Monday, April 21

Mereka Sudah Buta

Pandai mereka bermain kata
Pandai mereka merekacipta
Pandai mereka memberi percaya
Pandai mereka menjual muka
Pandai mereka menagih simpati
Pandai mereka mengasih hati
Pandai mereka menipu
Pandai mereka tersimpul malu
Hari ini mereka kejar keduniaan
Hari ini mereka kejar kemahsyuran
Hari ini mereka kejar keuntungan
Hari ini mereka kejar kepentingan
Mereka seperti seorang kapitalis
Yang mementingkan kepentingan diri
Cuma bukan wang ringgit yang dicari hari ini
Tetapi kepuasan diri yang digilai
Nepotisme amalan diri

Kata - kata berbau penipuan
Yang diucapkan demi kepentingan
Mereka buang kita hari ini
Seperti sisa yang tiada erti
Kami yang dipergunakan
Hanya untuk beberapa zaman
Setelah tidak diperlukan
Dizalimi, dihina, diseksa
semata - mata untuk keuntungan dan kepentingan

Mungkin barang baru itu bagus untuk mereka
Kerana barang baru itu 'ada nama'
Barang baru itu sedang melonjak gembira ceria
Barang baru itu sesuai dimata ketua
Barang baru itu bangga dibawa kemana - mana
Untuk cita - cita kotor yang mereka tergila - gila

Memangnya mereka dari golongan 'dunia'
Pernah mereka fikir tentang manusia yang lain?
Katanya mereka dari golongan seni.
Konon.
Tetapi masyarakat dikanan dan kiri tidak mereka peduli.
Bukan nama yang perlu mereka cari,
Tapi carilah diri sendiri.
Si bangsat keparat yang datang ditengah jalan,
Seperi suara syaitan menghasut khayal
Sial!
Kau penceroboh!
Mereka dijaja oleh ketua sendiri.
Yang mengheret ke sana sini!

Pak Guru pernah berkata
Musuh jangan dicari
Tetapi berjumpa, pantang dielakkan
Kejahatan harus dibalas dengan kejahatan
Dendam akan tetap menjadi dendam.

Apakah kata - kata guru harus dituruti?
Kerana kami mampu menjatuhkan mereka sekelip mata.
Kami mampu berbuat apa - apa.
Kami mampu bertindak gila.
Kami miliki semua kisah mereka.
Kami miliki semua rahsia.
Kerana kamilah manusia pertama
Tidak akan ada yang pertama selain si pertama
Atau mereka tinggalkan yang pertama untuk yang kedua?
Celaka.
Sial.
Perlukah kita lakukannya?
Atau diam sahaja dan terus melihat?
Keliru.
Tenanglah wahai hati.
Sedang kau dizalimi.
Hari ini mungkin kami dibawah,
Hari ini mungkin kami dipijak.
Hari esok mereka akan percaya.
Hari ini mereka tidak nampak.
Kerana mereka taksub dengan dunia.
Kerana mereka dikelilingi dengan si gila.
Dan kerana itu mereka menjadi si buta.


Atas Katil,
Bukit Jelutong,
1.54 a.m : 21 April 2008
Dendam

3 comments:

Mimieku said...

dunia hanya saksi kpd kebodohan penghuninya..

The Mooner said...

bezt sjak abg :) ..serius niehh..HAHA~

ira basirah said...

puisi simple...tp bermakna...hidup bermain kosa kata....moga aku mampu mencipta karya seperti ini...