Monday, September 29

Ingat & Jangan

INGAT ada manusia yang tak cukup makan
INGAT ada manusia yang takda keluarga
INGAT ada manusia yang takda tempat tinggal
INGAT ada manusia yang takda baju raya langsung
INGAT ada manusia yang bumbung rumahnya tidak kalis air
INGAT ada manusia yang takda wang yang cukup untuk berbelanja raya
INGAT ada manusia yang makanan pagi raya mereka sama macam makan petang kita
INGAT ada manusia yang tak dapat sambut raya langsung
INGAT ada manusia yang lebih dahsyat perit hidupnya dari yang kita dapat bayangkan
INGAT ada manusia yang keluarganya tahanan ISA

Jangan berlagak di hari raya.
Jangan eksyen dengan diri dalam baju raya
Jangan langsi dengan make up di pagi raya
Jangan kiasu dengan handbag raya
Jangan kerek dengan kereta gempak di pagi raya

Jangan lebih - lebih lar.. fikir orang lain jugak.
Ada orang yang jauh lebih derita.

Bumi ini kita kongsi

Sunday, September 28

pesta jalanraya

Aku berhenti dekat Shell, highway NKVE, petang tadi. Nak isi minyak yang baru turun 10sen beberapa hari lepas. Aku keluar kereta nak peg.. Sekejap!!

10sen jer ?!?!?! Kalau nak amik hati rakyat pun, amik lah betul - betul!!

Sambung.

Aku keluar kereta nak bayar minyak. Entah kenapa, stesen minyak yang selalu aku pergi ni, ramai orang. Berkeluarga terutamanya. Orang dah mula balik kampung ni, kata aku pada aku sendiri.

Aku lihat,
Kereta yang penuh dengan anak - anak,
Tuala yang disangkutkan ke tingkap macam tinted untuk mengelak panas,
Budak - budak dengan muka yang tak sabar nak balik kampung, jumpa sedara - mara nak main mercun,
Bapak - bapak membeli rokok dan mineral water, standby berbuka dalam kereta. Nak balik jauh agaknya.
Beg baju sederhana kecik, terikat di belakang mat motor single rider,
Kumpulan konvoi yang berjanji tidak akan merempit balik kampung,
Pasangan baru kahwin yang belum dapat zuriat, dari pakaian mereka sangat bersedia untuk balik jauh.
Dan kereta - kereta beratur pendek untuk mengisi minyak. Ini bukan hari biasa.

Tak boleh jadi. Semua orang dah switch on mood Raya. Cuma aku sorang yang memandu sendirian. Aku masuk kereta lepas tutup kepala tangki minyak kelisa aku, aku cari CD lagu raya, aku pasang kuat - kuat!

Nah, sekarang aku juga dalam mood Raya! Biarpun seorang!

Jadi untuk mereka yang menggunakan jalanraya, kamu tahu itu adalah tempat paling mungkin untuk terlibat dalam celaka?

Si bapak atau si pemandu bersama anak kecil, jangan biarkan kepala anak tersembam memecahkan cermin hadapan lalu mengoyakkan wajah mereka, JANGAN! TOLONGLAH.

Penunggang serta pembonceng motorsikal, kamu juga mungkin menjadi statistik. Enggan bukan? Risiko kamu paling hebat kerana dikelilingi kenderaan besar yang sial.

Brader bas serta lori. Kamu selalu membaca akhbar bukan? Menggunakan jalanraya sahaja, kamu sudah berkemungkinan mencantas nyawa 40 manusia serta kenderaan berlebihan berhampiran kamu. Kamu bukan malaikat maut, jangan amik nyawa orang senang - senang.

Teliti perkataan hati - hati dalam pemikiran sendiri. Hati - hati itu bukan hanya perkataan dari iklan keselamatan jalanraya, faham? BUKAN HANYA PERKATAAN.

Selamat menggunakan lebuhraya.
Jangan tewas di jalanraya.
Selamat Hari Raya!

Friday, September 26

cegah sebelum rawat

Khidmat nasihat Untuk Kawan - Kawan Yang Kita Suka!

Kalau kau pandai pakai internet, aku pasti yang mesti kau tahu apa tu thumbdrive, pendrive, usb MP3 atau apa saja device yang telah dicipta untuk menampung file - file, lagu - lagu, video - video, gambar - gambar dan lain - lain. Yang lain - lain tu, ikut kau lah. Ada setengah orang yang sanggup beli thumbdrive semata - mata untuk simpan por... ooppss. Aku tak cakap.

Tidak lupa juga external harddisk. Mungkin ramai dah pakai external harddisk sebab saiz dia lagi besar, berbanding thumbdrive.

Aku pun.

Jadi aku ada tips yang aku ajar dekat kawan - kawan aku dari dulu, masa tengah belajar lagi. Sebab, dekat INSTITUSI PENGAJIAN memang banyak VIRUS dalam komputer. Komputer - komputer dekat sana digunakan oleh ramai orang (yang cucuk thumbdrive dsb.), dan bila pinjam laptop kawan pulak, dicucuknya thumbdrive tu, tanpa rasa bersalah. Maka virus pun tersebar.

Ini adalah langkah pencegahan saja, bukan mengubat. Kalau komputer kau dah kena virus, ini bukan tips untuk kau.

"Mencegah lebih baik dari merawat"

TIPS
ni sangat senang dan simple. Right clik & Open. Untuk thumbdrive, pendrive, mp3 player, mahupun external harddisk. Sesiapa pun boleh cegah virus daripada melompat masuk (macam orang BN, katanya) ke komputer kau. Kecuali kau pakai MAC, memang kau tak payah risau pasal virus. Aku serius.

Tips untuk pengguna windows sahaja.
Thumbdrive, pendrive, mp3 player atau external harddisk = kita panggil device.
Thumbdrive dengan pendrive tu sama je.

1. Bila kita cucuk je apa - apa device, akan pop-up (keluar) window ni. Biasanya kita akan klik OK. Maka dari situ lah virus akan melompat masuk. Mereka melompat lebih cepat dari orang - orang BN yang katanya nak lompat, tapi apa pun tarak sampai hari ni. Jadi, nak elak daripada virus tu masuk, kita cancelkan sahaja. Jangan klik OK! Ingat tu.

2. Bukak window My Computer atau klik My Computer, dan akan keluar window ni. Dalam kes aku ni, aku tak pakai thumbdrive tapi aku pakai external harddisk. Sebab tu device tu dimasukkan dalam kategori harddisk. Tapi takpa, abaikan. Ikut saja.

2A. Kalau korang pakai thumbdrive atau mp3 player, dia akan kategorikan device kau kat tempat lain. Contoh di bawah. (mp3 player)

3. Kemudian, right click atau klik butang kanan tetikus korang dan klik open! Tadaaaaa!!! Senangkan? Jangan teruja. Aku tahu.

Semua orang boleh elak virus daripada masuk ke komputer. Inilah cara paling senang. Ikut cara ni setiap kali kau cucuk apa - apa (bukan salam cucuk). Simple. Aku pun dah siap bagi contoh gambar. Kalau tak dapat jugak, dapatkan nasihat doktor.

Janganlah tanya aku soalan macam mana nak hilangkan virus lepas ni. Sebab sekali lagi, ini langkah pencegahan, bukan merawat.

Aku akan post entri macam mana nak memantau virus yang tersorok, tapi lain kali. Apa - apa pun, anti-virus tu penting. Sangat penting. Tapi kadang tu, ada anti-virus pun, virus boleh masuk dengan cara klik OK di atas. Percayalah.

Kenalilah komputer anda!
Sayangilah komputer anda!
Cegah sebelum merawat.

The Making of KAMI The Movie

Wahaha... tengok apa yang aku jumpa.

Bagi sesiapa yang terlepas, sila lah nonton.



Wednesday, September 24

merenung keadilan yang sudah mati

8.45 malam hari ini, aku termenung. Aku termenung jauh, lebih jauh dari garisan horizontal. Jauh sekali. Sambil menyedut asap rokok yang menjadi teman selama ni, aku terfikir tentang perangai manusia yang telah mengaibkan aku. Dia dulu seorang teman karib. Lebih karib dari 30 orang teman karib yang ada.

20 minit sebelum tu, aku terjumpa seorang kenalan lain. Kenalan itulah yang memberitahu bahawa teman karib aku sebelum ni, telah mengaibkan aku di depan manusia lain.

Renungan aku semakin jauh. Kali ini betul - betul jauh. Keliling aku sepertinya kosong. Bangunan - bangunan di Kuala Lumpur serta pejalan kaki hilang dari pandangan aku. Yang tinggal hanya aku, rokok dan renungan.

Rabak.
Pedih.
Terburai.
Sakit.
Perit.

Seribu satu perasaan bertalu - talu memukul hati, jiwa dan roh aku. Kenapa dia perlu mengaibkan aku sedangkan selama ni kami berteman karib. Tidak ada perkataan yang dapat menghuraikan kekariban kami. Kenapa aku yang selalu mengawal diri untuk tidak pernah meludahkan walau sepatah perkataan buruk tentang dia. Kenapa senang terburainya kata - kata hina tentang aku dari dia?

Kemarahan semakin terkumpul dan padat. Tidak ada nama lain yang hampir dengan aku saat ini, selain nama Tuhan.

Nama Tuhan.

Tuhan yang menjadikan sekian alam serta manusia. Tuhan yang Maha Kuasa. Tuhan yang aku sujud dan sembah. Tuhan yang Maha Menguji. Kau segala Maha.

Akulah hamba Kau yang gagal hari ini. Gagal menjadi hamba Kau yang terbaik. Dan kerana itu Kau menguji aku atau ini pembalasan dari Kau. Aku terima sebagai hamba.

Itu sahaja yang aku mampu sebut, sedang aku menggigil melawan kemarahan yang bergelojak mencari jalan keluar.

Perasaan yang paling sukar dikawal! Namun, nama Tuhan memadamkan kemarahan satu persatu.

Teman karib yang dahulunya aku anggap sebahagian dari kehidupan, hari ini telah memburukkan, mengaibkan, memalukan, mengotorkan nama aku. Kenalan yang aku jumpa tadi, juga tidak percaya bahawa teman karib aku ini sanggup meloloskan kata - kata seburuk yang pernah dia dengar. Aku bertanya lagi, apakah selain dari cerita ini yang pernah keluar dari mulut teman karib aku? Kenalan itu diam. Tak terhembur patah kata seterusnya. Dari air mukanya, aku lihat dia betul - betul tidak sanggup untuk memperdengarkan kisah keaiban aku yang lain yang bakal merabakkan hati aku lagi. Ini yang paling ringan untuk diperdengarkan. Maka, yang lain jauh lebih dahsyat hodohnya.

Menggigil seluruh tubuh. Darah semakin deras, membayangkan kisah lain yang tidak diperdengarkan. Jika si pencerita tidak sanggup bercerita, maka aku lebih jauh tidak sanggup untuk mendengar.

Keadilan sudah mati. Si penjarah hidup senang lenang dengan kekayaan dunia. Apakah perlu kita hidup sebagai penjahat dunia untuk mendapatkan kehidupan yang indah?

Dalam satu minit lain, aku boleh saja memburukkan nama teman karib aku itu. Aku yakin dan cukup bahan bukti untuk memburukkan dia sebagai pembalasan. Aku juga mampu mengaibkan manusia!

Dalam satu minit lain juga, aku boleh saja mempertahankan diri untuk menepis segala kata dari kenalan si penyampai cerita itu, kerana aku bijak memilih kata penangkis. Aku juga mampu menipu!

Hanya garis halus yang memisahkan kedua - dua keputusan ini sekarang.

Tapi aku pilih untuk berdiam diri.

Aku terus mendengar.
Dengar...
Calar, hancur, rabak.
Dengar...

Kemudian aku jawab; takpalah. Biarlah dia bercerita. Apa keuntungan cerita ini pada dia, aku tak tahu.

Aku bukan orang kaya dan seumur hidup aku, tidak pernah cuba untuk berlagak kaya, walaupun orang tua aku cukup mampu untuk memberikan kekayaan pada aku dan anak - anaknya yang lain.

Tapi aku taknak.

Aku percaya adik - beradik aku yang lain juga taknak.

Inilah kehidupan yang aku pilih supaya aku tidak hanyut di dunia. Aku menunggu garisan permulaan kehidupan tanpa harta dari orang tua aku. Aku mahu bergerak sendiri di kota Kuala Lumpur yang setiap hari menekan aku dan manusia lain. Biar aku rasa keperitan yang orang tuaku pernah rasa.

Aku juga mahu rasa apa yang manusia lain sedang rasa tentang betapa susahnya mencari duit sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Terima kasih kerana mengaibkan aku. Tapi percayalah, aku tidak akan mengaibkan kau semula sebagai balas, walaupun kau pernah berlaku kejam pada KEHIDUPAN aku.

Keadilan sudah mati.
Koyak sudah hati.

Tuesday, September 23

mesej dari aku

Memang aku sengaja petik (bukan salam petik) artikel ni sebab aku ada mesej yang nak disampaikan untuk kawan - kawan yang kita suka. Untuk artikel lain pasal aku atau pemeran lain, lebih baik kau beli suratkhabar dan baca sendiri. Lagipun kau boleh tolong diaorang naikkan sale!

Terima kasih wartawan Zaidi dan juga wartawan dari akhbar lain yang pernah menulis pasal aku dan pemeran KAMI yang lain sebelum ni.



Dipetik dari Berita Harian (klik sini)
Semangat artis muda rai Syawal
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

BINGUNG memilih sepatu yang sesuai untuk digayakan pada pagi Syawal

Juliana Evans, Ezani, Nas-T dan Zahiril Adzim luangkan masa membeli-belah di Tangs Pavilion sebagai persiapan sambut Aidilfitri.

SAAT ini umat Islam mula sibuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tawaran hebat dan diskaun menarik ditawarkan setiap premis pusat beli-belah pastinya akan membuatkan kita rabun mata.

Tetapi awas, membazir itu amalan syaitan jangan sesekali terleka hingga boleh melalaikan. Tak kisah berbelanja tapi biarlah berpada-pada.

Sempena musim Aidilfitri yang bakal diraikan nanti, istimewa untuk pembaca setia Hip, tidak ketinggalan empat pelakon muda berbakat besar daripada filem Kami The Movie iaitu Juliana Evans, Ezani, Nas-T dan Zahiril Adzim membeli-belah di Tangs Pavilion.

Lihatlah gelagat mereka melayani keinginan masing-masing untuk melaram pada pagi Aidilfitri. Sakan juga mereka memborong barang maklumlah sudah bergelar artis. Terima kasih kepada Tangs yang sudi memberi kerjasama.

Semangat pelakon muda ini semakin membara kerana filem mereka akan menemui peminat mulai hari raya pertama. Jadi jangan lupa juga untuk menyerbu pawagam berdekatan dengan rumah anda untuk sama-sama memberi sokongan menonton filem Kami.

EZANI menolong Juliana menyarungkan kasut

Tak rugi menonton Kami The Movie kerana filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini sangat menarik untuk ditonton seisi keluarga. Terdahulu, filem ini pernah disiarkan di 8TV dalam bentuk drama bersiri.

Jom kita kongsi cerita mereka yang mempunyai misi dan visi untuk terus menjadi pelakon generasi baru yang terbaik. Simboliknya, hati mereka juga sudah dimiliki.

Jatuh cinta dengan teater

BAKAT dan gaya lakonan Zahiril Adzim, 24, atau Bob cukup mengesankan dalam filem Kami ini. Ramai rakan media yang sangat mengagumi kemunculan sulungnya di layar lebar. Itu satu petanda positif dan kehadiran bakat baru sepertinya sangat dialu-alukan.

SEMPAT lagi bergurau walaupun sibuk membeli-belah

Pemegang Diploma Teater di Aswara ini cukup aktif berlakon teater antaranya seperti Uda & Dara, Waktu Eksperimental Merdeka dan Air Con. Zahiril tamat pengajiannya pada Jun lalu dan sering mendapat bimbingan pelakon hebat seperti Ahmad Yatim, Namron dan Marlia Musa sewaktu di Aswara.


Kata Zahiril, kini dia ingin menjadi pelakon sepenuh masa. Ungkapnya lagi, kalau boleh dia mahu mengimbangi berlakon di pentas teater dan komersial (TV dan filem).

“Sebelum menyertai Aswara, saya tidak tahu langsung apakah sebenarnya istilah teater. Akhirnya selepas berjaya masuk Aswara, saya banyak belajar mengenai aspek lakonan dan di situlah saya menemui benda yang hebat iaitu teater.

“Matlamat saya nanti mahu mengajak penonton agar lebih menghargai filem atau drama yang lebih berat berbanding genre lebih kepada aspek komersial dan hiburan semata-mata. Penonton selama ini terlalu banyak disogokkan dengan genre sebegitu dan sudah tiba masanya untuk kita sama-sama beralih ke satu fasa yang baru biarpun sukar sebenarnya mahu memecah tembok itu,” katanya yang memegang watak antagonis sebagai Boy dalam filem Kami.

Dapat mesejnya? Terima kasih. Selebihnya baca disini

Thursday, September 18

Hari - Hari Aku Dizalimi

Hari - Hari Aku Dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy

Kamu gadis yang tinggal di Jalan Burhanuddin Helmy, TTDI? Oh, maaf salah orang.

Aku nak kongsi dengan korang pasal buku yang aku baru habis baca ni. "Hari - hari aku dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy". Macam kena je dengan situasi aku sekarang, 'dizalimi'. Hah, dah mula lah tu, aku ni. Ishh!

Maaf, cerita pasal buku ek?

Buku ini adalah catatan Burhanuddin Al-Helmy sewaktu dalam tahanan ISA pada 28 Januari 1965. Penahanan beliau telah disokong oleh Tun Dr. Ismail (masa tu Dato' lagi) atas alasan mereka ini mengkhianat dan menderhaka kepada negara. (Tidak perlu dibicara?) Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam (PAS) yang progresif, berpandangan global. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Beliau ditahan kerana dituduh terlibat menubuhkan kerajaan buangan di Riau, Indonesia (exile government). Masa tu kan kita tak ngam dengan Indonesia masa Sabah & Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy juga merupakan
- Ahli Jama'tul Islamiah
- Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1939
- Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) 1945
- Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) 1945
- Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
- AJK Badan Perhubungan Bangsa - Bangsa Asia, 1947
- Ahli Pengasas Hizbul Muslimim, 1948

Burhanuddin Al-Helmy jatuh sakit semasa dalam tahanan. Dalam buku ni, dia cerita macam mana dia mengharungi penyakit lelahnya dan terpaksa tidur dalam lokap yang sejuk dan tak cukup udara kerana sitem pengaliran udara yang terhad. Tanpa selipar memijak lantai simen yang sejuk dan pakaian tahanan yang buruk dan kotor sehingga beliau mendapat penyakit kudis akibat pakaian tahanan tersebut. Dikelilingi nyamuk setiap malam dan terpaksa tidur di atas tilam lama yang buruk, berhabuk dan hancing.

Pada Mac 1966, beliau dibebaskan dengan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Beliau tidak dibenarkan terlibat dalam politik sehingga 22 September 1969.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.

Buku ini agak ringkas catatannya dan aku tidak begitu teruja dengan gaya penulisannya. Dalam buku ni cuma banyak catatan beliau menolak segala pertuduhan ke atas beliau dan sedikit sebanyak mengenai kehidupannya semasa dalam tahanan. Dalam buku ni juga dilampirkan catatan sebenar hasil tulisan tangan Burhanuddin Al-Helmy. Kalau korang nak baca, carilah buku ni. Buku ni dihasilkan oleh PAS Gombak.

Tajuk : Hari - Hari Aku Dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy
Editor & Penyusun : Saari Sungib (juga bekas tahanan ISA)
Susun Atur Huruf : Kap
Rekabentuk Kulit : Abu 'Umar, Kap
Tahun : Ogos 2006 (Cetakan Pertama)
Mukasurat : 151 helai

Diterbitkan untuk : PAS Gombak & Penerangan PAS Gombak
Diurusterbit oleh : Focus Approach Sdn Bhd
Dicetak oleh : Tengas Communication Sdn Bhd
ISBN : 983-2553-38-5


Wednesday, September 17

Untuk Kawan - Kawan Yang Kita Suka

Woi kawan - kawan yang kita suka, artikel kolaborasi aku dan kawan aku, Fared Ayam, yang ketiga sudah diterbitkan! Apa yang kami fikir pasal peralihan kuasa? Bacalah!

Membaca itu bukan budaya rakyat Malaysia, jadi mari jadikan membaca sebagai budaya diri sendiri!

Artikel yang ketiga
"Berlompat - lompat dahulu, berjatuh - jatuh kemudian"
oleh Zahiril Adzim & Fared Ayam

Klik juga

Artikel yang kedua
"Entahkan Merdeka, Entahka Tidak"
oleh Zahiril Adzim & Fared Ayam

Artikel yang kedua
"Seni VS Hiburan : Siapa Juri?"
oleh Zahiril Adzim & Fared Ayam

www.thenutgraph.com


Bagai rokok dengan asap

Pertama kali aku menyedut asap rokok ialah pada tahun 1995 (darjah 5) di Taman Kledang Jaya (Silibin), Ipoh, Perak. Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aku dengan rokok, kawan aku masa kecik tapi aku dah lupa nama dia. 2 beradik yang nama depan diaorang ada nama "Pengeran". Tu je yang aku ingat. Muka diaorang pun aku dah tak ingat sebab dah lama sangat. Nak google memang tak dapat lah kan. Yang aku ingat, masa tu kitaorang mandi sungai sebelum pergi mengaji. Itulah sedutan asap rokok aku yang pertama dalam hidup aku. Sedutan yang penuh dengan rasa curiosity yang tinggi.

Lerr.. aku dah cakap aku nakal kan.

Asap rokok yang pertama masuk ke paru - paru aku ialah asap rokok jenama Benson & Hedges. Adik beradik pengeran ni yang rembat orang construction punya.

Masuk tahun ni dah 13 tahun aku sedut asap rokok. Dah beribu, ratus ribu atau mungkin cecah juta, Ringgit Malaysia aku habiskan untuk menghitamkan paru - paru aku (agaknya itulah warna paru - paru aku sekarang). Atau ada warna yang lebih gelap dari hitam?

Setelah beberapa kali menukar jenama rokok, hari ni aku menghisap asap rokok jenama Pall Mall merah. Kotak yang paling besar, 25 batang. Bukan 20 tapi 25 batang sehari. Biar aku eja ya?

S.E.H.A.R.I

Badan aku memang memerlukan nikotin setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat.

Tapi rokoklah peneman aku, sedang aku berada di roda kehidupan yang paling bawah setelah kejadian baru - baru ni. Oleh itu, rokok lah peneman ketika aku sedang bersedih, berduka, gembira. Waktu aku bekerja memeras otak yang semakin bebal ni, rokoklah yang menjadi teman borak, teman ketawa, teman berhujah, teman tapi mesra. Sebentar. Ptuih! Maaf aku tak suka perkataan tu.

Kalau nak bandingkan rokok dengan 'dia', persamaannya mungkin ini...

"Memberi kegembiraan dan kenikmatan setiap hari, tetapi dalam diam, memberi kesakitan hujung hari"

Tuesday, September 16

Break-ing / Ji Po / Ka Si Pe Cah

Sukanya hati, tangan, kaki dan badan aku untuk ajak korang semua menonton teater! Kalau kau tak pernah tengok teater sebelum ni, tengok lah teater ni. Kalau kau pernah tengok teater, tapi PGL, kau lagi lah kena tengok teater ni! Untuk pengetahuan, teater ini dibikin oleh "orang - orang lama bikin teater". Faham? Bagus.

Tapi janganlah mengharapkan teater popular macam Puteri Gunung Ledang The Musical. Itu salah SATU cabang teater je. Ingat tu.

Teater bukan Istana Budaya dan Istana Budaya bukan teater.
(tapi dalam English, theatre ada 2 maksud).


Jadi aku syorkan teater ini untuk ditonton oleh semua. Dan korang tak payah pakai FORMAL untuk tengok teater ni (macam Istana Budaya). Untuk pengetahuan korang jugak, sebelum ni, Ka Si Pe Cah pernah dipentaskan di Jepun dan Singapura dan hari ini diaorang pentaskan di KL.

Oleh itu, marilah! Mahu tengok kulit ayam?

_________________________________________________

Co-presented by Pentas Project Theatre Production + The Instant Café Theatre Company + Aternative Stage

Break-ing / 击破 (Ji Po) / Ka Si Pe Cah
Pentas Theatre Collaboration Project
平台剧场合作交流计划
Projek Kerjasama Pentas Teater


“These three pieces, as a whole, have challenged us not only in our thinking about language, but also in our thinking beyond language.”
– Kakiseni.com


“Beautiful and elliptical… exuberant… …Dramatists across the Causeway explore issues of language, politics and identity with mostly beautiful and hilarious results.”
By Adeline Chia, Singapore


…each director …. succeeds in delivering something resonant, relevant and powerful.,,, a remarkable evening, displaying the vibrant diversity of the KL theatre scene
The Flying Inkpot, Singapore


Pentas Theatre Collaboration Project is a platform of interaction within different cultures and realms which encourages diversity and possibilities in theatre arts and theatre language.

A collaboration based on the theme of LANGUAGE between three Malaysian theatre companies, Pentas Project, The Instant Café Theatre Company and Alternative Stage. Premiered in 2006 in Kuala Lumpur, it went on its international tour to Japan and Singapore in 2008, and is now back to KL.

A triple-bill of plays --

Silence, please
Directed by Jo Kukathas
3 women deal with the death of their mother, two men create a work of art and someone has something to say about what is not being said…

Repot[Mind+Mine]
Directed by
Loh Kok Man
This is a formal yet informal report. Repot[Mind+Mine] humorously explores the situations and irony in the Malaysian lingo.
If they could go back in time, if they walk into the world of P. Ramlee, if they tell you and me – Language is only a strange kind of blah, blah, blah, blah, blah…

WIP
Directed by Nam Ron
In an unknown space, a blindfolded man tries desperately to connect with another man in a futile attempt to avoid death. He asks to share a cigarette, tries to find out his his gaoler’s name and then finds himself beginning to share his hopes and dreams…

Casts : Anitha Abdul Hamid, Anne James, Chen Huen Phuei, Gan Hui Yee, Kiea Kuan Nam, Lee Swee Keong, Ayam Fared, Moo Siew Keh, Thiagu, Tin Tan Chai Chen, Where, Sukania Venugopal,

Set Design : Caecar Chong & Teoh Shaw Gie
Music Composer and Sound Design : Ng Chor Guan
Lighting Design : Loh Kok Man
Multimedia : Au Sow Yee
Stage Manager : Jason Lai


PENTAS 2, KUALA LUMPUR PERFORMING ART CENTRE (KLPac)
25th ~ 28th September 2008
8:30pm ( Wednesday to Sunday )
3:00pm ( Sunday )

RM 47 (Adults)
RM 27 (Students, Disable & Senior Citizens)
10% discount for Astro subscribers

PREVIEW 24th September 2008 @ 8:30pm / RM 27 Only

Box Office (KLPac) 4047 9000 (TASB) 2094 0400/1400
More info : info@pentasproject.com / info@instantcafetheatre.com
Supported by HSBC in the Arts / ASTRO / Colorganda!


Break-ing / 击破 (Ji Po) / Ka Si Pe Cah - VIDEO PROMO!


Friday, September 12

Kongsi Puisi Siri I

Aku pernah tulis pasal satu buku yang aku baca, (kat sini), tapi bukan review penuh pasal buku tu. Aku ada tulis jugak yang aku akan masukkan puisi - puisi Wiji Thukul yang aku suka, dengan harapan kau pun akan suka.

After all, ini untuk kawan - kawan yang kita suka!

Jadi aku panggil setiap entri puisi ini dengan nama "Kongsi Puisi Bersiri'.
_____________________________

KONGSI PUISI SIRI I
Lingkungan Kita Si Mulut Besar - Wiji Thukul

Lingkungan kita si mulut besar
Dihuni lintah – lintah
Yang kenyang menghisap darah keringat tetangga
Dan anjing – anjing yang taat beribadah
Menyingkiri para penganggur
Yang mabuk minuman murahan

Lingkungan kita si mulut besar
Raksasa yang membisu
Yang anak – anaknya terus dirampok
Dan dihibur filem – filem kartun amerika
Perempuan disetor
Ke mesin – mesin industri
Yang membayar murah

Lingkungan kita si mulut besar
Sakit perut dan terus berak
Mencret oli dan logam
Busa dan plastic
Dan zat – zat pewarna yang meransang
Menggerogoti tenggorokan bocah – bocah
Yang mengulum es
Limapuluh perak

Kampong kalangan – solo desember 1991

Saturday, September 6

Yang ini pula bagaimana, saudara?

Entah apa gila ntah aku sekarang ni, takda kerja. Sebab orang tak bagi job kot? Aku duduk rumah 3 4 hari ni, memenuhkan puasa aku, sambil bertarung dengan code - code html yang boleh buat Najib atau Anwar menyerah kalah.

Hari tu punya layout, agak sempit, warnanya pun menyempitkan kepala aku. Dengan tak seberapa hebatnya, aku pun menurunkan kreativiti aku ke laptop aku dan inilah hasilnya buat sementara waktu.

Kau suka tak ?? Tak suka jugak??

Ikut suka lah. Aku pun tak tahu. Tapi yang ni oklah sikit kot daripada gambar adik magis purple yang aku jumpa dekat blogskins tu. Tapi itu aku copy paste je, yang ni memang takkan jumpa kat blogskins, sebab aku buat sendiri.

Sebenarnya aku jumpa satu wallpaper dekat Vladstudio (sini). Ni gambar asal. Sebenarnya aku carik gambar backpacker, tapi takda. Ni je yang ade, sebab dia tarik beg, kire oklah. Idea pun timbul ler dari situ campur dengan idea layout lama aku. Aku fikir layout ni takdalah nampak budak - budak sangat, dan tak nampak maskulin sangat. Sipi - sipi.

Backpacking = Aku gemar.


Cuma code asalnya aku amik dari code yang lama. Aku buat balik. Aku korek. Aku tukar:

1. Gambar atas tu aku buat balik sendiri. Title atas tu.
2. Background keseluruhannya lah.
3. Color - color font dan family - family nya.

A'ah, untuk korang yang dah pandai memang lah nampak benda aku buat ni simple je. Terima kasih.

Deconstruction.

Yelah ! aku dah lah tak pandai benda ni, bila dah siap mesti le aku seronok. Tu pun susah nak faham ke? Untuk orang yang pandai memang lah senang, untuk orang yang bucode macam aku ni? (buta + code).

Ok? Tak suka jugak?

Terima kasih.

Friday, September 5

Ini Kemajuankah?

Kalau sebelum ni sekotak rokok Pall Mall merah 25 batang aku boleh tahan untuk SATU hari je, kini sejak bulan puasa, sekotak rokok Pall Mall merah 25 batang mampu bertahan selama DUA hari !!

Ini kemajuan kah? Perubahan diri aku kah? Penambahbaikkan kah?

Aku pun tak tahu. Rokok pun dah naik harga, semoga aku dan rokok dapat dipisahkan.

Al - Fatihah buat Pak Samad Ismail

Gambar dari MalaysiaKini

Tan Sri Abdul Samad Ismail, 84, atau lebih dikenali dengan nama Pak Samad Ismail telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, jam 5.58 petang semalam (4 September 2008). Pak Samad telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.

Jenazah Pak Samad akan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam, Bukit Kiara selepas solat Jumaat, hari ini.

Tokoh Kewartawanan Negara ini dilahirkan pada 18 April 1924 di Geylang, Singapura dan aktif dalam gerakan politik. Pak Samad pernah menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (GERAM), bersama - sama Abdul Aziz Ishak. Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.

Pak Samad juga pernah menjadi tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 1976. Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).

Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).

Semoga Tuhan menempatkan Pak Samad dalam golongan orang - orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Berita dari MalaysiaKini.

Thursday, September 4

Layout yang baru-ah

Layout baru. Ntah tak tahu lar aku macam mane gayanya. Serabut ke tak, menyusahkan mata orang ke tak, aku pun tak tahu. Disebabkan bulan puasa dan aku pun tak keluar rumah sangat, aku duduklah depan komputer ni menggodek - godek code - code html yang bangang lagi memeningkan kepala.

Sekarang ni aku tak tahu macam mana nak availablekan comment di bawah setiap entri. Aduh! aku memang dah tak pandai code - code ni.

So korang tengoklah, kalau agak - agak layout ni serabut, kasitau je kat chat box sana tu.

Orait, nak berbuka dulu.. Salam

Wednesday, September 3

Aku Ingin Jadi Peluru


Aku Ingin Jadi Peluru – Wiji Thukul

Aku baru habis baca sebuah buku puisi dari seberang (Indonesia). Ini kali kedua aku baca buku ni. Buku ini agak dikenali ramai sebenarnya di Indonesia juga di Malaysia sendiri. Buku ini pun aku pinjam dari kawan aku, Fared Ayam.

Wiji Thukul sangat dikenali dengan kata – kata pembakar yang sudah menjadi trademarknya iaitu;
Maka hanya ada satu kata: lawan!

Kata - kata ini terkandung dalam salah sebuah puisinya yang bertajuk Peringatan. Wiji Thukul didapati telah hilang. Kawan – kawannya telah menuduh beliau diculik oleh pihak kerajaan dan tidak pulang sampai hari ini. Kalau nak tahu cerita lebih google sajalah sebab aku malas nak cerita.

Setelah 2 kali aku membaca buku ini, sempat aku mencatit beberapa buah puisi yang aku suka dan akan aku kongsi di blog aku ini dari masa ke semasa. Terima kasih.



Berdialog dengan doktor

Tadi aku pergi klinik. Sebab lama sangat aku sakit ni. Macam ada benda tak kena. Aku MALAS sebenarnya bab - bab pergi klinik ni. Kalau setakat demam, batuk, selesema sikit je, memang aku tak pergi klinik punya. Aku selalu beli ubat kat farmasi pastu makan. Dah habis cerita. Duit pun jimat. Yelah, ubat bukannya murah.

Tapi sebab dah lebih 2 minggu aku batuk, selesema dan demam yang on/off ni, aku pun pergilah. Lagipun dah ramai sangat orang yang sound aku suruh pergi (Hehe..)

Seperti yang aku jangkakan, masuk bilik doktor tu, dia tanya apa sakit. Aku ceritalah yang aku sakit dah lebih 2 minggu. Dia tanya batuk ada kahak ke, selesema ke, demam ke? Aku jawab ya. Aku cakap lagi, yang kepala aku ni selalu sangat berdesing. Dia cakap apa ntah, tapi lebih kurang macam, "Takda apa, makan ubat nanti okaylah".

Tak sampai 5 minit pun, settle.
Lah? Gitu je??
Sesi berdialog dengan doktor, dia check nafas aku dengan benda alah macam earphone tu, check tekanan darah aku, check tekak pastu habis.

Tak sampai 5 minit pun. Yang lain dia kata, makan ubat, kalau sakit lagi datang jumpa dia. Kalau aku mampos nak jumpa sape?

Itu yang aku malas pergi klinik tu. Setakat sesi berdialog, aku boleh buat pakai telefon je. Tapi duit terbang berpuluh - puluh ringgit. Walaupun bukan aku yang bayar, tapi setakat berborak je, baik aku borak pakai hp aku yang tak berapa nak canggih ni sambil makan ubat kat rumah je.

Aduhhh.... aku dah cakap dah..

Tuesday, September 2

Rasanya enak

Satu hari tak isap rokok (puasa),
bila isap lepas berbuka..

Zaaaasssssss.......
Pening tak ingat.
Macam awal - awal zaman sekolah isap rokok!
Haha!
Feels gooooood !!!

Monday, September 1

Tepuk dahi tanya selera

Tadi petang aku tengok kugiran member aku bermain musik di PJ. Member aku tu punya gf pulak, member gf aku. Jadi dia pusing - pusing, member -member jugaklah!

Tapi event yang aku pergi ni...... Ada banyak.....

Camera DSLR (di leher)
Skinny jeans
Cupcakes
Kacamata hitam frame agak old-skool

Kenapa ya?
Dush! Dush! (menepuk dahi sendiri)