Wednesday, December 31

baru punya tahun baru punya tahun, selambe?

Salam Maal Hijrah.
1 Muharram 1430.

Belum terlambat lagi. Dan juga Selamat Tahun Baru 2009. Maaf kerana aku tidak dapat menconteng begitu kerap buat masa ini. Sedikit kelam kabut dengan carma (cari makan).

Bukan cari nama.

Setiap tahun berbeza kisah perjalanan hidup aku. Daripada pembinaan kerjaya sehinggalah percintaan. Turun naik. Naik turun. Macam petrol. Tapi itu yang seronok. Buat kita lebih kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita - cita.

Takpa. Takpa. Takpa.

Selagi boleh bertahan, kita bertahan sahaja.

Untuk kawan - kawan yang kita suka, semoga makin bijak mengawal kehidupan masing - masing. Kehidupan yang indah tu hanya dalam ruang khayalan, imaginasi atau dalam TV.

Dalam realiti, tidak ada istilah kehidupan yang perfect.

Salam.

Sunday, December 28

beri aku kuasa lah

Bila manusia nak berhenti guna keganasan sebagai jalan penyelesaian?

Kalaulah aku ada kuasa, aku taburkan kuasa 'cinta' pada semua orang.

Sedih.

Lebih baik aku hidup dengan dinasour. Sekurang - kurangnya dinasour ganas sebab takda otak. Hari ni, yang ada otak pun sama dengan dinasour.

Sekali lagi, SEDIH!


atau biri - biri mungkin?

Monday, December 22

entah siapalah penjenayah

Dah selesai menembak.

Jadi sekarang sedang berehat sehari dua setelah bekerja dan juga setelah beberapa kali jatuh sakit di set. Naik menyampah aku. Takpa, sakit boleh sembuh. Itu tak penting. Aku hanya ada sehari dua sahaja untuk berehat. Dalam masa yang sama, aku perlu memerah otak yang sedang lembab ni untuk menulis skrip yang akan diarahkan oleh aku dan beberapa pengarah muda penuh kemarahan yang lain, bagi projek teater kompilasi yang akan kami kerjakan pada Januari nanti. Insyaallah.

Menembak filem mengambil masa 8 hari. Yasmin Ahmad pun 13 hari kalau tak silap aku jadi segala - galanya dimuatkan ke dalam 8 hari tersebut. Agak ketat, kerana itulah aku terbongkang di set sampai pukul 6 pagi.

Koyak, memang koyak rabakkk...

Aku ada juga menangkap foto sewaktu kerja untuk dikongsi dengan kawan - kawan yang kita suka, tapi tunggulah bila aku sedikit senang nanti.

Kebanyakkan babak dalam cerita ni, mengambil tempat di sebuah rumah usang 2 tingkat di ladang kelapa sawit di Ijok. Dalam beberapa hari berkampung di kampung itu, aku ada berbual dengan seorang pekerja ladang yang datang bertenggek di situ kerana perasaan ingin tahunya tentang apa yang sedang kami lakukan. Aku dan beberapa pemeran yang lain berbuallah dengan lelaki pekerja ladang yang berasal dari Bangladesh itu. Bagaimana aku tahu lelaki itu dari Bangladesh?

Sebab aku tanya lah.

Perbualan kitaorang lebih kepada soalan - soalan dari dia dan kami (aku dan pemeran lain). Dia bertanyakan tentang apa yang sedang kami lakukan dan kami pula bertanyakan tentang pekerjaannya di ladang itu, juga tentang majikannya. Lelaki itu terpaksa bekerja dari jam 6 pagi setiap hari hingga lewat malam. 6 pagi hingga lewat malam itu pada aku kerja keras namanya. Apatah lagi bekerja di ladang. Bila ditanyakan berapakah upah hasil dari kerja kerasnya itu, jawab lelaki itu RM400 sebulan.

RM400 sebulan??

Terus terpancul sembur soalan dari mulut aku yang agak bemaksud (mean) tapi sebenarnya tak puas hati dengan upah yang diterimanya.

Cukup ke RM400 sebulan?? Apa you makan??

Jawabnya lebih menyedihkan.

Abang, RM400 cukup untuk saya abang. Saya lagi hantar wang balik kampung. Cukuplah abang. Kalau saya duduk di Bangladesh sampai ini hari saya takkan dapat rasa gaji banyak RM400. Saya sana tada kerja, miskin.

RM400 itu jumlah paling banyak pernah diterima dalam hidupnya.

Aku tak kenal majikannya, tapi kalau aku kenal memang aku akan pastikan bahawa dia tidak akan jadi kawan aku si majikannya itu.

Cekik darah, lahanat. Sudah kau paksa pekerja kau bangun pagi - pagi berkumpul seawal jam 6 dan kau lepaskan waktu tamat bekerja lewat petang yang juga kadang malam, kau campakkan RM400 saja sebulan padanya?

Memang seawal 6 pagi mereka berkumpul di pintu masuk ladang itu. Aku sendiri yang menyaksikan pekerja - pekerja ladang yang begitu ramai berkumpul berdiri sambil masing - masing mulut masih berbau ubat gigi. Kemudian berdiri seorang kepala atau kapten atau apa saja gelaran untuknya dengan suara yang agak garang, memanggil nama untuk mencatat kehadiran dan memberi upah kepada setiap pekerja yang terdiri daripada bangsa India, warga Indonesia dan Bangladesh.

Inilah perangai celaka para kapitalis yang tak habis - habis menindas para buruh serta petani lain. Titik peluh tidak dipedulikan. Bergembira lah mereka apabila memiliki para pekerja yang taat dengan sejumlah wang kecil yang dicampakkan yang langsung tidak berbaloi dengan usaha mereka.

Ini industri kelapa sawit, bukan jual nasi lemak. Untungnya berjuta berbillion. Jangan lah tipu.

Kawasan perumah yang aku tinggal sekarang ini ialah bekas ladang kelapa sawit. Pembangun atau juga developer telah mencantas semua pokok kelapa sawit lalu menjadikan ia sebagai kawasan perumahan yang terdiri daripada banglo - banglo mewah dan rumah - rumah teres setengah juta harganya (tidak termasuk rumah aku) yang menunggu untuk dipecah masuk dan dirompak. Aku perhatikan penduduk di sini bukan calang - calang ekonominya kerana saiz kenderaan masing - masing seperti tidak cukup jalan. (juga tidak termasuk kenderaan aku)

Jadi, untuk menghapuskan ladang dan menukarkan kepada kawasan perumahan merupakan satu keputusan yang melibatkan pemikiran keuntungan yang berlipat kali ganda. Bermaksud, pemodal tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghapuskan ladang dan kemudian membangunkan kawasan perumahan mewah, kerana mereka ada banyak lagi ladang kelapa sawit di sekitar Malaysia.

Dan kamu fikir, berapa pulangan yang mereka perolehi?

Kelapa sawit juga dikatakan satu hari nanti akan menjadi alternatif bagi menggantikan petrol. Selain daripada jagung. Ini peluang lebih besar untuk memberanak pinakkan jutaan wang mereka.

Pernah lihat iklan sebuah kereta kehabisan minyak di tengah - tengah ladang kepala sawit? Tiba - tiba datang seorang pembantu pam mengeluarkan nozel dari pokok kelapa sawit. Iklan milik Sime Darby. Itu buktinya.

Jadi industri kelapa sawit bukanlah industri yang tidak mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi dari ketinggian aku (aku tidak berapa tinggi). Tambahan pulak satu hari nanti bila alternatif untuk petrol telah berjaya dicipta, aku percaya permintaan kelapa sawit akan meningkat lebih tinggi dari KLCC. RM400 sebulan? Tak masuk akal.

Memanglah kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Tapi janganlah jadikan bersyukur itu sebagai satu penghalang untuk kita terus memajukan hidup kita dalam dunia yang sombong ini. Terlalu bersyukur tanpa usaha lebih yang halal, bermaksud memanjakan diri. Kerana terlalu bersyukurlah para kapitalis bergelak ketawa gembira.

Kamu bayangkan, kemana lagi pekerja ladang Bangladesh itu mahu pergi? Permitnya dipegang oleh majikan. Nak buat kerja lain untuk mendapat side income sebagai usaha alternatif, seperti berniaga burger, takda masa pulak akibat waktu kerja 6 pagi hingga lewat malam. Waktu yang tinggal sudah kepenatan dan keletihan. Apa cara lain yang boleh dia buat?

RM400 sebulan untuk lelaki Bangladesh itu. Berapa yang dihantar ke kampungnya? Berapa yang dibelanjakan untuk makan, pakai dan sewa rumahnya? Ditambah pula dengan harga barang yang semakin hari semakin menuju ke bulan. Pekerja ladang itu hidup hari ini dikelilingi oleh mereka - mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam mengikut arus kemodenan akibat negara yang terlalu mengejar globalisasi. Jadi kamu tidak rasa satu hari nanti sifat kehendaknya akan mengatasi sifat keperluannya?

Kalau RM400 sebulan, maka tidak hairanlah banyak jenayah sekitar kota dilakukan oleh mereka - mereka ini.

Siapa yang melakukan jenayah sekarang ini?


Pesongan kata:

Nah, ini satu gambar untuk pekerja ladang itu. Angkatlah sabitmu, angkatlah tukulmu. Cantum silangkan dan kamu tahu apa makna itu.

Sunday, December 7

waktu makan, mandi, membaca, tidur aku dicuri

Aku tidak punya waktu yang percuma untuk menconteng di sini buat masa ini kerana aku sedang 'menembak' sehingga hujung bulan ini. Kemudian, mungkin aku berehat untuk beberapa hari dan terus sambung 'menembak' untuk kerja yang lain dalam beberapa bulan lagi.

Setelah aku belek - belek jadual kerjaku, rupanya aku terpaksa mencuri masa untuk makan, mandi, membaca dan tidur sehingga bulan April tahun depan. Itu buat masa sekarang, kalau ada kerja lain yang menjemput lagi, aku mungkin tidak akan ada peluang untuk mandi apatah lagi tidur di siang hari.

Dalam pada itu, kalau aku ada masa lebih untuk dicuri, Insyaallah aku akan update blog ini. Mungkin aku akan potong waktu makan dari 1 jam kepada setengah jam. Mungkin. Tengok lauk apa aku makan waktu itu. Potong waktu mandi dari setengah jam ke 15 minit dan waktu tidur dari 4 jam ke 6 jam.

Oh, itu tambah bukan tolak. Tak mengapa, aku memang perlu tambah waktu tidur aku.

Aku juga akan mengumumkan pada waktu yang sesuai tentang kerja yang sedang aku kerjakan. Eh, bukan aku yang kerjakan kerja itu, tapi kerja itu yang kerjakan aku. Jika ada teater atau apa -apa, aku pasti war - warkan.

Seperti kamu (kawan - kawan yang kita suka) tahu, aku jarang menulis entri yang berbentuk diari atau entri - entri kosong yang bertujuan untuk meraih populariti menjadi selebriti blogger dan sebagainya.

Haha, entah kenapa isu selebriti blogger ini sedang hangat diperkatakan dalam dunia blog hari ini. Lantaklah diaorang, aku tak masuk campur hal ini. Kalau aku masuk campur juga, maknanya aku kena potong waktu membaca aku pulak. Tak boleh.

Kebanyakkan dari entri aku bertujuan untuk berkongsi serta berkomunikasi dua hala disamping menggerakkan otak dan fikiran kita semua terutamanya otak aku yang sedang lembab sekarang ini akibat musim hujan, susah nak kering.

Itu tujuan kewujudan blog ini kerana pada aku blog atau internet adalah medium alternatif yang memberikan aktiviti komunikasi dua hala dan bukanlah bersifat individualistik yang total seperti TV dan lain - lain. Takpalah, nanti kita cerita pasal ini, ya? Ada juga blog yang individualistik... Kamu carilah sendiri.

Jadi jika mahu berkomunikasi dengan aku, tinggallah pesanan kamu disini atau di ruang shout out loud atau juga di mana - mana yang kamu pandai cari.

Salam Sejahtera.

Foto oleh Cathy
(kenapa warna tangan tu?)


Pesongan kata;
Terima kasih kerana terus membaca, walaupun sebagai silent reader. Entah macam mane, aku tahu kau baca blog ini.

Sunday, November 30

HOME atau rumah

Rumah ialah satu daerah selesa juga satu titik permulaan. Kita harus keluar dari titik permulaan itu untuk memulakan permainan.

Rumah punyai tenaga untuk menendang kita keluar jika kita berkeras untuk berada di dalam,

DAN,

menarik kita pulang jika kita berkeras untuk berada di luar.

Ini bukan dari konteks rumah sebagai objek atau bangunan konkrit. Ini HOME.

Wednesday, November 26

bengkel kolaborasi - snap!

Hari ini tamatlah collaboration workshop yang aku sertai semenjak beberapa hari yang lepas. Banyak perkara yang telah dibincang dan di petir-otakkan (brainstorming). Berlandaskan tema besar bengkel ini iaitu HOME, pelbagai cara telah dilaksanakan. Perbincangan, presentasi, improvisasi dan lain - lain lagi. Antara kami terdiri dari Melayu, Cina dan India yang datang dari pelbagai latarbelakang dan kerjaya. Itu yang membuatkan aku tertarik untuk bekerjasama lagi. Insyaallah, kalau tidak ada aral melintang, kolaborasi ini akan diteruskan lagi.

Jadi semalam, kami sekumpulan telah berjalan atau bersiar - siar di sekitar Kuala Lumpur untuk lebih mengenali kota yang dipanggil HOME ini. Walaupun dalam masa yang singkat dan tempat yang terhad, aku telah ke beberapa tempat yang tidak pernah aku singgah sebelumnya.

Kami bersetuju untuk menggunakan pengakutan awam agar lebih berpeluang untuk melihat sekeliling sewaktu melakukan observasi.

Aku teringat, masa aku darjah 5 aku dah pandai naik bas mini pergi Sungei Wang main game. Memang dari kecik aku sudah berlegar - legar di Kuala Lumpur dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, bas dan teksi. Bila aku sudah meningkat dewasa dan memiliki keselesaan berkereta, aku sedar bahawa banyak perkara yang aku terlepas.

Sebagai pemandu, fokusnya terhad kepada pemanduan sahaja.

Nah, ini sedikit foto yang aku snap! untuk dikongsi, selebihnya adalah simpanan peribadi. Aku bukan seorang jurugambar ya, ingat itu.


(Foto oleh Cathy)








(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy) Sheerad memang lapan kali besar dari aku!

(Foto oleh Cathy)






(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

Namron dan kameranya, haha.

(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

p/s: Maaflah, aku bukan abang jurugambar gempak dengan DSLRnya. Kamera itu pun bukan milik aku, pinjam.

Ouh ya, saudara JD dari Berita Harian telah menyelitkan berita bahawa aku sedang solo tanpa ikatan cinta. Hahaha.. Nak selit jugak... (tetap, katanya)

Takpalah, solo itu kan lebih mudah untuk fokus kepada diri sendiri? (ayat penyedap hati sendiri)

Saturday, November 22

kita semua gila kah?

Tempoh hari aku mengorek nota lama yang aku catit sewaktu sedang belajar dulu. Ya, benar. Aku gemar mengorek.

Terpulanglah untuk kamu fikir apa - apa.

Lalu aku terjumpa nota ringkas yang aku catit semasa berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Aku bukan sebagai pesakit tetapi sebagai pelawat yang membuat kajian bersama rakan kelas. Kajian tidak berapa mendalam yang kami buat ni adalah untuk memerhati dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai pesakit mental kerana untuk projek akhir atau kami panggil PeTA (Penilaian Tahun Akhir) tempoh hari, banyak melibatkan watak yang mempunyai penyakit mental. Jadi kami sekelas telah membuat keputusan untuk melawat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi melakukan observasi di samping bersiar - siar di bandar Ipoh, Perak.

Kejor yeop kejor!

Ya, aku lahir di Perak. Dalam entri aku yang lepas, aku ada menyatakan bahawa kita semuanya sekurang - kurangnya mempunyai potensi untuk 'gila'. Tetapi di dalam bidang perubatan, istilah gila itu tidak wujud. Mereka dipanggil pesakit. Jadi, lebih molek jika kita gunakan istilah 'sakit'. Oh ya, Hospital Bahagia bukanlah seperti yang digambarkan di dalam tv.

Kamu faham maksud aku?

Tak faham? Takpalah, buat - buat faham je lah.
Oleh kerana tidak banyak yang aku catit sebab aku lebih gemar mendengar dan aku bukanlah dari bidang perubatan, maka mungkin akan wujud beberapa kesalahan dalam entri ini. Aku harap ada yang tolong perbetulkan nanti. Terima kasih.

Sebelum kami bergerak berjalan - jalan di sekitar kawasan hospital itu sambil menyedut asap rokok walaupun tidak dibenarkan di dalam kawasan hospital, kami dimasukkan ke sebuah bilik mesyuarat atau perbincangan. Entah, aku dah lupa apa nama bilik itu. Walau bagaimanapun, bila doktor pakar itu dapat tahu kami dari sekolah seni, dia menyambut dingin kedatangan kami. Entah apa yang dia anti dengan seni, aku pun tak tahu.

Katanya orang seni ini terlalu luas. Benda yang tak boleh buat, dibolehkan saja. Memanjang boleh je. Tentulah, kerana dia percaya pada sains. Mana yang mustahil, tetap mustahil baginya.

Panas telinga mendengarnya. Agaknya dia lupa bahawa merawat pesakit itu juga mempunyai keseniannya yang tersendiri. Seni itu wujud dimana - mana. Seni cabang mana yang doktor ni maksudkan, aku pun tak tahu.

Kami perbetulkan dengan mengatakan ya, memang kami dari sekolah seni tetapi lebih spesifik, kami pelajar teater. Teater itu adalah cermin pada masyarakat. Kami cuma memantulkan semula. Kami tidaklah sebingai atau sebuduh itu untuk 'membolehkan' apa yang mustahil. Kemudian barulah doktor pakar itu menerima jawab balas kami.

Doktor itu mengambil beberapa minit atau mungkin mencecah jam untuk menerangkan secara teori tentang penyakit mental. Sekali lagi, aku tidak mencatit semua, cuma secara kasar atau general sahaja. Selebihnya kamu boleh google.

Bermacam - macam punca yang boleh menyebabkan seseorang itu sakit mental. Antaranya ialah dadah, alkohol, keturunan, tekanan sekeliling (environmental stress) dan lain - lain lagi. Biasanya sebelum pesakit disahkan sakit, mereka akan dikenakan ujian ke atas tubuh badannya seperti darah dan lain - lain termasuklah ujian air kencing. Jadi kepada pengguna dadah, silalah berhati - hati. Bukan berhati - hati dari pihak polis sahaja, tetapi berhati - hatilah kerana kamu mungkin akan 'sakit'.

Aku tidak mahu memandai - mandai meletakkan nama - nama penyakit ini di bawah mana - mana kategori kerana aku mungkin bakal tersilap serta menyebarkan dusta. Jadi aku cuma akan berkongsi apa yang telah diceritakan oleh doktor pakar tersebut. Kepada yang lebih mengetahui atau lebih bijak, silalah kategorikan sendiri. Mak dan kakak aku pun mungkin akan marah jika aku memandai - mandai menulis pasal psikologi, kerana mereka lebih mengetahui. Takpalah, kalau mereka marah, maknanya aku salah lah tu. Kita tunggu sajalah bila mereka baca entri ini.

Jadi ini apa yang telah diceritakan...

Psikosis - Pesakit ini selalu terputus hubungan dengan dunia realiti dan kebanyakkan mereka mengalami;

- Skizofrenia (silalah google)


- Halusinasi seperti melihat sesuatu atau kebanyakkannya mendengar bunyi atau suara - suara yang tidak dapat di dengari oleh orang lain.

- Dilusi (Dilusional disorder) biasanya mereka ini tidak mengalami halusinasi. Mereka masih lagi berhubung dengan realiti. Banyak lagi kategori dibawah dilusi, ini apa yang sempat aku catit kerana ia telah menarik perhatian aku.
  • Dilusional Jealousy - Pesakit ini selalunya mempunyai syak wasangka terhadap pasangannya. Tidak kiralah girlfriend, boyfriend, suami atau isteri mereka. Mereka percaya bahawa pasangan mereka sedang berlaku curang. Kemudian mereka melakukan pengintipan kecil - kecilan seperti memeriksa SMS di dalam telefon bimbit, memeriksa akaun Myspace atau Facebook (haha!) mencium baju takut - takut ada bau minyak wangi orang lain, mencuri dengar perbualan dan lain - lain. Bila dah kronik, mereka mula mengikut pasangannya ke mana - mana secara pengintipan. Pejabat, kedai mamak dan sebagainya. Orang - orang seperti ini biasanya hilang sense of humour dan terlalu sensitif ke atas isu ini.
  • Dilusion of reference; Pesakit selalu merasa seperti orang lain bercakap sesuatu yang buruk tentang mereka. Contoh; apabila mendengar orang lain berbisik, dia menyangka bahawa orang itu sedang bercakap buruk tentangnya. Contoh lain apabila mendengar bangsa lain bercakap menggunakan bahasa mereka lalu timbul syak wasangka. Ada juga yang percaya mereka dibenci orang dan ada juga yang sehingga merasakan ada orang yang mahu membunuh mereka.
  • Erotomania - Ini mungkin jarang berlaku. Seseorang pesakit di bawah kategori ini merasakan dan percaya bahawa mereka disukai atau dicintai oleh orang yang lebih tinggil status sosialnya.
- Thought disorder. (kamu boleh google)

- Mania atau kemurungan yang terlampau akibat tekanan. Contoh, tekanan selepas berpisah dengan girlfriend / boyfriend, suami atau isteri. Atau juga perpisahan / kematian keluarga. (Mood disorder) Jangan pandang ringan pada perpisahan atau putus cinta kerana ia mampu memberi tekanan yang melampau. Ada juga mereka yang apabila sedang murung, mereka bermurungan yang melampau tetapi apabila sedang seronok atau bergembira, merekalah yang kelihatan paling gembira. Ini banyak dikesan pada sesetengah orang. Mungkin ada juga dikesan pada selebriti. Ooopss..

Masih ingat lagi cerita AnaĂŻs dan cherrynya dalam entri aku yang lepas? Mungkin dia berada di kategori ini. Bila dah jadi macam kes AnaĂŻs, barulah kita tahu samada sudah kronik atau tidak. Tapi pada AnaĂŻs, dia tidak akan sedar apa - apa.

Neurosis - Ini selalunya ada pada kebanyakkan orang. Antaranya ialah ;
  • kesedihan,
  • kemarahan,
  • disturbing thoughts, (ia boleh jadi apa saja fikiran yang mengganggu)
  • berfkir sesuatu berulang kali (repetition thoughts),
  • histeria,
  • ketakutan atau anxiety (takut mati dan sebagainya).
  • fobia; contoh: terhadap binatang seperti lipas, kucing, ular, tikus dan lain - lain.
  • taksub/obses - O.C.D (Obssesive Compulsive Disorder) seperti contoh; pantang tengok bingkai gambar senget, pantang bilik bersepah, pantang memakai kasut belah kanan atau kiri dulu, pantang susun buku terbalik, pasang pijak lantai tandas yang basah, pantang ini dan itu.
Taksub kepada tiga calit juga mungkin boleh dikategorikan sebagai obses.

- Narcissistic personality disorder; Mereka yang merasakan atau berkeyakinan bahawa mereka lebih unggul, sempurna serta lebih hebat berbanding orang lain. Mereka yang memiliki sifat ini biasanya tidak boleh atau pantang dikritik dan apabila dikritik mereka akan rasa terancam.

- Autoerotik - Menyintai atau mengkagumi diri sendiri. Suka melihat diri sendiri di dalam cermin. Selalu merasakan mereka lebih cantik atau kacak. Suka mengambil gambar sendiri kerana terlalu cinta kepada wajah mereka.

- Exbihitionism - Gemar menunjukkan kemaluan pada orang lain (flasher).

Banyak lagi sebenarnya kalau nak di tulis mengenai kategori atau istilah - istilah yang wujud mengenai pesakit mental yang aku percaya kita semua mempunyai potensi dalam kehidupan seharian atau dalam kata lain, kita semua sememangnya sudah ada penyakit mental. Walau bagaimanapun, kita masih terkawal. Ia cuma antara kronik dan tidak kronik sahaja. Apa yang aku catit adalah apa yang aku rasa dimiliki oleh kebanyakkan orang.

Ada juga nota yang aku catit sewaktu dalam kelas psikologi watak. Jadi telah aku gaul - gaulkan di dalam entri ini.

Kalau kamu google tentang sakit mental ini, jawabnya sampai esok pun kamu tidak akan dapat khatam kesemuanya. Apabila kamu baca antara yang aku tulis, walaupun tidak begitu mendalam, sebenarnya kamu juga berada di dalam salah satu kategori di atas. Benar, ini fakta.

Aku sendiri sudah menjumpai beberapa kategori aku. Termasuklah dengan apa yang sedang mengganggu dari tempoh hari serta hari - hari sebelumnya. Bagaimana untuk mengetahui bahawa kita sudah berada di tahap yang membahayakan? Jawapannya tunggulah apabila kita sudah mencederakan orang lain ataupun diri sendiri.

Satu soalan untuk mendapat kepastian telah aku tanyakan pada doktor pakar tersebut;

"Jadi doktor, kita semua ni gilalah ya?"

"Janganlah cakap 'gila', cakaplah 'sakit' " (Sambil tersenyum)

Secara tidak langsung, doktor itu tidak menolak bahawa kita semuanya 'sakit'. Hendaknya pula kita hidup di dalam zaman yang berpeluang besar memberi tekanan terutamanya di Kota Berlumpur ini. Doktor itu sendiri mempunyai penyakit yang tidak kronik. Sewaktu sedang dia memberikan penjelasan, dia telah berhenti bercakap dan membetulkan frame gambar yang senget di dinding bilik itu. Kemudian dia tertawa lalu mengatakan bahawa dia juga 'sakit'. (O.C.D mungkin?) Perfectionist belum dikira disorder lagi.

Aku dan rakan kelas kemudian telah melawat serta berbual dengan beberapa orang pesakit yang sudah hampir sembuh dan waras untuk bercerita tentang kisah hidupnya. Ada di antara mereka pernah membunuh, tetapi mereka bukan lah pembunuh kerana sewaktu kejadian, mereka sedang sakit dan tidak sedar apa - apa.

Janganlah kamu fikir ada pesakit yang hanya berpura - pura menjadi 'gila' untuk melepaskan diri dari hukuman membunuh orang kerana setiap pesakit telah diuji air kencingnya, darahnya dan lain - lain lagi sebelum pakar mengesahkan mereka sebagai pesakit. Aku dah tanya soalan ni.

Ada satu cerita yang diceritakan oleh seorang pesakit yang telah membuatkan aku begitu sedih mendengarnya. Pesakit itu pernah membunuh ibunya sendiri. Puncanya hanya selepas berpisah dengan kekasihnya dan akhirnya tekanan itu melarat.

Nanti lah aku cerita.

Aku mahu tidur kerana ada fikiran yang sedang datang mengganggu semula. Ah, celaka.

Sekali lagi, ini hanyalah coretan kasar yang sempat aku turunkan ke buku nota sewaktu mendengar penjelasan dari doktor pakar itu. Ia tidak meliputi keseluruhannya. Hanya mahu berkongsi dengan kawan - kawan yang kita suka.

p/s: Adakah aku gila? Mungkin.

Wednesday, November 19

motorsikal dalam hujan

Sekarang musim hujan, bukan? Dah berbulan hujan turun hampir setiap hari. Pagi, tengahari, petang atau malam. Maka lebih ramai lah penunggang motor yang tersangkut di bawah jambatan. Berteduh untuk mengelak dari kebasahan.

Setiap hari aku memandu. Jika aku memandu dalam hujan, maka mata aku tidak akan terlepas pada segerombolan pengguna jalanraya yang terhenti perjalanan mereka dan berusaha keras untuk memastikan pakaian dan badan mereka kering.

Mereka ini kental.

Aku juga pernah menjadi penunggang motorsikal dahulu dan aku tahu serta faham perit dan payahnya menjadi penunggang motorsikal. Terutamanya bila hujan turun. Tidak ada perkara lain yang mampu di buat kecuali bersabar. Hujan itu bukan kuasa manusia.

Badan serta pakaian yang basah lencun, sungguh merimaskan. Berlengas dan sungguh tidak selesa.

Kau akan faham jika kau menunggang motorsikal, basikal atau berjalan kaki di dalam waktu hujan. Sebab itu simpati timbul. Ini tidak termasuk pada motorsikal berkuasa besar yang dibeli atas sebab terlebih mampu. Itu kes lain. Ini golongan yang bermotorsikal kerana itu sajalah yang termampu untuk mengangkut seluruh keluarga. Sudahlah mereka ini lebih terdedah pada celaka.

Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak, berlagak atau riak di jalanraya. Jika tersempak dengan penunggang motorsikal pastikan kau tidak menghempas tayar kenderaan kau ke dalam lopak air.

Hari ini aku melihat seorang pakcik tua bermotorsikal yang basah lencun. Kemudian datang satu kereta mewah BMW dengan membongkak laju, menyimbah air lopak yang keruh kotor tepat kepada muka dan seluruh badannya. Kurang ajar.

Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah air lopak kotor itu.

Kemudian bayangkan itu bapak kau.

Friday, November 7

Tekanan seorang fatgirl

Sekarang aku punya sedikit waktu lapang untuk muzik, buku dan DVD. Bunyi macam seorang pesara berumur 55tahun, tapi tak. Aku belum beruban, cuma rambut je gugur lebih.

Ini sedikit cerita pasal filem dari Perancis yang aku baru tengok. Filem ni dah lama, tapi aku yang baru tengok. Aku bukan nak buat review pasal filem ni, tapi aku teruja untuk cerita pasal konflik dalam watak utama cerita ni, seorang remaja perempuan, berumur 13 tahun yang bersaiz besar dan hodoh dari pandangannya sendiri.

Nama filem ini, À ma sœur! (For My Sister) atau juga tajuk alternatif setelah ditukar kepada Bahasa Inggeris; Fat Girl, arahan Catherine Breillat. Pelakon utamanya ialah Anaïs Reboux (Anaïs) dan Roxane Mesquida (Elena). Sememangnya aku tak boleh 'bertenang' dengan Roxane Mesquida ini.


Tapi takpa, gadis berbaju kurung/kebaya/kebarung tetap menawan.

Eh, tapi kalau
Roxane Mesquida yang pakai kebaya, macam mana pulak? Lalalala... aku tak mau dengarr....

Sambung.

Aku malas nak taip sinopsis cerita ni dengan penuh. Kalau kau nak tahu jugak, carilah sendiri. Mungkin kau boleh tangkap sinopsis cerita ini sepanjang entri ini nanti, semoga berjaya.


AnaĂŻs selalu berasa rendah diri dengan rupa dan fizikalnya. Dia hidup di dalam dunianya sendiri berbanding dengan kakaknya (Elena) yang cun, hot, dan confident. Mak bapak diaorang ni agak self-centered dan selalu melayan AnaĂŻs lebih kasar dari Elana. Setiap kali buat salah je, kena tampar, kena jerit. Tapi Elena sayang dekat adiknya, AnaĂŻs. Seperti hubungan adik - beradik yang normal, mereka kadang - kadang berkasih sayang dan kadang - kadang bergaduhan macam penyokong bolasepak Malaysia dan Indonesia sewaktu Tiger Cup di Bukit Jalil dulu.

Maaf ya, ini bukan macam sinetron Bawang Putih, Bawang Merah. Bukan cerita kasih sayang berat sebelah. Bukan cerita ibu tiriku.

AnaĂŻs dan Elena mempunyai pendapat yang berbeza tentang isu 'menghilangkan virginity' mereka. Atau dalam kata lain, 'pop the cherry'. Elena mahu memberikan cherrynya kepada lelaki pertama yang dicintai. Tetapi AnaĂŻs mahu memberikan cherrynya kepada orang yang tidak disayangi, tidak dikenali atau nobody atas alasan jika cherry diberikan pada orang pertama yang disayangi, dia akan sangat kecewa jika ditinggalkan lelaki pertama itu nanti. Malangnya, tidak ada sesiapa pun yang mahu pop AnaĂŻs punya cherry. (Habislah BM aku).

Kemurungan AnaĂŻs bertambah, apabila Elena mempunyai teman lelaki baru dan sneak in masuk ke bilik lalu berasmara di atas katil sambil diperhatikan oleh AnaĂŻs (di katil yang lain) yang berpura sedang tidur atau tidur - tidur ayam. Setiap aktiviti Elena dan teman lelakinya, didengari dan diperhatikan oleh AnaĂŻs. AnaĂŻs juga mahu dicintai, disayangi. Dia mahu ada lelaki yang sanggup sneak in ke biliknya semata - mata untuk berasmara seperti Elena dan teman lelakinya. Pada malam pertama teman lelaki Elena sneak ini bilik mereka, Elena belum bersedia untuk memberikan cherrynya.

AMARAN : Filem ini tidak kenal baju dan seluar. Mereka orang Perancis dan kita bukan. Ingat itu.

AnaĂŻs merasakan dirinya didiskriminasikan oleh keluarga dan kaum lelaki. Konflik dalaman dirinya bertambah - tambah setiap hari, namun dia cuba bertahan. Dia pretend, kononnya tidak ada masalah tentang isu ini. Hidupnya setiap hari, penuh dengan penipuan diri sendiri. AnaĂŻs yang suka makan banyak, makan seperti biasa setiap hari dan menyanyi sewaktu di pantai serta bermonolog seorang diri dalam kolam renang. AnaĂŻs berangan, kononnya sedang berdialog dengan 2 orang lelaki yang tergila - gilakannya. (sebenarnya tangga swimming pool) AnaĂŻs berbelah bahagi untuk membuat pilihan. AnaĂŻs tidak tahu lelaki mana yang harus dipilih. Tapi itu cuma angan - angan. Realitinya, tidak ada satu pun lelaki yang mahukannya, apatah lagi cherrynya. (Kesian budak ni masa scene ni)

Ini dirasakan setiap hari oleh AnaĂŻs, terutamanya setiap kali meneman kakaknya ber-dating kerana mereka selalu keluar bersama. Setiap hari, kebahagian yang diidamkan, berlaku di depan matanya sendiri tetapi bukan ke atas dirinya. Elena juga selalu menceritakan tentang teman lelakinya kepada AnaĂŻs. Mereka bergelak ketawa tetapi sebenarnya AnaĂŻs cemburu dan sedih. Maka bertambahlah kemurungan, kegelisahan, kegeraman yang mencetuskan pemberontakan kecil di dalam dirinya. AnaĂŻs struggle untuk melawan perasaannya itu setiap hari. Dia cuma mahukan sedikit perhatian, tetapi gagal.

Perkara seperti ini boleh berlaku pada setiap orang. Ia boleh terjadi atas macam - macam sebab. Kadang - kadang kita impiankan perhatian yang sama yang didapati oleh orang lain seperti adik - beradik, kawan, atau saudara - mara.

Banyak contoh lain yang mungkin sedang terjadi dalam hidup kita. Ini memberikan tekanan.

Sebagai contoh, apabila ada di antara adik - beradik kita yang mendapat perhatian lebih dari mak bapak. (Alhamdulillah, mak bapak aku cool) Setiap hari kita melihat dan merasakan perhatian yang lebih diberikan pada adik - beradik kita yang lain.

Contoh lain yang boleh kita samakan ialah di sekolah atau tempat kerja. Perhatian diberikan lebih kepada kawan yang lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih comel, lebih tinggi atau lebih kelakar (contohnya) oleh cikgu atau mungkin juga bos. Kita cuba dan berusaha untuk mendapat perhatian yang sama, tetapi entah kenapa kita masih ditempat yang sama, seperti kita tidak wujud. Perkara ini semakin menekan kita, apabila ia berlaku di depan mata setiap hari. Kita cuba lari tetapi gagal.

Kita semakin tertekan dan tekanan ini kita cuba kawal tetapi semakin dikawal semakin ia mahu meledak. Yang tinggal hanya kita dan tekanan. Setiap hari kita berlawan dengan tekanan.

Satu hari, teman lelaki Elena memberikan cincin sebagai tanda 'pertunangan'. Disebabkan pemberian yang kononnya berharga itu, Elena telah bersetuju untuk memberikan cherry atau virginity kepada teman lelakinya itu. Pada malam itu, sedang mereka 'bertukaran segalanya', AnaĂŻs tidak tidur dan menangis seorang diri kerana cemburu dan tertekan. Dia juga mahu ada lelaki yang mahukannya.

Kemudian apa jadi?

Nak dijadikan cerita, mak diaorang dapat tahu pasal Elena dan teman lelakinya sebab mak pada teman lelaki Elena datang untuk meminta kembali cincin miliknya. Mereka sekeluarga pun kemas barang dan segera pulang ke rumah. Ouh, aku lupa beritahu sebenarnya mereka sedang bercuti dan bapak diaorang telah pulang awal. Tujuan mereka pulang adalah untuk menceritakan pada bapaknya bahawa Elena sudah tidak dara lagi.

Setelah penat mak mereka memandu kereta hingga lewat malam, mereka bertiga pun berhenti di kawasan rehat lebuhraya sebab terlalu penat dan mahu tidur. Sedang mereka tidur dalam kereta kecuali AnaĂŻs, datang seorang lelaki memecahkan tingkap kereta dengan kapak dan mengkapak kepala Elena serta mencekik maknya hingga mati.

Ya, kepala Elena telah dikapak! Scene ni agak brutal. Terkamjat aku.

Walau bagaimanapun, AnaĂŻs tidak menjerit atau melolong tetapi dia hanya memandang pengkapak itu lalu keluar kereta dan lari ke dalam hutan. Pengkapak itu mengejar AnaĂŻs dan telah merogolnya di dalam hutan. AnaĂŻs?

Senyap dan langsung tidak menjerit. Pengkapak dan sekarang perogol itu pelik.

Keesokkan paginya, sekumpulan polis telah menjumpai mayat Elena dan ibunya serta AnaĂŻs di bawa keluar dari hutan. Tanpa disoal, AnaĂŻs telah memberi tahu;

"Dia tidak rogol saya, kamu tidak percaya?"

AnaĂŻs sangat berpuas hati dan telah terkeluar dari tekanan atau pemberontakkan kecil kerana akhirnya ada juga lelaki yang mahu merogolnya. Walaupun di depan matanya terbaring mayat kakak dan maknya, dia langsung tidak menangis kerana padanya, hidupnya masih lagi ada harapan. Sebab? Sekurang - kurangnya, masih ada lelaki yang bernafsu dekatnya membuatkan dia bukanlah seorang loser.

Filem ini karut? Gila?


Pada aku tidak, kerana aku percaya, akibat tekanan yang melampau, kewarasan itu menjadi mudah-pecah atau fragile. Dari sudut psikologi pula, perkara ini sangat logik. Tak percaya tanya mak dan kakak aku, yang mana kedua - dua mereka dalam bidang psikologi.

Kita semua sebenarnya 'gila' atau bermasalah mental. Nak tahu kenapa? Tunggu entri seterusnya..

Tekanan mengundang pemberontakkan, lalu aku teringat tulisan aku sebelum ini;

Jangan ditekan anak ini

Thursday, October 30

Dusta Dalam Berita Hari Ini

Niatnya nak makan tengahari dengan mak bapak aku, maka aku dengan Fared Ayam pun park kereta dan berjalan kaki mencari mak bapak aku yang telah sedia menunggu di kedai buku berhampiran tempat makan, untuk memayung makan tengahari kitaorang hari ni. Yehaa!

Tengah berjalan tu, aku berhenti lah kejap dekat kedai suratkhabar, membaca headline - headline suratkhabar hari ni. Biasalah, akhbar pro-kerajaan menjual cerita kipas kerajaan mereka, sementara akhbar pembangkang (Suara KeADILan dan Harakah) dengan cerita ahli parti kebanggaan masing - masing serta fakta tentang harga sebenar BBM (petrol). Mata aku melintas ke Suara KeADILan dengan headlinenya, Kerajaan Tipu Rakyat. Aku selak sikit - sikit, aku tutup balik. Muak pulak rasanya.

Fikiran aku spontan berkata, "Ah, politik. Yang ni kutuk yang tu, yang tu kutuk yang ni. 2 x 5. Nanti - nanti je lah aku baca, nak sumbat perut dulu".

Mata aku lintas dekat akhbar Metro dan Kosmo. Cerita pasal jual bayi. Aku nampak perkataan bayi dan nombor 500 dan 600. Aku biarkan, sebab pada aku agaknya ini headline pelaris.

Aku tak rasa nak beli mana - mana suratkhabar hari ni. Baik aku balik rumah, baca suratkhabar yang bapak aku beli hari - hari. Aku beredar dari kedai tu. Fared Ayam, kawan aku tadi, terus stay depan kedai tu dengan muka yang bingung.

"Weh! Sini kejap! Tengok ni!"

Diangkatnya untuk membezakan headline 2 akhbar yang mata aku singgah kejap tadi. Metro dan Kosmo. Aku jawab,

"Orang jual bayi, aku dah baca. Terdesak sangat kot. Kenapa?"

"Baca lagi sekali"

Cerita macam sama, tapi gambar agak berbeza. Metro dengan gambar perempuan Melayu bertudung mencium bayi, Kosmo gambar suami isteri berbangsa India mencium bayi. Ya, memang nampak macam bangsa India (masalah printing, mungkin?).

"Dua penculikkan dalam satu masa? Yang ni Melayu, yang ni India. Tengoklah gambar", aku terangkan dengan fikiran yang tipikal dan tidak tepat langsung sebab nak makan cepat dan nak mengejar masa ke tempat latihan.

Ayam diam kejap sebab tak percaya. Aku pun tak puas hati. Kitaorang luangkan beberapa saat untuk membaca agar lebih tahu.

"Weh bukanlah, ini cerita sama tapi fakta lain - lain!". Tengok nama ni, sama; Zaiton Awang", setuju aku.

Metro tulis bayi tu dijual dengan harga RM500 manakala Kosmo tulis, dijual dengan harga RM600. Mana satu betul, aku pun tak tahu? Tuan kedai Mamak ni agaknya sengaja letak 2 akhbar ni bersebelahan. Dusta dalam berita, kata Ayam. Aku terus beli kedua - dua akhbar tu sebab nak baca cerita betul, sebab aku tak percaya. Aku tak anggap perkara ni remeh, sebab aku teringat masa buat teater eksperimental TANDA dulu. Kenapa? Pesongan kata di bawah akan menjawab.

Hasilnya?

Memang betul, cerita yang sama tapi tak serupa. Salah satu contoh 2 versi cerita ini ialah; Metro tulis, mereka yang bersubahat dalam penculikan itu ditemui di tepi jalan dalam keadaan yang mencurigakan. Kosmo pulak tulis mereka yang bersubahat itu dipercayai penghidu gam tegar dan ditemui di tepi jalan, dipercayai dalam keadaan stoned atau khayal atau high atau syiok. Ini contoh 2 versi yang berlainan. Tidak termasuk harga bayi yang dijual itu.

2 akhbar yang mempunyai pembaca yang ramai, menulis fakta yang berlainan tentang satu cerita yang sama.

Mungkin benda ni remeh. Tapi remeh untuk siapa? Memang percanggahan fakta ni dah banyak berlaku dalam penyebaran berita - berita. Di mana - mana saja. Di akhbar, TV, blog dan banyak lagi. Aku tak tahu yang mana betul, yang mana salah. Tapi kasihan pada yang betul, kerana wujud yang palsu, maka disaingkan faktanya. Disyak wasangkakan faktanya yang betul juga.

Dalam suratkhabar juga ada pelbagai section seperti isu semasa, hiburan, sukan dan macam - macam lagi. Bukanlah semua yang menyebarkan fakta yang salah. Aku juga ada kenalan yang bekerja dalam section lain, terutamanya hiburan. Tapi kita taknak pasal orang lain, mereka ini yang terkena tempiasnya. Hanya kerana berada di bawah satu bumbung.

Mungkin ini peringatan untuk aku juga agar lebih berhati - hati setiap kali hendak menyebarkan fakta. Memang manusia buat salah.

Itu tak dapat lari dan aku tak dapat sangkal kenyataan ini.

Lepas tu aku terbaca pulak pasal Yoga yang berkemungkinan akan diharamkan untuk dipraktikkan oleh umat Islam di Malaysia. Tetapi fatwa rasmi belum di keluarkan lagi. Bertenanglah dulu. Aku dan teman yang lain bantai gelak dekat panggung teater tadi. Aduh. Pelik aku. Takpa, nanti kita story - story lagi pasal Yoga dan Islam ni. Sekarang aku dah ngantuk sebab penat.

Tapi ingat, jangan keliru antara Islam Allah S.W.T dengan Islam politik di Malaysia. Senyum skettt!!

Cerita dusta dalam berita atau 1 cerita 2 fakta berlainan ni telah sedikit mengganggu otak aku (sekejap) hari ni. Apa daaa...

Pesongan kata;
Dusta dalam berita ialah salah satu tanda kecil penghujung zaman menjelang Kiamat.
Jadi, remeh kah sekarang?


Wallahualam.

Sunday, October 26

Cerita kemudian puisiku.

Semalam, aku ke event Hari Bintang Jatuh, anjuran Cik Wani Ardy dan rerakannya. Terima kasih dan Selamat Hari Jadi untuknya.

Mata aku tidak dapat menerima flash dari kamera - kamera kat situ. Benar. Mata aku sedang memberi masalah dekat aku hari ini. Sewaktu bergambar dengan kawan - kawan yang kita suka, mata aku jadi pedih bila ditembak oleh flash itu semua. Memaksa mata aku bertindak refleks. Pejam atau separa penagih.

Ah, ada sajalah mata ni.

Aku disana untuk memperdengarkan puisi aku yang aku tulis petang sebelumnya. Aku tak punya banyak masa, kerana itu aku tangguhkan banyak kerja dengan keterpaksaan. Sewaktu aku merokok di atas bumbung Five Arts Center (tempat latihan teater), aku terfikir pasal puisi ini lalu aku perkataankannya ke dalam buku contengku. Namun, hujan turun waktu itu dan memaksa aku menghabiskannya di dalam bilik, petang semalam.

Aku tahu event itu untuk luahan rasa kepada bintang jatuh masing - masing (bintang jatuh = kasih yang tak kesampaian, kata Cik Wani Ardy), tapi aku menolak untuk membaca puisi raungan resah cinta atau sewaktu dengannya. Aku ingin menyampaikan sesuatu pada yang mendengar atau menonton dengan harapan agar dapat berkongsi seperkara, bersama.

Dan aku ringankan perkataannya supaya lebih senang diterima.

Oleh kerana aku selalu menyuapkan telinga aku dengan karya - karya Iwan Fals, maka mungkin tercalit beberapa ayat dari orang tua yang tidak kenal putus asa itu.

Aku juga pelik semalam. Tapi tidaklah sangat hebat peliknya.

Sudah berapa kali aku berteater di pentas sebelum ini, rasa nervous semalam, agak terlebih. Entah kenapa. Mungkin kerana aku dalam keadaan terkejar - kejar dari tempat kerja, dengan puisi minit terakhir aku. Atau mungkin aku nervous lebih bila aku sedar yang fourth wall tidak wujud langsung, semalam. Dan kemudian apa yang tubuh aku berikan?

Gigilan.

Ketara, sungguh. Bila aku tanya rakanku yang duduk jauh dibelakang, jawapannya jujur. Tapi, kata guru aku dulu, nervous itu wajib untuk tidak memanjakan diri agar hasilnya seperti yang kita mahu.

Keyakinan tidak harus dilebih - lebihkan.

Atau mungkin banyak sangat hamba Tuhan yang indah.

Aku sempat berbual dengan beberapa kenalan baru atau juga kawan - kawan yang kita suka, tapi disebabkan otak aku yang semakin rosak ini, aku tidak sempat mendaftar nama mereka dalam kepala, apatah lagi mengingatinya. Kalau boleh aku mahu berbual lebih panjang yang mengheret ke sesi teh tarik, tapi nampaknya masing - masing ada aktiviti sendiri.

Pada sembarangan yang menegur semalam, terima kasih. Beritahulah di sini agar aku dapat berusaha mengingati kembali.

Ada juga yang aku ingat warna baju, corak senyuman dan design pandangan mata yang masih terlekat. Tapi itu rahsia aku untuk dinikmati. Haha.

Oh, semalam adalah pertama kali aku menonton 'persembahan terakhir' pemuisi Fynn Jamal. Sebelumnya, aku hanya membaca karya - karya di blog beliau. Aku adore dengan puisinya, tetapi apa yang aku saksikan semalam, bukan apa yang aku harapkan. Untuk aku, agak kecewa. Aku lebih mahu dengar dan tonton puisinya, itu yang sebenarnya. Tapi takpalah. Salah aku kerana datang dengan expectation.

Jadi, inilah puisi yang aku perdengarkan semalam. Semoga ada yang alert dengan apa yang aku cuba nak sampaikan. Kalau ada yang tersalah tafsir, terpulanglah.

Terima kasih kepada saudari comel yang memetik gitar untuk ku. Namanya Rina S.


Tawa Dalam Tawan

Ke hadapan bintang jatuh,
yang melintas melintangi pandangan aku,
dan merempuh tembok kewarasan,
hingga hancur segala cita,
yang merangkak aku cipta.
berhari,
berminggu,
berbulan
bertahun,umurnya.

Dan kini, mengesot aku mengutip,
Serpihan cita yang berderai, berkecai, terburai, terkulai,
yang berselerak jaraknya.
Lalu aku ambil satu persatu
Dan aku kumpul dan aku bina semula,
menjadi seperti sedia kala.
Dengan rasa yang hina,
setelah diperlaku kejam oleh kerabat dia.
Yang kononnya mengaku sedia tahu,
mengaku maha tahu.
Kepala hotak lu.

Apa ucap kau hari itu?
Apa laku kau hari itu?
Apa rasa kau hari itu?
Apa fikir kau hari itu?

Simpan sahaja jawapan untuk otak bahalolmu itu.

Aku mengerti bahawa kita diternak,
Aku, kau, dia, kamu, kita, mereka dan kami semuanya adalah ternakan.
Oleh sekumpulan dewa yang kerjanya berpesta,
Sambil merompak nasi pagi, nasi petang, nasi malam!
Itu semua nasi kita!
Yang memaksa tangisan anak terlaung kuat,
kerana bapaknya tidak mampu beli susu.
Lalu ditembak mati kerana terpaksa mencuri,
rebah terbujur di lantai pasaraya,
mengalirkan darah perit hidupnya,
dan disaksikan oleh sang isteri yang meraung sia - sia.

Tapi ada dia peduli?
Kalau bukan keluarganya,
Kalau bukan saudara - maranya,
Kalau bukan kawan - kawanya,
Jangan harap dia nak peduli!

Dia menolak akuan bahawa kita ditawan,
Dia menolak akuan bahawa dia ditawan,

Yang mengepit handbag LV berlenggang di Pavillion,
Yang menyarung skinny jeans merokok di Bukit Bintang,
Yang meneguk Chivas di kelab cucuk bintang,
Yang memijak lantai kereta kancil turbo atau lain - lain kereta bikin.
Yang memulas handle RXZ,
Yang menggalas beg ke kuliah,
Yang terperangkap dalam pejabat dari 9 - 5 petang,
Yang melaung protes di jalanraya,
Yang mengira undi pilihanraya.
Yang teruja nak jadi selebriti,
Yang bertekad menjadi penyanyi.
Yang terhegeh berlakon KAMI The Movie.
Apatah lagi yang sedang baca puisi ini.

Kita, semuanya ditawan!
Kau, tertawan.
Aku, tertawan.
Kita, tertawa dalam tertawan,
Ditawan oleh kemodenan,
Ditawan oleh globalisasi!
Ditawan oleh arus dunia realiti!
Terutamanya dewa berkuku besi.

Tidak terasa bagi yang selesa,
Tidak terkesan bagi yang mewah,
Hanya tersedar oleh si kebanyakkan.
Hanya terlihat oleh yang keperitan.

Tak terdaya aku bertindak,
Dengan kebodohannya dan juga lagak,
Kepada syaitan bertopeng alim.
Kononnya mulia, sebenarnya zalim.

Aku biarkan dia dengan wataknya,
Aku biarkan aku dengan lakuku,
Aku biarkan mereka dengan tawanya,
Aku biarkan kami dengan isi hati sendiri.
Kerana aku tiada mampu.

Kehadapan bintang jatuh,
Semoga kamu akan jatuh.
Aku harap tertiarap terus,
Kerana aku mahu kau pergi mampus.

Dari Five Arts Center ke Bukit Jelutong.
25 Oktober 2008.
3.46 petang.

Foto - foto ini milik Syarkina Nabila. Aku pinjam.



Foto ini pula milik rafidelic. .
Aku boleh kena maki oleh guru lakonku kalau dia tengok cara duduk aku ni.

Terima kasih kerana foto - foto ini.

Wednesday, October 22

jalanraya bukan teman, tapi ini teman di jalanraya

Setelah berapa tahun aku tak jumpa seorang teman ini, tempoh hari aku jumpa. Teman di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, dahulu. Lepak, bual, gelak, lawak. (Aku butuh bersosial waktu - waktu ini). Kemudian kami ke suatu tempat yang lebih sesuai dan aku diberi seperasaan keseronokan oleh teman ini.

Keseronokan? Aku tak panggil ini seronok!

Teman aku ini sebaya, muda seperti aku. Mungkin kerana itu cara pemanduannya boleh membuatkan roh aku tertinggal lapan tiang lampu isyarat di belakang! Aku tidak pernah tahu Produa Myvi boleh bergerak selaju kuda lumba! Atau seperti sekilas ikan di dalam kolam air yang dibikin oleh bapak aku di dalam rumah! Betul, aku mengaku aku takut pada kelajuan.

Bukan hanya sebab kelajuan boleh membunuh, tapi sebab aku dan kelajuan tidak boleh DISATUKAN! Panggil aku pengecut? Silakan. Biar aku tambah, aku kecut pada pemecutan. Jelas.

Sekarang, bahasa pasar pula atau separa rempit.

Gentle beb, aku cuak gila dia bawak kereta! Aku menjerit macam orang gila! Dia ambik corner macam manusia ni ada 9 nyawa! Gila kau! Banyak kereta atas jalan, dia boleh cilok kereta tu semua macam perkataan accident tu tak pernah wujud!

Teman itu memang berbakat kalau bercita - cita untuk menjadi pelumba. Tapi aku?

Aku tak pernah bercita - cita untuk duduk dalam kereta pelumba!

Kemudian aku berfikir balik. Satu masa dulu, mula - mula aku dapat lesen kereta, mungkin ini perasaan orang yang naik kereta dengan aku dulu? Sejak bila aku menolak kelajuan dalam hidup aku? Aku juga muda! Aku juga pernah memecut kereta!

Rupanya tidak.

Aku pernah terlibat dalam beberapa kemalangan hampir mengcopet nyawa aku dan teman. Mungkin Tuhan putuskan waktu itu, bukan waktu aku lagi.

Mungkin itu. Juga dengan bacaan berita serta pemerhatian situasi celaka jalanraya di depan mata sendiri yang membuatkan aku menjadi pemandu 'lebih santai dan CDnya'.

Pesongan kata;
Ada juga Si Boyfriend yang memecut mengekspreskan kemarahan pada Si Girlfriend sewaktu berkelahi hebat di dalam kereta, ya?!

Thursday, October 16

Aku buat pengumuman, kau buat - buat faham.

Apa guna ada blog kalau tak promote kan? Baiklah, ini ada pengumuman Untuk Kawan - Kawan Yang kita Suka!. Ada beberapa benda yang aku nak promote dan kerana itu aku sedikit sibuk untuk minggu ini dan minggu - minggu seterusnya yang membuatkan aku balik rumah terus tido tanpa melayari internet, apatah lagi memblogging.

Buah keranji dalam perahu,
Sorong papan tarik papan,
Aku sibuk sikit kalau kau nak tahu,
Ada kerja sampai awal bulan depan.

Yang pertama.

Aku mungkin berada di sini Sabtu ini. Mungkin, atau mungkin tidak. Ini lokasi terakhir KAMI Gig Tour. Aku tak pasti samada pemeran - pemeran semua dikehendaki hadir atau tidak, sebab belum ada kata putus. Tapi hari tu, katanya seperti pemeran - pemeran dikehendaki hadir untuk membuat 'kehadiran istimewa atas pentas'. Katanya lah. Ya entahlah...


18th October 2008

Bukit Jalil, Car Park

Band : Estrella, Bittersweet, The Times,
One Buck Short, They Will Kill Us All, Meet Uncle Hussain,
Couple, Laila's Lounge,Harmacy, Hujan, The Aggrobeats,
Dragon Red, Pure Vibracion, Republic of Brickfields, OAG, Pop Shuvit,
Plague of Happiness, Love Me Butch, Blind Tribes, Pilgrims and Koffin Kanser!!



Yang kedua.

Aku akan baca puisi aku di sebuah event seorang kenalan, iaitu Cik Wani Ardy. Pukul berapa aku baca, aku pun tak tahu lagi. Kalau senang, datang ler mendengar.

Event ni ada live acoustic, film screening, bacaan puisi dan gerai - gerai (booth yang bermacam). Ye lar kot. Agaknya.

Kalau nak tahu lebih, (aku tahu kau suka melebih) > http://kehadapanbintangjatuh.blogspot.com.

Puisi apa aku baca? Tak tahu lagi. Tapi ia akan bermula dengan ayat ini;

Ke hadapan bintang jatuh... (kau sambung sendiri).


Wani Ardy's HARI BINTANG JATUH
Hari pengakuan kita bergema...

25th October 2008
12pm-10pm

153, Malaysian Institute of Arts's Red Bungalow
Jalan Ampang (Behind Pelita Nasi Kandar KLCC)

ACOUSTIC PERFORMANCES
Para Senandung

Azmyl Yunor / Ana Raffali / Apple Juice
Bintang Batu / Captain G / From Cadillac To Geisha
Joshua Foong / Liyana Fizi / Rashdan Harith
Ray & Ash / Rendra Zawawi / Rina S.
The Fridays / The Siblings

POETRY RECITALS
Pencengkam Jiwa

Ashraf Ishak / Dianne Dayanna / Fynn Jamal
Nona Cici Suleiman / Shaira Amira
Wak Dol / Zahiril Adzim

VIDEO SCREENINGS
Penglipur Lara

VISUAL EXHIBITION
Penghenti Masa

SATURDAY MARKET
Pasar Sabtu

ADMISSION: RM10

Contact numbers:
012-9072507 (Jasmin Ghazalli)
013-2243644 (Kerr Abdullah)

Email:
kehadapanbintangjatuh@gmail.com

Websites:
http://www.myspace.com/waniardy
http://kehadapanbintangjatuh.blogspot.com


Yang ketiga.

Aku dan kawan aku (Fared Ayam) sekarang tengah dalam latihan untuk teater yang akan datang. Ya, akan datang. Dah dekat dah.. Dah ada kat hujung tu haa.. Aku dah boleh nampak dah.. Itu! Itu!

Sebenarnya kitaorang 2 orang tengah 'pecah kepala' cari idea. Maaf lah.

Hujung bulan ni aku ada teater dekat Actor's Studio, Bangsar. Kalau rajin, datang ler nonton. Teater ni berunsur komedi (bukan slapstik). Ada dalam 7 - 8 cerita pendek dalam satu show.

Instant Cafe Kurang Manis

30 October to 2 November 2008
8.30 pm (Wednesday to Sunday)
3.00 pm (Saturday and Sunday )

Venue:
The Actors Studio @ BSC
Level 3, Bangsar Shopping Centre
Jalan Maarof, Bukit Bandaraya
Kuala Lumpur

Tickets:
RM 72 / RM 52
RM 27 (students, seniors)

After a four year hiatus Instant Café returns with a brand new satirical comedy revue about the Last Days, the New Dawn, the Final Hiccup, the Never-Ending Story

Creative Team:
Alex Subryn Luis
Amerul Affendi
Ayam
Azrul Zaidi
Chew Kin Wah
Edwin Sumun
Gan Hui Yee
Jo Kukathas
Kam Raslan
Maya Tan Abdullah
Naa Murad
Reza Rosli
Shantini Venugopal
Tria Aziz
Zahiril Adzim :)
Zalfian Fuzi

Amacam? Ada berani?