Sebaik sahaja saya sampai di pintu masuk, saya menyaksikan pegawai – pegawai Istana Budaya yang disarungi uniform hitam beramai – ramai dalam keadaan yang sangat kelam kabut untuk menempatkan penonton – penonton yang hadir. Perkara ini membuatkan saya terfikir, “Sudah berapa kali mereka ini mengawal penonton?”. Setahu saya Istana Budaya sudah mencecah ratusan kali dalam melaksanakan pementasan, kebanyakkan pula di Panggung Sari yang jauh lebih besar dan melibatkan ramai penonton.
Saya tinggalkan karenah ‘profesional’ mereka itu seketika untuk balik kepada tujuan asal saya ke
Naskah Nyonya secara kasarnya dilihat sebagai naskah komedi satira yang sememangnya mengandungi metafora dan perlambangan yang banyak. Naskah ini membenarkan penonton untuk berfikir secara profesional tentang maksud – maksud yang tersirat di dalam naskah. Naskah yang mengandungi pemikiran ini telah ditulis oleh seorang karyawan dari
Di dalam naskah ini juga mengandungi unsur tuhan dan roh, apabila babak Khatijah Tan ‘menurun’ dan berjumpa dengan dukunnya. Namun, apabila dikaji latar masa pementasan ini, komedi serta dialog – dialog yang dibawa oleh Khatijah Tan jauh terpesong dari latar masa pementasan ini. Contohnya apabila Khatijah Tan menyatakan bahawa dukun ‘Tok Ayahnya’ sedang sibuk menggantung bendera sempena kempen pilihanraya, padahal latar masa pementasan tersebut adalah pada tahun 50an di mana kaum nyonya di Indonesia masih lagi mengenakan pakaian kebaya sebagai pakaian harian mereka.
Interpretasi pengarah terhadap teks ini bagaimanapun telah berjaya mengkaburkan metafora dan perlambangan yang terkandung dalam teks ini. Pengarah telah membenarkan komedi slapstik berada di dalam pementasannya. Watak Tuan yang dilakonkan oleh Zaifri Husin sangat menjelekkan dengan lakonan yang slapstik atau berlebih – lebihan dari mula hingga akhir. Watak Tuan sebenarnya merupakan satu watak yang menarik kerana watak itu mengandungi perlambangan kepada seorang penindas yang memiliki sifat kapitalis. Setiap agendanya disusun atur dengan baik sekali sehingga pada penghujungnya, watak itu dapat membolot segala kemahuannya.
Walau bagaimanapun, dengan
Walau bagaimanapun, ada juga pelakon – pelakon yang telah membawa watak masing – masing dengan berkesan. Juhara Ayob telah membawa watak Nyonya dengan baik sekali dan harus diberi pujian. Wataknya begitu kukuh dari awal hingga akhir pementasan. Bukan mudah untuk membawa sesuatu watak yang menjalankan cerita, tetapi Juhara Ayob telah memikul watak dan penceritaan dengan baik sekali. Yani Mae juga harus diberikan kredit dengan lakonan yang bersahaja. Meskipun beliau digandingkan dengan Zaifri, beliau masih lagi mengekalkan wataknya dan tidak terikut – ikut sepanjang pementasan berlangsung. Tania Zainal juga tidak ketinggalan untuk memberi peluang kepada dirinya sendiri untuk membuktikan kebolehannya. Kejujuran dalam pembawaan wataknya dapat saya rasakan. Ternyata, pelakon baru ini lebih matang pemikirannya di atas pentas berbanding pelakon yang kononnya sudah berpengalaman besar.
No comments:
Post a Comment