Saturday, April 17

karutnya kokokan panjang ayam jantan

Ada ayam berkokok pagi.
Panjang.
Mengarut.
Ayam jantan.

Malas aku nak layan. Kalau aku layan sampai ke esok keputusan aku untuk tidur, akan terhalang.

Aku tak nak layan kokokan ayam jantan yang panjang dan mengarut ini. Sengaja aku pilih untuk tidak layan. Bukan aku tak nak halau, tapi memang ini pilihan aku untuk tidak layan.

Bukan aku tak nak baling batu, tapi aku fikir dalam hidup ni kalau kita layan benda remeh - temeh ni, nanti kita tak kemana. Sebab banyak lagi perkara besar dalam kehidupan ni yang boleh kita fikirkan.

Banyak lagi masalah besar lain, selain daripada kokokan ayam jantan sekor kat luar rumah ni. Jadi, kewarasan aku memilih untuk abaikan kokokan ayam jantan ni.

Sebab aku tak nak jadi macam dia.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang dia dapat? Tak dapat apa. Macam tu je lah setiap hari nya.

Tapi tengoklah, sedang aku tidur nanti, kalau ayam jantan ni berkokok tak henti - henti dan betul - betul menganggu tidur aku, aku keluar rumah. Aku sembelih dan makan dagingnya.

Sebab bukan orang tak tahu yang aku ni suka makan ayam. Perangai ni dah lama ada dalam aku.

p/s: Ayam jantan ni tak sama langsung dengan member aku Fared Ayam tu ya? Sekurangnya kita tahu, sekali kokokan Fared Ayam, pasti akan ada ilmu yang dikeluar-kongsi. Bukan kokokan panjang mengarut.

Cer-in (Cerita Lain)

Di sebuah tempat letak kereta awam. Bukan hospital, bukan klinik. Dekat - dekat area hospital dan klinik pon tak.

"Dik! tak boleh parking sini! Ini kitaorang simpan untuk parking doktor. Kalau jadi doktor boleh lah park sini!".

Aduh, aku kena herdik hanya sebab bertanya boleh tak aku letak kereta dekat tempat letak kereta yang kosong, tanpa apa - apa tulisan "Private Parking" atau apa?

Pangkat doktor tu dah habis tinggi kat tempat tu kot. Atau Pak Guard tu memang sembah doktor tu hari - hari. Yelah, aku ni kecik sahaja yang boleh diherdik hanya kerana sekotak parkir.


Doktor yang dimaksudkan tu, bukan doktor ubat orang sakit, tapi doktor berpangkat boss di pejabat itu.

Dan mungkin ramai pekerjanya yang sakit sebab doktor tu. Sakit hati.

p/s: Pak Guard, saya tak perlu jadi doktor hanya untuk letak kereta kat situ. Nanti saya buat teater, saya jadi watak doktor ya? Watak lain - lain pon boleh. Kerja saya ni, boleh jadi macam - macam.

Monday, April 12

keterujaan dibunuh oleh lagak - lagak gagak

Kadang - kadang, kita baca skrip di rumah, kita teruja dengan jalan cerita, karektor yang akan kita bawa, berhari - hari kita hafal dialog - dialog yang akan kita mainkan dengan pelbagai ragam intonasi, bertukar - tukar cara fikir gaya karektor yang kita fikirkan,

dan kita pun turun ke set.

Berhari - hari kita tunggu babak kegemaran kita. Teruja - teruja - teruja! Ini jiwa kita!

Tapi dengan persekitaran di set, dengan karenah sesetengah orang produksi yang kononnya berpengalaman, dengan karenah mereka - mereka yang berlagak penting, dengan karenah dengan ragam manusia - manusia yang memandang kita kecil (ya, memang aku kecil, memang aku pemeran baru yang kecil yang kau sampah - sampahkan), dengan masalah itu dan ini di set,

Akhirnya babak kegemaran-keterujaan-gilababi, tidak menjadi seperti yang kita gambarkan. Hampa betul.

Terkubur.

Jahanam budaya kerja.

p/s: Jangan borak pasal industri ah!