rare! Menonton wayang, pergi dinner dah ramai orang buat. Jadi, korang buat benda yang jarang orang buat. Yeah!

Oh ya, korang juga boleh telefon nombor di atas untuk menempah tiket atau pun berborak - borak dengan Faisal. Dia tak kisah macam Aiman tak kisah. Bukan sebab apa, sebab Stor Teater tu, takdalah besar mana. Yang dulu kita buat, sambutannya macam orang cucuk ATM hujung bulan. Penuh sampai orang kena duduk atas lantai. Jadi kali ni, kita tak mahu ada yang 'mendengar' teater dari luar, bukan menonton.




Buat masa ini, korang bolehlah melawat - lawat blog Rumah Anak Teater kalau ada pertanyaan serta soalan, tidak kira soalan profesional atau peribadi untuk anak - anak RAT. Kami juga akan mengemas kini dengan beberapa temubual berbentuk tulisan dan video, dengan mereka ini. Layannn!

Monday, July 13

adik sekolah berbahasa

Pernah sekali sewaktu aku sedang menembak bersama teman - teman sepenembak dan ditembak, kami didatangi oleh sekumpulan adik - adik comel, jelita, cute dan lain - lain perkataan indah buku teks.

Kenapa buku teks? Kerana aku kaitkan dengan umur mereka. Masih belasan, kata mereka. Teman - teman aku (sepenembak dan ditembak) pun agak terkejut dengan fizikal mereka yang dikatakan masih belasan itu.

"Nampak matang", tegur seorang teman.

Mereka juga pemeran tambahan untuk filem yang sedang ditembak waktu itu. Mereka berbaju sekolah, meminta untuk bergambar bersama, beramai - ramai. Maka, kami pun dengan senang hati bersetuju. Sekurang - kurangnya ada juga pembunuh kebosanan di lokasi menembak.

Kemudian, kami semua berbual, berborak, bergelak ketawa dan lain - lain aktiviti terhad yang dapat membunuh kebosanan serta mengalihkan minda dari ketidakselesaan panas matahari.

Setelah cukup waktu berehat, kami pun dituntut untuk menyambung kerja. Lalu, salah seorang daripada adik - adik pembawa keceriaan tadi pun bertanyakan pada aku bagaimana untuk menghubungi aku melalui internet.

Myspace dan Facebook sangat sinonim dengan mereka.

"Kalau adik pandai cari, mesti jumpa abang punya". Aku merahsiakan identiti, kononnya misteri.

Dengan reaksi penuh yakin, budak tu pun menggangguk bersetuju. Memang dalam kepala aku, adik ni pasti mahir tentang selok - belok Myspace dan Facebook.

Dan dalam kepala juga aku sudah tergambarkan photo - photo 'shot-amik-sendiri' atau 'shot-pantulan-cermin' miliknya. Haha..

Biasalah.. bisik aku. Aku akur.

Tapi, kata - kata terakhir sebelum dia meninggalkan aku, memberi seribu tanda tanya pada aku. Benar - benar seribu tanya.

"Nanti kalau dah add, jangan lupa komen my peach!"

Peach
tu bukan buah ke
?? Uishhh, berani sungguh!


Saturday, July 4

tarikh kedepan, kita tetap jalan

Semalam aku dan segala konco - konco Rumah Anak Teater turun berkumpul bersama teman - teman baru, menggemparkan meeting yang tak berapa nak gempar. Buah agenda utamanya ialah mengenai Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II yang akan kami pentaskan tidak lama lagi. Kata orang, hujung - hujung corner je.

Ya, benar. Kerana itulah aku jarang meluangkan masa bersama papan kekunci berwarna putih milik aku yang agak lapuk putihnya tetapi bersemangat menuju kekuningan.

Di atas beberapa kesilapan atau untuk menyedapkan hati, kita panggil kesalah fahaman beberapa pihak yang mengatur tempat kami mahu berteater, kami terpaksa akur untuk mengubah tarikh pementasan Teater Kompilasi Volume II, ini. Jadi sekarang, tarikhnya BUKAN LAGI 29 Julai - 30 Ogos.

Bukan. Tarikh barunya akan aku umumkan di sini kelak sehingga kepastian dimiliki. Tapi dalam dunia ni, takda benda yang pasti, ye tak? Apa - apa pun, yang pasti, kemunculannya perlu dinantikan Ogos ini. Bersiap sedia untuk mengheret rakan - rakan, girlfriend - boyfriend, daddy mummy korang semua, untuk datang memenuhkan tempat duduk Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka nanti. Jangan lupa jiran tetangga.

Bukan senang mahu membikin teater-kental-budget-rendah-tidak-komersial ini. Kami terpaksa budget hensem sahaja. Walaupun kami mirip buruh kontraktor Indonesia. Tapi itulah yang membuatkan kami mahu terus membikin teater. Dan lagi, dan lagi, dan lagi.. Bukan kerana kami mirip buruh kontraktor, tetapi..
Kerana kepayahannya.
Kerana halangannya.
Kerana keperitannya.

Lagi payah, lagi nikmat, lagi sedap, lagi berahi membikin teater.

Terus aku teringat kata - kata seorang guru, "Teater ni macam onani, yang sedapnya proses, bukan hujungnya."

Sambung.

Sebab itu lah kami memilih title projek KoKEN yang mengendong maksud - Komuniti Kental. Agaknya untuk menyedapkan hati kami sendiri juga. Ataupun tidak. Walau kami tahu, membikin teater ni tidak akan membawa pulangan yang menjanjikan kereta mewah BMW (kata seorang guru). Apatah lagi sehelai T-Shirt Ed Hardy (kata aku).

Oh, jauh sekali.

Baiklah, aku sengaja tidak mahu menulis tentang gambaran kasar Teater Kompilasi Volume II ini, kerana aku mahu simpan untuk entri yang akan datang. Disitu aku akan jelaskan lagi. Apabila hampir dekat dengan tarikh. (agaknya). Mungkin disitu.

Tetapi yang pastinya, Teater Kompilasi Volume II bukan teater komersial atau popular yang memerlukan kau memakai pakaian formal, tali leher hitam, kot dan kasut kulit gaya elitis, untuk datang menonton. Tak perlu. Janji pakai baju dan rela minda dikongsi. Chip!!

Oh, teater ini juga tidak ada 'orang terbang' teknik dari Chicago atau budget satu juta dengan menggunakan pragawati tempatan, ya! Ooopss tak sayang mulut!

(Teater itu cermin kepada masyarakat, bukan fotografi yang boleh diedit pakai photoshop)

Naturalisasi yang pernah kami pentaskan di ASWARA dulu.

Tuesday, June 16

jun 20 di batu pahat mall

Aku teringat kata orang tua - tua, "Jauh perjalanan, luas pemandangan".

Jauh?

Betul, itu lah kata kunci untuk entri kali ini. Sebenarnya takda apa pun, cuma aku nak kongsi sikit je yang aku akan berada di Batu Pahat Mall, Sabtu ni, untuk RoadTour Shout Awards, jam 2 hingga 4 petang.

Memang jauh, cuma aku tak berjalan. Aku naik kenderaan.

Jadi, takdalah rapat sangat dengan pepatah 'jauh perjalanan, luas pemandangan' ni. Mungkin ia akan jadi,

"Jauh naik kereta, luas tempat nak membuta".

Hmm... sekejap! Macam tak kena. Takpalah, abaikan.

Baiklah, jadi kalau kawan - kawan yang kita suka,

yang menetap disana,
yang belajar di sana,
yang menumpang rumah teman di sana,
yang ada sedara mara di sana,

yang tak buat apa hari Sabtu ni, di sana, boleh kita jumpa di sana.


p/s: Eh, aku nak tukar layout lah. Bosan pulak layout ni. Amacam?

Thursday, June 11

aman sahaja lah semua!

Baiklah, aku rasa kita tak perlu lagi perah otak untuk fikirkan hal serang - menyerang, tahan - mempertahan ni. Balik - balik kita pusing di tempat yang sama jugak.

Dah jadi kelakar pulak sekarang. Hehe..

Akibatnya, dua - dua pihak tak dapat apa dan tak rugi apa - apa. Ya? Cuma kita semua telah membuang masa. Itu sahaja.

Oleh itu, aman sahajalah semua. Kita nak argue sesama kita pasal perkara begini? Bukan sesama kita yang perlu kita tentang. Sepatutnya kita tentang pemerintah yang zalim, akta yang kejam dan banyak lagi isu yang lebih besar.

Sekarang kita usah hingar lagi tentang perkara ini.

Baiklah...

Sebenarnya aku tertarik dengan komentar seorang pembaca blog ini.

Miz_S

@ZA--
entry yang kamu tulis tu..aku faham point yang kamu nak smpaikan...tentang perbezaan antara manusia...tetapi perlukah kamu menulis "taksub menjadi Melayu dengan mentaliti tepu."..nah sekarang kamu sendiri sudah membezakan...apakah hanya kaum Melayu sahaja mempunyai pemikiran tepu...dan cuba kamu lihat dan berfikir sejenak dengan sebahagian komen yang dihantar...apa yang kamu perasan?

Entah macam mana, aku telah bersetuju dengan tulisan dia. Kecuali bahagian mentaliti tepu itu. Satu kenyataan yang aku harus perbetulkan, tulisan aku kepada segelintir, bukan semua. Dan itu bukannya satu perbezaan.

Terus aku teringat akan kata - kata guru aku sewaktu aku masih sedang belajar dulu,

"Kalau kita nak tahu keburukkan kita, kita tanya musuh kita, bukan tanya kawan" - Nam Ron, skrip Naturalisasi.

Cuma aku tak menganggap Miz_S sebagai musuh, tetapi dia cuma salah seorang pembaca yang tidak sependapat. Itu sahaja.

Ada betulnya tulisan dia. Aku terima.

Jadi kawan - kawan yang kita suka, kita berhentilah mengutuk atau mengata orang yang tidak sependapat dengan kita ya?

Kita tak perlu terlalu defensif,
kita tak perlu menghina orang lain,
kita tak perlu mengata mereka.
hanya kerana mereka tidak sependapat.

Kalau kita terus provoke, maka perkara ini takkan kemana. Dan aku percaya juga, segelintir mereka di forum tempatan itu bukannya orang jahat, mereka juga sama seperti kita, manusia. Cuma mereka punya sedikit kemarahan yang perlu dilepaskan. Kita biar mereka lepaskan ya? Mereka juga punya hak bersuara.

Yang penting, kita hormat pekerjaan manusia lain.

Ini negara, semua orang boleh bersuara!

Aman sahaja lah semua!

Yeah!!

Tuesday, June 9

aku buruh kontraktor indon

Aku terpanggil untuk membaca komentar - komentar serta kritikan berasaskan emosi di sebuah forum tempatan. Aku tak tahu samada aku perlu beritahu forum apa, atau tidak.

Mungkin tak penting.

Dah lama aku baca dan aku terganggu dengan bahan bualan serta luahan kurang-kemanusiaan sesetengah mereka ini, tetapi telah aku abaikannya. Kemudian, terbaru, salah seorang pembaca blog ini atau juga kawan - kawan yang kita suka, telah mengesyorkan aku untuk melawat sambil membaca di forum yang lain tetapi masih di atas tapak yang sama. Jadi sekarang, ada beberapa bebenang (thread) pasal isu ni.

Aku agak terganggu dengan komentar - komentar manusia yang gemar membeza - bezakan manusia lain ni sebenarnya! Baik, aku mula memupuk kemarahan sekarang.

Antara komentar sebahagian daripada mereka ini ialah mengenai rupa fizikal aku yang katanya tak ubah seperti buruh kasar/kontraktor Indonesia. Walaupun komen - komen ini sebenarnya sudah jauh terpesong dari topik forum itu, aku tetap tidak terganggu.

Memang aku tak terganggu kalau orang kata muka aku macam kontraktor. Nak buat macam mana kan? Diaorang suka muka - muka Pan Asian agaknya. Disebabkan mentaliti beginilah industri kita dipenuhi dengan muka - muka cantik tanpa mengira kualitinya. Disebabkan mentaliti beginilah yang menyebabkan pembikin filem dan produser tempatan memenuhkan filem dan drama mereka dengan rupa paras sahaja. Tapi tak mengapa, perkara - perkara mengenai fizikal ini jarang mengganggu minda aku. Otak aku tak punya ruang untuk isu - isu begini. Jadi, kalau nak kutuk muka aku, kutuklah. Aku tak terganggu.

Tapi kalau kau beritahu aku yang sistem pilihanraya di negara ini dihapuskan, YA, aku terganggu!

Kalau kata beritahu yang sistem monarki akan diguna pakai dan diberi kuasa pemerintahan secara mutlak, YA, aku sangat terganggu!

Walau macam manapun, kalau aku tak terganggu sikit pun pasal forum tu, takkan aku tulis entri ni, ya tak? Memang aku ada terganggu bila mereka ini mengutuk buruh serta kontraktor Indonesia. Hebat - hebat diaorang kutuk, seolah menghina dengan dahsyat tentang buruh - buruh Indonesia yang diletakkan di bawah tahap paling bawah.

Itu yang aku terganggu. Kerana muka aku macam buruh, kenapa pulak buruh - buruh Indonesia yang jadi mangsa? Apa yang hina sangat buruh / kontraktor Indonesia tu semua? Atau soalan yang lebih kasar bunyinya,

Apa korang lagi mulia ke dari buruh / kontraktor Indonesia tu??

Aku tahu mungkin ada yang akan berfikir kerana buruh / kontraktor Indonesia kebanyakkannya pendatang haram dan selalu melakukan jenayah. Tapi itu bukan sebab yang kuat untuk korang menghina buruh - buruh ini. Kau tahu tak yang berada di Malaysia secara haram dan melakukan jenayah, hanya berapa peratus sahaja dari populasi sebenar penduduk Indonesia? Jangan keseluruhannya menjadi mangsa!

Terus sahaja dengan senang hati mereka mengangkat diri sendiri lebih mulia dari buruh / kontraktor Indonesia.

Beb, mana lu punya sifat kemanusian? Dah tenggelam dalam ketaksuban menjadi Melayu ke?

Dengan penggunaan bahasa yang shortform-ala-sms-dengan-awek, aku tertawa kecil membaca gelagat mereka ini. Aduhh.. sedih

Apalah yang ada pada diri kita sehingga nak mengutuk dan menghina para kaum buruh yang telah berpenat lelah membina bangunan pencakar langit demi mengejar globalisasi yang diaorang idam - idamkan. Kan? Itu yang korang nak kan?

Nak kejar globalisasi, nak bangunan gempak - gempak, nak nampak kita maju, kononnya.

Sekali lagi, sejujurnya aku tak da hal kalau orang nak kutuk muka aku, tapi tak perlu menghina para buruh / kontraktor Indonesia kerana mereka juga manusia atau dalam kata lain hamba Allah. Benda - benda macam ni lah patut dibuang dari pemikiran kerana kelak ia akan mempengaruhi anak - anak kita untuk membenci manusia lain dan serta - merta merasa bongkak dengan diri sendiri atau terlalu taksub menjadi Melayu dengan mentaliti tepu.

Jadi aku syorkan lain kali kalau nak kutuk muka aku, korang boleh cakap muka aku macam jalan tar ke, macam berus tandas ke, macam jamban ke atau apa - apa benda lain. Sekurangnya kau tak menghina manusia lain. Aku bukan back up Indonesia, aku back up manusia.

Beb, belajar jadi manusia dulu baru jadi Melayu. Dan kurangkan membaca gossip artis tempatan atau cerita - cerita seram Mastika.

Dengan selamba dan senang hati ingin aku tekankan yang forum tu tidak bermasalah, cuma segelintir daripada forumer itu je yang mengamalkan sikap prejudis sesama manusia. Ada pulak yang salah makan.. Aduhhh...

p/s: Nak tengok aku lebih 'Indon'? NAH! Hehe!

Pengarah - pengarah Teater Kompilasi Volume 1.

(Star-Ecentral.com)
Next up, Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume 2, AKAN DATANG!

Dah tahu pasal Shout! Awards? Aku ada di dalam. Hehe... http://www.8tv.com.my/shoutawards/
Kawan - kawan yang kita suka boleh vote kalau terdetik di hati ya? Secara online atau sms. Ada 2 kategori, pertama, Best On Screen Chemistry - dengan cik Liyana Jasmay (untuk filem KAMI) dan satu lagi.. korang cari sendiri eh? Sebab aku malu, haha!

Baiklah, Kawan - kawan yang kita suka, jumpa di tayangan filem GADOH, Jumaat ni dan lepas tu boleh tengok telemovie "100 Harijadi" di ASTRO Ria jam 10.30 malam.

Banyak pulak benda aku nak umumkan.. Eyysshh!

Hidup buruh dan kaum tani!

Tuesday, June 2

hari bintang jatuh 09 3 venus

Kelmarin aku pergi Hari Bintang Jatuh 09 : 3 Venus.
Melayang - layang aku dalam bilik tu.
Puisi dan melodi mereka menghilangkan graviti.

Bagus budak - budak ni. Bikin aku melayang - layang lagi dalam kereta bersama CD mereka.

Habis bila aku nak pijak bumi ni?

http://waniardy.com

p/s: Wa dah kata wa pantang dengan kurung / kebaya ni... Heyshh...

Cik Wani Ardy, kamu pasti kamu bukan anak patung?

Friday, May 29

gadoh lagi!

Filem GADOH sekali lagi akan ditayangkan di HELP University College pada 12 Jun 2009 ini. Terima kasih KOMAS, sebab aku terlepas tayangan pertama hari tu.

Ya, aku akan berada di sana. Insyaallah.

Jadi, kawan - kawan yang kita suka, yang terlepas tayangan yang pertama hari tu, bolehlah datang menonton filem arahan NAMRON dan BRENDA ini pada pukul 8 malam.

Filem ini dibikin untuk tujuan pendidikan. Sekali lagi bagi yang tak faham bahasa,

PENDIDIKAN.

Tentang isu perkauman yang sedang berlegar - legar di sekitar kita. Jangan buat - buat tak tahu. Memang masalah ini wujud. Tapi filem cereka ini dibikin bukan untuk menjatuhkan mana - mana bangsa. Kalau kau rasa filem ini ada tujuan samada kecil atau besar untuk menjatuhkan mana - mana bangsa, aku rasa kau harus kurangkan membaca gossip artis tempatan dan mula membaca atau menonton perkara - perkara yang lebih matang atau ilmiah.

Kerana mentaliti kau sudah tepu dan terkunci. Lebih malang, kau sedang selesa dengannya.

Seperti yang kita semua dah tahu, trailer GADOH sedang disiarkan di Youtube. Dan seperti yang aku juga sudah tahu yang kamu semua tahu dan faham apa itu "trailer".

Petikan, atau 10% atau lebih atau kurang dari cerita penuhnya. Jadi bagaimana kita boleh membuat kesimpulan tentang ceritanya jika kita tidak menonton cerita penuhnya?

Aku ada terbaca tentang komen - komen di website KOMAS dan juga Youtube. Memang seperti yang aku jangka, bangsa aku sendiri mesti ada yang melatah.

Individu ini marah kerana katanya mereka berjuang untuk bangsa mereka. Eerrr.. berjuang di tempat yang salah dengan mentaliti yang tepu, mungkin?

Lebih menyedihkan bila aku terbaca satu komen yang memperjuangkan Melayu (kononnya) tetapi dengan menggunakan bahasa yang aku tak pasti samada itu bahasa Melayu atau tidak.

"Blew"
"Ctew"
"fuck offlah!"

Sekarang kawan - kawan yang kita suka beritahu aku, adakah itu bahasa Melayu??

Aku kurang pasti apa yang individu - individu seperti ini cuba buktikan. Ini cuma filem cereka yang dibikin tanpa memikir soal keuntungan tetapi bertujuan untuk mendidik serta memecahkan tembok perkauman.

Sekurang - kurangnya, sebiji bata dari tembok itu pun cukuplah. Ini cuma usaha.

Aku dengan rendah diri menunduk ke bumi, hamba kepada Maha Pencipta Allah S.W.T, sangat - sangatlah berharap agar kawan - kawan yang kita suka,

Tidak ada pemikiran seperti itu.

Tolonglah. Keluarlah dari kotak pemikiran tepu itu yang boleh membunuh sifat kemanusiaan kita.

Aku hargai.

Credit to Beto Kusyairy dan KL Motion Pictures


Bangsa itu cuma label manusia kerana kita semua adalah hambaNya.

BANGSA MALAYSIA.

Monday, May 25

sudah pulang

Baik, sudah pulang.

Terlalu banyak perkara dalam kepala aku yang sampai aku pun tak tahu nak tulis macam mana. Aku menyaksikan terlalu banyak perkara, terlalu banyak imej dan macam - macam.

Ilmu, juga aku dapat. Itu yang penting.
Pengalaman, inspirasi tercetus.
Kesungguhan, passion.


Berada di Festival Filem Cannes, betul - betul satu pengalaman. Biasa atau luar biasa, bergantung kepada cara aku menggunakannya kelak.

Aku malas nak tulis atau berkongsi pengalaman dari mula -mula memijakkan kaki disana kerana ia pasti akan membosankan untuk dibaca. Seperti diari jadinya nanti. Cuma ada beberapa perkara yang betul - betul melekat dekat aku untuk dibawa pulang ke kehidupan asal.

Berkunjung bersama orang - orang yang bagus (great people) membuatkan perjalanan aku lebih menarik.

Berbual, bergelak ketawa, berkongsi pengalaman, bertukar pendapat, berbincang dengan macam - macam orang termasuk pembikin, pengarah, pelakon, pencinta filem dan lain - lain, dari seluruh dunia telah mencelikkan aku yang mencetuskan inspirasi serta membakar semangat untuk melakukan apa yang perlu dilakukan di sini.

Juga terhadap kehidupan.

Persekitaran yang baru dan cuaca yang bagus telah membawa aku ke ruang khayalan yang akan menolak aku untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna atas diri sendiri.

Apa lagi yang mahu aku kongsikan, terlalu besar impiannya.

Demi menjaga kawalan kualiti produksi, aku diarahkan untuk tidak menyiarkan terlalu banyak gambar. Ya, kerana akan ada yang menyalah gunakan ia. Hak milik tidak dihormati nanti.

Akan tetapi aku akan cuba berkongsi beberapa gambar yang aku fikir tidak akan mencetuskan kecurian hak milik.










Oh ya, kami juga ada bertemu dengan beberapa orang pelajar dari Malaysia di sana. Aku sungguh teruja berjumpa dengan mereka. Benar - benar aku hargai kehadiran mereka ke tayangan hingga ke sesi soal jawab.

Lebih banyak gambar akan datang...