Terpulanglah untuk kamu fikir apa - apa.
Lalu aku terjumpa nota ringkas yang aku catit semasa berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Aku bukan sebagai pesakit tetapi sebagai pelawat yang membuat kajian bersama rakan kelas. Kajian tidak berapa mendalam yang kami buat ni adalah untuk memerhati dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai pesakit mental kerana untuk projek akhir atau kami panggil PeTA (Penilaian Tahun Akhir) tempoh hari, banyak melibatkan watak yang mempunyai penyakit mental. Jadi kami sekelas telah membuat keputusan untuk melawat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi melakukan observasi di samping bersiar - siar di bandar Ipoh, Perak.
Kejor yeop kejor!
Ya, aku lahir di Perak. Dalam entri aku yang lepas, aku ada menyatakan bahawa kita semuanya sekurang - kurangnya mempunyai potensi untuk 'gila'. Tetapi di dalam bidang perubatan, istilah gila itu tidak wujud. Mereka dipanggil pesakit. Jadi, lebih molek jika kita gunakan istilah 'sakit'. Oh ya, Hospital Bahagia bukanlah seperti yang digambarkan di dalam tv.
Kamu faham maksud aku?
Tak faham? Takpalah, buat - buat faham je lah. Oleh kerana tidak banyak yang aku catit sebab aku lebih gemar mendengar dan aku bukanlah dari bidang perubatan, maka mungkin akan wujud beberapa kesalahan dalam entri ini. Aku harap ada yang tolong perbetulkan nanti. Terima kasih.
Sebelum kami bergerak berjalan - jalan di sekitar kawasan hospital itu sambil menyedut asap rokok walaupun tidak dibenarkan di dalam kawasan hospital, kami dimasukkan ke sebuah bilik mesyuarat atau perbincangan. Entah, aku dah lupa apa nama bilik itu. Walau bagaimanapun, bila doktor pakar itu dapat tahu kami dari sekolah seni, dia menyambut dingin kedatangan kami. Entah apa yang dia anti dengan seni, aku pun tak tahu.
Katanya orang seni ini terlalu luas. Benda yang tak boleh buat, dibolehkan saja. Memanjang boleh je. Tentulah, kerana dia percaya pada sains. Mana yang mustahil, tetap mustahil baginya.
Panas telinga mendengarnya. Agaknya dia lupa bahawa merawat pesakit itu juga mempunyai keseniannya yang tersendiri. Seni itu wujud dimana - mana. Seni cabang mana yang doktor ni maksudkan, aku pun tak tahu.
Kami perbetulkan dengan mengatakan ya, memang kami dari sekolah seni tetapi lebih spesifik, kami pelajar teater. Teater itu adalah cermin pada masyarakat. Kami cuma memantulkan semula. Kami tidaklah sebingai atau sebuduh itu untuk 'membolehkan' apa yang mustahil. Kemudian barulah doktor pakar itu menerima jawab balas kami.
Doktor itu mengambil beberapa minit atau mungkin mencecah jam untuk menerangkan secara teori tentang penyakit mental. Sekali lagi, aku tidak mencatit semua, cuma secara kasar atau general sahaja. Selebihnya kamu boleh google.
Bermacam - macam punca yang boleh menyebabkan seseorang itu sakit mental. Antaranya ialah dadah, alkohol, keturunan, tekanan sekeliling (environmental stress) dan lain - lain lagi. Biasanya sebelum pesakit disahkan sakit, mereka akan dikenakan ujian ke atas tubuh badannya seperti darah dan lain - lain termasuklah ujian air kencing. Jadi kepada pengguna dadah, silalah berhati - hati. Bukan berhati - hati dari pihak polis sahaja, tetapi berhati - hatilah kerana kamu mungkin akan 'sakit'.
Aku tidak mahu memandai - mandai meletakkan nama - nama penyakit ini di bawah mana - mana kategori kerana aku mungkin bakal tersilap serta menyebarkan dusta. Jadi aku cuma akan berkongsi apa yang telah diceritakan oleh doktor pakar tersebut. Kepada yang lebih mengetahui atau lebih bijak, silalah kategorikan sendiri. Mak dan kakak aku pun mungkin akan marah jika aku memandai - mandai menulis pasal psikologi, kerana mereka lebih mengetahui. Takpalah, kalau mereka marah, maknanya aku salah lah tu. Kita tunggu sajalah bila mereka baca entri ini.
Jadi ini apa yang telah diceritakan...
Psikosis - Pesakit ini selalu terputus hubungan dengan dunia realiti dan kebanyakkan mereka mengalami;
- Skizofrenia (silalah google)
- Halusinasi seperti melihat sesuatu atau kebanyakkannya mendengar bunyi atau suara - suara yang tidak dapat di dengari oleh orang lain.
- Dilusi (Dilusional disorder) biasanya mereka ini tidak mengalami halusinasi. Mereka masih lagi berhubung dengan realiti. Banyak lagi kategori dibawah dilusi, ini apa yang sempat aku catit kerana ia telah menarik perhatian aku.
- Dilusional Jealousy - Pesakit ini selalunya mempunyai syak wasangka terhadap pasangannya. Tidak kiralah girlfriend, boyfriend, suami atau isteri mereka. Mereka percaya bahawa pasangan mereka sedang berlaku curang. Kemudian mereka melakukan pengintipan kecil - kecilan seperti memeriksa SMS di dalam telefon bimbit, memeriksa akaun Myspace atau Facebook (haha!) mencium baju takut - takut ada bau minyak wangi orang lain, mencuri dengar perbualan dan lain - lain. Bila dah kronik, mereka mula mengikut pasangannya ke mana - mana secara pengintipan. Pejabat, kedai mamak dan sebagainya. Orang - orang seperti ini biasanya hilang sense of humour dan terlalu sensitif ke atas isu ini.
- Dilusion of reference; Pesakit selalu merasa seperti orang lain bercakap sesuatu yang buruk tentang mereka. Contoh; apabila mendengar orang lain berbisik, dia menyangka bahawa orang itu sedang bercakap buruk tentangnya. Contoh lain apabila mendengar bangsa lain bercakap menggunakan bahasa mereka lalu timbul syak wasangka. Ada juga yang percaya mereka dibenci orang dan ada juga yang sehingga merasakan ada orang yang mahu membunuh mereka.
- Erotomania - Ini mungkin jarang berlaku. Seseorang pesakit di bawah kategori ini merasakan dan percaya bahawa mereka disukai atau dicintai oleh orang yang lebih tinggil status sosialnya.
- Thought disorder. (kamu boleh google)
- Mania atau kemurungan yang terlampau akibat tekanan. Contoh, tekanan selepas berpisah dengan girlfriend / boyfriend, suami atau isteri. Atau juga perpisahan / kematian keluarga. (Mood disorder) Jangan pandang ringan pada perpisahan atau putus cinta kerana ia mampu memberi tekanan yang melampau. Ada juga mereka yang apabila sedang murung, mereka bermurungan yang melampau tetapi apabila sedang seronok atau bergembira, merekalah yang kelihatan paling gembira. Ini banyak dikesan pada sesetengah orang. Mungkin ada juga dikesan pada selebriti. Ooopss..
Masih ingat lagi cerita Anaïs dan cherrynya dalam entri aku yang lepas? Mungkin dia berada di kategori ini. Bila dah jadi macam kes Anaïs, barulah kita tahu samada sudah kronik atau tidak. Tapi pada Anaïs, dia tidak akan sedar apa - apa.
Neurosis - Ini selalunya ada pada kebanyakkan orang. Antaranya ialah ;
- Narcissistic personality disorder; Mereka yang merasakan atau berkeyakinan bahawa mereka lebih unggul, sempurna serta lebih hebat berbanding orang lain. Mereka yang memiliki sifat ini biasanya tidak boleh atau pantang dikritik dan apabila dikritik mereka akan rasa terancam.
- Autoerotik - Menyintai atau mengkagumi diri sendiri. Suka melihat diri sendiri di dalam cermin. Selalu merasakan mereka lebih cantik atau kacak. Suka mengambil gambar sendiri kerana terlalu cinta kepada wajah mereka.
- Exbihitionism - Gemar menunjukkan kemaluan pada orang lain (flasher).
Banyak lagi sebenarnya kalau nak di tulis mengenai kategori atau istilah - istilah yang wujud mengenai pesakit mental yang aku percaya kita semua mempunyai potensi dalam kehidupan seharian atau dalam kata lain, kita semua sememangnya sudah ada penyakit mental. Walau bagaimanapun, kita masih terkawal. Ia cuma antara kronik dan tidak kronik sahaja. Apa yang aku catit adalah apa yang aku rasa dimiliki oleh kebanyakkan orang.
Ada juga nota yang aku catit sewaktu dalam kelas psikologi watak. Jadi telah aku gaul - gaulkan di dalam entri ini.
Kalau kamu google tentang sakit mental ini, jawabnya sampai esok pun kamu tidak akan dapat khatam kesemuanya. Apabila kamu baca antara yang aku tulis, walaupun tidak begitu mendalam, sebenarnya kamu juga berada di dalam salah satu kategori di atas. Benar, ini fakta.
Aku sendiri sudah menjumpai beberapa kategori aku. Termasuklah dengan apa yang sedang mengganggu dari tempoh hari serta hari - hari sebelumnya. Bagaimana untuk mengetahui bahawa kita sudah berada di tahap yang membahayakan? Jawapannya tunggulah apabila kita sudah mencederakan orang lain ataupun diri sendiri.
Satu soalan untuk mendapat kepastian telah aku tanyakan pada doktor pakar tersebut;
"Jadi doktor, kita semua ni gilalah ya?"
"Janganlah cakap 'gila', cakaplah 'sakit' " (Sambil tersenyum)
Secara tidak langsung, doktor itu tidak menolak bahawa kita semuanya 'sakit'. Hendaknya pula kita hidup di dalam zaman yang berpeluang besar memberi tekanan terutamanya di Kota Berlumpur ini. Doktor itu sendiri mempunyai penyakit yang tidak kronik. Sewaktu sedang dia memberikan penjelasan, dia telah berhenti bercakap dan membetulkan frame gambar yang senget di dinding bilik itu. Kemudian dia tertawa lalu mengatakan bahawa dia juga 'sakit'. (O.C.D mungkin?) Perfectionist belum dikira disorder lagi.
Aku dan rakan kelas kemudian telah melawat serta berbual dengan beberapa orang pesakit yang sudah hampir sembuh dan waras untuk bercerita tentang kisah hidupnya. Ada di antara mereka pernah membunuh, tetapi mereka bukan lah pembunuh kerana sewaktu kejadian, mereka sedang sakit dan tidak sedar apa - apa.
Janganlah kamu fikir ada pesakit yang hanya berpura - pura menjadi 'gila' untuk melepaskan diri dari hukuman membunuh orang kerana setiap pesakit telah diuji air kencingnya, darahnya dan lain - lain lagi sebelum pakar mengesahkan mereka sebagai pesakit. Aku dah tanya soalan ni.
Ada satu cerita yang diceritakan oleh seorang pesakit yang telah membuatkan aku begitu sedih mendengarnya. Pesakit itu pernah membunuh ibunya sendiri. Puncanya hanya selepas berpisah dengan kekasihnya dan akhirnya tekanan itu melarat.
Nanti lah aku cerita.
Aku mahu tidur kerana ada fikiran yang sedang datang mengganggu semula. Ah, celaka.
Sekali lagi, ini hanyalah coretan kasar yang sempat aku turunkan ke buku nota sewaktu mendengar penjelasan dari doktor pakar itu. Ia tidak meliputi keseluruhannya. Hanya mahu berkongsi dengan kawan - kawan yang kita suka.
p/s: Adakah aku gila? Mungkin.

- kesedihan,
- kemarahan,
- disturbing thoughts, (ia boleh jadi apa saja fikiran yang mengganggu)
- berfkir sesuatu berulang kali (repetition thoughts),
- histeria,
- ketakutan atau anxiety (takut mati dan sebagainya).
- fobia; contoh: terhadap binatang seperti lipas, kucing, ular, tikus dan lain - lain.
- taksub/obses - O.C.D (Obssesive Compulsive Disorder) seperti contoh; pantang tengok bingkai gambar senget, pantang bilik bersepah, pantang memakai kasut belah kanan atau kiri dulu, pantang susun buku terbalik, pasang pijak lantai tandas yang basah, pantang ini dan itu.