Friday, June 19

Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan semua. Maaf, tiada wish panjang lebar. 

Saturday, June 6

rindu

Beruntung mereka yang didatangi Rasulullah SAW di dalam mimpi. Sungguh. Alangkah bahagianya kalau kita juga dikunjung Baginda dalam mimpi.

Tapi. Allah Maha Mengetahui.

Maha Mengetahui apa yang kita tak pernah tahu dan tak tahu. Mungkin Allah tahu kita tak boleh handle bila dapat nikmat itu.

Aku sendiri. Mungkin akan menangis tak henti - henti jika didatangi Rasulullah SAW dalam mimpi. Sehingga terjejas hari - hari ku. Menangis gembira atau gemuruh. Padahal aku ada tanggungjawab. Mungkin. Aku tak tahu. Itulah, aku manusia yang tidak tahu. 

Cuma kerana rindu pada Baginda, perasaan ingin masih kuat. Waktu aku menulis ini pun seluruh tubuh badan seakan nervous, darah menjadi laju. Berderau. 

Apatah lagi kalau didatangi Baginda. 

Allahu.


p/s : Sollu 'Alan Nabi.

Sunday, January 18

dan hari ini kenapa?

Yang beberapa tahun lalu, aku cekal melempar kata - kata di sini. Ini lah medan amukan dan berontak jiwa yang tidak tenang-ku.

Di sini. 

Dan hari ini kenapa? 
Hari ini, hari tenang. 

Senyum sajalah. 


Sunday, April 13

u.d.a-i.m

Aku masih lagi dalam tempoh menembak filem 'Pekak' dan juga masih lagi membawa 'Uda' bersama. Tinggal berapa hari saja lagi sebelum aku meninggalkan Uda dan biar dia hilang entah ke mana. 

Aku pun tak tahu. 

Jangan cakap tak tahu mana akan dihilangkan, mana aku jumpa dia pun aku tak pasti. Yang pasti hampir - hampir sebulan aku rasa apa yang Uda rasa. Aku lihat apa yang Uda lihat. Aku bau apa yang Uda bau. Mungkin. 

Cuma aku tak pekak macam dia. 

Dan tak lama lagi juga, aku menjemput Daim pula. Daim yang mungkin masih aku kenal atau Daim yang mungkin aku sudah tidak kenal. 

Betul - betul tak kenal. 


Wednesday, January 15

dua ribu empat belas

Dua ribu empat belas.

Aku mahu tarik satu perubahan ke dalam lingkaran hidup. Kebaikan, keselesaan, ketaatan, keimanan, kebahagiaan. Bermula daripada sebuah rasa 'teringin', aku cuba tekadkan kebolehan agar dapat menolak ku ke hadapan.

Lebih 4 atau 5 tapak ke hadapan. 

Simpan, kekalkan semangatku. Biar ia terus hangat. Hangat yang terus panas biar ia marak. Wahai jiwa, sambutlah kuasa ingin ini. Jadikan ia, wujudkan ia.

Terima kasih Allah.

Foto dari HotFM

Friday, October 11

untitled #6

5.15 pagi,
aku tak tidur lagi,
fikir masa depan sefamili,
menunjal otak ku ini,
yang berkata - kata lagi,
berat tanggungjawab seorang suami,
dan juga daddy. 

Tapi ia bukan beban padaku. Ia cumalah sebuah tanggungjawab yang besar, yang kadang - kadang buat kau terduduk, terjatuh. Baguslah, sekurang - kurangnya bila terjatuh, menyedarkan kau supaya jangan berlari setiap masa.

Tersandar di kerusi depan komputer aku ni, aku rapatkan mata, menarik nafas sedalam - dalamnya dan terucap,

"Benar ini tanggungjawab untuk aku? Aku redah! Let's do this!"