Lega. Itu je lah perkataan yang aku rasa paling hampir dengan apa yang aku sedang rasa.
Aku dah selamat habis belajar. 3 tahun aku menunggu, 3 tahun aku redah perit, pahit, manis, tawa, ria, kusut, serabut, bingit, dan semuanya. Banyak yang aku belajar sepanjang berada di sekolah ni. Bukan setakat belajar pasal dunia teater yang tak pernah aku tahu sebelum ini, tapi apa yang aku paling banyak belajar adalah tentang hidup itu sendiri. Macam tak percaya aku boleh tinggalkan segala – galanya yang di luar semata – mata kerana dunia yang aku pilih ni.
Aku masih teringat sampai hari ni, kata – kata beberapa orang manusia yang cabar aku pada awal – awal aku masuk ke sekolah aku.
“Muka macam kau ni takkan habis belajar kat sini, tengoklah setahun dua mesti kau akan hanyut”
Tapi entah macam mana pulak, hari ni aku berjaya membuatkan dia orang tutup mulut dan aku hidangkan bukti yang kukuh bahawa mereka SALAH!. Mungkin sebab aku usaha?
Tapi takpa, pada aku itu cabaran yang positif yang pernah aku sahut sepanjang hidup aku. Walaupun aku pernah terasa untuk give up apa yang aku buat, tapi aku masih tetap mencuba sehingga hari ini. Aku tak rasa aku akan berhenti dalam masa terdekat. Insyaallah.
Apa yang aku paling nak buat sekarang ialah backpacking. Aku nak travel, aku nak environment baru, aku nak rasa susah di tempat orang. Kalau orang kata itu benda yang paling susah, biar aku rasa benda yang diperkatakan tu supaya aku dapat cerita benda yang sama. Tapi aku percaya, kita akan lagi kreatif bila kita dalam kesusahan. Kalau ada rezeki dan tak ada aral melintang, aku akan keluar dari kota Kuala Berlumpur ni Julai nanti. Insyaallah.
Dalam pada waktu remaja lain sedang sibuk menagih keseronokkan, sibuk mengejar gaya hidup yang hartamas, yang pavilion, yang the curve, yang Meet Uncle Hussain, yang HUJAN, yang KAMI, yang ini yang itu, aku tetap dengan keputusan aku untuk tidak dihanyutkan dengan bencana ini. Tapi macam mana keras pendirian sesiapa pun, aku pasti ada juga dalam diri kita yang akan terikut - ikut. Aku mengaku.
Lain hari aku tulis lagi...
5 comments:
kenapa terasa macam berkesan je ayat-ayat tersebut?
aku ske entry ni
ak pon mengakU!!
ak takot klu terikot..
ada benarnya kata2 anda..tp mungkin bukan aku..harap2 tidaklah..
bro mau backpacking??
wa mau join..
Post a Comment