Jumaat, Mei 29

gadoh lagi!

Filem GADOH sekali lagi akan ditayangkan di HELP University College pada 12 Jun 2009 ini. Terima kasih KOMAS, sebab aku terlepas tayangan pertama hari tu.

Ya, aku akan berada di sana. Insyaallah.

Jadi, kawan - kawan yang kita suka, yang terlepas tayangan yang pertama hari tu, bolehlah datang menonton filem arahan NAMRON dan BRENDA ini pada pukul 8 malam.

Filem ini dibikin untuk tujuan pendidikan. Sekali lagi bagi yang tak faham bahasa,

PENDIDIKAN.

Tentang isu perkauman yang sedang berlegar - legar di sekitar kita. Jangan buat - buat tak tahu. Memang masalah ini wujud. Tapi filem cereka ini dibikin bukan untuk menjatuhkan mana - mana bangsa. Kalau kau rasa filem ini ada tujuan samada kecil atau besar untuk menjatuhkan mana - mana bangsa, aku rasa kau harus kurangkan membaca gossip artis tempatan dan mula membaca atau menonton perkara - perkara yang lebih matang atau ilmiah.

Kerana mentaliti kau sudah tepu dan terkunci. Lebih malang, kau sedang selesa dengannya.

Seperti yang kita semua dah tahu, trailer GADOH sedang disiarkan di Youtube. Dan seperti yang aku juga sudah tahu yang kamu semua tahu dan faham apa itu "trailer".

Petikan, atau 10% atau lebih atau kurang dari cerita penuhnya. Jadi bagaimana kita boleh membuat kesimpulan tentang ceritanya jika kita tidak menonton cerita penuhnya?

Aku ada terbaca tentang komen - komen di website KOMAS dan juga Youtube. Memang seperti yang aku jangka, bangsa aku sendiri mesti ada yang melatah.

Individu ini marah kerana katanya mereka berjuang untuk bangsa mereka. Eerrr.. berjuang di tempat yang salah dengan mentaliti yang tepu, mungkin?

Lebih menyedihkan bila aku terbaca satu komen yang memperjuangkan Melayu (kononnya) tetapi dengan menggunakan bahasa yang aku tak pasti samada itu bahasa Melayu atau tidak.

"Blew"
"Ctew"
"fuck offlah!"

Sekarang kawan - kawan yang kita suka beritahu aku, adakah itu bahasa Melayu??

Aku kurang pasti apa yang individu - individu seperti ini cuba buktikan. Ini cuma filem cereka yang dibikin tanpa memikir soal keuntungan tetapi bertujuan untuk mendidik serta memecahkan tembok perkauman.

Sekurang - kurangnya, sebiji bata dari tembok itu pun cukuplah. Ini cuma usaha.

Aku dengan rendah diri menunduk ke bumi, hamba kepada Maha Pencipta Allah S.W.T, sangat - sangatlah berharap agar kawan - kawan yang kita suka,

Tidak ada pemikiran seperti itu.

Tolonglah. Keluarlah dari kotak pemikiran tepu itu yang boleh membunuh sifat kemanusiaan kita.

Aku hargai.

Credit to Beto Kusyairy dan KL Motion Pictures


Bangsa itu cuma label manusia kerana kita semua adalah hambaNya.

BANGSA MALAYSIA.

42 ulasan:

Yanne berkata...

Heh.. Tuh la bahasa budak2 muda skrg.. Dari mane diorg blaja taktau la, pandai2 buat tatabahasa sendiri..

Tak penah tgk trailer gadoh lg.. nnt nk tgk la.. thanx for the info.. :)

Tanpa Nama berkata...

Betul..ZA,
isu perkauman makin menjadi...harap boleh tengok filem Gadoh...
suka ayat sebiji bata dari tembok itu pun cukuplah...ini usaha...daripada orang yang asyik nak mengkritik tapi tak berusaha....apa makna...

Tanpa Nama berkata...

pagi... :D
dah tgk trailer tu. sangat, sangat menarik! sebab tu tak nak miss screening 12 jun ni.

btw, suka dngan tulisan ZA utk entri kali ni. tak tau lah, mentaliti 'orang kita' sekarang ni. bila sebut melayu, banyak perkara nak diperjuangkan tapi cara perjuangan tu tak semua yang betul. macam tin kosong. mulut pandai bercakap, jari pandai menaip. tapi bukan perkara berisi, sekadar omong picisan cuma. sedih!

apa2 pun terima kasih utk info terkini ttg screening tu. Insyaallah,harap dpt berjumpa kat sana :D

My_Dark Passenger berkata...

betul cakap kau, kat mana-mana pun ada isu perkauman. Nabi saw sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. ... Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? yang penting sebenarnya adalah agama... i like it..

yaziith su anaz berkata...

ouhh.



mereka berjuang pada sesuatu yang tak pasti.

si pari pari berkata...

Mak ai.. garangnya artikel kamu, bangsa itu kadangkala mengelirukan, patutkah kita gugurkan saja perkataan 'bangsa' atau 'keturunan' dlm apa2 borang permohonan ?

Bangsa Malaysia, itulah yang patut kita perjuangkan, lagipun kat malaysia ni banyak yg muka cam cina tapi melayu, takpun muka cam melayu tapi india....perjuangan sesuatu bangsa itu hanyalah akan membunuh bangsanya sendiri.

danili berkata...

2009: the issue remains a live one. How pathetic is that? Who should be blamed? The british govt for their 'divide and rule' policy and...oh yeah.. DIRI SENDIRI.. Sbb mempunyai fikiran yg amat cetek! Ikut je org ckp apa, tulis apa, terima bulat2. Mcm lembu. Use ur human brain and THINK. Cubalah berdiri di atas kaki sendiri dan buat penilaian! Label 'bangsa' MEMISAHKAN umat dunia. Cakap tahu islam, tapi tak hormat sesama MANUSIA. p/s: aku syg AGAMA dan NEGARA aku. viva la vida!

-SERI- berkata...

Skarang kita terlalu taksub dgn bangsa
hingga bergegar Negara. Apa kata kita hentikan sengketa
sambil kita renung
sejarah lama …pikir yg positif.
-SERI-

zf berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zf berkata...

blew tu maksodnye bile, ctew tu cerita.

bebudak skrg bahase nk mengancam je..

pemikiran dorang tak tepu, tp tak rasional, ade semangat tapi xde bimbingan, dah asyik disogok jom heboh je..

sket2 rancangan menyanyi bangang, kuar berita plak org cine india nk rampas hak melayu, and then mak bapak pon same perkauman anak baru satu tahun dah pandai panggil keling, cina tak basuk berak

haha aman sangatlah malaysia ni

nur.iman berkata...

Pedas & Tajam Menikam betul apa yang ZA katakan..

Bahasa Jiwa Bangsa & Budi Bahasa Budaya Kita.

luv u..

Shamimi Haniza berkata...

Menonton keseluruhan filem ini memberi gambaran yang berbeza dengan trailer. Berubah 180 darjah. Sikap menuduh tanpa usul periksa tu memang dah lazim. Sebab itu mereka memberi respon sebegitu. Filem ini memang wajar menjadi sebuah filem untuk pendidikan. Kerana ia betul-betul mendidik.

::nursafinaz::finaz::cip::peanut:: berkata...

ya..tolong la keluar dr mentaliti tepu tu...
...salah ker sy keluar dgn kwn yg berlainan kaum kenapa harus memandang seperti kami ada berbuat sesuatu yg menjelikkan...mcm tak pernah tgk perempuan melayu keluar dgn lelaki cina??? kami berkawan baik tak mungkin kami akan memutuskan persahabatan kami hanya kerna mentaliti seperti ini...

p/s : sy sendiri kadang2 tak faham apa yg adik sy sms kerana terlampau byk penggunaan huruf 'W",katanya ini bahasa budak zaman srkg....hmmm

Saichou berkata...

saya tak paham, kononnya mpjuangkan melayu, tapi kata2 yg digunakan sangat kasar, begini ke adab2 melayu. atau sepatutnya adab2 islam yg patut tersemai?
perkataan yg digunakan pun sgt biadab sperti mengatakn org lain bodoh..saya pnh tulis isu ni di blog saya, sbb saya sgt sedih bila ada hujah di mana2 blog yg saya baca, hanya hinaan dberikan.

si^comei berkata...

1 malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..
malaysia sungguh kaya dgn slogan..=) btw,sgt bagus bila ada karya seni ttg perpaduan, kemasyarakatan,sekurgnya satu wadah yg menarik untuk masyarakat..karya seni sekarang byk seperti sampah hingga masyarakat menyampah seperti kebanjiran drama/filem seram, aksi mat rempit, etc.tidak faham mengapa mat rempit/bohsia diangkat sbg hero/heroin..gejala sooo'sial' seperti ini tidak wajar dipaparkan.semoga lebih banyak anak seni dapat memacu arah tuju kehidupan seni dan selektif dalam pemilihan karya seni..tingkatkan prestasi, jauhi kontreversi,jauhi melodi =)

sang kenggeru berkata...

bile ckp psl tulisan byk w ny, teringat kwn ak.kdg2rse geli bile nk bce,.susah sgt, sje bls blk:weh.xfhm.
ingat sorg je, rupenye mmg dah trend masa kini 8)
hmm.psl mvie utk pendidikan ny, i just curious.mmg xkn tyg kt mne2 ke? ke, ade care lain nk tgk?yelah.lagi bagus rsenye kalau ramai leh tgk, and ramai pn akn terdidik same. with that, bkn 1 bata je, seluruh tembok pn will be possibled to break.
p/s:kalo sms, makin nk type shotfom, tp bile ade trend w ny, rse cm makin pjg kot!

red shoes berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
red shoes berkata...

mcm best gadoh nie~teringin nak tgk tp syg jauh~

isu ni dah lama tapi org slalu buat tutup mata..huh~

miss M berkata...

betul la ZA... terasa juga taw..
skrg kita da x guna bhs melayu sepenuhnya...
bdk2 skrg panggil... MANLISH(MALAY&ENGLISH)... kena salahkn dri sendri tp sbg sebuah negara,kita harus konsten,kalo nak org ckp bhs melayu dgn betul,jgn tukar syllubus pembelajaran...
jgn tukar sains&math dlm bi...

tujuhhariseminggu berkata...

erm...
x mo tayangkan gaduh kat kolej lain ker?
IUCTT ker?
;)

raina. berkata...

would love to watch Gadoh, but i won't be home haih :(

it comes down to ignorance. people are too comfortable to think outside the box they're in.

fadzlina fadzil berkata...

memecahkan tempok perkauman... bukan kerja senang...bukan seorang....

mereka yang melatah itu...sebenarnya tidak betah dan masih mentah

amybestgillerpergh~ berkata...

huhu~
smngat ba kamurang ni..
bgs2..
smngat ni laa yg kite mau..

sbb mslh etnik ni laa krajaan suh sluruh universiti blaja hubungan etnik..

jgn amik enteng..
korg pn jgn skdr bckp je..
kne buat gk ap korg ckp...

utk column bangsa tu ptt tuka option dia..bkn mlayu,cina,india,dll..ptt tulis malaysia,indonesia,philipine,etc
br btl..haish~org buat form tu pn kne g skolah..

(over xak??)

fadz berkata...

tak kiralah melayu,cina,india,benggali,kadazan,dayak,iban, orang ulu,orang asli, banjar,jawa,minang,....dan yang mengaku dia itu warganegara malaysia... kita adalah malaysian... malaysia itu rumah... seluruh rakyat dan bangsa2 yg ada itu tiang-tiangnyanya... jadi jgn biar tiang rebah menimpa bumi...kelak pincang rumah...tak dapat lagi berdiri...

bagi aku tiang untuk rumah harus sekata....jika tidak rumah perpaduan akan condong ...rumah perpaduan siapa?? ini rumah perpaduan, harmoni dan jati diri kita..bangsa MALAYSIA

ainafifah berkata...

memang dah biasa tengok bdk2 skh cina dan melayu bergaduh.. entah sebab apa.. aku tidak pasti..
tapi yg aku pasti, aku hanyalah penonton yang tidak mengerti apa apa.. nak tengok tapi aku tak pasti sama ada boleh pegi ataupun tidak..

Tanpa Nama berkata...

ZA. Chop! nak tanya sikit. Cerita Gadoh tu kan, kalau tak dapat tgk pd 12hb tu, mmg akan terlepas buat selama-lamanya lah eh? cerita tu mmg tak akan di 'dvd'kan untuk di jual pd orang awam ke? maaflah, kot2 soalan ni bunyi cam bodoh jer kan. Maklumlah, bidang ni bukan bidang aku.

b e a u t i f u l . d i s g r a c e berkata...

fadzlina fadzil, aku sokong ko. diorg yang melatah tu masih mentah. tengok, fikir, pastu barulah komen. ni tak pasal2 nak melenting. baru tgk trailer yang tak sampai 10 minit pon kot.. memalukan bangse sendiri je. aku tak fahamlah. mmg susah nak educate narrow minded ppl camtu. die fikir die je yang betol. huh! get a life! think out of the box..

aku suke movie ni. production yang sangat berani. persetankan org2 yang tak reti tafsir dan tak reti nak ambik pedoman dari movie nie. kasihan.

Zahiril Adzim berkata...

Saya tak pasti DVD tu akan dijual ker tak. Tapi pada hari tayangan tu, akan diberi percuma. Tayangan pun saya tak tahu bila lagi..

B berkata...

I went for the first screening. If If I'm not mistaken, the DVD is sold for RM20. It's an awesome movie.

To me, the school and its administration represents the government or the ruling institution. The headmaster doesn't really care about solving the problem; he only wants to put on a show and make it seem like everything's "all right" and "harmoni dan aman makmur" between the races.

nur_petunjuk berkata...

assalammualaikum to every single person that would read this comment... mmg susah nk duga hati manusia ni, ego setinggi langit, tp, kebodohan seluas laut china selatan... pengalaman plak pnjg sejengkal... mcm mane nk gune pki pndgn manusia yg krang didikan ni??? scene yg begaduh ni mmg ada dlm sek skrg... kat skolah kat melaka contohnya, ada 3 buah sek yg bedektn sentiasa dlm pemerhtian polis, cikgu diorg pn da tak bole nk tgur, nape bende ni smua tejdi? kat sek men melayu dgn melayu pn begduh... cina dgn cina pun same... aptah lgi melayu ngan cina... smpi ke thap msuk ke kes polis kan... tp, polis pun tak bleh nk wat pape... kekdg sbgi seorg guru, tggjwb ni terlalu berat utk di galas... :(

Tanpa Nama berkata...

hari tu aku terlepas gadoh padahal ada pass. jadi 12 ni kena pergi ni(: aku syukur yang kawan kawan yang aku suka walaupun multiracial, amat mesra dan kita semua borak bahasa MALAYSIA. lepak mamak, makan nasi lemak, tosai, tengok debat anwar kat tv, mencarut hal politik, tengok kami the movie, dengar lagu Hujan haha(: sayang anda sahabat semua!

nur_petunjuk berkata...

bangsa tiada ape2 maksud jika kite sendiri tak kenal siapa bangsa kita... adakah org melayu pada masa kini msih layak dipanggil bangsa melayu? tu lah sebabnya bangsa melayu diperotak-katikkan, kerana kita sendiri tak sedar dimana kita berdiri... melayu itu bediri dalam setiap jiwa manusia yang masih ingin kelihatan melayu... sorry to say... skrg ni mmg da mkin hilang dan pupus manusia yg ada jati diri melayu... tiada sikap melayu. tiada pakaian melayu, tiada nama melayu, tiada apa-apa melayu... null... empty...

dan apa yang lebih inggi di sisiNya dalah orang yang bertaqwa.. bkan bangsa yg dipandang, tetapi bangsa itu jati diri kita dan yang menjadikan kita istimewa... insya Allah

W , berkata...

setuju :D

princess_nathra berkata...

alaaaa...i missed it again!!damn..

Alia Ary berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bangsa Malaysia berkata...

tahniah, filem yang membuka minda. ianya mungkin sedikit straight forward, tapi itu REALITI. cara halus untuk mengajar dah tak jalan dah. saya nasihatkan, bagi siapa-siapa yang hendak menonton Gadoh, buang segala habuk-habuk perkauman yang dah lama berumah di otak anda.

saya pelik, bukan hendak menghentam bangsa sendiri, tapi memang benar, bila karya-karya atau isu-isu sebegini dibangkitkan, pasti bangsa kita juga yang akan cepat melatah, menghukum membabi buta, mengatakan itu dan ini.

filem ini bagus ditonton oleh mana-mana pihak yang terlampau berkiblatkan sangat konsep ketuanan melayu itu, yang mengaku konon-konon diri sendiri lebih punya hak. itulah yang jadi kalau dah selesa sangat dengan konsep ketuanan melayu tu. yang jadi tuan kita, yang jadi hamba pun kita.


saya sudah beli dvd gadoh, agak-agak kalau saya tayangkan pada ayah saya yang merupakan majlis tertinggi kerajaan, apa kata dia agaknya. mungkin sedikit pahit ayah, tapi jangan cuba kata ianya tidak benar ;p

tahniah sekali lagi ke atas tenaga produksi Gadoh.

antibiotic berkata...

BANGSAT btol la.....!!
aku nk tgk citer ni...tp x sempat2 je....bdk2 ckp best....
ZA nnt ble lg nk tayangkan n katne??
aku memg nk tgk giler..dvd pn xpe..

rizzar berkata...

dah tgk Gadoh dan filem itu membuka minda saya menjadi lebih cerdik.. filem bukan hburan semata-mata

TiNTa^_~MeRaH@Ti berkata...

sy suka tgk citer gadoh..pendekatan yg sgt tepat dan sgt berkesan..pd permulaannya ia dilihat seolah2 citer perkauman semata2..tp bg sy ianya lbh dr itu..dan sy jg setuju teater merupakan medium u membina integriti anak bangsa kt...

sayalahfaizul berkata...

kalau kat fakulti aku (faculty of eduation UM), student's representatives buat tayangan perdana GADOH, aku lak beli CD wat tayangan perdana kat bilik aku je... ramai plak tu yang datang. nice work. keep it up!

aisyahuseinrais berkata...

zahiril, Gadoh itu awak berlakon di sekolah saya, di depan asrama puteri saya.! =)

adex ;) berkata...

saye teringin teng0k ful ini filem gad0h . trailer da ulankulank kaly tgk .