Friday, November 11

dosa manusia dengan manusia

Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.

Ada terfikir?

Monday, October 24

catatan pagi ini

Dekat - dekat jam 6 pagi. Aku masih terbeliak mata, menunggu azan Subuh. Inilah akibatnya, semalam aku tidur kemain lagi. Balas dendam lepas beberapa minggu tak cukup tidur. Ke sana, ke sini, settlekan banyak benda. Perihal pernikahan nanti dan perihal kerja jugak. Sambil - sambil menunggu laungan seruan, aku belek - belek buku yang aku baru beli di OctTwtFest semalam. (Oih, ramai bebenor manusia)

Kitab Terfaktab, tajuknya.

Baru 2 tajuk aku baca. Nak konklusikan keseluruhan buku, belum layak. Tapi aku layan pra-katanya, dan catatan - catatan awal dalam buku ni. Oh, pasal galian - galian subjek cinta agaknya, aku fikir. Sampailah satu tajuk, si penulisnya seorang wanita. Dia berkongsikan tentang aktiviti sewaktu dia sedang mengenali seseorang. Daripada 'friend request' hinggalah ke chatting sampai subuh.

Hehe.. aku tertawa. Oh, aku pernah buat jugak dulu. Dulu - duluuuuuuu.....

Aku fikir, yelah, sanggup jugak kan kita dulu - dulu sampai korbankan waktu tidur. Aduyai.. Kelakar. Terus menerbangkan fikiranku ke zaman - zaman waktu itu.

Bila aku pulang ke realiti, aku lihat diri sendiri. Di mana aku sekarang. Bukan, di waktu apa aku sekarang ni? Jawapannya, di hari yang tinggal 27 hari lagi untuk akad nikah.

Aku diam, dan bersyukur. Syukur lagi. Syukurnya aku atas setiap perkara yang aku terima hari ni, lebih daripada perkataan 'syukur'. Syukur aku bukan sekadar menyatakan syukur di blog aku ni.

Hanya Pencipta aku yang tahu.

Kerana Dia sahaja yang mengerti setiap perit dan hitam - hitam yang aku pernah mengadap sebelum ni. Nah, ini dia pulangan yang diberikan untuk setiap duka - duka lampau. Alhamdulillah.

Gementar, gelisah, teruja, gembira. Macam - macam. Menyambut sebuah lagi tanggungjawab dunia dariNya untuk dibawa ke akhirat nanti. Menjadi suami. Itu perkataannya. Menjadi suami kepada seorang bidadari hati.

Wow. Macam tak percaya. Rasa macam baru je tahun lepas belajar bercinta. Aku tersengih. Lebih tersengih bila aku teringat soalan - soalan dari orang keliling. Tentang 'sudah sedia ke?', tentang 'tak muda sangat ke?' tentang ini lah, tentang itulah.

Tentang, "Rugi kau kawin awal, kau tengah naik"

Jawab aku, apakah itu semua seharusnya menjadi persoalan? Walhal bukankah yang paling penting adalah agama? Aku lebih berminat untuk mendengar isu - isu agama yang berkaitan dengan perkahwinan daripada isu - isu umur, karier, populariti dan segala benda duniawi. Walau aku mungkin jadi seorang pemeran yang bagus, belum tentu aku boleh jadi seorang Islam yang bagus. Apatah lagi jadi seorang suami yang bagus. Jadi biarlah telinga aku ini menerima perkara - perkara yang lebih baik, yang lebih bermanfaat.

Yang lebih ke jalan Allah Ta'ala.

Sebab aku percaya, landasan atau tiang untuk mengukuhkan sebuah rumahtangga, adalah agama. Itu sudah cukup untuk menjaga keseluruhannya. Insyaallah. Kerana setiap cinta itu datangnya dari Tuhan, maka aku perlukan cinta dari Tuhan. Biar aku cinta isteriku atas nama Tuhan.

Segala - galanya yang dituliskan oleh penulis tadi,
sudah aku lalui
dan hari ini
aku tersenyum sendiri,
memohon berkat dari Illahi,
setiap hari.

Buat pelengkap rusuk kiri,
yang bakal aku nikahi,
Tak lama lagi,
Semoga pernikahan kita nanti,
diberkati Illahi.

Allahu Rabbi.

27 hari lagi.
Selamat tinggal dunia bujang.
Azan Subuh sudah berkumandang.
Jom.

Wednesday, October 12

take care

Kiranya sudah berjuta kali dalam sepanjang umur aku 27 tahun ini, aku mendengar ayat 'Jaga Diri'. Tapi yang benar - benar aku mahu bertanya, tapi tak tahu pada siapa. Mungkin utamanya pada diri aku sendiri,

Apakah benar kita pandai dan mampu jaga diri?

Jaga dari apa?

p/s: Take care.

Wednesday, October 5

padan muka kau

Dulu aku selalu berjalan ke mana - mana mesti bertemankan buku nota dan pen. Apa saja yang terlintas di kepala, aku dokumenkan.

Tapi sekarang mana? Mana semua tu?

Jangan kata buku nota dan pen, dalam kepala pun dah takda apa. Padan muka kau.

Monday, September 26

kelak orang tua

Jika aku diberi peluang menjadi orang tua, maka aku berdoa agar tidak mahu menjadi orang tua yang menunjuk pandai kepada orang muda.

Thursday, September 15

kerja cuba dan gagal

Aku susun pecahan - pecahan perjalanan hidup ini elok - elok. Aku padan - padankan dan himpunkan. Gambaran kecil yang berselerak di dalam minda. Macam jigsaw puzzle. Kutip - satu persatu.

Cuba dan gagal. Cuba lagi.

Dan gagal. Bukan gagal terus, tapi bermakna mungkin bukan gambarannya tidak kena. Jadi aku cuba susun gambaran kecil yang lain. Macam jigsaw puzzle-lah. Kena.

Biar ia menjadi satu gambar besar, sebuah potrait yang hebat. Yang gah. Yang dapat aku banggakan. Bukan gambar itu yang akan aku banggakan, tapi melihat kerja - kerja cuba dan gagal yang aku tempoh selama menyiapkan gambaran besar itu.

Usaha. Kecekalan.

Biar lama sedikit kerjanya hari ini, maka akan kukuh lah ia di hari esok. Insyaallah. Dengan izin Tuhan.

Semoga tidak ada niat - niat zalim di luar yang hampir kepadaku untuk menendang kerja - kerja aku hari ini.

Kalau Tuhan tidak izinkan, maka ia tetap takkan jadi.

Foto oleh Iskandar-filem Bunohan

Monday, September 12

fresh angle

Aku memang selalu macam ni.

Macam mana?

Macam ni lah. Selalu terinspirasi bila berjalan atau merantau. Tapi tak boleh jugak kalau nak cakap merantau, pasal bukan jauh sangat pergi pun. Sekejap pulak tu. 2 hari.

Tak kisah lah.

Yang penting, aku selalu balik dengan pengisian. Dalam semangat, dalam hati, dalam jiwa, dalam fikiran. Dalam - dalam diisi pengisian.

Itu sebab aku suka travel. Tapi mana pernah ada peluang yang kerap. Jarang - jarang. Kerja macam aku ni, travel waktu kerja je. Kalau nak pakai waktu dan duit sendiri, memang harapan je lah.

Aku baru balik dari program jelajah GPS Iman, dengan konvoi bermotor. Besar motornya, lagi besar dari aku. Tapi bukanlah pasal motor yang jadi bahan cerita, tapi tentang saat - saat bersama pemikiran sendiri apabila kita sedang berada di tempat orang, bersama orang - orang yang baru kita kenal dalam hidup.

Gelak, gelak jugak. Ketawa, ketawa jugak. Seronok, seronok jugak. Tapi dalam pada seronok gelak tawa tu lah aku berbual - bual dengan macam - macam orang. Dapat ilmu sana - sini, itu yang paling sedap bila kita dapat. Dengar pengalaman orang sana - sini.

Makin kuat benda yang aku fikir dari dulu. Antara perkara - perkara yang membuatkan minat untuk travel tu makin kuat. Tapi nak buat macam mana, komitmen aku dan tuntutan kehidupan seharian, mana pernah bagi chance.

Apa yang aku dapat, payah yang aku nak kongsikan. Ia buat aku guna sebagai panduan dalam melukis masa depan dan cita - cita.

Tapi percayalah,

Setiap kali kita keluar (sementara) dari kelompok manusia yang kita biasa dan berjumpa dengan kelompok manusia baru, di tempat yang baru..

Otak kita akan dapat pemikiran dari satu lagi sudut yang segar.

Fresh angle.

p/s : Sentiasalah teroka kehidupan kita sendiri dari sudut - sudut luar dari kebiasaan kita. Insyaaallah, ada benda baru sedang menunggu.

Nota
(re-edit. Sorry aku silap, the word is angle not angel. Macam mana aku boleh terlepas pandang, aku pun tak tahu. Jam 3 pagi. Susunan huruf boleh memberi interpretasi yang berbeza. Malaikat dan sudut. Jauh tu. Oh, terima kasih pada yang menegur.)

Tuesday, September 6

bukan sajak untuk semut

Aku tak mahu menulis sajak pasal semut. Bukan pasal deretan semut di balik siku kanan, tangan aku yang sedang berahi meraba - raba papan kekunci ini.

Tapi mungkin juga ya.

Mungkin juga aku kagum dengan binatang kecil ciptaan Maha Kuasa ni, yang terus bekerja tanpa henti, biar apa pun terjadi. Terus dan terus. Tanpa memperdulikan sekelilingnya. Tunggang langgang terbalik dok, pun semut - semut ni lari kejap bertempiaran. Tapi kejap - kejap lepas tu, semut - semut ni sambung balik kerja, carma (cari makan).

Taknak. Aku taknak tulis pasal semut.

Tapi semut lah yang paling hampir dengan aku sekarang. Bukan hampir pada jasad sahaja, malah terlalu hampir dengan keadaan aku sekarang. Apa yang aku masih peduli tentang apa yang terjadi sekeliling aku? Dah selalu sangat, jiwa runtuh, hati lerai, mengharapkan sesuatu yang entah bila akan berakhir lalu bermula yang baru.

Tapi apa dan kenapa masih aku peduli?

Kenapa tak boleh ikut perangai semut? Yang tidak dikurniakan akal fikiran oleh Allah Ta'ala. Tapi aku yang dikurniakan akal, sibuk nak peduli tentang perkara - perkara yang menyakiti hati sendiri.

Sebab aku manusia. Sebab aku manusia yang sibuk nak terasa hati, nak kecil hati, nak makan hati. Sibuk nak amik tahu hal - hal sekeliling yang kurang penting. Yang kuman - kuman. Sampai terabaikan perkara yang lebih besar. Sampai membunuh acara - acara masa depan yang pernah cemerlang di dalam genggaman.

Yang aku sudah hilang.

Memang lah sakit. Hati. Lara dibuatnya. Habis kalau aku ketuk - ketuk papan kekunci ni, semut - semut ni tak sakit dengan gegaran meja ni?

Kenapa aku tak boleh buat ni?

Wednesday, August 17

kurang gemar bercakap

Aku sedar satu perkara yang sedang merebak dalam diri aku sekarang ini. Mulanya aku sedar, tapi aku abaikan. Lama - lama, ia semakin teruk dan tidak boleh lagi dilepas pandangkan.

Aku semakin kurang bercakap. Atau semakin menjadi pendiam.

Aku kurang gemar bercakap hari ni, apsal ah?!
Aku lebih minat membiarkan semuanya di dalam kepala.

Aku tak boleh bercakap dan berfikir dalam satu masa.

Jika aku bercakap, aku susah berfikir. Bila aku berfikir, aku susah bercakap. Aku perhatikan, ramai orang yang mampu bercakap dan berfikir dalam satu masa. Tetapi aku tidak. Aku tak dapat jadi itu.

Berfikir maksud aku, dengan berat. Aku lebih tidak memilih untuk bercakap.

Eh, entahlah. Tapi aku bercakap jugak. Dah kerja aku bercakap.

Liang lahad - Khurafat The Series

Saturday, August 6

diam di kediaman

Peralihan malam ke siang. Separa malam separa siang.

Aku diam. Terkenang. Bunyi yang paling tepat untuk telinga aku saat ini ialah diam. Diam yang aku hampir boleh mendengar mindaku berfikir. Diam di dalam kediaman.

Aku tinggalkan alatan teknologi yang berjenis - jenis di hadapan aku ini. Sementara. Alatan ini kekadang menyentuh rasa hati. Baik manis, gembira, robek. Baik pahit, perit. Baik rindu, sedih, sayu. Baik sendu.

Baik - baik dan tak baik.

Aku diam lagi, mengadap jendela yang melukiskan langit subuh. Gelap.

Aku diam lagi. Dengan rasa yang leper. Kosong. Dengan persoalan - persoalan tentang kewujudan diri, persoalan - persoalan hubung kait aku dengan manusia lain di dunia ini. Persoalan ini, persoalan itu.

Persoalan - persoalan yang ragu - ragu menghulurkan jawapan. Mungkin segan.

Mengenang sejarah diri, kisah - kisah pahit manis dan hukuman - hukuman aku pernah terima sebelum ini. Ini lah sejarah aku.

Aku diam lagi.

Akan ada masa yang tiba - tiba kita tak pasti apa yang sedang kita lakukan kerana apa yang kita paling harapkan, kita paling takkan dapat.

KetentuanNya.

p/s: Kaulah tempat aku bergantung

Wednesday, August 3

lewat

Lewat malam.

Masih banyak yang belum aku lewati dalam hidup ini, sementara hari telah bersilih ganti dengan malam yang lewat.

Peristiwa - peristiwa datang dan pergi. Dugaan dan kesejahteraan datang dan pergi setiap hari dan aku masih terlalu kecil yang terlalu banyak belum dilewati.

Kecilnya aku berbanding alam ini.

Allahu rabbi.

p/s: Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca dan kawan - kawan yang kita suka.

Monday, July 25

diubah sejarah yang sedang mengubah sejarah

Berhari, berminggu, berbulan, bertahun.
Berpuluh - puluh tahun.

Kita masih hidup menjadi kita. Tidak berubah. Yang berubah hanya sekeliling. Orang - orang. Mungkin. Atau alam. Mungkin. Atau alam orang, mungkin. Atau orang alam. Juga mungkin.

Memungkinkan.

Di sekeliling berubah - ubah menulis, melukis sejarah. Menjadi sejarah. Yang terdustakan. Tapi mampu didustai. Atau mungkin sejarah sedang mengubah kita? Atau mungkin juga, aku yang sedang menulis ini sedang diubah oleh sejarah aku?

Dimungkinkan.

Mungkin benar, aku atau Aku yang menggerakkan jemari menekan papan kekunci ini sedang hidup di dalam kehidupan yang telah diubah oleh sejarah atau aku sedang mengubah sejarah?

Bingai. Tak temu jawapan.

Friday, July 8

kabar - kabar biasa

Hampir jam 5 pagi.

Baru - baru ini aku banyak terjebak dengan kemalangan minda. Tapi, syukur Alhamdulillah aku masih lagi mampu tersenyum dengan tenang. Bukan main - main, memang masih dapat tersenyum dengan tenang.

Apabila bertemankan kalimah - kalimah suci Allah, memang inilah keistimewaannya.

Entri aku yang kali ini cumalah tentang perkhabaran yang aku fikir, perlu aku kongsikan. Tentang kerja aku, tentang peran yang aku perankan. Jadi, yang pendek - pendek sahajalah taipan aku kali ini ya?

Baik, semalam telah bermula tayangan filem aku yang terbaru iaitu "Tolong Awek Aku Pontianak". Ini terang - terang bukan cerita seram lagi, tapi komedi. Buat ringan - ringankan minda, dengan niat nak berhibur (yang tidak over). Sudah banyak watak - watak berat yang aku bawa selama ni, jadi mungkin kali ini aku ingin lari sekejap.

Memang sekejap, tak percaya? Baca sampai bawah.


Untuk filem kali ini, watak aku lebih ringan dan sengal. Segala info dan sinopsis, seperti biasa, bak kata Hanis Zalikha, aku tak akan senang - senang spoon-feed-you. Rajin - rajinkan lah google.

Antara tukang lakon yang menjayakan filem ini ialah, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri.

Baik? Jangan lupa serbu pawagam. Janganlah tunggu DVD keluar atau di Astro First. Ternyata feel nya lain. Bukan main - main, ini serius.

Seterusnya.


Sekarang ini aku dalam proses menembak drama bersiri "Khurafat" yang bakal ditayangkan di Astro Ria, bermula 12 Julai ini, jam 10 malam selama 13 episod. Sepanjang menembak projek inilah aku jadi kurang tidur, kurang ini dan kurang itu. Tetapi tidak kurang ajar. Kalau ya pun ada, aku mintak maaf. Ini tidak disengajakan. Sekali lagi, infonya? Sila google.

Dalam drama ini pula, watak aku berat. Damn, kembali membawa watak cenggini. Selalunya memang macam tu, bila bawak watak - watak berat macam ni, seluruh tubuh badan aku akan jadi lesu setiap hari. Tapi takpa..

Biasalah, orang nak menikah, kenalah kerja keras sikit.

Wednesday, June 22

kurus sekarang gemuk - gemuk esok lah

"Apasal kurus sangat sekarang?"

"Kurang makan, kurang tidur, kerja keras"

"Ler, rileks ar. Ni kurus sangat weh. Agak - agak lah."

"Aku dah nak kawin kan"

"Orang lain pun nak kawin, tak menggelabah pun macam ni"

"Takpe lah, biarlah aku kerja keras sekarang, senang kemudian hari"

Memang takkan ada sesiapa pun nampak sekeras mana aku kerja. Untuk cari pinggan nak makan lebih. Tapi waktu - waktu macam ni, ada jugak yang masih nak amik kesempatan. Sampai hati.

Aku terus berdoa, dikuatkan iman, dikentalkan hati. Mudah - mudahan.

Thursday, June 16

yang aku nantikan


Alhamdulillah.

Setelah ditolak - tolak oleh Faisal, setelah dicuri - curi masaku untuk memberi perhatian pada penyiapan, akhirnya buku aku yang pertama berjaya diterbitkan. (kalau mungkin ada yang kedua) Sekali lagi syukur.

Dalam keadaan yang kelam - kabut aku menulis entri ini kerana mata sudah tidak lagi mengangkang seperti biasa. Separa - separa tinggal. Minda pun sudah berhenti di sana - sini. Ringkasnya, aku menulis untuk mengumumkan tentang pelancaran buku aku iaitu BOGEL MENUJU TUHAN yang akan diadakan pada Sabtu ini, bersamaan dengan 18 Jun di Annexe, Central Market jam 12 tengahari.

Jadi sukacitanya aku ingin menjemput kawan - kawan yang kita suka serta pembaca entri ini untuk sama - sama memeriahkan lagi pelancaran buku itu nanti. Masuk?

Adalah percuma.

Pada hari itu nanti, buku aku akan dijual serta beberapa hadiah saguhati (mungkin) akan diberikan. Selain itu, rakan - rakanku telah aku jemput untuk membuat bacaan. Antaranya ialah, yang tersayang, tunangku sendiri Shera Aiyob, sahabatku Riz Ainuddin yang juga seorang aktor, Sharifah Amani yang tidak asing lagi, seorang aktor dan sutradara.

Serta aku sendiri yang akan membacakan sajak ku.

Aku pasti, akan wujud suara - suara yang mempertikaikan sekaligus menghakimi tajuk buku ini. Terserahlah, kerana aku yakin ramai pembaca hari ini lebih matang, lebih tahu apa yang lebih penting. Samada kulitnya atau isinya.

Dont judge a book by its title. Amaaigaaddd...

Tetapi sebelum apa - apa, aku ingin menempel di sini apa yang aku tulis di kulit belakang buku ku ini.

"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"

Dan aku harap apa yang aku tempelkan di atas, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran serta sekali gus menghambat hukuman oleh suara - suara sumbang yang bakal muncul. Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga ia bukan buku berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian - kejadian sosial yang berlaku sekitar aku.


Pelancaran Buku Bogel Menuju Tuhan
12 tengahari
Annexe Gallery, Central Market

Harga: RM30 (tak termasuk kos penghantaran)
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Penulis & Rekabentuk Kulit : Zahiril Adzim
Blurbs : Ana Raffali
Prakata oleh Nora Murat. Sultanmuzaffar, Hanis Zalikha

Halaman:108
ISBN: 978-967-10126-3-5
Tahun: 2011


To order;

1. Pls SMS 017-2002944 (Type )
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

Belian Online
http://tokobuku.fotopages.com/

Thursday, June 9

tinggi kerana tidak sanggup

Yang direnung ialah keluasan langit malam, jingga. Diisi oleh awan - awan berselerak indah.

Kalau lah aku punya sayap yang mampu menerbangkan aku, aku akan terbang dan lepak di celah - celah awan. Siang atau malam. Aku tak kisah. Yang penting tinggi.

Tinggi.

Tinggi sehingga aku nampak manusia seperti semut. Bumbung - bumbung rumah seperti bentuk huruf - huruf keyboard komputer.

...supaya aku takkan nampak lagi kekejaman di bumi.

Tak sanggup.


Thursday, June 2

sejak dua menjak

Sejak
dua menjak
tiga menjak
empat menjak
lima menjak
enam menjak
tujuh menjak
lapan menjak
sembilan menjak
sepuluh menjak ini,
Aku sudah tidak bersajak.

Wednesday, May 18

the invigilator

Aku bukak inbox facebook aku tempoh hari dan aku terima satu mesej dari seorang pengarah yang aku pernah bekerja dengan dia dulu. Manesh namanya.

Antara pengarah yang aku hormati atas hasil kerjanya.

Aku pernah berlakon (oh ya, itu kerja aku) filem pendek di bawah arahannya yang bertajuk 'The Invigilator'.

Dah lama aku cari filem ni untuk ditonton semula, baru hari tu dia bagi dekat aku dan aku rasa aku patut kongsikan dengan korang semua. Sebelum tu, aku juga ingin kongsikan apa yang dikongsikan olehnya, dan kenapa dia memutuskan untuk menyebarkan filem pendeknya itu.



Hey Bob,

I hope this finds you well and happy. :):)

Yesterday, the person who inspired me to make The Invigilator passed on. She was really a mountain of a person, bravely fighting stage 4 cancer for 5 years. It infected her entire body - brain, spine, liver, breasts - but fail to taint her spirit in the least.

In memory of Doreen, I feel that it is timely to release The Invigilator online. If you would like to tell your friends/fans about it (please help put it out there), please share with them this link - http://www.vimeo.com/13504950

Just so you know, it has traveled to film festivals in Japan, Australia, United Kingdom and the United States. :):) Enjoy brother and be well!

Warmest,
Manesh


THE INVIGILATOR

The Invigilator from Sunny Stories on Vimeo.

Monday, May 9

aku tinggalkan kekasihku untuk orang yang lebih hot

Itu yang aku dengar di radio siang tadi. Salah seorang pemanggil daripada 26 juta rakyat Malaysia. Jangan tanya aku kenapa, sudah tentu dia lebih tahu. Tapi aku terfikir, dia tak bersyukur ke? Entahlah.

Syukur.

Aku diam sekejap. Masa tu lampu isyarat merah. Kereta aku betul - betul bawah highway MRR2. Aku tarik hand break serentak dengan otak aku melayang berfikir.

ZRAAP!!!

Syukur. Sebenarnya baru - baru ini (baca:hujung tahun), aku sangat bersyukur. Entah kenapa, aku terlalu bersyukur dengan apa yang aku perolehi. Dari semua aspek juga sudut. Nak kata semua cita - cita atau impian aku tahun lepas tercapai, tak jugak. Banyak lagi yang tak dapat. Tapi dengan senyum, aku bersyukur.

Biar aku tak dapat dengan apa yang aku nak, tapi cukup lah. Sekurang - kurangnya aku sudah on track ke arah apa yang aku nak. InsyaAllah dengan izin Tuhan. Biar aku usaha lebih sikit lagi, takpa, aku takdehal. Aku seronok untuk usaha lagi.

Ada masa, bila kita sedang mengusahakan sesuatu, dengan kesungguhan, kita usaha tanpa henti, bila kita sedar yang apa yang kita usahakan itu sudah dihadapan, entah kenapa kita gembira.

Amat.

Padahal kita belum lagi dapat apa yang kita nak. Tapi kegembiraannya seolah - olah macam kita dah pasti yang kita akan dapat. Dah dalam tangan! Sebab kita usaha!

Insyaallah. Dan kalau kita tak dapat pun, sekurang - kurangnya kita gembira atas usaha sendiri.

Friday, April 29

pada sebuah ketentuan juvana

Nah, sekarang aku punya ruang untuk bernafas lega. Sebentar. Tak mengapa, janji aku ada sisa - sisa hari untuk buat persiapan sebelum 1 Mei ini.

Yeap, teruja. Besar hatiku.

Kebelakangan ini, tuntutan kerja menimpa - nimpa aku. Syukur, Allah Ta'ala mencurahkan rezeki pada aku. Hanya pada Dia yang aku panjatkan segala terima kasihku.

Sebenarnya aku nak berkongsi sedikit di sini. Sedikit, atau mungkin sebanyak. Jadi, sedikit sebanyak lah senang. Tentang buku Fared Ayam. Siapa kenal?

Kalau pembaca tegar blog ini, aku pasti korang kenal dengan sahabat aku dari zaman menuntut dahulu. Dia pernah keluarkan bukunya yang pertama sebelum ini, dan hari ini?


Pada Sebuah Ketentuan
(Puisi dan catatan Fared Ayam)

Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Rekabentuk Kulit : Farhan Azahan
Blurbs : Wahyudi MY & Dewa binfilem
Harga : RM20

Boleh mula didapati bermula 22 april 2011 ini di Kuala Lumpur International Book Festival) di booth Gerakbudaya, atau beli terus secara online dari Ayam Fared atau Faisal Mustaffa.


Baik itu cerita buku Fared Ayam. Aku rasa ini adalah antara buku yang korang patut miliki sebijik. Ia simple dan sesiapa yang tak minat membaca pun akan takdehal untuk menghabiskan keseluruhan buku ini.

Dan buku aku?

Akan diterbitkan tak lama lagi. Masih menunggu kelulusan. Doakan. Terima kasih.
Okay, settle?

Settled.

Yang tak settle - settle lagi pasal drama JUVANA ni. Yeap. Sebuah drama bersiri 13 episod, lakonan aku, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Episod pertama sudah ditayangkan dan khabarnya jumlah rating untuk episod pertama adalah 2.4 juta.

Mak ai. Terkejut aku.

Alhamdulillah. Aku yakin penonton sudah boleh memilih apa yang mereka MAHU tengok. Ini salah satu projek awesome yang pernah aku terlibat. Nak cerita lagi pasal drama ni memang panjang lebar. Tapi korang kena tengoklah. Sinopsis dia korang boleh google sendiri.

Jangan malas.

Apapun, aku ucapkan jutaan penghargaan, terima kasih buat semua yang menyokong JUVANA ini. Aku dengan rendah diri, menghargai sokongan korang. Mungkin korang boleh kongsikan apa yang korang suka tentang JUVANA ni, di sini dan juga di mana - mana pada siapa - siapa yang korang suka. Jadi...

JUVANA
13 Episod
Setiap Isnin, 9 malam.

Janji ya?

p/s: Akan mengikat janji dengan Si Puteri Ahad ini.


Saturday, April 23

pencatat kata

Bila aku terpandang pada panji - panji kesetiaan yang dikibarkan setengah tiang itu,
sudah ku tahu ada perkara yang telah mati.

Pencatat kata sudah mati asal usulnya.
Sejarahnya.

Demikian.


Thursday, April 21

takkan boleh

Kadang - kadang kita dah cuba puaskan hati semua orang, tapi percayalah.

Takkan boleh.

Lebih - lebih lagi, kerja macam aku ni. Memang ada saja yang akan membenci, mengutuk, menghina, dan lain - lain kata - kata negatif. Termasuklah isu peribadi. Kalau tak kuat, susah nak survive. Susah untuk teruskan minat, susah untuk teruskan apa yang dicitakan, apa yang disungguh - sungguhkan.

Biasalah. Telan dan senyum sahajalah.

Yang penting, selain daripada mencari rezeki, aku bekerja untuk memuaskan hati kawan - kawan yang kita suka.

Seni itu datang dari masyarakat dan harus dipulangkan pada masyarakat.

Insyaallah.

p/s: Menghargai setiap sokongan.

Wednesday, April 6

senjakala

Kan aku kata ada pengumuman lagi satu, ini lah dia.

Mungkin ramai yang sudah tahu, mungkin ada juga yang tak tahu atau mungkin ada yang buat - buat tak tahu. Entahlah, aku pun tak tahu.

Kau tahu?

Kau tahu, yang bakal ditayangkan nanti 14 April merupakan filem pembukaan tahun ini untuk aku. Gementar, gemuruh, nervous dan macam - macam perasaan lagi apabila memperlihatkan hasil kerja kita pada khalayak. Tapi itulah pekerjaan aku, seorang pemeran. Aku memegang sesuatu peran, aku watakkan, dan ia dipertontonkan (dipulangkan) kembali pada masyarakat.

Kerana seni itu datang dari masyarakat dan harus dipulangkan semula pada masyarakat.

Ada beberapa siri tembakan filem aku lakukan tahun lepas. Kesemuanya ada 5 yang bakal dibebaskan tahun ini.

Dan ini ialah Senjakala.

Senjakala merupakan sebuah filem romantic horror arahan Ahmad Idham. Yang diterajui oleh aku sendiri dan Liyana Jasmay. Segala diskripsi atau informasi tentang filem ini, boleh lah di-google-kan.

Terima kasih.



<

Monday, March 28

dicuri untuk mencuri buat pelengkap rusuk kiri.

Bersusun buku,
Bersusun DVD,
yang satu pun tak baca lagi,
yang satu pun tak tengok lagi.

Macam biasa.

Masa aku dicuri lagi demi mencuri hati, seorang puteri.
Buat pengubat hati juga pelengkap rusuk kiri.

Aku janji.

Wednesday, March 23

berapa hari je ke bengkel

Tinggal berapa hari saja lagi sebelum ke workshop "Imagine & Express" bersama saya Zahiril Adzim dan Que Haidar.

26 Mac ini!

Pada sesiapa yang rasa - rasa nak try, walaupun takda niat nak jadi pelakon ke apa, boleh je daftar. Tak semestinya ilmu yang akan dikongsikan untuk yang nak jadi pelakon sahaja.

Untuk semua orang yang rasa - rasa ada menggunakan tubuh badan mereka setiap hari. Info lanjut?

http://www.actingsavedmylife.blogspot.com/

Tuesday, March 15

kembali lah shorteyes


Sewaktu kami tubuhkan Rumah Anak Teater suatu masa dahulu, dalam kocek masing - masing memang ngam - ngam untuk isi perut sahaja. Kami hanya berbekalkan passion dan skill.

Kesungguhan. Jiwa hendak membikin teater melekat, terpalit tebal dalam diri masing - masing.

Jarang diberi perhatian dari aspek sponsorship dan lain - lain. Kami tetap cekal. Nak buat set, pelakon sendiri keluar duit poket. Janji show jalan.

Pernah kena halau dari institusi seni dari meneruskan pementasan, kami sambung di luar. Sebab Augusto Boal pernah cakap "Hilang cincin, bukan hilang jari".

Aku sendiri tak pernah menyesal apabila Tuhan menjumpakan aku dengan anak - anak teater ini semua, yang tak pernah gila glemer, tak pernah terhegeh - hegeh nak komersialkan teater macam dekat istana yang penuh muzikal tu.

Di luar sana ramai penonton yang tidak ingin menonton teater kami kerana pelakon - pelakonnya tidak popular, tidak glemer. Entah dari mana datangnya budaya itu, aku pun tak tahu. Setiap kali aku bercakap tentang perkara ini, aku jadi meluat.

Dah macam - macam yang kami redah, dan hari ini kami kembali berteater lagi.

Shorteyes pernah kami pentaskan dulu di PJ Life Arts, dan kerana feedback yang kami terima sungguh - sungguh memberansangkan, kami dipujuk untuk melakukan pementasan kedua. Kali ini di Actor's Studio, Lot 10.


Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 16 Mac 2011, 8.30pm
Show Time: Khamis, 17 Mac 2011 - Sabtu 19 Mac 2011, 8.30pm dan Ahad, 20 Mac 2010, 3pm

Tempat:
The Actors' Studio @ Lot 10, Kuala Lumpur
Roof Top, Level 8, Lot 10 Shopping Centre 50 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpu

Tiket :
Malam pratonton: RM15 untuk semua tempat duduk
Waktu Pementasan: RM35 (dewasa), RM25* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)
*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-2142009 / 0321432009.

p/s : Berapa ramai dari pembaca blog ini yang benar - benar sanggup datang menonton walaupun tidak ada artis popular yang berlakon dalam teater ini? Aku tunggu.

Thursday, March 3

lepaslah perempuan tu

Semalam aku dengar suara perempuan jerit.

Lepaslah. Lepas. Lepaslah. Lepaslah.

Dari rumah tingkat atas. Disusuli dengan beberapa bunyi tamparan dan pukulan. Aku, temanku dan beberapa orang Pak Guard, mendongak dalam gelap malam, terpinga - pinga, melilau mata, tertanya - tanya dalam kepala, siapa, rumah mana, apa dan kenapa.

Lepaslah!

Perempuan itu kena pukul agaknya. Kuat.

Lepaslah!

Dia menjerit sakit. Aku yang mendengar,


perit.






Lalu malam itu juga aku berdoa, walau apa pun terjadi, walau dalam keadaan marah macam mana sekalipun, mohon dijauhkan, mohon jangan dibiarkan syaitan merasuk aku hingga memukul cintaku.

Sunday, February 27

bengkel SinclairFalak dengan aku

Sebenarnya ada beberapa perkara yang nak dikongsikan, nak diumumkan. Tapi bila dikira - kira semula, buat masa ni, aku ada 2 sahaja dulu.

2 ok kot.

Jadi ini perkara yang pertama. Akan datang nanti, yakni pada bulan Mac aku telah dijemput oleh SinclairFalak untuk membikin sedikit (kecil) bengkel mengenai pergerakan dan improvisasi. Atau maksud dalam bahasa Inggerisnya ialah Movement and Improv. Ok, tipu. Improv tu dipendekkan.

Tapi tak penting samada pendek atau tak. Yang penting pada tarikh 26 Mac nanti aku ada berkongsi ilmu, melepak, berbual, menghabiskan masa di bengkel itu nanti. Kalau anda nak aku berbual tentang ilmu, kita boleh berbual tentang ilmu. Atau kalau anda nak aku berborak kosong pun boleh. Ikutlah.

Insyaallah, banyak benda yang aku nak kongsikan pada hari tu nanti.

Sebab dah lama aku tak ber-bengkel - bengkel ni. Kali terakhir dulu masa tengah tak sibuk, masa zaman belajar dulu. Memang layan. Waktu bengkel ni lah aku belajar macam - macam yang aku guna pakai di depan kamera. Waktu bengkel ni lah aku selongkar macam - macam teknik.

Itu aku. Korang aku tak tahu lah pulak.

Tapi kalau korang nak turut serta, takda sapa halang. Malah di alu - alu kan. Memang layan, lagi ramai lagi meriah. Kan? Pergerakan dan Improvisasi ni sebenarnya merupakan 2 perkara yang kita lakukan setiap hari, tanpa kita sedar. Bukan hanya dalam lakonan sahaja. Bermakna tidak semestinya yang ingin menjadi pelakon sahaja yang perlu mengetahuinya.

Bila kita nak beli majalah dekat 7 Eleven pun kita secara tidak sedar, kita menggunakan improvisasi.

Dan oh, pada hari yang sama juga akan ada bengkel oleh Que Haidar yang akan berkongsi tentang bagaimana melontar dialog dengan bagus dan sebagainya. Fuish, yang tu, aku pun nak belajar!

Ok, ok. Aku tak pandai nak cerita panjang. Tapi kalau sapa - sapa nak join boleh daftar sekarang dan kita jumpa pada 26 Mac nanti. Mesti layan woh! Kalau nak tahu details korang boleh klik dekat sini.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh ditanyakan di blog bawah ni. Janji?


Time : 10am - 6pm (Registration - 9am)
Date : 26th March 2011 (Saturday)
Venue : Jabatan Kebudayaan & Keseniaan Negara, Banggunan MAS, Jln Sultan Ismail, KL
Fee : RM199 (normal price) By adding another RM50 you are entitled to a VIP pass

You're probably wondering what's a VIP pass. Well with a VIP pass, you will have direct access to our Celebrity trainers and a free coffee & tea session with them for a full hour in our VIP section after the workshop. So don't forget to inquire or request for a VIP pass when you register yourselves. Seats are limited as this is an all exclusive workshop! So sign up and book yourselves a spot quick!

Ni yang aku buat hari tu. Dulu - dulu katanya.

Pun sama.


Ok, pengumum yang kedua pulak?

Tunggu lain entri! Wahaha!

Tuesday, February 8

kayu pokok menunduk menimpa Ayie

"Memang susah."

Kata Mat Nor.

"Mana boleh kau nak jumpa mak bapak kau yang dah meninggal"

Tertunduk Ayie mendengar ayat Mat Nor. Walaupun dia tahu kata Mat Nor tu memang betul, tapi bila disebut lagi sekali ke telinganya, peritnya sama seperti awal - awal mak bapaknya pergi tempoh hari. Tapi, Ayie memang betul - betul nak jumpa mak bapaknya. Rindu yang bergoncang dalam dirinya semakin kuat. Semakin hari semakin dahsyat rindu Ayie pada mak bapaknya. Kenyataan yang Ayie takkan dapat jumpa mak bapaknya lagi, belum lagi diterima bulat - bulat.

Ayie tetap cari ikhtiar.

Tapi pakcik kan boleh? Cincin - cincin yang pakcik jual ni, takkan takda satu pun yang boleh pakai? tanya Ayie pada Mat Nor. Terik matahari di atas Jalan Chow Kit, tidak menghalau pejalan kaki yang berhenti menyaksikan Mat Nor menayangkan 'keajaiban' cincin Mat Nor. Pejalan kaki benar - benar mengharapkan Mat Nor buat magik.

Sebab orang kita memang gemar dengan benda - benda pelik. Apatah lagi magik yang jarang dilihat dengan mata sendiri.

Sekejap. Mat Nor cakap. Aku ada kerja ni, kau tunggu aku kat sana. Mat Nor tunjuk lorong sempit celah - celah kedai yang berhampiran. Tapi sebelum Ayie beransur ke lorong yang ditunjukkan, Ayie sempat menyaksikan 'keajaiban' cincin yang Mat Nor jual, menampung beban batu besar di atas nya.

Ayie jadi lebih yakin yang cincin Mat Nor tu benar - benar akan bawak Ayie jumpa mak bapak dia.

Sesudah sampai di lorong sempit tu, Ayie mengeluarkan kotak rokoknya. Sebatang rokok dikeluarkan untuk dibakar, tapi Ayie tidak ada pemetik api, lalu diraba - raba kocek seluar depan dan belakang.

Apalah kau ni. Nak isap rokok tapi takda api, kata Mat Nor yang tiba - tiba muncul.

Pakcik! Macam mana? Boleh tolong saya? Ayie semakin teruja. Aku boleh tolong, tapi kau mampu ke? Mat Nor menjadi jujur tentang harganya. 500 ringgit. Ada?

Lemah terus lutut Ayie kerana impiannya untuk berjumpa dengan mak bapaknya hancur. Dengan menundukkan kepala langsung tidak memandang Mat Nor, Ayie menjawab 500 saya takda.

Habis berapa kau ada sekarang? Mat Nor kata.

Saya ada 250 je, cukup - cukup. Ayie jawab.

Hah, bagi sini. Mintak Mat Nor. Sebab kau tak dapat bagi pengeras penuh, aku bagi pilihan lain. Cincin memang susah. Tapi kayu pokok menunduk ni boleh tolong kau. Pokok Menunduk ini takda kat sini. Ni dari seberang. Pokok Menunduk ni orang cakap dia tunduk pada arah kiblat. Kau bawak balik, malam ni kau baca ayat ni lepas tengah malam. Nanti kayu Pokok Menunduk ini akan bawak kau jumpa mak bapak kau.

Ayie seronok? Kau rasa?

Malam tu, tepat - tepat jam 12, Ayie sudah bersedia dengan ayat yang diberi Mat Nor, kayu Pokok Menunduk dan menghala ke kiblat.

12 tengah malam.

Terkumat - kamit mulut Ayie membaca ayat yang Mat Nor bagi. Teriak gembira dan tak sabar tak dapat lagi Ayie sorokkan. Dia akan berjumpa dengan mak bapak dia yang dah meninggal. Memang Ayie sahaja manusia pertama yang akan berjumpa dengan orang mati!

Tapi biasalah, orang susah memang selalu kena benda yang buat dia lagi susah.

Wednesday, February 2

so come on!

Kalau diperhatikan, banyak juga entri - entri aku sebelum ni hilang. Tetapi, ke mana hilangnya?

Ok, itu montaj.

Macam Edisi Siasat. Baiklah, seperti yang kamu - kamu atau sebahagian juga segelintir dari kamu - kamu pembaca setia blog ini, yang sedia maklum sekarang ini kan aku sedang dalam proses mengumpulkan semua taipan - taipan aku yang pernah diterbitkan di sini untuk dibukukan(insyaallah). Dan ada juga beberapa taipan yang baru.

Eksaited!

Insyaallah, akan siap nanti. Berhempas pulas jugak aku nak memikir pasal nak menyiapkan kompilasi(insyaallah) ini. Yelah, dengan kehidupan seharian, dengan komitmen kerja dari pagi sampai ke malam, memang tak banyak bagi aku peluang untuk berkhalwat dengan komputer peribadi aku ni. Tapi takpa, demi untuk kawan - kawan yang kita suka, aku cari jugak masa untuk siapkan buku(insyaallah) aku nanti.

Pasal aku sayang korang.

Jadi mana - mana entri aku yang mungkin jadi entri kegemaran korang, hilang, jangan lah mengamuk ya? Kerana ia telah dipindahkan ke rumah baru. Terkadang tu, aku hilang momentum untuk menulis. Memang tepu otak jadinya. Langsung tak mampu nak menggerakkan jari.

So come on! Beri aku semangat sikit untuk siapkan buku(insyaallah) aku!

Sunday, January 30

sebenarnya John tak hilangkan Johan

Orang kampung kata dia kena samun. Tapi tak pulak sapa - sapa nampak. Ditanyakan pada budak - budak simpang dengan gitar tong tu, diaorang cakap, kami memang sampai 4 pagi tiap - tiap hari dekat sini tok, tapi takda pulak dengar orang menjerit atau nampak kelibat orang kena samun.

Itu diaorang cakap.

Biasalah, mesti ada batch - batch lama (baca: otaimer) kampung ini yang tak setuju. Kata diaorang pulak, boleh caya ke cakap budak - budak simpang tu. Mengaku balik pukul 4 pagi pun dah susah nak percaya. Pandai pulak diaorang tengok jam hari - hari?!

Oh, kalau nak cerita busuk hati masing - masing orang kampung ni, memang tak settle masalah sebenar. Baik kita biarkan je. Tok Ketua dah mula pening. Meja makan yang baru je bertukar jadi meja mesyuarat dekat Warong Pak Shah dah mula diketuk - ketuk orang kampung.

Kecoh.

Baik, Baik! Tok Ketua meninggikan sedikit suaranya dengan harapan dapat mencantas kekecohan itu. Saya rasa si John ni tak kena samun. Mungk... Belum sempat Tok Ketua habiskan ayat nya, muncul suara yang lebih kuat menyampuk dengan amarah.

"Panggil je lah Johan! Dah itukan nama dia! Benda ni pun jadi pasal dia tukar nama dia lah tu!"

Makin kecoh. Ramai yang setuju. Tok Ketua tarik nafas dalam - dalam. Ok, ok, Tok ketua sambung, saya rasa budak Johan ni tak kena samun, mungkin tercicir mana - mana. Dia pun jarang ada dekat rumah, ye tak? Tok Ketua cuba mencadangkan orang kampung untuk tukar sudut pemikiran.

Hmm. Terdiam kejap.

Bunyi bisikan pulak sekarang. Bisikan yang banyak sesama sendiri. Macam nak bersuara, tapi seorang pun tak jelaskan suara masing - masing. Semua tahu berbisik je. Dalam bisikan tu macam - macam pendapat keluar. Kalau betul kau rasa pendapat kau betul, kenapa tak cakap kuat - kuat? Kenapa berbisik?

Di sudut kiri Warong Pak Shah, area belakang - belakang sikit, Nazim bangun. Dia nak bersuara. Nazim ni perangai dia suka bersuara tentang benda yang orang semua dah fikir. Benda logik. Kadang - kadang tak payah disuarakan pun, dah memang ada dalam kepala otak semua orang. Tapi, disebabkan semua orang tengah berbisik dan takda seorang pun bangun, Nazim pun rasa dia lah anak muda yang patut dicontohi sebab ada idea waktu - waktu getir macam ni.

Tok, perkara yang hilang ni, bukan benda main - main.

Orang kampung senyap, menoleh ke arah Nazim. Bila biji mata orang kampung dapat tangkap je suara tu datang dari Nazim, secara automatiknya otot muka orang kampung terus menggerakkan ekspresi muka menyampah khas buat Nazim. Belia kampung seluar track. Nazim tak pernah makan saman. Dia tak pernah sensitif pun dengan keadaan sekeliling. Sikit pun dia tak rasa aura negatif dari orang kampung yang hadir pada malam tu, terutamanya aura dari si Pian yang jenis terang - terang tunjuk muka tak suka dekat dia. Nazim sambung.

Kalau nak cari balik pun, susah. Sekali hilang, memang akan hilang terus. Kebanyakkan macam tu tok. Kalau jumpa balik pun, satu dalam seribu je.

Aduh, ini semua orang tahu kot! Sebab tu lah orang kampung sanggup berjaga malam datang kat warong ni. Nak bincang. Pasal benda ni bukan main - main. Kalau benda ni tak serius sangat, Mak Mala dah lama hantar Pak Ajib sebagai wakil. Mak Mala boleh duduk rumah tidurkan anak.

Menyirap je Black tengok Nazim dari atas motor dia. Konon - konon mat genius lah si Nazim ni.

Tok Ketua pun perasan yang semua orang depan dia sekarang ni macam tunggu time je nak baling kerusi dekat Nazim. Jadi dia pun cepat - cepat keluar satu kata putus supaya benda tak elok jadi.

Dekat Nazim.

Macam ni lah ya, kata Tok Ketua. Kita bersurai malam ini. Jangan ada sesiapa keluar dari kampung sepanjang minggu ni. Sebab perkara ni melibatkan nama kampung kita jugak! Jadi bagilah kerjasama. Dan juga, jangan benarkan orang luar masuk ke kampung kita sementara waktu kita mencari benda ni. Kalau ada sesiapa yang terjumpa, terus hubungi saya dengan secepat mungkin. Ok? Kita bersurai. Assalamualaikum.

Nak taknak, penduduk kampung pun dengan berat hati bersetuju sambil menyeret selipar masing - masing pulang ke rumah. Waktu penduduk kampung bergerak menuju ke motorsikal dan kereta masing - masing, Ajak yang dari tadi macam blur tentang mesyuarat ini menepuk bahu Epul dari belakang.

Epul! Panggil Ajak. Ajak jaga volume suaranya. Tidak terlalu kuat. Bila Epul dengar Ajak macam tak berapa nak jerit, tak berapa nak bisik, Epul dah tahu, Ajak mesti ada benda yang agak rahsia nak dikongsikan. Apa? Jawab Epul sambil bergerak ke Ajak. Jawab Ajak,

"Johan tak hilangkan, sebenarnya dia memang dah lupa asal usul dia!"

Foto oleh Sufian Mohamed


Friday, January 28

bila dapat satu, mesti hilang satu. itu gerenti

Ini bukan perang biasa.

Ini perang besar dalam diri. Perang antara keselesaan dan nikmat yang diterima atas usaha selama ini dengan kesunyian yang pernah menjadi sahabat karib dulu - dulu kala.

Dulu - dulu.

Waktu yang sangat memeritkan, memedihkan. Tapi waktu berkawan dengan kesunyian itulah yang menghasilkan beratus - ratus perkataan. Berbuah - buah pemikiran, layangan pemerhatian. Penerbangan imaginasi yang mengandungi pelbagai dimensi. Setia! Setiap masa, yang hakikatnya adalah satu zon masa yang lebih sesuai, gamaknya.

Tapi itu dulu.

Waktu itu, sudah tanam hajat. Sudah tanam impian. Sudah nekad. Nak keluar dari zon itu. Nak kerja keras, nak usaha lebih. Sekarang lebih selesa. Sudah. Nah, inilah dia impian itu.

Syukur memang lah syukur. Segalanya seperti yang dirancangkan, walaupun perancangan master belum mencapai kejayaan total. Tapi tengah on track untuk ke sana. Masalahnya sekarang ini ialah, bila dah masuk ruang ini habis hilang semua perkataan - perkataan lama. Dah takda bau kejujuran kata. Dah takda bau rasa. Macam pudar, macam hambar. Membosankan.

Dah hilang kesunyian.

Mungkin perlu bersunyi sendiri. Yang bunyi syiling pun tak nak.


Sunday, January 23

hari ni jadi entri harijadi

Syukur Alhamdulillah.
Syukur aku layang-terbangkan, sebagai seorang hambaNya.
Aku panjatkan kepadaNya.

Allah S.W.T

Tambah setahun lagi umur aku, dengan izinNya.

Bermakna sudah jadi 27 sekarang. Nombor - nombor yang hampir mencecah 30 puluh ini agak menakutkan. Apatah lagi sebagai seorang jantan. Bermakna juga, tanggungjawab semakin berat, bahu semakin ditekan beban. Mulut sekeliling semakin lantang.

Mak suruh kawin.

Ish, aku dah agak dah. Aku mesti termasuk isu ni jugak. Dah cuba elak dah, starting entri ni je mesti terlajak ke isu ni.

Cukup.

Sebelum apa - apa, aku nak ucapkan ribuan terima kasih. Tak tahu lah macam mana nak ekspres kan penghargaan aku ini dengan perkataan. Penghargaan buat setiap kawan - kawan yang kita suka yang mengucap Selamat Ulangtahun pada aku di Twitter, Facebook dan lain - lain. Jangan kecik hati kalau aku tak balas. Bukan apa, nanti penuh Timeline aku, followers lain menyampah pulak nak baca. Kena faham sikit lah. Terima kasih.

Biasanya aku jarang lah sambut ulangtahun ni. Setakat keluar makan dengan keluarga je. Itu pun dah cukup untuk aku. Entah kenapa memang dari kecik kot, aku rasa birthday ni cuma hari. Hari penambahan umur. Tahun - tahun lepas dah berapa kali aku asyik terlupa pasal birthday sendiri. Kerja punya pasal. Bila otak dah fokus dekat kerja, hidup personal pun aku dah tak pandang.

Tu yang syok tu.

Tapi tahun ni aku terkejut! Terkejut sebab aku orang kejutkan aku! Wah, nasib baik tak pengsan!

Mana ada orang buat kejut - kejut macam ni woh sebelum ni. Bahaya betul. Tak tahu macam mana nak react. Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih yang gila babi dekat 'awak'. Awak ni suka kejut - kejutkan orang lah.

Habis dia plan dengan kengkawan, menyorok kat rumah aku. Mak aku pun bersekongkol dengan dia. Elok lah tu.

Thank you so much awak.

Thank you jugak kengkawan tukang kejut. Cis!

Aku harap, apa yang aku rancangkan tahun ini, menjadi semuanya. Walaupun aku tahu bukan semua yang kita rancang akan jadi, tapi biar sekurang - kurangnya kita usaha sampai ia hampir jadi. Jadi?

Siri menulis aku tergendala sementara, kerana terlalu sibuk dengan kerja. Itu yang buat aku murung sikit kebelakangan ini. Minda dah dipenuhi dengan kerja dan jadual. Tapi aku tetap cuba untuk tenang. Sampai dapat. Insyaallah.

Dan 28 haribulan ni, ada projek kat Carrefour Wangsa Maju. Korang dah tahu? Ke nak tunggu next entri?

Tuesday, January 18

writer's block

"Sekarang ni, aku budget kau siapkan semua tulisan kau hujung Febuari. By April dah boleh release buku kau. Ok? So, jangan lambat - lambat lah!"

*Blackout*

Terduduk aku depan komputer aku ni. Macam biasalah. Termenung pada entah apa yang aku menungkan.

Writer's block!
Writer's block!
Writer's block!

Memang satu apa pun tak keluar.

Tapi memang kena ada orang macam Faisal Mustaffa ni. Kena push. Letak deadline. Kalau tak, tak jalan aku. Tapi memang tak jalan pun. Bukan aku yang tak jalan, otak aku yang taknak jalan! Aku dah cuba, tak boleh mula! Memang stail aku macam ni, payah nak mula. Tapi kalau dah mula tu nanti, Insyaallah, takkan berhenti.

Tapi masalahnya ialah, ni tak mula -mula lagi ni.

Setiap hari banyak benda yang aku kena fikirkan. Pasal kehidupan seharian aku. Pasal komitmen kerja, duit kereta, duit motor, duit ini duit itu. Alah, standard lah, macam orang - orang bekerja yang lain jugak lah. Aku pun survivor sama - sama macam korang kat Kota Lumpur ni.

Sumpah aku dah cuba.

Aku tarik balik momentum membaca aku. Habis buku - buku aku settle kan bila dekat set. Pantang ada free time je, aku bukak buku. Nak cari momentum namanya. Sebenarnya dari hari tu lagi. Berapa banyak buku aku habis baca dekat set. Itu pun tak cukup lagi aku rasa.

Takkan pernah cukup buku yang aku baca.

"Aku ingat nak amik entri - entri kau dekat blog je, aku compile kan mana yang aku rasa sesuai"

Kalau nak ikutkan, aku okay je. Tapi, aku ada banyak benda yang aku tulis dan tak diterbitkan kat sini. Aku fikir, nak hulur apa yang belum diterbitkan. Juga beberapa tulisan yang lain.

Dah cuba. Pantang terlintas je dalam kepala, aku catit ke telefon bimbit aku. Ke buku nota aku yang naik lusuh. Yang ke hulu, ke hilir aku usung. Memang takkan faham tulisan - tulisan aku dalam buku tu. Takde arah. Pantas lintas, aku catit. Takde paksi. Berterabur. Serabai.

Writer's block!
Writer's block!
Writer's block!

Itu lah yang aku tengah hadapi sekarang. Dah cuba panggil balik momentum menulis, tapi sikit - sikit je dia datang. Geli - geli. Berapa biji buku aku khatam dekat set sementara menunggu shooting. Haram tak datang idea.

Sebenarnya punca utamanya ialah gangguan sekeliling. Perihal - perihal orang bujang yang perlu diselesaikan. Perihal - perihal shooting yang tak habis - habis. Itu semua gangguan!

Dari environment.

Apa yang aku perlu sekarang ialah bersendirian. Entah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin environment baru. Sebab aku memang macam ni, cepat bosan dengan sekeliling. Aku memang tak boleh hadap benda yang sama hari - hari.

Nak - nak meja komputer aku ni. Rak buku atas meja ni. Semuanya sama. Secara visualnya, sama. Nak ubah, nak bubar, memang aku takda masa langsung. Mengadap benda yang hari - hari dihadap. Lapuk semua visual depan mata aku ni! Tak membantu. Malah entri di bawah ni pun, salah satu usaha siri menulis aku ini.

Tak jugak membantu.

Nanti lah aku sambung.

p/s : Nak lari kejap dari Kota Lumpur, cari environment baru, dengan lap top atau buku nota, baru boleh kot.

Cheh, harapan je lah.

B, help me. I need you.

Saturday, January 15

[sang pencinta]*

Seminggu itu akalnya 7 hari.
Sebulan itu akalnya 30 hari.
Setahun itu akalnya 365 hari.

Dan dalam 365 hari, akan datang hari - hari yang begitu jahat. Kejam. Yang tak mampu kita tentang, tak mampu kita lawan.

Lalu mencabut jiwa - jiwa yang selama ini bebas berligan sesama sendiri. Ini kekejaman yang dahsyat untuk Sang Pencinta yang telah lama menafikan nafsu demi dunia khayalan indah ciptaan bersama Seri Dewi.

Kembali terjelobos dari langit ke tujuh yang penuh dengan kata - kata awangan dan kesetiaan, bergelimpar di tanah bumi.

Lalu Sang Pencinta mengambil papan kayu dan arang, mencatitkan apa yang dilaluinya sebelum naik ke langit dan sepanjang di awangan.

Bermula lah penulisannya.
Dengan jiwa luka.


Wednesday, January 12

dah tak joget, balik menembak

Kolaborasi dengan gadis berbaju kurung pun dah selamat. Selamat yang boleh disenyumkan oleh dia.

Senyum lebar.

Dan oh, aku terima banyak Tweet dari kawan - kawan yang kita suka pada malam tu. Terima kasih banyak yang tak terhingga. Walaupun aku cuma tukang joget dan tidak menyumbang pada pembikinan lagu, tetapi, sekali lagi,

Terima kasih banyak untuk penghargaan itu semua.

Tahniah untuk Gadis Berbaju Kurung dan seluruh tenaga kerja di belakangnya. Aku pernah menyebut, pada kali pertama aku diberi dengar lagu ini sebelum perbincangan untuk kolaborasi bersama membikin muzik video lagu ini, "Sedap lagu ni Ana. Sungguh"

Aku cepat stim dengan gesekan cello dan biola. Dan pukulan gendang. Apa - apa jenis gendang.

Dan tak perlu kita serabutkan kepala otak tentang suara - suara yang muncul pasca-pertandingan. Itu adat.

Senyum sahaja. Biar suara - suara itu dihanyutkan angin masa yang akan sayup - sayup pergi.

Ok sudah. Aku percaya kita semua sudah matang. Setidaknya, pura - pura matang.

Mereka gembira, aku tumpang gembira.
Mereka melonjak seronok. Aku?

Kena sambung kerja.

Kerja apa? Takda kerja lain yang aku buat setakat ni selain daripada menembak. Joget itu cuma sebahagian dari kerja pentas aku. Performing art. Bukan kerjaya. Kerjaya aku kan seorang pemeran. Menembak. Menembak apa?

Nah perkhabaran buat masa ini.

"6 Progresif"
Bermula 13 Januari 2011
Khamis 8.30 TV9

Tahun lepas dah main karektor yang agak berat. Okay, bukan semua berat, tapi tetap memenatkan emosi. Dan Insyaallah, kalau diizinkan, semuanya yang ditembak tahun lepas, bakal ditayangkan tahun ini.

Dari karektor seorang budak ofis yang selalu dibuli bos dan bercinta dengan Pontianak, kepada karektor seorang anak muda pembela saka yang mistirius (ejaan apa ni?) hinggalah kepada karektor jaguh Tomoi yang berdepan dengan konflik keluarga dan keturunan. Yang juga dalam pada masa yang sama, diburu oleh gangster yang menginginkannya dibunuh.

Jadi tahun ini, sebagai pembukaan, aku nak layan karektor yang ringan - ringan (walaupun ada yang tak berapa ringan) Supanya minda dan emosi memiliki masa yang secukupnya untuk di-centralize-kan.

Kan ke cantek plan macam tu? Nampak tak. Timaseh.

Lagi cantek kalau korang usha Facebook dan Twitter "6 Progresif". Apa - apa hal update banyak kat sana.

Weh, terima kasih weh.

p/s: Move on.


Thursday, January 6

kolaborasi dengan gadis baju kurung? eh?

Untuk beberapa hari ni, kederat aku diguna-pakai lebih sikit. Gerak - gerak lebih. Peluh - peluh pun lebih. Bukan main motor, tapi untuk benda lain. Siang aku pergi menembak, tak dan nak balik rehat, aku ke praktis pulak. Sebab hari dah nak dekat.

Eh? Hari apa?

Kolaborasi dengan Ana Raffali untuk lagu "Tolong Ingatkan Aku"

Eh?

Anugerah Juara Lagu?

Eh?

K. Bye.

Monday, January 3

nak mulakan dua ribu sebelas ada berapa?

Ada dua.

Ada yang bersama agama dan ada yang bersama cinta. Antara satu. Atau mungkin ada yang bersama kedua - duanya. Lebih kuat. Walaupun kedua - dua nya sudah kuat untuk manusia, tapi lebih dahsyat jika bersama - sama.

Bila manusia berpegang pada dua itu, dan berjalan, Insyaallah, 2011 ini milik kamu.

Biar tahun ini, kamu adalah kamu yang "lebih" dari kamu tahun lepas. Ganda dua, atau empat atau lebih.

Kamu pilih. Corakkan dengan hebat. Dengan izin Tuhan.

Salam Tahun Baru.


p/s: Takda azam, cuma harapan tahun ini. Ingin memberhentikan kemasukan nikotin dan kafein. Boleh? Saya cuba dulu, terima kasih.