Yelah, dah ada buku sendiri, tak stabil lagi ke?
Member aku Fared Ayam ada tulis buku. Eh silap, sebenarnya dia tulis bukan untuk dibukukan. Dia tulis sebab dia MAHU menulis atas tekanan persekitaran, atas dasar 'rasa' mahu menulis, atas niat mahu melepaskan kekusutan dan mungkin juga sebagai terapi untuknya menjentik sesuatu rasa untuk keluar.
Jadi kemudiannya, tulisan - tulisan dia diambil dengan kebenaran oleh member aku yang lagi satu pulak, untuk dibukukan maka lahirlah sebuah buku hasil tulisan member aku ni, Fared Ayam.
Member aku yang membukukan tulisan - tulisan Fared Ayam ni pulak dah lama bagi
hint dekat aku untuk mengambil (dengan kebenaran) tulisan - tulisan aku untuk dibukukan.
Ishh.. nanti - nanti lah ya? Mungkin sekarang ini aku perlu simpan masa lebihan kehidupan seharian aku untuk digunakan untuk makan, mandi dan tidur.
Selebihnya, aku cari duit dulu. Bukan apa, nanti nak kahwin. Bila?
NANTI, tak faham ke? Nanti tu boleh jadi lagi empat tahun ke, lapan tahun ke. Yang penting nanti tu bukanlah dalam masa terdekat. Sikit - sikit dekat pun takda.
Buku berjudul
"STABIL" oleh Fared Ayam ni akan dilancarkan di
Pekan Frinjan Shah Alam, Sabtu ini. Jadi aku pun dengan suka hati nak mengajak serta menghasut korang semua untuk turun beramai - ramai sambil membeli buku yang berharga
RM10 ni, disamping berhibur dengan
performer - performer yang ada. Antaranya? Sila semak sendiri,
thank you. Apalah sangat RM10 dibandingkan dengan
handbag LV tu ya? Apalah sangat RM10 berbanding dengan
Iced Blended dekat
Starbucks tu kan?
Dan oh, aku sendiri, akan melancarkan buku member aku ini. InsyaAllah.
Dah, tu aje.
Fared Ayam