Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Thursday, June 16

yang aku nantikan


Alhamdulillah.

Setelah ditolak - tolak oleh Faisal, setelah dicuri - curi masaku untuk memberi perhatian pada penyiapan, akhirnya buku aku yang pertama berjaya diterbitkan. (kalau mungkin ada yang kedua) Sekali lagi syukur.

Dalam keadaan yang kelam - kabut aku menulis entri ini kerana mata sudah tidak lagi mengangkang seperti biasa. Separa - separa tinggal. Minda pun sudah berhenti di sana - sini. Ringkasnya, aku menulis untuk mengumumkan tentang pelancaran buku aku iaitu BOGEL MENUJU TUHAN yang akan diadakan pada Sabtu ini, bersamaan dengan 18 Jun di Annexe, Central Market jam 12 tengahari.

Jadi sukacitanya aku ingin menjemput kawan - kawan yang kita suka serta pembaca entri ini untuk sama - sama memeriahkan lagi pelancaran buku itu nanti. Masuk?

Adalah percuma.

Pada hari itu nanti, buku aku akan dijual serta beberapa hadiah saguhati (mungkin) akan diberikan. Selain itu, rakan - rakanku telah aku jemput untuk membuat bacaan. Antaranya ialah, yang tersayang, tunangku sendiri Shera Aiyob, sahabatku Riz Ainuddin yang juga seorang aktor, Sharifah Amani yang tidak asing lagi, seorang aktor dan sutradara.

Serta aku sendiri yang akan membacakan sajak ku.

Aku pasti, akan wujud suara - suara yang mempertikaikan sekaligus menghakimi tajuk buku ini. Terserahlah, kerana aku yakin ramai pembaca hari ini lebih matang, lebih tahu apa yang lebih penting. Samada kulitnya atau isinya.

Dont judge a book by its title. Amaaigaaddd...

Tetapi sebelum apa - apa, aku ingin menempel di sini apa yang aku tulis di kulit belakang buku ku ini.

"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"

Dan aku harap apa yang aku tempelkan di atas, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran serta sekali gus menghambat hukuman oleh suara - suara sumbang yang bakal muncul. Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga ia bukan buku berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian - kejadian sosial yang berlaku sekitar aku.


Pelancaran Buku Bogel Menuju Tuhan
12 tengahari
Annexe Gallery, Central Market

Harga: RM30 (tak termasuk kos penghantaran)
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Penulis & Rekabentuk Kulit : Zahiril Adzim
Blurbs : Ana Raffali
Prakata oleh Nora Murat. Sultanmuzaffar, Hanis Zalikha

Halaman:108
ISBN: 978-967-10126-3-5
Tahun: 2011


To order;

1. Pls SMS 017-2002944 (Type )
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

Belian Online
http://tokobuku.fotopages.com/

Thursday, September 18

Hari - Hari Aku Dizalimi

Hari - Hari Aku Dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy

Kamu gadis yang tinggal di Jalan Burhanuddin Helmy, TTDI? Oh, maaf salah orang.

Aku nak kongsi dengan korang pasal buku yang aku baru habis baca ni. "Hari - hari aku dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy". Macam kena je dengan situasi aku sekarang, 'dizalimi'. Hah, dah mula lah tu, aku ni. Ishh!

Maaf, cerita pasal buku ek?

Buku ini adalah catatan Burhanuddin Al-Helmy sewaktu dalam tahanan ISA pada 28 Januari 1965. Penahanan beliau telah disokong oleh Tun Dr. Ismail (masa tu Dato' lagi) atas alasan mereka ini mengkhianat dan menderhaka kepada negara. (Tidak perlu dibicara?) Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam (PAS) yang progresif, berpandangan global. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Beliau ditahan kerana dituduh terlibat menubuhkan kerajaan buangan di Riau, Indonesia (exile government). Masa tu kan kita tak ngam dengan Indonesia masa Sabah & Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy juga merupakan
- Ahli Jama'tul Islamiah
- Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1939
- Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) 1945
- Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) 1945
- Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
- AJK Badan Perhubungan Bangsa - Bangsa Asia, 1947
- Ahli Pengasas Hizbul Muslimim, 1948

Burhanuddin Al-Helmy jatuh sakit semasa dalam tahanan. Dalam buku ni, dia cerita macam mana dia mengharungi penyakit lelahnya dan terpaksa tidur dalam lokap yang sejuk dan tak cukup udara kerana sitem pengaliran udara yang terhad. Tanpa selipar memijak lantai simen yang sejuk dan pakaian tahanan yang buruk dan kotor sehingga beliau mendapat penyakit kudis akibat pakaian tahanan tersebut. Dikelilingi nyamuk setiap malam dan terpaksa tidur di atas tilam lama yang buruk, berhabuk dan hancing.

Pada Mac 1966, beliau dibebaskan dengan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Beliau tidak dibenarkan terlibat dalam politik sehingga 22 September 1969.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.

Buku ini agak ringkas catatannya dan aku tidak begitu teruja dengan gaya penulisannya. Dalam buku ni cuma banyak catatan beliau menolak segala pertuduhan ke atas beliau dan sedikit sebanyak mengenai kehidupannya semasa dalam tahanan. Dalam buku ni juga dilampirkan catatan sebenar hasil tulisan tangan Burhanuddin Al-Helmy. Kalau korang nak baca, carilah buku ni. Buku ni dihasilkan oleh PAS Gombak.

Tajuk : Hari - Hari Aku Dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy
Editor & Penyusun : Saari Sungib (juga bekas tahanan ISA)
Susun Atur Huruf : Kap
Rekabentuk Kulit : Abu 'Umar, Kap
Tahun : Ogos 2006 (Cetakan Pertama)
Mukasurat : 151 helai

Diterbitkan untuk : PAS Gombak & Penerangan PAS Gombak
Diurusterbit oleh : Focus Approach Sdn Bhd
Dicetak oleh : Tengas Communication Sdn Bhd
ISBN : 983-2553-38-5


Wednesday, September 3

Aku Ingin Jadi Peluru


Aku Ingin Jadi Peluru – Wiji Thukul

Aku baru habis baca sebuah buku puisi dari seberang (Indonesia). Ini kali kedua aku baca buku ni. Buku ini agak dikenali ramai sebenarnya di Indonesia juga di Malaysia sendiri. Buku ini pun aku pinjam dari kawan aku, Fared Ayam.

Wiji Thukul sangat dikenali dengan kata – kata pembakar yang sudah menjadi trademarknya iaitu;
Maka hanya ada satu kata: lawan!

Kata - kata ini terkandung dalam salah sebuah puisinya yang bertajuk Peringatan. Wiji Thukul didapati telah hilang. Kawan – kawannya telah menuduh beliau diculik oleh pihak kerajaan dan tidak pulang sampai hari ini. Kalau nak tahu cerita lebih google sajalah sebab aku malas nak cerita.

Setelah 2 kali aku membaca buku ini, sempat aku mencatit beberapa buah puisi yang aku suka dan akan aku kongsi di blog aku ini dari masa ke semasa. Terima kasih.