Isnin, Mei 25

sudah pulang

Baik, sudah pulang.

Terlalu banyak perkara dalam kepala aku yang sampai aku pun tak tahu nak tulis macam mana. Aku menyaksikan terlalu banyak perkara, terlalu banyak imej dan macam - macam.

Ilmu, juga aku dapat. Itu yang penting.
Pengalaman, inspirasi tercetus.
Kesungguhan, passion.


Berada di Festival Filem Cannes, betul - betul satu pengalaman. Biasa atau luar biasa, bergantung kepada cara aku menggunakannya kelak.

Aku malas nak tulis atau berkongsi pengalaman dari mula -mula memijakkan kaki disana kerana ia pasti akan membosankan untuk dibaca. Seperti diari jadinya nanti. Cuma ada beberapa perkara yang betul - betul melekat dekat aku untuk dibawa pulang ke kehidupan asal.

Berkunjung bersama orang - orang yang bagus (great people) membuatkan perjalanan aku lebih menarik.

Berbual, bergelak ketawa, berkongsi pengalaman, bertukar pendapat, berbincang dengan macam - macam orang termasuk pembikin, pengarah, pelakon, pencinta filem dan lain - lain, dari seluruh dunia telah mencelikkan aku yang mencetuskan inspirasi serta membakar semangat untuk melakukan apa yang perlu dilakukan di sini.

Juga terhadap kehidupan.

Persekitaran yang baru dan cuaca yang bagus telah membawa aku ke ruang khayalan yang akan menolak aku untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna atas diri sendiri.

Apa lagi yang mahu aku kongsikan, terlalu besar impiannya.

Demi menjaga kawalan kualiti produksi, aku diarahkan untuk tidak menyiarkan terlalu banyak gambar. Ya, kerana akan ada yang menyalah gunakan ia. Hak milik tidak dihormati nanti.

Akan tetapi aku akan cuba berkongsi beberapa gambar yang aku fikir tidak akan mencetuskan kecurian hak milik.










Oh ya, kami juga ada bertemu dengan beberapa orang pelajar dari Malaysia di sana. Aku sungguh teruja berjumpa dengan mereka. Benar - benar aku hargai kehadiran mereka ke tayangan hingga ke sesi soal jawab.

Lebih banyak gambar akan datang...


34 ulasan:

ish berkata...

aku rasa kalau berada di kalangan org yg betul-betul bagus boleh membuat kita menjadi lebih bagus. inspirasi mungkin?

blitzizni berkata...

menarik.

ish berkata...

mungkin mereka jadi 'great' sebab duit bukan fokus utama..

marina berkata...

satu pengalaman yang mengujakan bila berada di antara penggiat seni yang berpengalaman..

memang menarik..

ღ~n0n0i~ღ berkata...

Berada dikalangan great people memang menyeronokkan. Timba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

All the best in ur career, ZA.

just a girl... berkata...

ko cukup beruntung krn dpt brada bsama-sama org2 yg bgs (great people)...n i hope one day u'll be like one...really hope...sbb bg aku ko mmg bgs...

iqa berkata...

zA. its good that u've been back to malaysia.

Saichou berkata...

thanks sbb sudi bkongsi pgalaman dengan kitaorg...
seronok sekali sekala merantau ke tempat org, lebh banyak pgalaman dan ilmu blh ditimba.
dan semoga lbh success!

Syazwan Nizam berkata...

wah.. tapi Ridzuan dah mati dalam GHOST ingatkan kamu ada sampai akhir episod

Zahiril Adzim berkata...

Yes im back, thank u everyone!

@Musykil - diaorang serve pelbagai jenis air mengikut budaya mereka. Bergantung pd si peminum. Pada yg tidak mengambil alkohol, air mineral water sahaja sudah cukup. Jgn musykil lagi ya! :D

Oh ya, Ridzuan sudah mati. :(

iqa berkata...

1 of my fren tnye, zA dh kena kuarantin aftr blik dr ngare org ke? mesti lah zA bebs dr pnykit ngare org kn..

Tanpa Nama berkata...

hey za...

i like d passport photo...
u looks cute...

well, glad 2hear u gain alot in there..tk d inspiration..

btw, so sad ridzuan dah mati, sampai situ je ke ridzuan?

with luv,
Misz Hajar

wynn berkata...

u've been to cannes?

w.o.w

Tanpa Nama berkata...

haha.. aku musykil + prihatin. takde niat brsngka buruk, bro. maaf once again..

d|aBoL|c e'En berkata...

my my..who would've thought that u would end up there ey? many hearty congrats my friend :)

Tanpa Nama berkata...

elo, selamat kembali :D
enak kan? melihat tempat orang...berkongsi ilmu, inspirasi dan rasa. pengalaman mahal, takkan sama situasi di negara sendiri kan!
apa pun, glad u r back. didoakan sihat dan dijauhkan Allah swt dari penyakit2 yang tidak dikehendaki.

satu soalan kurang ilmiah, nampak brangelina tak? :D (sorry, cannot help it :D they are the hollywood royalties...hehehehe)

luvsushi...

TiErA berkata...

so its comfirmed then.
jauh perjalanan.luas pemandangan.
:)

r4v3 berkata...

cool gila!

raina. berkata...

ridzuan died? :(

maaf, youtube is my only source when it comes to watching malay series :( jadi, belum sempat tengok lagi episod terbaru.

it's a real amazing feeling isn't it. going to a place, especially like cannes, and soaking in all the goodness :)

Zahiril Adzim berkata...

Thank you.

Yeap, pengalaman 'mahal' :)

Jalak Lenteng berkata...

salam,

dejavu membaca entri ini.aku dan rakan-rakan turut berkunjung ke Cannes pada Sabtu lepas tapi malangnya tak terserempak dengan kamu dan orang2 hebat bersama kamu. anyway pantai Cannes memang bestt!

rasa2 gambar2 yang terdapat di blog aku itu kecurian hak milik atau tidak??heheh

Tanpa Nama berkata...

hebat la kau.. yusof haslam dgn razak mohaideen pun tak penah smpai cannes!

Tanpa Nama berkata...

pengalaman buat kita lebih percaya akan sesuatu.
-SERI-

nur.iman berkata...

Salam,

ZA, kenapa watak Ridzuan dimatikan dengan tragis sekali
kena tembak, so sad.. (Pembunuh Harum akhirnya kena bunuh)

Teringat dialong dalam Ghost ari tu
“Wa, ada 10 orang standby, nanti wa pukul lu kaw kaw”

ZA, akhirnya kau selamat kembali kat sini..

Luv U...

fayeen berkata...

wow cool place

xD

Yusrika Bahar berkata...

Kau pulang semula. Moga ada semangat baru yang membara, menghasilkan sesuatu yang boleh dikongsi. Memahami semula perjuanganmu...menghayati semula rentakmu... Walau celaka sekalipun kehidupan mendatang, tuturmu untuk terus kental bukan? Buktikan pada yang mencebik!

sugarplumpprincess@yahoo.com berkata...

harap2 bkan air sja jdi bicara...
tiang agama jgn dilupakan walau dimana anda berada...
penghargaan setinggi langit dr manusia x seindah penghargaan dri Yang Maha Esa..

miss M berkata...

hai zahiril,wcome back!!selamat n sihat~~~
teruskan berada bsama org2 yg baik.
selagi berada bsama org yg baik,kita akn sedar akn diri kita..
d bumi yg kita pijak n xmudah tpedaya..tp,pucuk pangkal ati sndiri juga.. jz 1 advise,
"Kita tak tahu apa yang akan terjadi besok,jika kita berhenti hari ini.." jd,jgn bhenti B'USAHA mjadi seseorg yg lebih baik...

INI berkata...

is 'Teruk' about u n LJ? sorry a little bit straight forward question, but can't help the curiosness..

Zahiril Adzim berkata...

Nope, its not.

Ia cuma pengalaman peribadi yg pernah hinggap sebentar dalam cerita kehidupan saya.

Selebihnya difiksyenkan.

:)

nur_petunjuk berkata...

berada di smpngorgyg bgus2 adakah membt kita jdi sebagus mereka??? or, we just fake it, until we reach the "bagus " standard??? what would u say, zahiril adzim?

Miss Sofia berkata...

~~jauh perjalanan, luas pengalaman~~ bestnye dpt g tempat or.. teringin g tempat org.. harap impian jd kenyataan, amin.. to zahiril, selamat maju jaya dlm apa jua lapangan hidup..

p/s: bestnye cite abam smlm.. hehe

anyss berkata...

Banyak berjalan...banyak juga dapat dipandang. Luas pula pengalamannya...

naihusna berkata...

teringat plak filem Mr. Bean 2 yang die pegi holiday ke Perancis semata2 nak pegi pantai kat Cannes..alih2 tersesat dalam festival filem tu..haha..tapi Perancis memang cantik..rasanya semua pun mengidam nak ke situ..hehe..kamu beruntung dah sampai ke situ..