Wednesday, March 12

Model Bermasalah

Aku perlukan bantuan daripada sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

Aku ada beli sebuah notebook model Compaq Presario V3713AU. Dah sebulan lebih. Modelnya betul – betul menarik perhatian aku. Aku fikir aku boleh berkerja dengan notebook aku ini. Sebelum aku beli notebook ni, puas lah aku survey satu Plaze Low Yat tu, cari model yang paling berkenan dengan spec yang memuaskan hati, memandangkan aku akan banyak buat kerja – kerja grafik dan video editing, aku pilih yang betul – betul sesuai.

Tapi lepas beberapa hari aku beli, aku ada terbaca di forum – forum tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna model ini. Bukan setakat di Malaysia sahaja, pengguna negara lain pun mengalami masalah yang sama.

HP memang design model ini untuk Windows Vista sahaja. Tapi aku pakai Windows XP. Banyak masalah yang aku baca dari forum – forum iaitu mengenai drivernya. Memang diaorang tak bagi driver sekali masa aku beli. Katanya, kena download dari website HP.

Tapi dekat website HP hanya ada untuk Windows Vista. Untuk Windows XP memang susah nak cari. Ada pengguna yang mengalami masalah dengan Wi-Fi, Audio, Webcam, Graphic Card. Kadang – kadang ada juga yang mengalami masalah CD-ROM tak boleh nak read CD.

Setakat ini aku tak ada masalah dengan webcam, wireless semua. Cuma aku ada masalah yang sama seperti semua pengguna yang lain iaitu bila aku plug-in headphone aku, sound dari speaker masih kedengaran. Nak cari driver untuk audio dia, sikit punya payah.

Sekarang ni tambah lagi masalah aku bila CD-ROM aku tak boleh nak read CD!

Sesiapa yang ada driver untuk CD-ROM model ni, tolong hantar dekat aku. Atau sesiapa yang tahu dekat mana aku nak cari drivernya, tolonglah bagitahu. Aku dah penat mencari.

Aku dengar pulak, ramai pengguna yang pakai AMD, kemungkinan motherboardnya untuk terbakar adalah tinggi dan aku juga pengguna AMD!!

Tolonglah aku, terimah kasih.

Presario V3717AU
AMD Turion™ 64x2 TL-58 1.92 GHz
2Gb RAM
Windows XP Professional SP2

7 comments:

Anonymous said...

Zahiril...Im using the same laptop as yours...and yes..mmg cepat sgt2 panas kan? tp...GOOD NEWS..the latest news yg i dengar, diorg (pihak HP) dah extend kan warranty laptop yg pakai AMD drpd setahun kpd 2 tahun, sbb bnyk sgt komplen yg motherboard diorg cepat terbakar..so :) i hope this makes u happy sket.

Anonymous said...

emm..klo byk sgt probs nye..why not anta blk je kat kedai tu??still under warranty right??
saye pakai acer..tp wif AMD gak..
mmg cpt panas..tp right now da lbh 2thn..so far ok jek..tp try la pkai notebook cooler..de jual murah je..about rm10 each..tu je la yg dpt dibantu takat ni..sbb xpro pn pasal mende nih..ehe..

gadishebat. said...

i guna laptop sama dgn u.
since early dis yr jugak.
skrg everything sudah okay kn?

i br jumpe ur blog.
i really admire ur work on KAMI series and movie.

good luck untuk teater and movie akan datang.
if ade teater,jgn lupe update di blog okay?
:)

Lucky said...
This comment has been removed by the author.
Lucky said...

alah.. senang je jalan penyelesaiannya.. bru faham masalahnye... hahahahhaha

dancing queen♥ said...

ohh. puas MENGgoogle masalah HP V3713AU, terjumpa blog zahiril adzim yang mungkin pernah menjadi penggunanya. HP V3713AU memang mempeningkan kepala dan menyusahkan hati. dah tu, pakai AMD lagi. bukan setakat laptop yang panas sekarang, hati pon makin panas. btw, ada driver untuk elak sound dari speaker waktu dah plug in headfon untuk pengguna HP. dan, mungkin dah selesaikan masalah ni kot(sbb dah lebih setahun entry ni *Mac 2008*).

akan terus mencari penyelesaian masalah kepanasan!

p/s: mungkin kerana pemanasan global.

silent screamer said...

hey, zahiril..aku rasa ko patut berubah ke Vista la bro..sng keje ko..lgpun laptop ko tu tuk vista kan..
aku ada gak laptop cam ko..pjual tu ckp driver tuk laptop tu tgu update..tu la psl byk prob..lg 1,klu AMD kene pkai cooling fan..coz dier cpt pns..
a lil' knowledge to share..
ko leh cri info kat sini :
http://place2how-to.blogspot.com/